CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 24-8-2010 01:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 24-8-2010 14:00
Saudara jangan salah paham. Tiada siapa mempertikaikan peranan Rasul. Semua orang tahu. Al Quran itu sendiri diturunkan kepada Baginda. Tiada siapa yang lebih mengetahui kandungan dan hukum hakam dalam quran lebih dari baginda.

jadi janganlah kita Taat kepada Allah semata2 dan membuang segala sunnah rasul selepas kewafatannya..Amat besar jasanya kepada kita..cintai lah rasul sebagaimana sahabat2 terdahului mencintainya..(doa dan harapan untuk saya jugak..)berkali2 disebut dalam al-Quran Taat kepada Allah dan Rasul biar pun Allah mengetahui yg Rasulullah tetap wafat,dan ayat al-Quran untuk seluruh zaman sampai kiamat,bukan untuk manusia sezaman rasul sahaja..dan dalam pengetahuan Allah juga tentang hambanya yg beriman dan berusaha menegakkan agama Allah walau pun selepas kewafatan nabi..

Alhamdulillah..Bukankah kebimbangan mendapat dosa itu adalah perkara yang baik..Insya Allah mereka akan bermohon pada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya di ampunkan..Mudah-mudahan apabila mereka dikurniakan sesuatu..Mereka dapat menafkahkannya pada jalan Allah..Sesuai dengan firman Allah..

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (A-li'Imraan 3:92)

Kalau ikut cara yang saudara sarankan. Ramailah mereka mereka yang sengaja menyimpan emas kurang dari jumlah yang saudara cakapkan itu..semata-mata tidak mahu membayar zakat..Seperti orang elak bayar tax lah..macam-macam cara dilakukan untuk mengelakkan membayar tax..Tapi kalau manusia manusia ni rujuk pada al-quran..mereka akan tahu betapa tiada bergunanya harta yang mereka kumpulkan di dunia ini..Sesuai dengan firman tuhan..

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-'Ankabuut 29:64)
[quote]Alhamdulillah..Bukankah kebimbangan mendapat dosa itu adalah perkara yang baik..Insya Allah mereka akan bermohon pada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya di ampunkan..Mudah-mudahan apabila mereka dikurniakan sesuatu..Mereka dapat menafkahkannya pada jalan Allah..Sesuai dengan firman Allah..

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.                                                                                      (A-li'Imraan 3:92)

Kalau ikut cara yang saudara sarankan. Ramailah mereka mereka yang sengaja menyimpan emas kurang dari jumlah yang saudara cakapkan itu..semata-mata tidak mahu membayar zakat..Seperti orang elak bayar tax lah..macam-macam cara dilakukan untuk mengelakkan membayar tax..Tapi kalau manusia manusia ni rujuk pada al-quran..mereka akan tahu betapa tiada bergunanya harta yang mereka kumpulkan di dunia ini..Sesuai dengan firman tuhan..

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).                                                                                      (Al-'Ankabuut 29:64)

ingatlah setiap orang berbeza-beza tahap iman dan takwanya..Rasul hanya menyampaikan,terima atau tidak terima pilihan masing2..
kalau tak ditetapkan peraturan spt dalam hadis tupun akan ada juga org yg cuba mengelakkan tanggungjawab,soal hati ada di dalam dada masing2..ia berkait dengan keimanan dan keikhlasan..bila tercapai tahap keimanan dan keikhlasan letak la peraturan mcm mana pun tetap akan dipatuhi..

Allah yg menetapkan hukum hakam dan Allah juga yg memberi khabar2 gembira terhadap amalan baik dan ancaman2 bagi yang mengingkariNya..kesemua peraturannya ada hikmah..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 24-8-2010 02:10 PM | Show all posts
Masalahnya berpunca dari institusi yang menguruskan zakat itu sendiri..Kalau nak bayar zakat direct pada orang yang memerlukan..nanti tidak dapat pengecualian cukai pulak kan..may be seseorang boleh mengesyorkan agar pemberian zakat boleh terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan dengan penyaksian sendiri oleh seseorang dari institusi yang menguruskan zakat tersebut..So mereka boleh mengeluarkan resit zakat kepada individu yang mengeluarkan zakat.

saya sebenarnya secara peribadi lebih suka memberi direct kepada org yg memerlukan supaya lebih terkesan di hati..tapi sy ada kebimbangan takut timbul perasaan riak pulak kalau ada yg tahu tentang zakat kita.teringin tapi takut..so lebih selamat menjaga "hati" dengan bagi pusat pengurusan yg uruskan..

zaman sekarang ni,masing2 dalam kesibukan,nak mengenali dan mencari asnaf zakat agak sukar..sebab itu lah untuk memudahkan tanggungjawab ditunaikan dengan menyerahkan kepada pusat pengurusan zakat..sy rasa punca utama nak mengelakkan cukai tu cuma sebilangan kecil sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:46 PM | Show all posts

nickname Post at 24-8-2010 14:10

Bagi mereka yang tidak terlibat dengan cukai pendapatan atau cukai perniagaan memang tiada masalah untuk mengeluarkan zakat secara terus kepada orang yang susah..Masalah akan timbul apabila berkaitan dengan zakat pendapatan atau zakat perniagaan..ini kerana kalau kita tidak bayar melalui agensi yang menguruskan zakat..kita kena mengeluarkan cukai tersebut pada kadar penuh..Tetapi kalau kita bayar melalui agensi yang menguruskan zakat, tax kita boleh di deduct..Contoh tax kita 10000..zakat kita 4000..kita dah bayar zakat pada agensi yang menguruskan..So cuma perlu bayar another 6000 sahaja untuk tax..Tapi kalau kita salurkan direct pada yang memerlukan..Kita kena bayar tax penuh 10000..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:16 PM | Show all posts
jadi janganlah kita Taat kepada Allah semata2 dan membuang segala sunnah rasul selepas kewafatannya..Amat besar jasanya kepada kita..cintai lah rasul sebagaimana sahabat2 terdahului mencintainya..(doa dan harapan untuk saya jugak..)berkali2 disebut dalam al-Quran Taat kepada Allah dan Rasul biar pun Allah mengetahui yg Rasulullah tetap wafat,dan ayat al-Quran untuk seluruh zaman sampai kiamat,bukan untuk manusia sezaman rasul sahaja..dan dalam pengetahuan Allah juga tentang hambanya yg beriman dan berusaha menegakkan agama Allah walau pun selepas kewafatan nabi..
nickname Post at 24-8-2010 13:58

