CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tasha

[MERGED] -- MENSES PROBLEMS

[Copy link]
Post time 21-6-2006 04:25 PM | Show all posts

Reply #34 mohdazhar's post

En Mohdazhar.....


U tau ke ada berapa jenis hormon dalam badan kita??? Hormon apa yg bertanggung jawab utk kawal atur kitar haid?? Dan hormon apa yg kononnya diguna untuk menggemukkan ayam??

Dan janganlah tangkap muat semua nya adalah satu hormon.

Hormon adalah suatu term yg besar ...... terdiri dari beratus2 jenis yg bertindak secara khusus...dan bukannya bila kita sebut hormon...maksudnya semuanya akan mengganggu haid wanita.

*apa kaitan ayam mati tekejut dengar hon kereta dengan perbincangan en mohdazhar??







Siapa yg cakap darah kotor akan menyebabkan tumbuhnya fibroid?? Sedangkan saintis dan pengkaji perubatan sendiri belum mempunyai sebab yg khusus kenapa berlakunya fibroid.....and U just assume.

Just tunjukkan saya satu research paper atau jurnal yg mengatakan fibroid berasal dari darah period yg tak habis keluar....period.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2006 04:41 PM | Show all posts
a ah...agree with mod...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 10:30 PM | Show all posts
Originally posted by mohdazhar at 21-6-2006 03:51 PM
*aym yg disuntuk hormon nie akan mati sakit jantung jika terdengar bunyi horn kereta*


...eeerrr...sorry ek...aku bukan nak pandang remeh kat analogi ko nie...tapi...forgive me...aku betul2 tak bley tahan gelak bila baca yang kat atas tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 01:05 PM | Show all posts

Secondary amennorhea @ infrequent menses

Just want to know if sapa2 tau / pernah mengalami sakit ni. ...rasanya becoz og imbalance hormone...mcm mana nak overcome sakit ni..meaning how to regulate menses...n mcm mana lak peluang to conceive bila kita kawen nnti...
plzz share...

[ Last edited by  beruducute at 22-6-2006 04:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 21-6-2006 10:30 PM


...eeerrr...sorry ek...aku bukan nak pandang remeh kat analogi ko nie...tapi...forgive me...aku betul2 tak bley tahan gelak bila baca yang kat atas tu... http://img.photobucket.com/albums/v313/ ...


ff:
alex pun baru terperasan laa..... hehehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 20-6-2006 09:13 PM

...first time aku dengar punca irregular period sebab banyak makan ayam...:nerd:



tumpang senyum:nerd:



....agaknya sbb effect hormon ayam kut
:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2006 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by AkuCintaPadamu at 19-6-2006 10:12 AM
(hehe buat  pap smear even blm beranak ) ye lah takut gak apa2 yang teruk2 ada ker.. baik cek..
  ...


belum beranak boleh buat pap smear.. :ting:
tapi kalau belum kawin ... selalunya kat malaysia ni tak buat pap smear..nanti koyak!
(lainla kalau yg "kawin" dulu sebelum akad nikah.. tu ... kontroversial sikit...)


.. alhamdulillah good to know that you are ok.. many ladies with irregular menses.. mengandung dan biasa bersalin....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 01:48 PM | Show all posts
aku tatau yg aku dulu jenis XXXrhea yg mana..but my doc chategorized it as hormonal imbalance jugak.sbbnyer after physical test seme no prob.that's why dr conclude gitu.sebaiknyer seek advise from gynae ajer.they what to do..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mohdazhar This user has been deleted
Post time 23-6-2006 04:54 PM | Show all posts
ok lah mod , i pun tak nak tension2 pasal benda nie..

maaf mod ya..
jaga lah badan korang baik2, jangan lah ambil ape2 ubat / pemakanan yg akan menimbulkan kesan sampingan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 06:51 PM | Show all posts
ok...so mcm mana ngan chances untuk mengandung nnti..??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 09:20 AM | Show all posts

