CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blackpurple

Keratan Akhbar / Petikan Berita

[Copy link]
Post time 6-5-2010 09:22 AM | Show all posts
Utusan Online

156 premis makanan kotor ditutup

Oleh FARIK SALLEH
[email protected]


PEGAWAI dan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Daerah Kota Tinggi membuat pemeriksaan di premis makanan sekitar daerah Kota Tinggi, baru-baru ini. - UTUSAN/ FARIK SALLEH
--------------------------------------------------------------------------------

KOTA TINGGI 5 Mei - Sebanyak 156 premis makanan diarah tutup serta-merta oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Tinggi (JKDKT) dalam Operasi Premis Makanan yang bermula awal tahun ini sehingga pertengahan bulan lalu.

Tindakan tegas itu dibuat selepas pemeriksaan oleh penguat kuasa JKDKT mendapati tahap kebersihan premis itu gagal mencapai 65 peratus.

Selain premis kotor, kesalahan lain termasuk menggunakan bahan terlarang serta penyediaan bahan mentah tercemar yang dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan kuman serta bawaan penyakit kepada pelanggan kerana makanan yang tidak bersih.

Pegawai JKDKT, Dr. Nur Hamimah Abdullah berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan terhadap kira-kira 383 premis makanan di seluruh daerah ini.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 156 premis telah diarah tutup serta-merta kerana tahap kebersihannya yang rendah iaitu di bawah 65 peratus selain pengendalinya tidak mementingkan kebersihan diri," katanya.

Menurutnya, penutupan sementara premis makanan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 merupakan salah satu tindakan utama di bawah Pelan Tindakan Penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Awam.

"Premis makanan yang cara pengendalian makanan boleh mencemarkan makanan atau didapati kotor akan ditutup.

"Kita memberi tempoh dua minggu kepada pengusaha itu untuk memastikan premis terbabit kembali bersih dan menepati piawaian ditetapkan," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lebih kerap akan dilakukan termasuk waktu malam untuk memantau tahap kebersihan sentiasa berada dalam keadaan memuaskan dan memastikan pengusaha makanan mematuhi peraturan ditetapkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2010 11:08 AM | Show all posts
Dituduh bunuh isteri
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
[email protected]
2010/05/07      JOHOR BAHRU: Seorang pembuat roti canai di Kota Tinggi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh isterinya, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Rizal Esa, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Shahid Abd Malik.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa membunuh Ahzila Mohamad Sufian Sohn, 23, di rumah No 214, Tingkat 12, Blok C, Rumah Pangsa Larkin, di sini, antara jam 1.30 hingga 3 pagi, pada 24 April lalu.


Berikutan kesalahan itu, dia berdepan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).


Nor Shahid kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 7 Jun depan, sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat mangsa.


Sebelum ini, akhbar melaporkan aduan tiga beradik kepada nenek mereka berhubung pertengkaran ibu bapa yang akhirnya dengan penemuan ibu mereka dalam keadaan menyayat hati.


Dalam kejadian itu, ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan ditemui terlentang berlumuran darah di dada, dipercayai ditikam menggunakan pisau oleh suaminya.


Kejadian bagaimanapun, dipercayai berpunca daripada salah faham sebelum membawa kepada pergaduhan dan seterusnya kematian mangsa.

nota kaki: lelaki ni org kg aku.. budak skolah aku ngan kawan adik aku.. sian dier ni.. harap dier leh lepas.. ada sbb dier tikam wife dier.. cuma caranyer jer  yg xkena..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 11:16 AM | Show all posts
ada sbb dier tikam wife dier.. cuma caranyer jer  yg xkena..
sebab ape? membunuh tanpa niat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 11:42 AM | Show all posts
dgrnyer wife dier tu sosial.. mlm tu dier ada bwk jantan balik umah.. tp jantan tu sempat lari.. diorg mmg ada plan nk cerai.. tu yg akku dgr la.. kalo xbtl tu aku mintak mahap byk2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 02:09 PM | Show all posts
Abang parah ditikam adik
Oleh JUNITA MAT RASHID

2010/05/09
         
TANGKAK: Akibat meminta sebatang rokok, seorang lelaki nyaris maut apabila ditikam adiknya yang tiba-tiba mengamuk di rumah mereka di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.




Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tindakan pantas bapa mereka, Mustafa Osman, 61, yang menepis serangan parang berjaya mengelak mangsa daripada terus ditikam, malah mangsa turut diugut akan dicungkil biji mata.


Suspek turut memberi amaran akan mencederakan ibu bapanya jika mereka menghalang perbuatannya.

Ibu mereka, Fatimah Mat Said, 47, berkata kejadian berlaku ketika dia selesai solat Isyak apabila anak keduanya, Mohd Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan abang pulang ke rumah selepas keluar ke Pekan Bukit Gambir, manakala Fauzi yang dipanggil adik serta suaminya berada di ruang tamu menonton televisyen.

“Ketika Mohd Khairuddin masuk ke rumah, dia meminta sebatang rokok daripada adik dan berjanji untuk menggantikannya. Adik terus bangun daripada kerusi dan saya menyangka dia mahu mengambil rokok, sebaliknya dia mengambil parang di tepi tingkap sebelum menikam rusuk kanan abang.

“Saya menjerit ketakutan dan ketika suami saya memangku abang yang berlumuran darah, Khairuddin sempat berkata ‘sampai hati adik tikam abang, abang tak buat salah apa pun’ tetapi adik terus menjerit mahu mencungkil mata abang dengan mengacukan parang tetapi sempat ditepis oleh bapa mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, Fairuz juga sempat memberi amaran kepada dia dan suami supaya jangan menghalangnya sebelum duduk di kerusi sambil memegang parang. Fatimah kemudian keluar rumah untuk meminta bantuan jiran menghubungi polis dan ambulans.

Fatimah berkata, Fairuz tidak melawan atau bertindak agresif, sebaliknya hanya menyerah diri kepada polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, dia tidak tahu kenapa adik sanggup menikam abangnya tetapi mengakui Fairuz menghadapi masalah kesihatan dan sering bergaduh dengan abangnya walaupun mangsa tidak pernah membalas kerana tahu adiknya kurang sihat.

Beliau berkata, kedua-dua beradik itu juga rapat dan setiap hari mereka berulang alik bersama dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Serom 7.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Harun Idris, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk motif pergaduhan dan kemungkinan suspek menghadapi masalah kesihatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 12:34 AM | Show all posts
utusan online

Warga emas disamun, bunuh
BATU PAHAT 8 Mei - Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai disamun sebelum dibunuh di tingkat atas kedai peralatan sembahyang miliknya di Jalan Jenang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Adnan Azizon berkata, mayat mangsa ditemui oleh adiknya kira-kira pukul 9 pagi dengan kesan luka akibat senjata tajam di kepala dan badan.

"Mangsa yang berusia lingkungan 60-an masih bujang dan tinggal seorang diri di bangunan kedai dua tingkat ini.

"Siasatan awal mendapati, kejadian ini mungkin bermotifkan rompakan berdasarkan keadaan almari mangsa telah diselongkar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Adnan berkata, tiada kesan pecah masuk ditemui dan pihaknya turut mendapatkan bantuan unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan unit anjing pengesan (K9) dari Segamat untuk membantu siasatan.

Kes ini, katanya, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Mingguan Malaysia difahamkan, mangsa bernama Teo Chai Liang telah berniaga di kedai tersebut antara tiga hingga empat tahun dan terkenal di kalangan peniaga-peniaga sekitar sebagai seorang yang baik hati dan mempunyai ramai kawan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2010 09:55 PM | Show all posts
metro online

Rupa monyet, badan kucing


2010/05/10      PASIR GUDANG: Seorang guru di Bandar Seri Alam di sini, percaya menemui haiwan pelik yang mempunyai rupa seakan monyet, tetapi badan seperti seekor kucing dengan panjang keseluruhan kira-kira 30 sentimeter, di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 2, pagi semalam.

