|
~ Gambar-gambar pernikahan & persandingan Mawi & Ekin Gomak ~
[Copy link]
|
|
Reply #200 cloudnine_mm's post
seksi ko
mawi ngan bra
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 19-12-2008 11:38 AM
aku harap mawi lebih romantik
sudi pakai bra gilir2 ngan kikis
apa romantikus nya
kartun adalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #189 dino\ catat
hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, dino ni mensarut la |
|
|
|
|
|
|
|
kek kawen ada lima puncak
|
|
|
|
|
|
|
awat EM
ME lagi sesuai kan
<sokmo ada komen> |
|
|
|
|
|
|
|
ini teksnya
Teks oleh Roslen Fadzil
KUALA LUMPUR, 19 DIS 2008: Persiapan akhir perkahwinan Mawi & Ekin kini berjalan lancar dan hanya menunggu masa untuk sampai ke detik-detik yang begitu mendebarkan bagi pasangan pengantin.
Pagi esok, 20 Disember 2008 kedua-dua mereka, insya-Allah bakal diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru dan ketika ini pasangan mempelai sudah pun berada Johor bersama sanak keluarga.
Pertemuan khas murai.com.my dengan wedding planner perkahwinan itu, Nas Andika di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini, mendapati persiapan yang dibuat bermula dengan majlis dari sebelah Ekin esok memanglah grand.
"Saya memikul tanggungjawab yang berat untuk kedua-dua majlis baik di sebelah Mawi mahupun Ekin kerana harapan yang diletakkan oleh ramai pihak terutama pihak media yang menganggap ia Wedding of the Year. Jangan Tak Lihat
"Saya ditugaskan untuk membuat bekas hantaran, 9 daripada pihak Mawi dan 11 pula dari Ekin. Saya juga akan membuat pelamin persandingan mereka di Stadium Tertutup Johor Bahru pada 20 Disember dan Hotel Palace of Golden Horses pada 11 Januari 2009.
"Barang hantaran mereka merangkumi Barang Adat, Barang Makan dan Barang Pakai. Disebabkan Mawi ada darah Jawa, hantarannya menggunakan konsep Jawa iaitu Janur Melati dan hantarannya disebut 'seserahan'. Ia juga lengkap dengan seserahan Kembar Mayang , pengganti Sirih Junjung yang diperbuat daripada daun kelapa.
"Konsep dari sebelah Ekin pula adalah serba pink mengikut warna pilihan Ekin sendiri," kata Nas yang juga tuan punya butik andaman Nas Great Idea yang sebelum ini dikenali dengan nama Nas Hias Rias.
Inilah tugas terbesar Nas dalam bidang andaman dan majlis resepsi pengantin selepas pernah mengendalikan majlis perkahwinan cucunda Sultan Pahang dan pengacara Sazzy Falak.
Untuk pelamin persandingan di Stadium Tertutup Johor Bahru, Nas yang memiliki kelulusan dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta konsep bingkai-bingkai gambar yang besar disulami jambangan bunga ros yang cantik bersama chandelier.
Bagi kek pengantin pula, ia juga direka khas oleh pakar kek dan pastri pengantin iaitu pasangan suami isteri Rameli Sahi dan Rooslina Bakar. Mereka adalah pemilik syarikat The BloomingCakes.
"Kek ini juga mempunyai jambangan bunga ros dan bertingkat-tingkat," katanya yang memberikan lakaran kek itu untuk tatapan murai.com.my.
Sementara itu, nantikan liputan eksklusif murai.com.my tentang perkahwinan Mawi & Ekin mulai esok. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya...: Stesen TV pujuk dua Diana
SEBELUM ini teman Cik Normah, Donna Marcella yang mula mendapat perhatian sejak menjadi penyumbang cerita di dalam kolum ini ada memberitahu mengenai ura-ura sebuah stesen TV untuk menambahkan rempah kisah menjelang hari bahagia Mawi dan Ekin, esok.
Kisahnya begini, sebuah stesen popular berhasrat mendapatkan Diana Rafar untuk memberi ucapan khas kepada Mawi. Apa motif stesen TV ini, Cik Normah pun tak tahulah. Nak sindir Mawi, atau memang nak ambil kesempatan. Entahlah...
Tapi, iyerlah, semua orang tahu mengenai gosip panas yang pernah timbul dulu membabitkan Diana Rafar selepas Mawi berpisah dengan bekas tunangannya, Ina Naim yang kini sudah bahagia bergelar isteri dan ibu.
Teman Cik Normah itu beritahu hasrat stesen TV memang pada mulanya dipertimbangkan oleh Diana Rafar. Macam manapun, cerita terbaru Cik Normah dengar ialah Diana Rafar menolak permintaan itu . Alasannya ialah dia mahu tidak mencacatkan kemeriahan majlis perkahwinan Mawi itu nanti. Betul juga alasan Diana. Perkara seperti ini kalau diteruskan boleh menimbulkan macam-macam tafsiran dan andaian daripada banyak pihak pula.
Yang penting, bagi Cik Normah tak perlulah mengenang kisah lalu. Perkara lepas, biarlah berlalu. Biarlah Mawi bahagia dengan pilihan hatinya, Ekin. Lagipun, Diana Rafar pun sedang bahagia, memadu kasih dengan Zamarul Hisham. Tersasul pula Cik Normah di hujung tahun ini, tapi yang penting Cik Normah tetap ‘maintain vass’ dengan kebaya ketat pemberian suami.
Cakap mengenai Diana Rafar, teringat Cik Normah kepada Diana Danielle. Cik Normah dapat tahu ada sebuah stesen TV mahu menyunting gadis ini menjadi residen artis mereka. Jadi atau tidak, Cik Normah belum dapat pastikan lagi, sebab semuanya baru dalam peringkat permulaan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul niat astro rancang
buruk betul niat dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|