CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Claudia_Lestat

Perihal Anak Angkat - Contoh Surat Akuan di page 15 [MERGED]

  [Copy link]
Post time 15-8-2007 03:16 PM | Show all posts

nak baby

Kawan2 ada tak dengar sapa2 kat malaysia ni nak bagi baby dia kat orang.... bgtau lah saya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 03:39 PM | Show all posts

Reply #137 prebetsabu's post

macamana nak register kat kewaja? nak jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:14 AM | Show all posts

Reply #156 prebetsabu's post

aku ni jauh dari KL, kalau berurusan melalui surat atau emel boleh ke? aku kat pulau borneo, malaysia. ada idea tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 02:03 PM | Show all posts

Reply #157 Aliya_Ilyana's post

saya call kewaja last week... saya pun ingat nak pos jer...org sana kata boleh ... pos la maklumat spt salinan ic suami isteri , sijil nikah, slip gaji..alamat... no tel... sume... apa2 call dulu , kalau betul2 nak... mesti bleh punyer,,
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 09:47 AM | Show all posts

Reply #158 salina4033's post

ada number tel kewaja tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #156 prebetsabu's post

hi prebetsabu....

nak tanye ni... awk dpt baby kt kewaja tu cepat jugak eh.... awk da brape lama kawen?

aritu kan, sy ade jugak kol kewaja... lelaki yg jawab... sy tanye pasal nk ambil anak angkat. pastu dier ckp, skrg ni pun ade 200 org yg menunggu.. wah.. terkejut tau sy.. betul ke... tp nape awk cepat je bole dpt ye...
dier tgk lama atau tak kawen eh... mcm sy nk masuk 3 thn da... bole ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2007 04:05 PM | Show all posts

Reply #159 Aliya_Ilyana's post

no tel kewaja 03-61857736 ... mlm pun ade org gak... no en. yahaya sume tak aktif
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:05 PM | Show all posts
kalau nak ambik anak angkat nih kena tahu hukum2nya.....contohnya macam air wudu', muhrim kalau anak tak sah taraf kalau lelaki...actually dorang takleh nak walikan anak dorang kalau nak kawin....kena tahu tu kalau tak habis berketurunan nikah tak sah nanti berat untuk kita kalau tak tahu.....wallahualam......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 10:33 AM | Show all posts

Reply #162 nthewinneris's post

Soal Jawab Agama (http://pislam.uum.edu.my/portal/ ... =show&topic=151)
Senarai Soalan
anak luar nikah
oleh: norazian ismail

Assalamualaikum..
saya hendak tahu mengenai anak luar nikah.Bolehkan dia di binkan dengan nama bapanya?Sekiranya dia seorang lelaki bolehkan dia menjadi wali kepada bakal anak2nya?Adakah tanggungjawabnya sama seperti anak halal yang lain?

dibalas oleh: (ustaz/ustazah) Syahril Fazli Bin Mat Hussain (Pusat Islam UUM)

1) Anak luar nikah tidak boleh dibinkan kepada bapa yang berzina sebelum berkahwin kerana bapa itu bukanlah bapa yang sebenar menurut syariat Islam dan bapa itu pula boleh berkahwin dengan anak perempuan hasil perbuatan zinanya. Perbuatan ini dilarang kerana ia juga boleh menimbulkan kekeliruan dari pembahagian harta pusaka setelah meninggal bapanya (anak luar nikah tidak boleh makan harta pusaka bapanya) dan masalah wali ketika berkahwin sebab bapa yang berzina sebelum kahwin ini tidak sah mewalikan kepadanya (bagi anak perempuan).
2) Anak lelaki hasil zina boleh mewalikan kepada anak-anaknya, sebab kelahirannya bukanlah atas kesalahannya, tetapi atas kesalahan bapanya dan bapanya sahaja yang menerima hukum.
3) Taggungjawab anak luar nikah kepada ibunya adalah sama seperti anak halal. Manakala tangunggjawab kepada bapanya hanyalah sebagai penjaga atau pendidiknya sahaja (kalaulah bapa itu yang menjaganya) sebab kalau anak itu seorang perempuan dibenarkan berkahwin dengannya, di haramkan bersentuhan dan menampakkan aurat kepada bapanya apabila sudah baligh. Wallahua`lam.

-------------------------------------------
Dan boleh juga refer artikel

Anak Tidak Syar�i: Di Mana Kedudukannya?
Siti Shamsiah binti Md. Supi
Pegawai Penyelidik

04/05/2007 | Utusan Malaysia

Ni sebahagian dari petikan dari artikel di atas:

"Anak tidak syar'i yang telah dewasa sama seperti orang dewasa yang lain dan boleh bermuamalah dengan sesiapa tanpa sebarang halangan. Malah anak lelaki dari kalangan anak ini boleh menjadi wali pernikahan ibu mereka sekiranya menurut senarai wali yang disediakan oleh Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Hanya Mazhab Shafi'i sahaja tidak meletakkan anak lelaki di dalam senarai wali kepada pernikahan ibunya, tetapi ini tidak bermakna Mazhab Shafi'i menolak pendapat tiga Imam ini."