Haiwan berkenaan mempunyai ekor yang agak panjang namun jari kaki dan tangannya seperti jari monyet, mempunyai bulu panjang menutupi sebahagian besar telinga dan mengeluarkan bunyi pelik sekiranya diganggu.

Abdul Halim Abdul Ghani, 35, berkata haiwan berkenaan ditemui bersama pengusaha kantin sekolah sebaik mendengar anjing menyalak di belakang kawasan kantin.


Menurutnya, dia bersama pengusaha kantin bergegas ke lokasi sebelum menemui seekor ‘monyet’ yang cedera kaki kanan dipercayai akibat gigitan sekumpulan anjing.


“Saya terus menangkap haiwan berkenaan dan memasukkannya ke dalam sangkar kerana kasihankannya yang cedera ketika itu.


“Malah, saya sendiri merawat haiwan itu serta memeliharanya buat sementara waktu dan bercadang menghantar haiwan ini ke pihak bertanggungjawab dalam tempoh terdekat.


“Saya tidak mahu memelihara haiwan ini kerana pasti ia haiwan larangan,” katanya.


Menurutnya, haiwan itu jinak dan gemar memakan epal, anggur dan mentimun namun enggan memakan pisang seperti monyet biasa.


“Saya pernah memberinya pisang, tetapi ia tidak mahu makan. Bimbang ia mati kelaparan, saya kemudiannya memberikan epal, anggur dan mentimun sebelum ia menghabiskannya.


“Keadaan itu meyakinkan saya ia bukannya monyet, sebaliknya haiwan yang tidak pernah ditemui sebelum ini,” katanya.


Menurutnya, keluarganya ingin membela haiwan berkenaan namun dia khuatir ia menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 09:58 PM | Show all posts
metro online

5 kali hamil luar nikah
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
2010/05/10      JOHOR BAHRU: Ketika jutaan wanita di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Ibu bersama insan tersayang, seorang wanita yang sering diperalat lelaki baru dikenali hingga pernah melahirkan empat anak luar nikah, kini menaruh simpati terhadap sebuah rumah perlindungan ibu mengandung untuk melahirkan anak kelimanya.

Pengurus Persatuan Kebajikan Tiram, Dr Salina Abdullah, 50, berkata wanita berusia 33 tahun itu menghubunginya baru-baru ini bagi mendapatkan bantuan kerana bakal melahirkan anak kelima tidak lama lagi.

Menurutnya, atas dasar perikemanusiaan pihaknya pernah menawarkan perlindungan kepada wanita itu sebelum ini, namun disebabkan dia tidak pernah insaf terhadap perbuatannya, permintaan wanita itu terpaksa ditolak.


Katanya, difahamkan anak yang bakal dilahirkan itu hasil hubungan sulit dengan teman lelaki baru dikenali lebih setahun lalu.


“Sebelum ini, kami pernah menawarkan perlindungan kepada wanita berkenaan kerana disisih keluarga dan menghadapi masalah berkahwin dengan teman lelaki sebelum ini kerana tiada kad pengenalan.


“Kami kasihan melihat wanita itu kerana dia terpaksa hidup serba kekurangan selepas teman lelakinya ditangkap polis akibat kes curi lori dan dihukum penjara,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka wanita itu terus bergelumang dosa apabila hamil anak kelima dan bakal melahirkannya tidak lama lagi.


Menurutnya, perkembangan terbaru itu memaksa pihaknya menolak rayuan wanita berkenaan.


“Wanita itu memberitahu dia mempunyai masalah mendirikan rumah tangga dengan teman lelaki barunya itu kerana lelaki berkenaan sudah beristeri dan mempunyai anak.


“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ketika beberapa kali mendapatkan perlindungan di sini, dia mengakui kesilapannya dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu selain melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu,” katanya.


Menurutnya, wanita itu mendakwa teman lelakinya enggan bertanggungjawab menyebabkannya keliru sama ada mahu membesarkan bayi yang bakal dilahirkan itu atau sebaliknya.


