|
bytheway, bole tak terangkan camana ko nak gunapakai timer ni.
tp sedikit sbyk ni aku cuba explainkan apa yang aku terpk la ye. still needs more info dr ko. so senario ni aku punya assumption je tau...
1- wire masuk ada 2 iaitu merah dan hitam. satu incoming 'life' L, satu lagi 'neutral' N, respectively. dua-dua ni perlu utk hidupkan timer. tanpa life dan neutral, basically/biasanya, sbrg brg letrik/elektronik tak leh berfungsi tanpa kedua-dua ni, utk completkan circuit. kalau kita gunakan plug in timer ni utk source brg letrik, sepatutnya Neutral kene pegi juga ke outgoing terminal.
2. satu wire keluar utk outgoing life, L, yang aku assume pergi ke lubang life pada plug. pelik sbb takkan takde wire Neutral pegi outgoing? spatutnya ada wire hitam ke outgoing.
antra yg menjadi tandatanya aku ialah:
1. kalau ko attached incoming timer ni pada suis
a. kalau matikan suis, masa pada timer tu lari. so ko kene set setiap kali ko ON/OFF suis. sbb timer akan continue beroperasi kalau ada sumber letrik. tapi kalau timer ko ada build-in batery or chip (mcm eeprom) yg bole simpan setting w/pun takde supply, lain citer la.
2. memandangkan timer ni perlukan line Neutral, mcmn ko nak tarik kabel neutral ke suis? loop dari power point sblh suis? (ada rumah sebelah suis ada power point)
3. kat mana lokasi ko nak letakkan timer ni? pada sebelah suis ke? dekat lampu ke?
4. IMO, byk gak option nak wat ni. kompius aku ko nak wat mana. aku bab pemahaman ni byk kureng!
aku andaikan ko ada satu power point yg dekat dengan lampu blakang tu kan...
1- pasang satu base 3x3 yg warna putih tu sebelah power point. samada conceal atau expose ikut mata memandang
2- pastu ko tap life dan neutral dari power point sebelah ke base tadi.
3- connect life ke suis lampu (incoming)
4- connect outgoing life ke incoming life utk timer ko yg dah baraikan tadi.
5- wire hitam yg neutral tu ko sambung ke incoming neutral ukt timer.
6- outgoing sepatutnya ada dua. iaitu life dan neutral. tarik kedua-dua wayar ke lampu.
kalau nak try cara kat atas, ada baiknya ko cuba eksperimen dulu. jgn terus pasang kat dinding. sediakan lampu, suis, wayar, testpen etc. kalau cantek ada multimeter.
cuba dulu masa loose, kalau ok baru ko transfer utk permanent installation.
dolu-doluuuu tu, masa aku main2 pasang pc camtu gak. susun semua barang2 pc atas lantai. sambung semua then configure. kalau confirm komponen2 compatible, baru aku assemble betul2 dalam casing.
goodluck! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 196# pnut
sesapa boleh tulun jwbkan utk kak pnut ni...
tapi 7x7 tu letih gak kalau nak wat sesorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 199# RizalRE
nak pakai marble table top tak mampu bang tile 2' ni kira ok la utk org yg nak buat DIY dan tak byk line. Kalau table top 2' x 8' cuma perlu 4 +1 tile 2' ni je kot. Yang +1 tu boleh guna utk bhg tepi. Cuma agak membazir sebab nanti akan kena potong byk buat lubang singki dan dapur..
Kalau ko nak buat kon nak pakai apa? saja tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 201# RizalRE
bytheway, bole tak terangkan camana ko nak gunapakai timer ni.
tp sedikit sbyk ni aku cuba explainkan apa yang aku terpk la ye. still needs more info dr ko. so senario ni aku punya assumption je tau...