Berhati-hatilah dengan ayat saudari..Kata-kata saudari seolah olah apa yang di bawa Rasulullah ada yang bertentangan dengan yang di suruh oleh Allah..Sedangkan apa yang rasul bawa tiada lain melainkan seiring dengan apa yang disuruh oleh Allah..Insya Allah tiada golongan yang menolak Rasul..Apa yang ditolak oleh kebanyakan yang ada di sini ialah ajaran yang menyelewang dari Al-Quran dengan mengunakan nama As-Sunnah..

(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.                                                                                      (Al-Haaqqah 69:43)

                                                                                                                                                                               Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -                                                                                      (Al-Haaqqah 69:44)                     

                                                                                                                                                                               Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -                                                                                      (Al-Haaqqah 69:45)

ingatlah setiap orang berbeza-beza tahap iman dan takwanya..Rasul hanya menyampaikan,terima atau tidak terima pilihan masing2..
kalau tak ditetapkan peraturan spt dalam hadis tupun akan ada juga org yg cuba mengelakkan tanggungjawab,soal hati ada di dalam dada masing2..ia berkait dengan keimanan dan keikhlasan..bila tercapai tahap keimanan dan keikhlasan letak la peraturan mcm mana pun tetap akan dipatuhi..

Allah yg menetapkan hukum hakam dan Allah juga yg memberi khabar2 gembira terhadap amalan baik dan ancaman2 bagi yang mengingkariNya..kesemua peraturannya ada hikmah..

Sekali lagi nak jelaskan di sini..Tiada siapa yang menolak Rasul..Janganlah menganggap orang yang memuliakan kitab yang diturunkan oleh Allah lebih dari segala kitab yang lain sebagai menolak Rasul..

Tak kan kita nak biarkan mereka yang lemah imannya dibiarkan berterusan begitu..Sebab tu kita kena berpandukan Al-Quran..Kerana Al-Quran ini diturunkan sebagai petunjuk..Insya Allah boleh membawa manusia untuk mencapai tahap keimanan yang sepatutnya..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".                                              (Al-Israa' 17:88)                 

Tuhan dah kata..kalau kumpulkan seluruh manusia dan jin bekerjasama pun xboleh nak wat yang setanding dengan quran..inikan pula kitab-kitab yang di buat oleh beberapa orang manusia jer..masakan boleh lebih mudah dipahami dari quran??
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 08:04 AM | Show all posts
Berhati-hatilah dengan ayat saudari..Kata-kata saudari seolah olah apa yang di bawa Rasulullah ada yang bertentangan dengan yang di suruh oleh Allah..Sedangkan apa yang rasul bawa tiada lain melainkan seiring dengan apa yang disuruh oleh Allah..Insya Allah tiada golongan yang menolak Rasul..Apa yang ditolak oleh kebanyakan yang ada di sini ialah ajaran yang menyelewang dari Al-Quran dengan mengunakan nama As-Sunnah..

(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.                                                                                      (Al-Haaqqah 69:43)

                                                                                                                                                                               Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -                                                                                      (Al-Haaqqah 69:44)                     

                                                                                                                                                                               Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -                                                                                      (Al-Haaqqah 69:45)

Sekali lagi nak jelaskan di sini..Tiada siapa yang menolak Rasul..Janganlah menganggap orang yang memuliakan kitab yang diturunkan oleh Allah lebih dari segala kitab yang lain sebagai menolak Rasul..

Tak kan kita nak biarkan mereka yang lemah imannya dibiarkan berterusan begitu..Sebab tu kita kena berpandukan Al-Quran..Kerana Al-Quran ini diturunkan sebagai petunjuk..Insya Allah boleh membawa manusia untuk mencapai tahap keimanan yang sepatutnya..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".                                              (Al-Israa' 17:88)                 

Tuhan dah kata..kalau kumpulkan seluruh manusia dan jin bekerjasama pun xboleh nak wat yang setanding dengan quran..inikan pula kitab-kitab yang di buat oleh beberapa orang manusia jer..masakan boleh lebih mudah dipahami dari quran??

kenapa tidak boldkan sekali "membuang segala sunnah rasul" ?..tak kan sy nak tulis membuang sunnah Allah?bila pilih sekerat2, tu yg jadi lain maksud...sedangkan banyak ayat yg menyebut taat Allah dan rasul,mencintai Rasul juga mencintai Allah?...Jelas dan terang ayat Allah takkan boleh salah faham lagi...bukan ayat tu ditujukan kepada masyarakat sezaman nabi pun,tapi ditujukan kepada orang2 yang beriman..kepada kita semua la,bukan kepada orang kafir ke apa..

benar dan jelas sekali tiada siapa yang boleh menandingi kitab al-Quran..tapi adakah yg ulama tulis tu bertujuan untuk menandingi ayat al-Quran kah?..adakah mereka menyeleweng dan mengubah ayat2 al-Quran spt mana kitab injil diubah untuk kepentingan mereka?..adakah awak jumpa satu ayat al-Quran yg ulama telah selewengkan dan menukarkan kepada ayat sendiri?..kalau ada ayat al-Quran yg telah ditukarkan sila datangkan bukti,kalau betul maka jgn menerima pandangan ulama tersebut(bukan kesemua ulamak ya)..boleh faham ker..