“Dalam perbualan kami, wanita berkenaan menyatakan masalah membesarkan anak sulung berusia 10 tahun serta anak keempat berusia tiga tahun menyebabkan dia bercadang menyerahkannya kepada orang lain.


“Ia menunjukkan pengalaman empat kali melahirkan anak luar nikah tidak menginsafkan wanita itu. Kami sedih dan ingin membantunya, tetapi sukar membantu mereka yang enggan membantu diri sendiri,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 10:06 PM | Show all posts
utusan online

UNIK

SEBAHAGIAN peserta Larian Pakaian Beragam sempena Hari Kesihatan Sedunia dan Bulan Kesedaran Kesihatan di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



SEMPENA Hari Kesihatan Sedunia dan Bulan Kesedaran Kesihatan, Hospital Pakar Puteri buat kali ketiga menganjurkan larian kesihatan di Johor Bahru semalam.

Larian kali ini berbeza dengan dua larian sebelumnya kerana buat pertama kali peserta tidak perlu memakai pakaian sukan tetapi mengenakan pakaian beragam.

Larian yang bermula pukul 7 pagi dengan senamrobik itu berjaya menarik peserta paling ramai dalam sejarah penganjuran iaitu kira-kira 500 orang daripada pelbagai latar belakang dan umur.

Pelbagai jenis pakaian dipakai para peserta yang berlari sejauh tiga kilometer. Antaranya, pakaian kasual, baju tidur, gaun, robot, pasukan sorak dan kostum kartun.

Malah peserta yang memakai pakaian yang paling unik diberi hadiah.

Selain larian, pihak hospital juga mengadakan sambutan Hari Ibu di wad pesakit sebagai menghargai jasa golongan ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 10:15 PM | Show all posts
Berita Harian online

Johor: Papan tanda jalan rosak
Oleh Kalam Hadi
[email protected]
2010/05/10
Penduduk Taman Bukit Rinting mahu MBJB ganti segera

PASIR GUDANG: Penduduk sekitar Taman Bukit Rinting dekat sini, meminta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengganti segera beberapa papan tanda jalan yang rosak dan tidak sesuai digunakan lagi. Mereka mendakwa beberapa papan tanda terutama sekitar Jalan Tembusu 15, Tembusu 16 dan Tembusu 17 sudah usang dan tidak sesuai digunakan sehingga menyulitkan pengunjung luar termasuk saudara mara mereka untuk mencari alamat rumah kerana kerosakan papan tanda jalan terbabit. Jurucakap penduduk, Azmi Taib, 45, kesal kerana sehingga kini, tidak ada kaki tangan MBJB yang datang membaiki kerosakan papan tanda jalan yang rosak sedangkan kerosakan berkenaan berlaku sejak awal tahun ini.

Malah katanya, di beberapa jalan utama taman perumahan berkenaan, terdapat papan tanda yang langsung tidak mempunyai nama jalan akibat faktor cuaca hujan dan panas tambahan pula papan tanda sedia ada dibuat daripada papan yang mudah rosak kerana tidak tahan lama.

“Sepatutnya papan tanda di kawasan ini, sudah diganti baru kerana saya lihat di beberapa taman lain sekitar Taman Rinting sudah diganti jenis plastik yang tahan laman dan mudah diselenggara.

“Malangnya, kawasan kami di sini, langsung tidak diganti papan tanda yang rosak menyebabkan kami merasa seolah-olah kami dipinggirkan oleh pihak MBJB.
“Kami di Taman Bukit Rinting ini, membayar kadar cukai harta yang jauh lebih tinggi berbanding penduduk di beberapa taman peruma han lain. Bagaimana ini, boleh berlaku kerana perkara ini sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, " katanya ketika ditemui di sini.

Azmi berkata, walaupun laluan masuk utama taman perumahan berkenaan berpagar kerana hampir semua rumah adalah jenis banglo dan teres dua tingkat berkembar serta dilengkapi pengawal keselamatan namun soal penyelenggaraan papan tanda jalan perlu dijalankan secara berterusan.