Reply #40 rebas's post

hm.. harap2 macam tu la.. belum period lagi ni. nak tengok masih lagi sikit ke tak..
lepas tu br decide nk pegi further check up ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 09:22 AM | Show all posts

Reply #35 Cakkkk....aaaa's post

mod, rasa-rasanya in conclusion, memang nothing to worries or something to worry???
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 04:41 PM | Show all posts

Menstruations Problem II

Masalah saya: Pada hari ke 14 sampai ke 26 cycle, symptom PMS seperti breast tenderness and mood swing keluar and stop by day 27. BUT until now (day 30), menses tak keluar. My normal cycle is 28 - 30 days, I'm not pregnant. Kenapa ye? Is it due to: I practice the 3-day diet, my hormon jadi imbalance.Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by mohdazhar at 20-6-2006 09:51 PM
ok mcm nie.. seperti kita tahu badan kita ada mengeluarkan hormonnya yg tersendiri...kan..
so sy nak tnya : ayam dulu2 kena tunggu berapa lama baru kita boleh sembelih ??  dulu2 ayam hanya boleh s ...


i nak tanya sket...fibroid ni lebih kurang cyst ke or sista...bebaru ni meow ada nengok dlm talk show Anita kat astro prima ahli panel dia dr.Hamid Arshad tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 04:28 PM | Show all posts

Masalah haid punca dan kaedah rawatan

Masalah haid punca dan kaedah rawatan

Wanita yang akil baligh dan tidak mempunyai masalah haid akan mengalami pengeluaran darah berwarna merah kehitaman, berbau sedikit hanyir sekali dalam sebulan.

Namun terdapat juga sesetengah wanita yang mengalami masalah haid seperti haid terlalu banyak dan pusingan haid tidak menentu serta sakit ketika datang haid.

Menurut Pakar Klinikal Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), Dr. Wan Hamilton Wan Hassan, haid berlebihan merupakan masalah paling banyak dialami oleh kaum wanita berbanding masalah-masalah haid yang lain.

Katanya, hampir 30% wanita yang datang ke klinik merujuk kepada masalah yang sama, iaitu haid berlebihan.

Tambah beliau, masalah ini semakin meningkat sejak kebelakangan ini kerana wanita zaman sekarang membuat keputusan untuk berkahwin dalam usia yang agak lewat.

''Berkahwin dalam usia yang lewat secara tidak langsung melambatkan peringkat sistem reproduktif (15 hingga 45 tahun) dan menambahkan masalah haid di kalangan wanita.

''Cara hidup seseorang wanita itu dengan peningkatan masalah haid di kalangan mereka sedikit sebanyak berhubung kait,'' jelasnya.

Beliau menambah, haid yang normal keluar adalah disebabkan oleh pengeluaran lapisan selaput dinding dalam rahim berpunca daripada kehadiran hormon estrogen dan progesteron pada ovari.

Dr. Wan Hamilton memberitahu, darah haid yang keluar daripada anggota sulit seseorang wanita itu bukan darah semata-mata tetapi juga mengandungi pecahan-pecahan tisu serta darah hilang daripada salur darah yang pecah.

''Masalah pusingan haid boleh berlaku sekiranya terdapat kegagalan pada sistem mekanisme pengeluaran haid yang biasa,'' ujar beliau.

JENIS-JENIS

1) Haid berlebihan (Menorrhagia) Masalah ini paling banyak dirujuk kepada doktor dan pesakit mengadu mengalami pendarahan yang banyak hingga memaksa mereka kerap menukar tuala wanita.

Malahan ada yang mendakwa darah yang keluar melimpah-limpah (flooding) dan sekali sekala berketul-ketul dengan disertai rasa tidak sedap di bahagian bawah perut.

2) Haid tidak menentu (Irregular menstrual) Kebanyakan wanita yang menghadapi masalah ini akan mengadu haid mereka datang lebih dari sekali dalam sebulan.

Mereka juga turut mengadu telah mengalami kekeringan haid selepas 7 hari tetapi didatangi lagi kesan darah haid berlarutan kepada dua minggu.

Jenis ini pula selalunya berlaku kepada wanita yang tidak berapa subur serta sudah berumur dan mencecah menopaus.