berkenaan hadis Rasulullah pula,bukan kah ulama telah mebuat saringan dan tapisan hadis yg saheh,mauduk,hasan dan sebagainya..bukankah ada ketelitian dalam mengumpul hadis bukan mengambil membabi buta..nak berpegang kepada hadis lemah pun ulama telah letak mcm syarat spt,seperti jgn berpegang dengan hadis lemah berkaitan akidah..begitu ketat pengawasannya kan...masalahnya pada yg menolak hadis,semua dari sumber hadis ditolak tak kira saheh atau pun tidak soheh sebab tidak percaya pada semua ulamak..

ayat al-Quran ya memang jelas memberi keterangan dan bukti2 kekuasaan Allah untuk orang yang berakal memikirkannya,tak ada yg tak jelas,Allah sebut semua bulan,bintang matahari dan segalanya untuk manusia fikirkan..tapi kalau nak melaksanakan ibadat yang ditetapkan al-Quran,tanpa merujuk kepada penjelasan Rasulullah memang sukar,kalau 100 org solat boleh jadi ada ada 100 jenis solat,sebab pemikiran manusia berbeza-beza..ada yg solat tak kira bil rakaat,ada yg solat tak ada tashud dan macam2..bila nak tulis panduan supaya selaras,tak boleh pulak sebab karangan manusia..mcm tu ker?..

kenapa ada macam2 kitab yg ulama tulis?..sebabnya nak membincang cabang2 masalah yg tidak disebut secara khusus dalam al-Quran,..dan mereka berhujjah seperti qias dan apa2 kaedah pun dari sumber asas dari al-Quran dan sunnah jugak..banyak percanggahan pendapat dan kita tidak wajib berpegang dengan kesemua pendapat ulama..kita yg dikurniakan akal ni buat lah pilihan yg mana lebih hampir kepada nas dan dalil..bukannya ulama menukar perkara pokok yg telah ditetapkan al-Quran seperti menidakkan kewajipan solat dan sebagainya..memang la karangan manusia tapi tujuannya untuk apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:02 PM | Show all posts
kenapa tidak boldkan sekali "membuang segala sunnah rasul" ?..tak kan sy nak tulis mem ...
nickname Post at 25-8-2010 08:04

Sebelum kita berbincang lebih jauh..Saya nak tanya saudari..Saudari pernah terjumpa dengan hadith yang melarang penulisan hadith x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2010 02:21 PM | Show all posts
kenapa tidak boldkan sekali "membuang segala sunnah rasul" ?..tak kan sy nak tulis membuang sunnah Allah?bila pilih sekerat2, tu yg jadi lain maksud...sedangkan banyak ayat yg menyebut taat Allah dan rasul,mencintai Rasul juga mencintai Allah?...Jelas dan terang ayat Allah takkan boleh salah faham lagi...bukan ayat tu ditujukan kepada masyarakat sezaman nabi pun,tapi ditujukan kepada orang2 yang beriman..kepada kita semua la,bukan kepada orang kafir ke apa..
nickname Post at 25-8-2010 08:04

Berdasarkan apa yang saudari cakap setakat ni..nampaknya saudari memang seorang yang hidup berdasarkan sunnah Rasulullah..Mencintai Rasulullah adalah mencintai Allah..Saya begitu yakin saudari seorang yang mengamalkan sunnah sunnah Rasulullah dalam segenap kehidupan saudari..Boleh x saudari tolong jawab beberapa soalan di bawah ini??

Adakah saudari tidur diatas pelepah tamar tanpa bantal sehingga pipi berbekas??
Adakah saudari duduk mencangkung ketika makan dan tidak mengunakan meja serta kerusi??
Adakah saudari sentiasa makan dalam dulang beramai-ramai??
Adakah saudari memakai baju seperti yang dipakai isteri-isteri rasulullah dan tidak keluar rumah tanpa urusan yang penting termasuklah tidak bekerja, tidak bersekolah dan lain-lain??
Adakah saudari berdoa agar hidup dalam keadaan miskin, mati dalam keadaan miskin dan bercampur dengan orang miskin seperti yang di doa oleh Rasulullah??
Adakah saudari menyedekahkan semua duit yang saudari perolehi kerana takut dihisab oleh Allah??
Atau pun saudari hanya mengikuti sunnah yang sesuai dengan nafsu saudari??
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 09:02 PM | Show all posts
Salamun 'alaykum Saudari nickname,

Berkenaan persoalan awak yg lain-lain tu, bila-bila nanti saya akan jawab... lagipun ia adalah soalan yg lapuk &soalan basi yg sering d tanyakan oleh pengikut hadis &pengikut sunnah mcm awak... dah naik letih kita nak menjawabnya...

tentang zakat tu,cuba awak perhatikan dalam al-Quran perintah zakat dan ayat yang menggalakkan bersedekah..dua perkara yang berbeza..  

Siapa yg kata ZAKAT &SADAQAH adalah 2 perkara yg berbeza?

Zakat itu maksudnya mendatangkan "Kesucian" dan Sadaqah itu sebagai suatu "Penyucian". sebab itu ia di panggil "Zakat".

Ambillah dari harta mereka itu, Sebagai suatu Sadaqah yang membersehkan akan mereka dan yang menyucikan akan mereka dengan nya 9:103

Perkataan "menyucikan" @ kalimah TUZAKKIY di dlm ayat di atas,adalah berasal dari perkataan "Penyucian" @ ZAKAT!

sedangkan penentuan 8 golongan yg menerima Zakat (menurut ASWJ) pun, di ambil dari ayat tentang Sadaqah juga!

Sesungguhnya Sadaqah itu untuk orang-orang faqir dan orang-orang miskin dan 'amil-'amil ke atas nya dan orang-orang yang di lembutkan oleh hati mereka dan di dalam memerdekakan dan orang-orang yang berhutang dan di dalam jalan ALLAH dan anak-anak jalanan, Sebagai Suatu kefardhuan dari ALLAH, dan ALLAH itu mengetahui lagi bijaksana 9:60

Dlm ayat di atas, langsung tiada di sebut kalimah "ZAKAT".

nampaknya, hujjah awak nampak sangat tak lojik &tak rasional.. serta tidak di pandu pula dgn dalil-dalil dari ayat-ayat AlQuran.

