CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Mila - Journey To Bulgaria (May)

 Close [Copy link]
Post time 24-3-2008 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 24-3-2008 12:31 AM


a'ah takde sekor pon dak laki yg aku leh pk kan..

pssttt..ko minat stacy ek...

ya.. ya... ya....  napa tak boleh ka?? aku tau laa stacy tu recycle dari gangstarz..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 12:48 AM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 24-3-2008 12:30 AM

mane abe batu veteran sgt pon. kalo dia veteran..aku pon veteran gak la

lerr.. ko ni seangkatan dgn abe batu kaa?? aku kena panggil kak bayieng ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:57 AM | Show all posts
stacy best jugokk..

mila di hati olwesssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:57 AM | Show all posts
page lekat lg laaaaa....tak dpt skodeng apa m8 tulih
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:59 AM | Show all posts
haiyahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... lekat kaaaaaa..????
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 01:41 AM | Show all posts
aiyokkkkkkkkkkk... sudaaaa tukaa lumahhh still mau lekat2 ka..???? :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2008 02:16 AM | Show all posts
website tv3 dah upkan melodi 23 mac.

sila tgk part 2 minit ke 1:57...

http://www.tv3.com.my/Shows/EpHi ... pID=13123#anchorVid

p/s: haku pon tak tgk smp abes lagik kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 02:23 AM | Show all posts
fafau mmg best laaaaa:pompom:

abg J & kak Z...terpaksa jwb ngan supan. aku rs sbnrnya dorang nk jawab..tak hengen haku jantan mcm tu jd menantu aku


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 02:27 AM | Show all posts
dpt menantu maki pak mentua sndirk...gile scaryy..sapa nak siot
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 02:38 AM | Show all posts
mila nk mengaku bercinta pon jijik okehhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 02:40 AM | Show all posts
motif??? kul 2.30 pg masih meroyan lg...

nite2 sume...
nite2 mila :kiss:
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 02:51 AM | Show all posts
hkakhahkahkhka.. abj J tu kalau ikutkan hati..
maunye ade yg kene blasah.. tp abg J tu manusia..  
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by batunilam4a at 23-3-2008 11:47 PM

Tu ler kann...hhehheheheh...aku pon tak tau nape lah ade Mila dlm list aku...aku terpikat sgt tgk kegigihan die dlm AF...dan suara die yg merdu tu...aku rase dah jarang ade kat sini...mcm Day ...
  Bersantai ngan artis peberet batu ke..

ramainya ko mnt.. BTW, aku suka dgr lagu Michael Bolton yg tajuk "Go the distance" klu x silap aku..aku kena nyanyi lagu ni ms pi kursus kepimpinan ms skool dulu..terus terlekat
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 10:05 AM | Show all posts
morning sume...:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 24-3-2008 12:57 AM
page lekat lg laaaaa....tak dpt skodeng apa m8 tulih

aku skodeng sapa???
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:28 AM | Show all posts

Reply #213 gto_girlz83's post

mesti ko ni pengawas sekolah... baik jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2008 11:29 AM | Show all posts
Semakin Hangat
from Berita Harian


Sambutan peminat dalam siri jelajah promosi ABPBH2007 di Pasir Gudang amat menggalakkan selepas diadakan di Johor Bahru minggu lalu

SEPERTI dijangka, persinggahan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007) ke destinasi kedua terakhir iaitu Kompleks Bandar Pasir Gudang, Johor, Sabtu lalu menepati sasaran apabila hampir 7,000 penonton membanjiri ruang legar pusat membeli belah berkenaan.

Biarpun ini adalah kunjungan kedua rombongan ABPBH 2007 ke Johor, selepas berkunjung ke Plaza Kota Raya, pada minggu lalu, sokongan yang diberikan penduduk di selatan tanah air itu cukup menggalakkan.

Sejak tengah hari, ruang legar Kompleks Badar Pasir Gudang menjadi tumpuan peminat dan pembaca setia akhbar Berita Harian yang tidak mahu melepaskan peluang melihat penyanyi, pelakon atau selebriti pujaan mereka secara empat mata. Selain berpeluang bertemu dengan lebih dekat, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada beberapa finalis ABPBH 2007.

Barisan finalis yang mengikuti siri jelajah promosi kali ini ialah Mila, Farah Asyikin, Diddy, Bard R1, Raja Azura, Azwan Ali, Zul Yahya, Aaron Aziz, Jaclyn Victor, Adam, Royce dan Mirwana.

Kehadiran bintang popular ini ternyata cukup dinantikan peminat di Pasir Gudang. Keterujaan mereka jelas tergambar apabila terlihat finalis ABPBH. Kelibat bintang dari Singapura, Aaron Aziz nampaknya begitu dinanti-nantikan. Aaron yang tersenarai sebagai Top 5 bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, julung kalinya mengikuti siri jelajah promosi ini.