3) ''Pollymenorrhea'' Jenis ini juga turut dialami oleh sesetengah wanita dan kebiasaannya mereka mengadu didatangi haid lebih awal daripada tarikh biasa.

Mengikut pusingan normal, jarak antara satu haid ke haid bulan berikutnya adalah di antara 26 hingga 35 hari dan sekiranya masalah ini berlaku, ia mungkin disebabkan oleh gangguan pada sistem pusingan haid.

4) Senggugut (Period pain) Senggugut adalah kesakitan semasa datang haid dan boleh berlaku atas sebab-sebab primer dan sekunder.

Ia bukan sahaja dialami oleh gadis remaja tetapi juga wanita yang berumur lanjut.

FAKTOR-FAKTOR Terdapat empat faktor penting yang membawa kepada masalah-masalah haid di kalangan wanita.

Antaranya termasuklah:

* Kekurangan faktor pembekuan darah

* Penyakit Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB)

* Faktor patologi pada pelvic

* Masalah perubatan (Medical disorder)

1) Kekurangan faktor pembekuan darah Sesetengah penyakit darah seperti ''thrombocybpenic purpura'' dan leukemia boleh disertai dengan berlakunya pendarahan yang berlebihan semasa haid.

Ini adalah kerana kurangnya faktor pembekuan darah dan menghalang pendarahan setiap kali datang haid.

2) Penyakit Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB) DUB didefinasikan sebagai datang haid yang berlebihan atau tidak menentu dan tidak disebabkan oleh punca patologi pelvic kehamilan.

3) Faktor patologi pada pelvic Penyakit-penyakit seperti uterine fibriod, endomyosis, jangkitan pada pelvic (infection pelvic), endometriol polyps dan IUCD boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah haid yang berlebihan.

4) Masalah perubatan (Medical disorder) Masalah-masalah perubatan adalah endokrin yang berkait rapat dengan hormon seperti penyakit fibroid dan cushing.

RAWATAN Rawatan yang diberikan banyak bergantung kepada umur pesakit, kesuburannya serta mengambil kira bilangan anak yang dimiliki pesakit.

Pemeriksaan fizikal dan penyiasatan terperinci dilakukan sebelum mengdiagnos sebab-sebab yang mengakibatkan pendarahan yang berlebihan.

Di samping penyiasatan terperinci tentang sejarah dan latar belakang pesakit dibuat, rawatan kepada masalah haid lain boleh terdiri daripada:

* Perubatan

* Pembedahan

1) PERUBATAN Rawatan perubatan selalunya dipilih untuk wanita yang berusia kurang daripada 40 tahun dan pendarahannya pula bukan disebabkan oleh patologi.

Sebagai contoh, DUB yang menyebabkan pendarahan berlebihan boleh diubati dengan memberi hormon progesteron dalam jangka waktu yang ditetapkan dan paling maksimum selama enam bulan.

Dalam kebanyakan kes pendarahan akan terhenti atau terkawal dengan memberi pil hormon ini dan tiada kesan sampingan.

Sekiranya pendarahan agak banyak dan masih berterusan, pil antiprostaglandin seperti tranexamic acid dan mefenamic acid boleh diberikan.

2) PEMBEDAHAN Wanita yang berumur lebih 40 tahun tetapi mengalami masalah haid yang berlebihan perlu melakukan penyiasatan rapi ke atas rahim mereka.

Ia boleh dilakukan dengan mengambil sampel dari selaput dalam rahim dengan melakukan beberapa prosedur seperti endometrial pipelle sampling, 'hiteroskopi' dan sebagainya.

Prosedur berkenaan penting dilakukan bagi memastikan pendarahan berlebihan yang keluar tidak disebabkan oleh kanser.

Sekiranya prosedur berkenaan menunjukkan terdapat kanser rahim, pembedahan mesti dilakukan.

Namun jika ia sebaliknya dan rawatan perubatan pula tidak mendatangkan apa-apa kesan, pembedahan membuang rahim adalah disarankan.