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 25-8-2010 09:18 PM | Show all posts

ambil contoh ayat dibawah :
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.(Al-Baqarah 2:43)

Terjemahan yg nickname bawakan di atas, terdapat tokok tambah. saya bawakan terjemahan yg sebenar.

Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan datangkanlah oleh kamu akan kesucian dan ruku'lah oleh kamu bersama orang-orang yg ruku' 2:43

bahkan terjemahan ayat 59:7, 5:55 & 4:59 yg saudari bawakan juga terdapat banyak tokok tambah di dlm terjemahannya.
adakah saudari tidak mempelajari bahasa AlQuran? atau saudari hanya tahu Copy&Paste shj?

di harap saudari nickname tidak mengubah &menokok tambah ayat-ayat ALLAH.

Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan mempercayai bagi kamu? sedang sunggoh adalah segolongan dari mereka itu sedang mendengar perkataan ALLAH, kemudian mereka mengubah akan nya, dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya, sedang mereka mengetahui. 2:75

Maka celaka lah bagi orang-orang yg menulis akan Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka mengatakan: "Ini dari sisi ALLAH!", supaya mereka membeli dengan nya akan harga yang murah, maka celakalah bagi mereka dari apa yg telah mereka tulis akan tangan-tangan mereka, dan celakalah bagi mereka dari apa yang sedang mereka usahakan. 2:79

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 10:04 PM | Show all posts
salam,

...tentang zakat contohnya..boleh jelaskan kepada sy tak tentang perintah mengeluarkan zakat,cara2,syarat dan kadarnya?..

sy akan cuba menjawab soalan diatas dgn berpandukan alquran.
1. perintah mengeluarkan zakat terlalu banyak disebut didlm quran jadi tak payahlah sy menjawabnya.

2. syarat:- ditujukan pada orang2 beriman;
Q2:277  Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat,

Q9:71  "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,

3. kadarnya:-
Q2:219......". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ""Yang lebih dari keperluan."
pendapatan kita dikira setiap bulan jadi apa2 yg berlebihan pd tiap2 bulan itulah yg hendak di berikan. Iman tidak diukur dgn  2.5%.

4. kpd siapa diberi;
Q2:177....... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya,

Q2:215 "Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: ""Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan."

Q9:60 "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah;
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 10:06 PM | Show all posts

SesungguhnyaAllah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelahIa mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yangmembuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dariiktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya merekasebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.(A-li'Imraan 3:164)  

Ini terjemahan yg sebenar menurut grammar AlQuran yg saheh (yg saya boldkan itu ialah tokok tambah):

Sunggoh benar-benar telah mengurniakan oleh ALLAH ke atas orang-orang yang percaya ketika Dia telah mengutuskan pada mereka seorang rasul dari diri-diri mereka yang akan membacakan ke atas mereka akan ayat-ayat Nya dan yang akan menyucikan akan mereka dan yang akan mengajarkan mereka akan Kitab dan Hikmah, sedang sunggoh adalah mereka itu, dari sebelum itu, benar-benar di dalam kesesatan yang nyata 3:164

Apayang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, (?)bandar (?) atau desa (?) dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah,dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, danorang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yangdemikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya darikalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepadakamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamumelakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggarperintahNya). (Al-Hasy-r 59:7)

Apa yang di berikan oleh ALLAH ke atas rasul Nya dari penduduk negeri, maka bagi ALLAH dan bagi rasul Nya dan bagi yang mempunyai kerabat dan anak-nak yatim dan orang-orang miskin dan anak jalanan, supaya janganlah adalah ia itu beredar di antara orang-orang yang kaya dari kamu, dan apa yang telah di berikan akan kamu oleh rasul maka kamu ambillah ia, dan apa yang dia tegah akan kamu dari nya maka berhentilah, dan bertaqwalah oleh kamu akan ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu bersangatan siksaan 59:7

SesungguhnyaPenolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman,yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tundukmenjunjung perintah Allah). (Al-Maaidah 5:55)

Sesungguhnya Wali kamu ialah ALLAH dan rasul Nya dan orang-orang yang telah percaya lagi mereka yang mendirikan akan solat dan mereka yang mendatangkan akan kesucian, sedang mereka itu orang-orang yang ruku' 5:55

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa' 4:59)

Wahai orang-orang yang telah percaya, taatlah oleh kamu akan ALLAH dan taatlah oleh kamu akan rasul dan yang mempunyai urusan dari kamu, maka jika telah berbantah-bantah oleh kamu di dalam sesuatu, maka kamu kembalikanlah ia kepada ALLAH dan rasul, jika adalah kamu itu sedang percaya dengan ALLAH dan hari akhir, demikianlah itu lebih baik dan lebih elok sebagai suatu Ta'wil 4:59

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 07:54 AM | Show all posts
Sebelum kita berbincang lebih jauh..Saya nak tanya saudari..Saudari pernah terjumpa dengan hadit ...

Baru_Belajar Post at 25-8-2010 14:02

sejujurnya sy belum jumpa lagi..awak dah jumpa ker,bawakan lah...nampaknya awak consern jugak dgn tulisan manusia ni ya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 08:39 AM | Show all posts
Berdasarkan apa yang saudari cakap setakat ni..nampaknya saudari memang seorang yang hidup berdasarkan sunnah Rasulullah..Mencintai Rasulullah adalah mencintai Allah..Saya begitu yakin saudari seorang yang mengamalkan sunnah sunnah Rasulullah dalam segenap kehidupan saudari..Boleh x saudari tolong jawab beberapa soalan di bawah ini??