Azwan yang melontarkan cadangan kepada Faizal Ismail, Fara Fauzana, Raja Azura, Zul Yahya dan Fiq Hot FM untuk mendendangkan lagu Jujur dari kumpulan Radja. Kelainan yang dibawakan mereka itu ternyata menghiburkan penonton yang tidak berganjak sejak dari awal lagi. Latihan juga diadakan secara spontan ketika waktu rehat bagi memberi laluan kepada solat Asar.

Masa latihan yang singkat tidak mendatangkan sebarang masalah kepada keenam-enam pengacara pada petang itu.

Sikap sporting yang ditonjolkan finalis menyebabkan siri jelajah promosi ini lebih hangat. Bukan itu saja, Raja Azura dan Zul Yahya juga sempat mempamerkan kehebatan mereka berdikir barat untuk dua lagu. Zul Yahya juga kemudiannya mempamerkan bakatnya mendendangkan lagu Bumiputra Rockers, duet bersama Bard R1.

Sebelum itu, Adam membuka tirai persembahan dengan lagu Robot dan Hai. Kemunculannya yang singkat menyebabkan penonton tidak puas bertemu dengan artis yang dicalonkan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Bagaimanapun, Adam terpaksa meninggalkan Kompleks Pasir Gudang dan bergegas pulang ke Kuala Lumpur kerana terikat dengan kerja.

Begitu juga dengan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor yang sanggup bersusah payah memandu dari Kuala Lumpur ke Johor semata-mata mendendangkan dua buah lagu dan kemudiannya terpaksa bergegas pulang kerana ada persembahan yang sedia menanti. Kesungguhan yang ditonjolkan finalis membuatkan penganjur berasa amat berbesar hati dengan komitmen yang ditonjolkan.

Farah Asyikin pada petang itu menghiburkan penonton dengan lagu Tiada Logika, kekuatan suara penyanyi itu cukup mengagumkan. Selain itu, Farah turut mendendangkan lagu Seribu Penipuan. Royce pula mendendangkan lagu daripada single terbarunya Pulau dan lagu popularnya Dua Kali Cinta. Mirwarna menghiburkan penonton dengan lagu mereka Aku Tanpa Cintamu dan Jauh. Manakala Diddy pula menghiburkan orang 'kampungnya' dengan lagu Hilang dan turut berduet dengan Mila menerusi lagu Saling.

Raja Azura juga tidak mahu ketinggalan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan lagunya Alang-Alang dan Hati Terluka. Penyanyi kecil molek, Mila pula menghangatkan kompleks itu dengan lagu barunya Mila Bila Cinta dan Gila.

Seperti biasa juga, siri jelajah promosi ini juga seakan-akan menjadi medan untuk artis mempromosikan album terbaru mereka. Artis pertama yang melakukannya ialah Diddy yang kemudiannya menjadi ikutan teman artis lain seperti Raja Azura dan Mila yang mula membuka 'gerai' menjual album mereka. Idea berkenaan ternyata berjaya apabila album mereka berjaya terjual lebih daripada 10 unit.

Corat Coret


SEBAGAI orang lama, Kak Engku sempat menurunkan ilmunya kepada Mila cara-cara untuk meyakinkan peminat supaya membeli albumnya.

BARD R1 pula sempat melobi rakan artis dan mereka yang terbabit di dalam siri jelajah itu supaya mendaftar dengan koperasi yang ditubuhkannya.

GELAGAT Azwan Ali dan pengacara lain iaitu Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zul Yahya dan Fiq mendendangkan lagu Jujur ternyata mencuit hati penonton.

ARTIS lain seperti Kak Engku dan Mila mengikut jejak langkah Diddy apabila menjual album mereka di lokasi jelajah yang dikunjungi.

FAIZAL Ismail tidak habis-habis bercerita mengenai kemenangannya pada perlawanan badminton menentang Fara Fauzana dan Ally Iskandar.

LOKASI penginapan finalis ditaja oleh Hotel Selesa. Terima kasih juga kepada Restoran D'Corner, Taman Molek yang menaja makan tengahari. Pizza Hut (Plaza Kotaraya yang menaja Pizza). Mara Linear yang menaja pengangkutan sepanjang siri jelajah promosi dan juga Kompleks Pasir Gudang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:32 AM | Show all posts

Reply #217 aFViRGo's post

lagu saling apa??
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 24-3-2008 10:05 AM
morning sume...:flower:

alahai.. terselit celah gambar... morning bayieng... aku lepak kat CI sinun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 11:37 AM | Show all posts

Reply #218 m8's post

Memang nama lagu tu dalam album Diddy Saling jer kan?

I dunno..i copy & paste ajer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.138911 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list