CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctsueraya

Temerloh Bandar Ikan Patin (Chapter 2)

 Close [Copy link]
Post time 6-3-2010 11:28 AM | Show all posts
dari utusan online

Rumah guru berusia 90 tahun hangus

TEMERLOH 5 Mac - Sebuah rumah papan dua tingkat berusia 90 tahun yang dimiliki sepasang guru musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Temerloh di sini semalam.

Kebakaran pada pukul 4.20 petang itu memusnahkan semua harta benda milik guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, Ahmad Omar, 43, dan isteri serta lima anaknya yang menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Ahmad ketika ditemui selepas kejadian memberitahu, dia tidak menyangka kepulan asap hitam yang dilihatnya ketika sedang minum di sebuah warung di kampung itu selepas pulang dari sekolah, berpunca dari rumahnya yang dijilat api.

Selepas dimaklumkan penduduk, katanya, dia bergegas pulang untuk menyelamatkan isteri dan anak-anaknya yang berada di rumah pusaka yang dibina pada tahun 1920 itu.

"Sebaik pulang dari sekolah, saya tidak terus pulang ke rumah sebaliknya singgah minum di kedai bersama rakan-rakan.

"Sebaik sahaja duduk di kedai itu, saya melihat kepulan asap hitam di udara dari arah rumah saya sebelum saya bergegas pulang selepas dimaklumkan penduduk," katanya.

Ahmad bagaimanapun bersyukur kerana isterinya, Haliza Ahmad, 41, yang juga seorang guru SMK Teluk Sentang di sini dan anak-anaknya yang berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri.

"Api merebak begitu pantas, saya tak sempat selamatkan barang-barang dan dokumen penting. Anak-anak dan keluarga selamat tetapi kami semua tinggal sehelai sepinggang," katanya.

Menurutnya, keadaan cuaca yang panas dan berangin menjadi punca api marak dengan pantas sehingga memusnahkan keseluruhan rumahnya dalam tempoh 15 minit sahaja.

''Saya baru sahaja mengubahsuai rumah yang berusia 90 tahun ini beberapa bulan lalu dan saya menganggarkan kerugian lebih RM150,000 dalam kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah yang melawat mangsa di tempat kejadian hari ini menghulurkan sumbangan peribadinya kepada Ahmad sekeluarga.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh, Mohd. Nadzri Wahab ketika ditemui menawarkan kepada Ahmad sekeluarga untuk tempat tinggal di kuarters guru yang masih kosong di Bukit Cermin, Mentakab atau Seri Tualang di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2010 12:25 PM | Show all posts
sis arish: tak nengok semalam..huhu..terlepas dah
sis cintan: afternoon..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 10:21 PM | Show all posts
200# cintan66

Sarapan pagi : kedai kt tepi sungai pahang. depan klinik padang.
Makan tengahari : restoran kt seberang temerloh. sebelah BP. ape name restoran tah.
                          yg jual ikan pating sungei. semalam farouk makan
                          patin buah masak tempoyak ngan sambei kulat.
Makan malam : restoran bukit angin. makan nasi campur gak.
                      ikan kerei masok lemok. udang galoh pun masok lemok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 11:09 AM | Show all posts
200# cintan66  

Sarapan pagi : kedai kt tepi sungai pahang. depan klinik padang.
Makan tengahari : restoran kt seberang temerloh. sebelah BP. ape name restoran tah.
                          yg  ...
arish9867 Post at 6-3-2010 22:21

biler ulangan..mau tengoks..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 01:36 PM | Show all posts
204# ctsueraya

asteruk nie selalu jer buat ulang tayang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 02:16 PM | Show all posts
biler ulangan..mau tengoks..huhu
ctsueraya Post at 7-3-2010 11:09



koi pun tak tau bila ulangan
asteruk kat rumah ni asik dgn PHDC je.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2010 02:17 PM | Show all posts
patin temerloh dah ada laman web
sudi2 lah melayari nya........

laman web patintemerloh.com.my.
ni versi kedua... sudilah melayarinya. syabas Shariman & geng Yayasan Salam Temerloh. Ni laman web patin yg pertama di dunia!

koi war2 kan je....lom lagi masuk sbb baru seminit ni tau.....terus copy paste kat sini dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 03:53 PM | Show all posts
selamat pagi semua warga temerloh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2010 08:22 PM | Show all posts
baru balik dinner kat restoran em,pire tomyam..seberang temerloh..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 09:09 PM | Show all posts
selamat pagi semua warga temerloh......
kgboyz Post at 7-3-2010 15:53



huhu kgboyz ni buat posting kul 3.53pm
tapi ucap selamat pagi.....
aok baru bangun tidur ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 09:10 PM | Show all posts
baru balik dinner kat restoran em,pire tomyam..seberang temerloh..hehe
ctsueraya Post at 7-3-2010 20:22


best tak masakan kat situ ct
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 03:03 AM | Show all posts
huhu kgboyz ni buat posting kul 3.53pm
tapi ucap selamat pagi.....
aok baru bangun tidur ke
cintan66 Post at 7-3-2010 21:09


alamak...nak jawab apa ni? ......
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 07:34 AM | Show all posts
salam pagi isnin
apa khabar org kampung
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 07:54 AM | Show all posts
salam cintan....awei pagi ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 10:03 AM | Show all posts
best tak masakan kat situ ct
cintan66 Post at 7-3-2010 21:10


bleh tahan gak sis...tomyam pok tet dia sedap..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 10:07 AM | Show all posts
semalam otw gi temerloh tgk kat sg pahang ter
semua dh naik pasir..org selamba mandi nak sampai ke tgh sebab tohor ngat air
gaya pesta lah plok
tapi kesian kat sgkar patin..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 11:12 AM | Show all posts
semalam otw gi temerloh tgk kat sg pahang ter
semua dh naik pasir..org selamba mandi nak sampai ke tgh sebab tohor ngat air
gaya pesta lah plok
tapi kesian kat sgkar patin..huhu
ctsueraya Post at 8-3-2010 10:07


rantang mana ter ct? dekat jeti bot tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:19 AM | Show all posts
semalam otw gi temerloh tgk kat sg pahang ter
semua dh naik pasir..org selamba mandi nak sampai ke tgh sebab tohor ngat air
gaya pesta lah plok
tapi kesian kat sgkar patin..huhu
ctsueraya Post at 8-3-2010 10:07


teringat koi zaman kecik2 dulu gitu lah jugak
mandi2 mengaruk air sampai ke pasir ter
sambil cari etok2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 08:35 PM | Show all posts
rantang mana ter ct? dekat jeti bot tu ke?
bulat Post at 8-3-2010 11:12


jeti bot katner bulat? kome ni tgk sepanjang jalan dr kg komer ter smpai lah ker jambatan temerloh
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 08:08 AM | Show all posts
219# ctsueraya

Salam orang temerloh....

jeti bot penambang dekat pekan sari tu lah ct....

dulu masa koi kecik pernoh koi ngaruk ke pulau dekat jambatan sungai pahang tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 1.014521 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list