Adakah saudari tidur diatas pelepah tamar tanpa bantal sehingga pipi berbekas??
Adakah saudari duduk mencangkung ketika makan dan tidak mengunakan meja serta kerusi??
Adakah saudari sentiasa makan dalam dulang beramai-ramai??
Adakah saudari memakai baju seperti yang dipakai isteri-isteri rasulullah dan tidak keluar rumah tanpa urusan yang penting termasuklah tidak bekerja, tidak bersekolah dan lain-lain??
Adakah saudari berdoa agar hidup dalam keadaan miskin, mati dalam keadaan miskin dan bercampur dengan orang miskin seperti yang di doa oleh Rasulullah??
Adakah saudari menyedekahkan semua duit yang saudari perolehi kerana takut dihisab oleh Allah??

Atau pun saudari hanya mengikuti sunnah yang sesuai dengan nafsu saudari??

Salam baru_belajar..

saya adalah orang yg berpegang kepada al-Quran dan hadis Rasulullah..dan sunnah ialah cara hidup Rasulullah..Tahap kecintaan adalah anugerah dan berbeza2 setiap org dan sy selalu berdoa supaya dikurniakan hati yang mencintai Allah dan rasulnya Muhammad S.A.W..kalau soalan2 di bawah yg anda kemukakan sebenarnya anda belum fahami mendalam apa itu cinta..adakah hanya perkara itu pokok utama untuk menilai cinta seseorang?..fikirkan lah..

sesungguhnya nyata anda lebih banyak mengetahui dan dari sy tentang kitab karangan manusia ni,yg anda tidak percayai,sehingga mampu menyusun soalan2 berkaitan sunnah rasulullah yg tidak disebut dalam al-Quran..betul tak?..
sebelum menjawab soalan saudara sy nak nak mengajak anda berfikir sekejap.. apa guna Allah kurniakan akal kalau kita tidak gunakan untuk berfikir..
dalam hidup kita diberi pilihan untuk melakukan sesuatu,kecuali yg tak ada pilihan ialah perkara yg berkaitan hukum hakam seperti perkara wajib..dalam sunnah  rasul ada yg berkaitan hukum dan ada yg tidak so terpulanglah yg mana perlu diutamakan untuk kita amalkan..

tentang soalan kamu yg pertama,kenapa tak tanyakan sy adakah sy mengamalkan adab tidur rasulullah,cara baring macam mana yg jelas dlm kajian sains elok untuk kesihatan jantung?..kalau yg tu sy pernah amalkan,tapi ini bukan termasuk perkara wajib..tentang tidur atas pelepah tamar cuba fikirkan,jgn biarkan otak kita jumud..Adakah Allah menjadikan seluruh dunia ni ada pokok tamar yg menjadikan sebab Sunnah itu merupakan perkara wajib ditaati?..sama juga dgn kayu siwak dan berus gigi,adakah perlu menolak teknologi dengan menjumudkan fikiran?..yg penting yg nabi nak sampaikan adalah menjaga kebersihan gigi betul tak?..itu lah gunanya akal yg disebut berulang kali dalam al-Quran..

yg no 2 sy tak pernah buat,sama sahaja dgn alasan kat atas,tp yg sy amalkan makan dengan tangan kanan,baca doa ada,dari segi adab 2 makan yer..

makan dalam dulang sy pernah lakukan tapi bukan menjadi kebiasaan..so awak nak kata apa,nak hukum saya kafir ker?semua sunnah yg berkaitan hukum wajib dan sebahagian yang sunat insyaalah sy lakukan..

dalam bab menyedekahkan semua harta kerana takut dihisab..belum..kerana sy belum mencapai tahap keimanan yg begitu tinggi lagi spt imannya para rasul dan sahabat..bersedekah dan berzakat ada buat..

banyak sangat lah soalan tentang sunnah rasulullah yg awak kemukakan tapi tak ada satu pun hadis berkaitan perintah dalam melakukan perkara hukum..sepatutnya perkara2 ni awak perlu tanya kpd mereka yg menggelarkan diri mereka ahlul Quran sepab sy pernah bertanyakan maksud mentaati rasul dalam ayat al-Quran,dan jawapanya ialah mengikuti suri teladan hidup Rasulullah..maknanya tidak termasuk dalam mentaati ajaran Rasul lah yer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 08:45 AM | Show all posts
untuk ramys dan siri khaffi...sy seronok berdiskusi sebenarnya menambahkan pengetahuan jika atas dasar ilmiah..kerana kesibukan masa membataskan..insyaalah hari cuti sy lapang,sebab sy bukan suri rumah..kalau tak penat mlm ni sy cuba sambung diskusi kita..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:49 AM | Show all posts
sejujurnya sy belum jumpa lagi..awak dah jumpa ker,bawakan lah...nampaknya awak consern jugak  ...
nickname Post at 26-8-2010 07:54

Seperti yang saudari cakaplah..Manusia di kurniakan akal..Dan bila ada akal insya Allah ilmu akan bertambah dan ada evolusi dalam pemikiran..Even sekarang saya tidak suka pada kitab karangan manusia termasuk hadith..tidak bermaksud saya boleh buang semua yang ada dalam fikiran saya kan..Atas permintaan saudari saya sertakan hadith dari Rasulullah dan sahabat yang saudari berpegang kepadanya..

“Dari Abi sa’id al Khudri bahwasanya Rasul saw bersabda,”Jangan kamu menuliskan sesuatu dariku, dan siapa yang menuliskan sesuatu dariku selain al-Quran maka hendaklah ia menghapusnya”
(HR Muslim-Shahih Muslim)

Abu Hurairah berkata,”Nabi suatu hari keluar dan mendapati kami sedang menuliskan Hadits-hadits, maka Rasulullah saw bertanya,”Apakah yang kamu tuliskan ini?”. Kami menjawab,”Hadits-hadits yang kami dengar dari engkau ya Rasulullah”. Rasul berkata.”Apakah itu kitab selain Kitab Allah (alQuran) ?”Tahukah kamu tidaklah sesat umat yang terdahulu kecuali karena mereka menuliskan kitab selain kitab Allah”
(HR Khatib)

Abu Sa’id al Khudri berkata,”Kami telah berusaha dengan sungguh meminta izin untuk menulis (Hadits), namun Nabi saw enggan (memberi izin)”
Pada riwayat lain, Abu Said al Khudri juga berkata,”Kami meminta izin kepada Rasul saw untuk menulis (hadits), namun Rasul saw tidak mengizinkan kami”
(HR Khatib dan Darami)

Abu Bakar Shiddiq,
Diriwayatkan oleh Al Hakim dari al Qasim ibn Muhammad, dari Aisyah ra mengatakan bahwa ayahnya mengumpulkan sekitar 500 hadits. Pada suatu malam Abu Bakar membolak-balikkan badannya berkali-kali dan tatkala subuh datang dia meminta Aisyah hadits-hadits yang ada padanya. Selanjutnya, ketika Aisyah datang membawa hadits-hadits tersebut, Abu Bakar menyalakan api, lalu membakar hadits-hadits itu.