Aku nak guna pakai timer ni utk lampu belakang rumah aku. Walaupun timer ni boleh buat 8 setting tapi aku nak pakai satu je utk bukak lampu pukul 7 ptg dan tutup kul 7 pagi. Mmg ada timer switch dijual tapi harganya mmg agak mahal. Mmg ada lampu yg built dgn sensor utk terang dan gelap tapi aku tak prefer kerana kalau siang hari gelap pun dia on lampu.
1- wire masuk ada 2 iaitu merah dan hitam. satu incoming 'life' L, satu lagi 'neutral' N, respectively. dua-dua ni perlu utk hidupkan timer. tanpa life dan neutral, basically/biasanya, sbrg brg letrik/elektronik tak leh berfungsi tanpa kedua-dua ni, utk completkan circuit. kalau kita gunakan plug in timer ni utk source brg letrik, sepatutnya Neutral kene pegi juga ke outgoing terminal.
Betul
2. satu wire keluar utk outgoing life, L, yang aku assume pergi ke lubang life pada plug. pelik sbb takkan takde wire Neutral pegi outgoing? spatutnya ada wire hitam ke outgoing.
Wire ni adalah utk L apabila kita cucuk plug brg elektrik pada timer tersebut. Aku andaikan wire hitam tersebut adalah sama dgn wire hitam pada incoming. Maksudnya kaki plug yg kita cucuk tu akan bersentuhan dengan wire hitam di outgoing tsb. Andaian aku je la..
Ko boleh rujuk kat sini[url]http://utuhpaloi.com/memasang-timer-lampu/#comment-8897[/url]
Aku pun ada tanya soalan kat abang tu. Mcm ko jugak, tak paham apa yang aku terangkan Cuma dia guna timer yg main tekan2 tu. Bukan digital. Tapi sama je wayar kat dalam tu pun. Dia hanya sambungkan wayar suis kat dinding ke wayar life pada 3 pin plug. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 201# RizalRE
antra yg menjadi tandatanya aku ialah:
1. kalau ko attached incoming timer ni pada suis
a. kalau matikan suis, masa pada timer tu lari. so ko kene set setiap kali ko ON/OFF suis. sbb timer akan continue beroperasi kalau ada sumber letrik. tapi kalau timer ko ada build-in batery or chip (mcm eeprom) yg bole simpan setting w/pun takde supply, lain citer la.
Memang ada built in bateri. Sebelum pakai timer ni kena caj dulu 12 jam. Dan bateri tu boleh tahan selama 100 jam w/p takde supply. Ni ikut manual yg ditulis la. Aku rasa berlambak je timer ni dijual pun.
2. memandangkan timer ni perlukan line Neutral, mcmn ko nak tarik kabel neutral ke suis? loop dari power point sblh suis? (ada rumah sebelah suis ada power point)
Inilah persoalan aku. Aku pun terfikir nak loop dari power point yg berdekatan. Wayar Life memang dah sedia ada kat suis. Boleh ke mcm ni? Kalau tak pun aku loop je L + N dari power point tu. Mcm kita loop utk tambah power point jugak la. Cuma yg ni kita sambung direct je ke timer. Satu je, timer ni akan sentiasa on dan sentiasa ada arus yg mengalir. Ni last option aku la. Lagi pun aku dah plug in timer ni selama 3 hari sblm potong hari tu, tak rasa panas apa2 pun kat timer tuh.
3. kat mana lokasi ko nak letakkan timer ni? pada sebelah suis ke? dekat lampu ke?