Katanya, ramai penduduk kini seakan kecewa dengan mutu perkhidmatan MBJB yang gagal memantau keadaan jalan dan papan tanda di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan kesulitan orang ramai untuk mencari rumah saudara dan rakan mereka kerana papan tanda jalan tidak membantu mereka.

Sehubungan itu, beliau berharap Bahagian Jalan MBJB menghantar pegawai supaya menyiasat dan memantau sendiri aduan penduduk terbabit bagi menyelesaikan segera aduan terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 10:17 PM | Show all posts
Berita Harian online

Johor: Kedai hampir mendap
Oleh Mohamed Farid Noh
[email protected]
2010/05/10
Pembinaan jambatan jadi punca perniagaan ditutup sementara

BATU PAHAT: Empat pintu rumah kedai di Pekan Semerah, di sini terpaksa menutup sementara perniagaan mereka sejak seminggu lalu berikutan berlakunya mendapan tanah serius di situ akibat kerja menyiapkan jambatan di hadapan kedai berkenaan yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu. Jika dulu mereka masih bersabar walaupun pelanggan ke kedai mereka semakin berkurangan berikutan jalan di hadapan kedai ditutup bagi memberi laluan jambatan itu disiapkan, namun kini mereka tidak mampu bertahan lagi apabila struktur kedai milik mereka kini terjerlus sehingga perlu ditutup. Tinjauan mendapati empat kedai terbabit yang terletak di tebing sungai bersebelahan jambatan yang sedang dibina itu mengalami keretakan pada simen dengan kedai paling hujung dan berdekatan sungai kini senget selain terpaksa dibina penahan bagi memastikan sebahagian struktur bangunan kayu berkenaan tidak roboh.

Pemilik kedai runcit, Azmi Sulaiman, 30, berkata kedainya paling terjejas berikutan berada pada kedudukan paling hujung bersebelahan sungai serta berhadapan dengan tapak pembinaan jambatan berkenaan.

“Sebelum ini memang ada beberapa mendapan berlaku tetapi ia tidak seteruk kejadian mendapan yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu apabila bunyi seakan letupan dan apabila diperiksa lantai konkrit kedai saya retak dan terjerlus, tebing tepi jalan raya di tepi jambatan itu juga mendap, malah tiang elektrik di hadapan kedai hampir menghempap barisan kedai di sini, namun ia tersangkut.

“Ia mendapan paling serius berlaku sehingga sebahagian struktur kedai milik saya senget menghala ke sungai dan terpaksa dihadang dengan kayu bagi mengelakkan ia roboh ke arah sungai. Malah, tiang di hadapan kedai saya terpaksa di alas kayu beluti berikutan mendapan tanah bagi menghalang ia roboh.
“Saya kesal kerana kerja pembinaan jambatan berkenaan menyebabkan kedai runcit warisan keluarga saya ini terpaksa ditutup sedangkan inilah punca pendapatan keluarga. Malah, pihak berwajib juga tidak memberikan apa-apa makluman sama ada kedai saya ini selamat atau perlu dipindahkan saja,” katanya.

Azmi berkata, wakil kontraktor dan perunding projek pembinaan jambatan berkenaan berjanji untuk membaikpulih keadaan kedainya, namun sehingga kini tidak kelihatan lagi.

“Sejak kerja di jambatan itu dijalankan perniagaan saya terjejas teruk dan saya juga menghadapi masalah dan gagal membuat bayaran balik pinjaman yang dibuat daripada beberapa institusi kewangan seperti Tekun dan Agro Bank berikutan kerugian kerana terpaksa menutup sementara perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Datuk Ariss Samsudin berkata, pihak berwajib termasuk kontraktor projek berkenaan seharusnya bertanggungjawab di atas masalah yang dihadapi oleh peniaga berkenaan kerana mereka kini tidak boleh berniaga selagi masalah jambatan itu tidak diselesaikan.