Demikian juga dengan Umar bin Khattab,
Diriwayatkan oleh Urwah ibn Zubair bahwasanya Umar bin Khattab ra bermaksud hendak menuliskan Sunnah, maka ia meminta fatwa kepada prasa sahabat yang lain tentang hal itu, dan para sahabat mengisyaratkan agar Umar menuliskannya. Umar kemudian melakukan istikharah kepada Allah selama sebulan, dan akhirnya ia mengambil keputusan yang disampaikannya dihadapan para sahabat seraya berkata” Sesungguhnya aku bermaksud hendak membukukan sunnah, namun aku teringat suatu kaum sebelum kamu yang menuliskan beberapa kitab. Mereka asyik dengan kitab-kitab tersebut dan meninggalkan kitab Allah. Dan sesungguhnya, aku demi Alloh tidak akan mencampurkan Kitab Allah dengan apapun untuk selamanya”
Pada kitab lain yang diriwayatkan oleh Malik bin Anas, Umar ketika ia berbalik dari niatnya untuk menuliskan sunnah mengatakan “Tidak ada suatu kitabpun yang dapat menyertai Kitab Allah”
Dan kemudian Umar memerintahkan sahabat yang terlanjut menuliskannya untuk membawanya ke Umar dan kemudian ia sendiri yang membakarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:23 PM | Show all posts
Salam baru_belajar..

saya adalah orang yg berpegang kepada al-Quran dan hadis Rasulullah..d ...
nickname Post at 26-8-2010 08:39

Sebenarnya hujah saudari dah berbeza dari sebelumnya..Saudari sendiri dah menganggap berus gigi tidak perlu guna siwak..pada saudari berus gigi guna siwak bukannya sesuatu yang berkaitan hukum..Yang penting perbuatan memberus gigi tu yang sunnah sebab jaga kebersihan..Tapi alat yang digunakan dah berbeza dari yang Rasulullah gunakan adalah tidak menjadi masalah..

Saudari dah menganggap guna berus gigi pun tak apa sebab perbuatan dia masih sama..Masih mengosok gigi..Bagaimana kalau suatu hari nanti sudah tiada berus gigi..Ada teknologi yang kumuh jer gigi dah bersih..Dengan akal yang saudari dan manusia lain ada..Sudah tentu akan mengatakan tak per juga..Yang penting kebersihan mulut dan gigi itu yang nak di jaga..Itulah yang disampaikan dalam Quran..Tuhan dah cakap pasal kebersihan..Cuma tiada disebut suruh mengosok gigi..Kerana Allah tu Maha Mengetahui..Kalau cakap suruh berus gigi..Zaman Rasulullah dan sekarang pun insya Allah boleh lah diterima lagi..Mana tahu zaman akan datang dah tidak pakai berus gigi lagi..Itu akan dijadikan hujah bahawa al quran ini tidak sesuai sepanjang zaman..Alhamdulillah Allah itu benar-benar Maha Mengetahui..Tiada apa dalam quran itu yang boleh dipertikaikan dan dikatakan tidak relevan..Alhamdulillah..

Saudari jangan salah paham pula..Saya tidak bermaksud untuk mengatakan yang sunnah Rasulullah itu tidak Relevan..Saya cuma nak sampaikan bahawa betapa sempurnanya Al-Quran itu..Tiada apa yang boleh dipertikaikan..

Berkaitan kayu siwak itu..Insya Allah saya masih gunakan..dan selagi ianya mudah untuk didapati Insya Allah saya akan terus guna..Sebab saya sentiasa percaya pada sunnah itu terdapat keberkatan..

Sebab itu saya selalu menolak orang yang menganggap sunnah = hadith..Pada saya sunnah itu adalah perbuatan Rasulullah yang boleh disampaikan secara turun temurun dan dari mulut ke mulut..Dan hadith pula adalah sesuatu yang ditulis oleh manusia berkaitan dengan kata-kata Rasulullah..Yang telah banyak disalah gunakan oleh pihak tertentu..Ada yang menokok tambah untuk mendapat kepentingan dunia..Ada yang nak memfitnah Rasulullah dan keluargarnya dan insya Allah ada juga yang menyampaikan dengan niat yang baik..

Contoh paling simple..Hadith yang konon-kononnya Abu Talib dapat seksaan paling ringan dalam neraka iaitu dipakaikan terompah dari api neraka sampai otaknya menggelegak..Konon-kononnya sebab rasulullah membasahkan tubuh abu talib dengan air liurnya sendiri..Supaya tidak dijilat api neraka..Tapi tapak kaki abu talib tak dibasahkan dengan air liur Rasulullah..Tu yang kena pakai terompah dari api neraka..Hadith ini saya selalu dengar dari zaman sekolah sehinggalah sekarang..Sedangkan itu hanyalah fitnah yang dilemparkan oleh orang yang memusuhi keluarga Rasulullah..

Bagi mereka yang menyampaikan hadith itu dalam ceramahnya sebagainya dengan niat untuk beroleh kebaikan di sisi Allah bukankah menjadi sia-sia..sudahlah tidak dapat pahala..menyebarkan fitnah terhadap Rasulullah dan keluarganya pula..Insya Allah akan di seksa dengan teruk oleh Allah..