Wallahua`lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 02:34 PM | Show all posts
a'kum... sapa yg baru dpt baby dr kewaja ek? mesti bestkan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 06:45 PM | Show all posts
assalamualaikum saya nak kongsi cerita ...sayadah khawin 12 thn dan sekarang ada seorang anak angkat umur 3thn saya ambil masa dia umur 2 minggu dan sempat menyusukannya.dulu sebelum ambil dia ramai orang nak bagi tapi saya dan suami belum terbuka hati .saya dapat pun ada seorang kawan tel tanya...masa tu saya tenggah kerja ."ko nak anak tak" saya jawab nak nak..'nanti mlm..... nanti saya sambung ....anak saya demam nak bawa gi klnik jap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 01:12 PM | Show all posts

Reply #160 notiey's post

citer la lagi.... anak dah sihat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by nthewinneris at 17-8-2007 11:05 PM
kalau nak ambik anak angkat nih kena tahu hukum2nya.....contohnya macam air wudu', muhrim kalau anak tak sah taraf kalau lelaki...actually dorang takleh nak walikan anak dorang kalau nak kawin... ...




mana ada hukum la anak haram x leh mewalikan anak2 dia yg halal...melainkan anak2 dia tu pun anak haram gak...adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 07:38 PM | Show all posts
aku nak sambung cerita aku.......
" nanti malam kami bawa baby tu kat rumah ko"macam mimpi aku pun main jawab je.lepastu baru terfikir nak call laki aku. nasib baik suami aku pun setuju...sampai pagi kami tunggu tak juga muncul...nak tidur pun tak lelap..., kami ingat tak jadi.tengahari baru aku dapat pangilan suruh ambil baby kat rumah kawan aku.satu apa pun tak beli ...susu aku ambil je kat klinik (free sample) .pergi bank kluarkan duit dalam rm2000 ..habis kerja suami ku dah tunggu ...kami dua2 tak sabar...tapi sempat pergi ambil seorang lagi teman nama dia y. ..bila sampai kat sana menitis airmata kami bertiga demi terlihat seorang bayi yang sedang tidur lena.....walaupun usianya sudah 2minggu tapi kelihatan seprti baru dilahirkan....kecut..cuma kulit membalut tulang.
     cuba korang bayangkan bayi yg tak berdosa dibawa kehulur kehilir semata-mata
nak tutup malu keluarga.nasib baik tak dibuang kat tong sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 11:23 AM | Show all posts

Reply #163 notiey's post

lagi?? citer le pjg2 skit...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 01:15 PM | Show all posts
si y pun belek 2  satu badan nak tenggok..... ternyata sempurna cukup sifat.aku dan suami pun setuju lah nak ambil. menurut cerita nenek baby tu mak nya tak sanggup berpisah tapi kaum keluarga campurtanggan.... datuknya iman masjid , pak saudaranya guru tapi dia yang menentang keras ....dia kata kalau bawa baby tu balik dia nak campak keluar tingkap......sebelum ni dah banyak tempat dia orang bawa baby tu nak sembunyi dari orang kampung.....mungkin jodoh dia dengan kami sekeluarga.....tapi mak mentua aku tak suka dan tak terima anak ini .suami ku kata tak apalah sebab kita yg nak jaga....cuma sekali je aku bawa dia balik kg tu pun masa dia umur 3bulan ...dan sekarang 3 thn lebih ..masatu buat cukur jambul kat rumah mak saudara belah suami.....mak mertua aku tak pandang pun anak aku.....pak mertua aku ok je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 01:21 PM | Show all posts
notiey,

cite ler pjg2. x sabo ni tau nie...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 01:41 PM | Show all posts
sedih memang sedih tapi nak buat macam mana aku terpaksa hadapi juga....lagi satu  anak ni comel sangat tapi perangai lain macam sikit....terlalu banyak menuntuk kesabaran kami....
    sejak umurnya 1thn lebih dia mula hantuk kepala kat dinding......sampai sekarang..bila berubat baik sekejap....seminggu 2 ni dia dapat hobi baru pukul kepala dengan tapak tanggan memang kuat kalau dibiar kan sampai lebam .   dah habis ikhtiar ....menitis aimata bila aku tenggok dia dera diri sendiri takut juga nanti kalau jadi apa2 dituduh aku yg dera.....jiran2 aku semua tahu dr.pun tahu adalah bukti......
    pernah aku dan suami berbincang nak bawa dia jumpa ibu kandungnya ....bukan apa takut juga sebab dia tak rela berpisah nga anak dia....sekarang ibu dan ayahnya dah berkhawin dah punya anak lain...aku dengar dia pun ada sebut pasal anak nya yg ni......aku tak nak bagi cuma jumpakan je.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 01:48 PM | Show all posts

Reply #161 salina4033's post

dah sihat dah dua hari je demam ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 10:36 AM | Show all posts
sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.137196 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list