"Saya dimaklumkan JKR akan memanggil kontraktor dan perunding projek pembinaan berkenaan bagi membincangkan kejadian serta pemberian pampasan kepada peniaga. Saya akan memastikan peniaga yang terjejas yang membabitkan kedai runcit, makan dan ubat itu akan mendapat keadilan sewajarnya dan tidak teraniaya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 10:18 PM | Show all posts
Berita Harian online

Johor: MBJB lulus pasar pagi di Jalan Gaharu


2010/05/10
JOHOR BAHRU: Hasrat kira-kira 50 peniaga kecil kawasan Zon Rinting unuk berniaga pasar pagi di Jalan Gaharu berdekatan rumah pangsa Gaharu dekat sini tercapai, selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Lesen dan Penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Jurucakap penganjur, Aminah Ibrahim, berkata beliau lega dan bersyukur apabila permohonan mereka yang dikemukakan lebih sebulan lalu untuk mengadakan Pasar Pagi setiap Sabtu dan Ahad di Jalan Gaharu diluluskan MBJB. Berikutan itu, katanya, satu perjumpaan akan diadakan antara jawatankuasa penganjur dengan peniaga terbabit dalam tempoh terdekat bagi memberi taklimat dan penerangan kepada peniaga sebelum mereka memulakan perniagaan. Aminah berkata, selepas perjumpaan itu, mereka akan memaklumkan kepada MBJB mengenai tarikh sesuai bagi memulakan perniagaan berikutan sambutan menggalakkan yang diterima daripada peniaga terbabit.

“Saya akan memanggil mesyuarat dalam minggu ini, untuk membincangkan kaedah pembahagian petak, jawatankuasa yang akan membersihkan kawasan selepas tamat berniaga serta caj yang bakal dikenakan kepada setiap peniaga.

“Mereka yang berminat untuk berniaga di sini, boleh menghubungi kami di talian 019-7076623 bagi membolehkan pendaftaran dilakukan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui.

Aminah berkata, aktiviti berkenaan diharapkan dapat membantu penduduk yang minat berniaga untuk menambah pendapatan seharian mereka selain boleh membantu suami bagi isteri yang tidak bekerja.
Beliau yakin pasar pagi berkenaan mendapat sambutan baik penduduk kerana kedudukan tapak pasar di tengah laluan utama antara Taman Rinting dengan Kampung kuala Masai dan sekitarnya.

“Laluan ini, juga adalah tumpuan penduduk dari Kampung Pasir Gudang Baru yang menjadikan Jalan Gaharu sebagai jalan pintas mereka sejak sekian lama,“ katanya.

“Malah kami mungkin akan bekerjasama dengan pihak Fama Daerah Johor Bahru bagi merancakkan lagi sambutan orang ramai terhadap pasar pagi itu nanti yang kemungkinan akan kami buka pertengahan Mei ini, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 11:04 AM | Show all posts
MStar Online
Selasa Mei 11, 2010

Johor MP Muar Menang 1-1 Ke Atas Shahzan Muda

JOHOR BAHARU: Pasukan MP Muar dari Johor berjaya menewaskan Shahzan Muda 1-0 pada perlawanan tunggal bola sepak Liga Perdana di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di sini malam tadi.

Zakariah Abu Yamin muncul wira pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal tersebut pada minit ke-57, sekaligus membantu pasukan itu meraih kemenangan ketiga dalam 14 perlawanan setakat ini.

Ketua Jurulatih Johor MP Muar Nick Sham Abdullah berkata kemenangan itu diharap dapat memulihkan semangat dan menaikkan motivasi setiap pemain sebelum berdepan dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat ini di Stadium Selayang, Selangor. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 11:10 AM | Show all posts
The Star
Tuesday May 11, 2010

Minister urges the community to be aware of developments in their area
[email protected]

JOHOR BARU: The community should be actively aware of how local councils are spending their money and on what projects they are spending it on, Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said.

He said members of the community should take a more proactive approach and provide ideas and input on future projects as it would benefit them more.

“The community needs to relay intelligent feedback especially to the local councils and have a say in the developments in their areas,” he said during the Program Gerak Kemas organised by the Pasir Gudang Municipal Council, Mawar zone.