Sebelah suis. Lagipun dekat dengan sumber dan tak perlukan wayar yg pjg. Bila lekat kat dinding, nampak cantik je sebab ada buton2 utk ditekan
4. IMO, byk gak option nak wat ni. kompius aku ko nak wat mana. aku bab pemahaman ni byk kureng!
Kalau ikut hati aku nak timer ni pun ada suis on - off mcm lampu tu jugak. Kalau sambung direct mmg timer tu sentiasa on. Aku tgh carik power soket yg boleh dibaraikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 203# zach2008
tak design lagi. hahaha maksudnya angan2 je dulu, detail rancangannya takde lagi. table top tu nak wat kat outdoor so rasanya tak perlu la tile shining blink blink, silau mata
nak kumpul 10k dulu baru projek2 bole start. tak cukup budget nanti keje separuh sangkuttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 206# zach2008
IMO, kalau ko nak sorokkan timer ni lagi ok kot. idea aku je la. ini aku andaikan la, lampu kat belakang tu highlevel bawah atap. maksudnya wires dia lalu bawah bumbung.
kalau kondisi camni, aku set siap2 then letak timer dekat tempat tersorok dan dekat dengan lampu. since ko kata nak set 7-7 (12 hours).
2 wire merah dan hitam sebelum masuk ke lampu, ko channel masuk ke timer. pastu tarik 2 wire merah hitam dari timer ke lampu.
cadangan atas tak sesuai kalau ko perlu kerap tukar setting timer.
aku terpk cadangan ni slps tgok blog yg ko link dlm ni. sayang la plak satu plug tu dedicated utk timer je.
ko cari la kotak pvc kat kedai letrik (search google "electrical pvc box).
baraikan timer tu out of the casing dia. 3 pin plug ke belakang dan 3 pin soket dah tak guna dah. skrew elok2 kat dalam kotak tu.
buat satu atau 2 lubang utk wire masuk dan keluar.
mount pvc box ni kat mana2 lokasi yang ko rasa sesuai. contohnya atas suis lampu yg ko nak control tu.
wire neutral ko tap dari socket sebelah masuk ke kotak suis terus ke kotak pvc (sorok sikit)
wire outgoing dari suis plak ko pi dulu ke kotak pvc dan wire outgoing dari kotak pvc ke lampu. sambung wires semua.
nak bagi lagi cantek, ko potong cover kotak pvc tadi ngam ngam utk digital display dan buttons.
wallah! siap! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zach2008 at 4-11-2010 15:13
RizalRE,
Untuk tidak menghampakan ko aku tepek jugak la gambo benda alah nih. Ni 1st time aku tepek gambo kat cari ni tau... gambar pun guna hp cap ayam je. Tapi benda ni aku adh potong la mlm selasa lepas...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 207# RizalRE
IMO, kalau ko nak sorokkan timer ni lagi ok kot. idea aku je la. ini aku andaikan la, lampu kat belakang tu highlevel bawah atap. maksudnya wires dia lalu bawah bumbung.
kalau kondisi camni, aku set siap2 then letak timer dekat tempat tersorok dan dekat dengan lampu. since ko kata nak set 7-7 (12 hours).
Aku tak nak sorokkan dia. Aku nak tampal kat dinding jugak Lagi pun dia ada manual on dan manual off selain dari auto.
2 wire merah dan hitam sebelum masuk ke lampu, ko channel masuk ke timer. pastu tarik 2 wire merah hitam dari timer ke lampu.
Tak boleh ke ikut stail yg abg dlm blog tu buat. Aku loop live + natural dari soket power terdekat dan sambung ke live + natural dekat timer. Timer sudah boleh guna agaknya. Lepas tu tarik satu wayar dari lampu terus sambung kat satu lagi outgoing live kat timer. Utk lengkapkan litar lampu, buat looping dari mana2 point lampu lain kat atas siling untuk natural + earth (kalau perlu). Boleh jalan ke mcm nih. Tapi cara ni takde suis utk putuskan litar timer.
cadangan atas tak sesuai kalau ko perlu kerap tukar setting timer.
aku terpk cadangan ni slps tgok blog yg ko link dlm ni. sayang la plak satu plug tu dedicated utk timer je.
Aku pun terpikir macam tu. Ni utk bahagian2 tertentu yg kita tak terpikir nak pasang timer boleh la.
ko cari la kotak pvc kat kedai letrik (search google "electrical pvc box).
baraikan timer tu out of the casing dia. 3 pin plug ke belakang dan 3 pin soket dah tak guna dah. skrew elok2 kat dalam kotak tu.
buat satu atau 2 lubang utk wire masuk dan keluar.