Terdapat banyak lagi penipuan penipuan dalam hadith ini..Saya tahu..Pada pendapat saudari bukankah ada ulamak yang akan menyaring hadith hadith tersebut..Pada saya..Selagi namanya manusia..Insya Allah banyak kesilapan yang akan terus dilakukan..Kalau Rasulullah dah larang tu..Memang benda tu tidak baik lah..Buat apa nak pertikaikan lagi...Konon-kononnya taat kepada Allah dan rasul..Sebab itu sibuk kaji hadith-hadith ini..Kalau taat..Dah rasul larang..tolak lah..buat apa nak cari alasan untuk membenarkan juga benda yang di larang itu..Seolah olah dia lebih tahu dari Allah dan Rasul pula..Begitu juga mereka yang menuruti mereka ini..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 26-8-2010 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 26-8-2010 14:16
“Dari Abi sa’id al Khudri bahwasanya Rasul saw bersabda,”Jangan kamu menuliskan sesuatu dariku, dan siapa yang menuliskan sesuatu dariku selain al-Quran maka hendaklah ia menghapusnya”
(HR Muslim-Shahih Muslim)
Baru_Belajar Post at 26-8-2010 11:49

Salam...

Boleh berikan tajuk/bab dalam Sahih Muslim.

Larangan itu sebenarnya bertujuan supaya tidak mencampur-adukkan Al-Quran dengan Hadith, dan hanya bersifat sementara.

Tiada larangan secara terus-menerus, maka dengan sebab itulah hadith itu sendiri (tentang larangan tersebut) juga ditulis.

Kalau larangan itu bersifat kekal, maka sesungguhnya hadith tersebut sudah terhapus dan tak sampai kepada kita pun.

Ada hadith sahih yang memerintahkan supaya hadith ditulis.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 03:07 PM | Show all posts
Salam...

Boleh berikan tajuk/bab dalam Sahih Muslim.

Larangan itu sebenarnya bertujuan su ...
mnm77 Post at 26-8-2010 14:12

Boleh rujuk dekat sini..

http://www.iiu.edu.my/deed/hadith/muslim/042_smt.html

Chapter 17 : TO STATE HADITH AFTER ITS VERIFICATION ANDRECORDING OF "KNOWLEDGE"

Book 42, Number 7147:

Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took down anything fromme except the Qur'an, he should efface that and narrate from me, for there is no harmin it and he who attributed any falsehood to me-and Hammam said: I think healso said: "deliberately"-he should in fact find his abode in the Hell-Fire.

Hadith itu sampai kepada kita bukan sebab larangan itu sementara..Tapi sebab ada orang yang melanggar larangan tersebut..

Kalau larangan itu bertujuan tak nak mencampur adukkan al-quran dan as sunnah..kenapa 2 orang sahabat yang terawal menjadi khalifah pun membakar semula hadith yang ditulis mereka..Sedangkan pada waktu itu al-quran telah dibukukan..lebih dari itu mereka telah merujuk dengan sahabat-sahabat lain yang sama2 hidup di zaman nabi..Kenapa ulamak yang hidup 200 tahun selepas zaman Rasulullah baru sibuk menulis hadith-hadith ini..

Seperti yang dikatakan Umar..Tiada kitab yang dapat menyertai kitab Allah..Memang kitab Allah (Al-Quran) itulah sesempurna sempurna kitab..Lebih dari itu..Umar takut apa yang berlaku kepada ahli kitab berlaku pada umat islam..iaitu lebih percaya dengan kitab lain dari injil sehingga injil di ubah suai..

Sebagai contoh pada hari ini..Kalau ada orang tulis al-quran yang lain dari al-quran yang kita baca..adakah saudara nak terima..Insya Allah lah xnak kan..Sama gak dengan kitab injil tu..Kalau tetiba orang tulis kitab injil lain dari injil yang asal..mestilah pengikut kitab tersebut tak nak terima..

Tapi ada orang yang konon-kononnya lagi pandai dari tuhan..menulis kitab lain..supaya memudahkan orang memahami injil..Sama seperti yang berlaku pada al-quran hari ini..Pada mereka-mereka Al-Quran ini kalau dibaca untuk diikuti oleh orang awam akan jadi fitnah, sesat dan sebagainya..Oleh itu Al-Quran ini perlu dibaca kerana setiap huruf yang dibaca mendapat pahala..Kena belajar tajwid..Salah sebut sikit jer berdosa..Semua agenda untuk menakut-nakutkan orang dengan Quran..Tak kan lah Allah yang Maha tahu nak turunkan al-Quran untuk jadi fitnah atau dosa pada hamba dia??

Al-Quran ini harus di baca dengan berlagu dan sebagainya mengikut tajwid agar boleh dijadikan pertandingan tilawah dan hiburan..Tetapi kalau nak hayati atau memahami nya tak boleh..Nanti tersesat..Kita kena mengaji 15 jenis ilmu dahulu..Kena ngaji kitab ulamak ulamak tertentu dulu..Rujuk ulamak tertentu..Baru boleh bercerita tentang ayat al-quran..Konon-kononnya kalau terus rujuk al-quran nanti tersesat..

Ini adalah permulaan untuk mengantikan Al-Quran dengan kitab-kitab lain..Konon-kononya kitab kiitab tersebut berasal dari al quran dan as sunnah juga..Lebih mudah untuk difahami, tidak menimbulkan fitnah..dah disahkan oleh orang-orang yang ahli dalam bidang agama..Seolah olah pengesahan mereka ini lagi hebat dari tuhan..Kalau perkara ini dibiarkan berlanjutan..Tidak mustahil orang akan lebih mengutamakan kitab lain dari Al-Quran..Lebih dari itu orang akan mula meninggalkan Quran..Dan jadilah seperti ahli kitab yang percaya kepada kitab injil yang di telah di ubah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 04:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 26-8-2010 16:38
Chapter 17 : TO STATE HADITH AFTER ITS VERIFICATION AND RECORDING OF "KNOWLEDGE"

Book 42, Number 7147:

    Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took down anything from me except the Qur'an, he should efface that and narrate from me, for there is no harmin it and he who attributed any falsehood to me-and Hammam said: I think healso said: "deliberately"-he should in fact find his abode in the Hell-Fire.
Baru_Belajar Post at 26-8-2010 15:07

Kalau ikut terjemahan di atas, maksudnya APA-APA YANG DIAMBIL DARI NABI KECUALI/SELAIN DARI AL-QURAN, HENDAKLAH DINYATAKAN DARI NABI (HADITH), DAN TIADA KESALAHAN KECUALI MENGADA-ADAKAN KEPALSUAN TERHADAP NABI

Dan cuba tengok tajuk tu betul-betul.