He said members of the community should also take the opportunity provided by community programmes to relay their ideas and information to the authorities.

“This is no longer an era where the government knows all. We need the people to tell us what they want and work with us to build a better future for all,” he said.

He added that being involved in future developments would also make the community responsible for the decisions they make.

“We have developed a more open approach and people can no longer blindly point fingers and say that they do not know what is happening in their areas.

“It is their responsibility to know and play an important role in the shaping of future projects in their respective areas,” said Mohamed Khaled.

He said the two-way communication would also allow for a more democratic government as it actively involved the community in the decision-making process.

“People should be ready to say what is on their minds as this will prevent future problems and confusion between the Government and the people themselves,” he added.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 11:13 AM | Show all posts
The StarT
uesday May 11, 2010

'Strange' creature was a marmoset

JOHOR BARU: The cat-monkey like animal found by a teacher at SK Seri Alam 2 here has been identified as a marmoset.

The animal which died on Sunday morning was a primate found mostly in South Ame-rican countries, said Johor Wildlife Depart-ment director Abdul Razak Majid.

“It is not a local species and it is very strange that such an animal was found here,” he said yesterday.

“We are not ruling out the possibility that the animal had been smuggled into Malaysia.

“The animal classified as a ‘new world’ monkey is usually found in Brazil and other Latin American countries,” he said.

He said officers had been directed to track down those responsible for bringing the animal into the country.

“We believe a local had kept the animal captive illegally,” he said.

The marmoset has been classified as an endangered species, according to Malaysian Nature Society Johor branch adviser Vincent Chow.

He said the culprits responsible for smuggling the animal should be penalised.

“The smuggling of animals especially endangered species must be stopped,” he said.

On Monday, a local daily reported that a teacher at the school had found an animal with a cat’s body and a monkey’s face behind the canteen.

The ‘strange’ animal was injured after being bitten by several dogs. The teacher then treated the animal and took care of it.

The discovery led to widespread speculation over the ‘special’ animal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 11:16 AM | Show all posts
The Star
Tuesday May 11, 2010

'Home alone' girl may be put up for adoption
By FARIK ZOLKEPLI
[email protected]

JOHOR BARU: The two-year-old “home alone” girl, who was left to fend for herself for 17 hours by her jobless parents, will be put up for adoption should the search for her closest relatives not yield any results.

Johor Welfare Department director Nik Omar Nik Abdul Rahman said the child, who is currently placed at the department’s Child Protection Centre, was in good health.

“We cannot locate her relatives.

“We will continue to investigate the matter for another month or so before finally putting her up for adoption,” he told The Star yesterday.

Nik Omar said the department’s Child Pro­tection Unit would select a suitable candidate.

Meanwhile, State Women, Family, Health and Community Development Committee chairman Dr Robia Kosai hoped that the girl would find a caring foster family.

“What they (biological parents) did was ruthless and despicable,” she said, referring to the incident where the little girl was abandoned by her parents while they went job-hunting.

The girl’s 37-year-old father and 23-year-old mother are serving time for abandoning the child at their home in Daiman Apartment here on April 17.

The parents, from Sarawak, had left the two-year-old inside a locked room with only a plate of rice and a little kitten from 5.30am until 10.30pm while they went job-hunting in Singapore.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 10:31 PM | Show all posts
kosmo online

Mael didenda RM500

MAEL (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak semalam atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya.

--------------------------------------------------------------------------------


LEDANG - Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael mengaku salah di Mahkamah Majistret Tangkak di sini semalam atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya yang berusia 16 tahun di tangan dan kaki gadis itu pada 9 Mei lalu.

Penyanyi berkenaan atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 42, mengaku melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas pada pukul 7.30 malam Ahad minggu lalu.

Dalam kenyataan pihak pendakwaan, tertuduh telah memukul anaknya di bahagian kaki dan tangan menggunakan rotan dan tangan tertuduh.