Lama dah aku fikirkan. Tapi aku masih nak carik soket power utk dibaraikan dulu. Sebab aku nak guna komponen kat dalam tu utk putuskan aliran pada timer ni jika aku tak guna. Tp bergantung kpd apa yg ada kat dlm soket power tu la. Worse case aku nak buat dari kayu je.
ko potong cover kotak pvc tadi ngam ngam utk digital display dan buttons.
wallah! siap!
Ini sebenarnya aku nak buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zach2008 at 4-11-2010 15:21
Reply 196# pnut
nak buat sendiri sebab hubby bukan jenis tangan nak bertukang.. grrrrrrr tgk pakwe-pakwe kat sini rajin bertukang, bertuah la bini korang...heheheheh
Aku jawab yg ni je la ye... wife aku pun tak suka aku buat benda2 nih. Dia prefer beli atau upah org je. Saya buat kerana kepuasan dan keseronokan... lagi pun duit upah org tu boleh beli tools. Beli drill, hammer drill, marble cutter, grinder, trimmer atau router ( idaman nih). Byk lagi la boleh buat. Kdg2 tukang kampung pun tak ada benda2 mcm tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by azima_ at 4-11-2010 16:29
nak tanya,
Saya teringin nak buat sendiri nak buat simen kat belakang rumah anggaran luas dalam 7x7 ...
pnut Post at 3-11-2010 14:42
kak pnut.. kalau makwe reply boleh? :p
sy pon tengah buat kerja2 simen nie.. nak reply sesikit tue bleh la. bagi level dulu tanah tue & kepung area yg nak simen tue. bancuh simen + pasir + kapur ajer tak bubuh pon batu. tuang simen, sapu bagi rata. kalau nak lantai yg lincin.. tabur simen & sapu bagi rata. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 210# zach2008
bole la tu. tak pun beli la pvc box panjang sikit. kat bawahnya ko tepek la suis. kat atas tu tebuk lubang tuk dispay dan buttons.
2 in 1, senang kalau ko nak alihkan ke kemudian hari. satu set, tinggal sambung wayar kat mana2 terus bole pakai. kawtim!
selamat DIY
takde masa nak wat. idea je ada. hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 212# azima_
hi makwe!
dah betul la tu... kot. bole la digunapakai. bukannya loading atas dia buat laluan kete ke lori ke. sekadar plinth wat keje ringan2 je kan. tapi kalau tempat kita wat tu di laluan kenderaan, kete ke lori ke... dan tebal tingginya, kena modify la skit. pendapat saya la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply pnut
Aku jawab yg ni je la ye... wife aku pun tak suka aku buat benda2 nih. Dia prefe ...
zach2008 Post at 4-11-2010 15:19
alamak...terbalik la pulak..
saya suka la kalau hubby mau bertukang, sebab saya dah biasa dulu-dulu tulung arwah abah bertukang, abah saya dulu keja gomen, tapi dia minat bertukang (plus tak mampu nak upah) so dia belajar kelas malam, masa tu ikm ada tawarkan kelas malam, dia amek plumbing dan menyimen..
rumah kami extend semua buat sendiri, emak dan kami adik beradik tolong, pegang kayu time dia nak gaji..
tolong huloq bata.. tolong kacau simen.. seronok.. terbalik hubby lak, hubby family dia org senang sikit, semua main upah-upah, so bila dah berumah tangga pun dia tak berapa reti bertukang.. uhuks.. tukar kepala paip pun upah orang, tukar tombol pintu pun upah.. opsss stop, tak baik.. bukan nak burukkan suami... tidak sama sekali, tapi dah mmg dia jenis tak reti bertukang, nak buek lagu mana..
tu yg saya nak buat sendiri, ehehe nak ajar anak lelaki bertukang, agar boleh tolong emak dia nanti.