* NASIHAT Dr. Wan Hamilton berkata, walaupun masalah haid berlebihan paling banyak dirujuk kepada doktor, tidak semestinya ia tidak boleh diubati atau dirawat.

Malah beliau menasihatkan supaya semua wanita segera menemui doktor atau pakar apabila mendapati tanda-tanda ganjil pada darah haid atau sebagainya.

''Ini penting kerana rawatan awal banyak membantu masalah yang lebih teruk daripada berlaku,'' jelasnya mengakhiri perbualan.

Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 09:04 AM | Show all posts
i pun ada masalah ammorhea ni dr sebelum kawin lagi... lepas kawin sama juga keadaan. chances na mengandung agar sukar sedikit memandangkan kemungkinan ovulasi telur tidak berlaku setiap bulan. For me, dapat mengandung juga walaupun mungkin mengambil masa beberapa bulan.
Skrg ni tengah ambik evening primrose oil (EPO), da hampir 3 bulan ambik EPO ni,rasanya memang berkesan, for these 2 months ++ my periods agak regular, 1st month period datang after 35 days makan EPO (3g/day), 2nd month, period datang 37 days from the last period. Ni da kira kejayaan besar bagi I. Cubalah makan EPO for 3 months, tengok berkesan ke tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2006 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by mac06 at 18-5-2006 01:47 PM


I dah try Bidadari selama 2 bulan, tapi period masih tak datang-datang juga. I memang irregular dari sejak dulu lagi even sebelum kawin. Lepas kawin, after about 9 months baru dapat anak, now t ...


Ni nak update ttg kesan selepas ambik EPO... i ambik EPO 3g/day, after ambik EPO for 35days, period I datang, then 37 days after the last period my period datang lagi... ni da kira kejayaan besar ni kalau bagi I, so sapa sapa yg ada masalah period tu, mungkin ble try EPO 3000mg/day.sebab EPO tak bahaya sebab ianya cuma supplement makanan.

Setelah 2 bulan ambik EPO, memang berkesan utk bantu regularate period, so I decide I will continue ambik EPO :ting:
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by mac06 at 16-7-2006 09:04 AM
i pun ada masalah ammorhea ni dr sebelum kawin lagi... lepas kawin sama juga keadaan. chances na mengandung agar sukar sedikit memandangkan kemungkinan ovulasi telur tidak berlaku setiap bulan. For ...



by the way mac06...u dh brapa lama kawen?dh ngandung?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by beruducute at 22-6-2006 01:05 PM
Just want to know if sapa2 tau / pernah mengalami sakit ni. ...rasanya becoz og imbalance hormone...mcm mana nak overcome sakit ni..meaning how to regulate menses...n mcm mana lak peluang to concei ...


ngape x check gynae from now? at least u take early treatment...

macam alex, my period regular, every mth datang.... tapi tempoh dia panjang.... benda nie start jadi camnie masa alex final year kat U... so i thot, maybe sbb tekanan kot... so - i just ignore..... buat bodoh....

after kawin - after 1 year, g check gynae.... so, baru tau ada problem.... now, its been 2 year since i got married - masih belum ada rezeki utk conceive.... regret?? menyesal gak laa sbb x check awal2..... mana tau, kalo check awal2 - problem nie dapat dirawat earlier.... memang laa doctor cakap chances to conceive tu ada, tapi kena undergo treatment laa.... but still, deep inside - alex selalu marahkan diri sendiri, sbb x check awal2.....

sekarang nie - alex jenuh dok nasihat kat my sisters... kalo period rasa cam x betul je... jgn tunggu lama2...g je check doctor... x mo diorang jad cam alex.... memang laa semua nie, dugaan tuhan... tapi kita kena ikhtiar....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 16-7-2006 11:19 AM


ngape x check gynae from now? at least u take early treatment...

macam alex, my period regular, every mth datang.... tapi tempoh dia panjang.... benda nie start jadi camnie masa alex final y ...



berudu mmg dh check ngan gynea...according to gynea la berudu nya menses prob called 2ndy ammenorrhea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list