Kalau larangan itu bertujuan tak nak mencampur adukkan al-quran dan as sunnah..kenapa 2 orang sahabat yang terawal menjadi khalifah pun membakar semula hadith yang ditulis mereka..Sedangkan pada waktu itu al-quran telah dibukukan..lebih dari itu mereka telah merujuk dengan sahabat-sahabat lain yang sama2 hidup di zaman nabi..Kenapa ulamak yang hidup 200 tahun selepas zaman Rasulullah baru sibuk menulis hadith-hadith ini..

Boleh buktikan Abu Bakr membakar koleksi hadithnya itu setelah Al-Quran dikumpulkan menjadi sebuah kitab? Walhal Abu bakr sendiri pada awalnya pernah membantah cadangan Umar RA untuk kumpul Al-Quran, kerana tiada perintah dari Nabi berbuat demikian. Itulah ketelitian Abu Bakr RA. Abu Bakr pernah bakar koleksi hadith bukan kerana perintah Nabi, tapi kerana ketelitiannya dan kerisauannya jika terdapat kesalahan dalam apa yang disampaikan dari Nabi

Seperti yang dikatakan Umar..Tiada kitab yang dapat menyertai kitab Allah..Memang kitab Allah (Al-Quran) itulah sesempurna sempurna kitab..Lebih dari itu..Umar takut apa yang berlaku kepada ahli kitab berlaku pada umat islam..iaitu lebih percaya dengan kitab lain dari injil sehingga injil di ubah suai..

Sebab itu dilarang menulis hadith sebaris atau bercampur dengan Al-Quran tanpa menerangkan yang mana HADITH dan yang mana Al-QURAN
Dulu, masa sebelum Al-Quran dikumpulkan, masih boleh timbul kekeliruan kerana ayat-ayat Al-Quran ditulis di merata-rata tempat.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 05:41 PM | Show all posts
Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took down anything fromme except the Qur'an, he should efface that and narrate from me, for there is no harmin it and he who attributed any falsehood to me-and Hammam said: I think healso said: "deliberately"-he should in fact find his abode in the Hell-Fire.

Minta maaf yer sebab guna hadith ini..Saya pun tidak pasti samada Rasulullah benar benar berkata seperti itu atau tidak..Saya cuma memetik dari sebuah website yang telah menterjemahkan sohih muslim..Dari pemahaman saya..Hadith yang dikatakan dari Rasulullah itu bermaksud begini..

Jangan ambil(tulis) apa-apa dari aku, Sesiapa yang ambil(tulis) sesuatu dari aku melainkan Al-Quran, dia kena memadamkannya dan menceritakan(mulut ke mulut) yang disampaikan oleh aku tiada masalah padanya dan dia yang mengatakan yang dusta kepada aku akan tinggal di neraka..

Maksudnya kat sini memang tidak boleh tulis sesuatu dari nabi selain Al-Quran..Kalau nak tulis dari Umar ke Abu Bakar ke siapa tiada masalah..Tapi jangan dari Rasulullah..Tapi penyampaian dari mulut ke mulut tiada masalah..

Relevan nya pula..Cuba saudara tengok situasi hari ini berapa banyak hadith hadith yang palsu yang direka atas nama abu hurairah dan sebagainya sehingga tidak terbendung..Semuanya tersebar kerana penulisan..Apabila orang baca penulisan dia..Orang percaya bahawa apa yang di tulisnya adalah dari Rasulullah..Dan yang menulis pun tidak rasa bertanggungjawab sangat..Kerana mungkin mereka sangka nak suruh orang buat baik dan sebagainya..

tapi kalau manusia ni buat seperti yang Rasulullah suruh..Sampai kan dengan mulut..Contoh saudara hidup di zaman Rasulullah..Saudara sampaikan pada saya..Sudah tentulah saya akan suruh saudara bersumpah dengan nama Allah bahawa saudara mendengar Rasulullah cakap macam tu..Baru saya percaya apa yang saudara cakap..Dan insya Allah sebagai seorang islam..saudara pun takut nak menipu dengan nama Allah..lebih lebih lagi kalau saudara tahu menyampaikan yang dusta tentang Rasulullah akan ditempatkan di neraka..

Kalau saudara seorang pereka hadith tipu pun..Insya Allah nak sampai kan pada 10 orang pun akan jadi masalah..Dah lah setiap kali sampaikan kena bersumpah dengan nama Allah..tahu tempat saudara adalah dalam neraka..Insya Allah bala dari Allah pun dah sampai sebelum saudara terus menyampaikan hadith yang palsu itu ke seluruh dunia..

tapi apabila manusia lagi pandai..maka diubah jadi penulisan..supaya penyampaian lebih mudah..itu yang jadi macam hari ini..banyak hadith yang palsu dan sebagainya..Insya Allah mereka yang menyampakaikan yang palsu itu pun akan duduk sama dalam neraka..

Saya bukan seorang yang menentang sunnah atau rasulullah..tapi saya seorang yang menentang fitnah terhadap Rasulullah dan menentang kecenderungan masyarakat untuk melebihkan kitab lain lebih dari al quran..Kerana takut suatu hari nanti quran akan di abaikan dan masyrakat mengutamakan kitab kitab lain yang akan memesongkan mereka dari ajaran yang sebenar..seperti apa yang terjadi pada ahli kitab..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.132113 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list