rizal-7x7 tu tak la buat sekaligus, sikit-sikit la.. maid ada... boleh tlg, tp percayalah bila akak mula nanti, kompem laki sure join gak, mana dia gamak tgk kita buat sendiri..eheheh cuma nak gerak jalankan kerja tu tka leh tunggu dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 215# pnut
takpe la kak, elok la tu at least ada la salah sorang tangannya 'hidup'. bole la somi akak kluar ayat romantis ni
"You complete me..." (petikan citer jerry macquire lakonan tom cruise)
kalau nak wat sikit2 tu ok la. pelan-pelan kayuh, ye tak. sampai gak ke hulu. cuma bab area-area yang sambung tu je saya risaunya.
kalau dalam bidang construction tu kita panggey 'construction joint'. tang tu yang weak area tu. banyak la masalah...
tapi jgn risau la. setakat pelantar tu, ok la, bukannya wat slab utk bangunan bertingkat2. yakin boleh! |
|
|
|
|
|
|
|
rizal, thanks... tunggu anak-anak buah berkumpul esok, depa mai lepak rumah, akan berlaku kerahan tenaga, upah depa masak sedap-sedap je.. gerenti beres, ni namanya Pnut and co punya projek... apa yang penting??? kerjaaaasammmaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 217# pnut
bijakkkk bijak! pandai-pandai la sarjan pnut mengarahkan 'askar-askar' nya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zach2008 at 5-11-2010 09:21
kak pnut.. kalau makwe reply boleh? :p
sy pon tengah buat kerja2 simen nie.. nak reply sesiki ...
azima_ Post at 4-11-2010 16:23
kalau saya la, mmg saya prefer campur batu kecik dan letak la dawai (BRC). Mmg la tempat tu tak guna utk kerja2 lasak tapi mana tau kan. Dgn sedikit kerajinan, kita boleh dapat batu2 kecik to free sebenarnya. Terus-terang, utk buat table top yg akan datang kebanyakkan brg2 tu saya dpt free kecuali tile, sink, dapur.
Batu2 kecik tu saya kumpul sikit2 daripada limpahan lori2 yg membawanya. Selalunya kalau sudah lama dia akan berkumpul disatu bahagian di jalanraya. Bahaya utk mereka yg pakai motor. Saya ambik masa 2 hari je utk kumpul 6 tong cat penuh. Semua nya ambik masa 15 minit selepas solat subuh. Kontraktor kecik2 selalu buat begini. Pasir lak lbh kpd yg saya kutip dari lebihan rumah2 jiran. Kdg2 ada yg buang gitu je tepi jalan. Tanya dia org dulu. Kalau tak sia2 kena perambat. Kayu2, plywood tu kita boleh guna sisa pembinaan perumahan. Kayu pallet lg ok. Sebab semua dah dirawat.
Tile lantai ari tu ada kontraktor bg sikit. Bukan bg free la, harga yg agak murah kalau banding kat luar. Saya komplen pasal finishing rumah yg tak cantik. Utk tutup mulut dia offer la tile. Boleh la cover antai dapur yg comel tuh Simen pun ambik dah 7 bag dari dia.
Kat tempat saya ni pasir dlm RM98/ Batu lak RM136. Simen RM17 (Kontraktor beli pukal 7.50 je) Termasuk penghantaran. Byk mana, saya tak tau ukurannya. DIa org pangil ela. Kira2 satu skop jentolak kecik. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zach2008 at 5-11-2010 09:26
Reply 213# RizalRE
Tengok la nanti bro. Sekarang ni tengah bising sebab eletrik dan air tak sambung lagi. Seminggu dah bayar.
Nak pasang lampu, kipas semua dah ambik masa. Belum tambah point lagik. Paip pun ada nak kena ubah sebab dapur dah alih ke tempat lain. Harap kudrat tulang 4 kerat ni sihat walafiat je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|