Majistret Salina Omar kemudian menetapkan denda sebanyak RM500 sebagai hukuman setelah mendengar rayuan daripada tertuduh yang memberitahu dia mempunyai tanggungan lima orang anak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 10:35 PM | Show all posts
utusan online

Pondok sampah tak berfungsi


Akibat pondok sampah yang berkunci menyebabkan orang ramai terpaksa membuang sampah di luar pagar sekitar kawasan Flat Taman Sri Stulang, Johor Bahru.

--------------------------------------------------------------------------------



SEBAGAI Ketua Blok Taman Sri Stulang di Johor Bahru, saya amat kecewa dengan masalah pondok rumah sampah di blok J yang masih tidak digunakan. Malahan ia dikunci oleh pihak tertentu.

Justeru penduduk tiada tempat untuk membuang sampah secara teratur, mengakibatkan kawasan menjadi kotor. Ini disebabkan terdapat segelintir mereka yang tidak mempunyai pilihan terpaksa membuang sampah di tepi dan luar pagar pondok sampah.

Selain itu ia juga menyebabkan masalah kebersihan dan berbau busuk sekali gus mengundang kehadiran lalat, tikus dan pembiakan nyamuk yang serius sehingga menjejaskan kehidupan penduduk.

Masalah lain yang timbul berikutan masalah sampah itu antaranya berkaitan dengan kesihatan setempat seperti risiko demam denggi, keracunan makanan dan pencemaran alam sekitar oleh bau busuk sampah.

Sampah tersebut semakin banyak dari sehari ke sehari hingga bertimbun kerana tiada pihak tertentu yang mengangkut atau membersihkan secara sistematik.

Sehubungan itu, saya mewakili penduduk Blok Taman Sri Stulang mencadangkan agar pondok sampah untuk kemudahan penduduk berkenaan dapat dibuka segera supaya ia dapat berfungsi dengan betul.

Saya meminta pihak berkuasa atasan menyelesaikan segala perkara berbangkit berhubung masalah itu termasuk menyerahkan hak milik pondok sampah tersebut kepada pihak pengurusan untuk digunakan.

Ini semua adalah kerenah birokrasi yang tidak sepatutnya berlaku kerana kami telah tinggal sejak dua tahun lalu tanpa pengurusan sampah yang sempurna.

Para penduduk hairan kerana perkara asas mengenai isu kebersihan itu gagal ditangani oleh pihak berwajib walaupun aduan sudah berulang kali dikemukakan.

Terdapat juga satu pondok sampah yang dibuka tetapi kedudukannya terlalu jauh hingga menyusahkan penduduk khususnya warga emas untuk membuang sampah setiap hari.

Walaupun para penduduk berasa geram, tetapi masih boleh bersabar dengan mengambil inisiatif bergotong-royong beberapa kali untuk membersihkan longgokan sampah.

Persoalannya, sampai bila masalah ini hendak selesai sedangkan kemudahan pondok sampah tidak berfungsi mengikut matlamat pembinaannya!

- SUBHI SAAD Ketua Blok Flat Sri Stulang
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 10:37 PM | Show all posts
utusan online

Pemandu sesuka hati letak kenderaan
SAYA ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap para pemandu yang sesuka hati meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sewajarnya sehingga menimbulkan kesusahan kepada orang lain terutama di Jalan Abiad, Taman Pelangi.

Menjelang waktu tengah hari kawasan jalan berkenaan akan menjadi sesak kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab akan meletakkan kenderaan mereka di kiri dan kanan jalan meskipun terdapat garisan kuning di situ.

Kawasan itu merupakan tempat larangan untuk meletakkan kenderaan tetapi mereka seolah-olah tidak mengendahkan langsung undang-undang yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Masalah ini bukan sesuatu yang baru tetapi sudah berlarutan sejak sekian lama dan ia menimbulkan rasa kurang selesa terhadap para pengguna jalan raya yang lain.

Saya berharap pihak berkuasa akan memberikan perhatian serius terhadap perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

- INSAN BENGANGJohor Bahru
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 10:38 PM | Show all posts
utusan online

Derita warga emas 'terubat'

Oleh RAHIMAH MOHAMED
[email protected]

MERSING 17 Mei - "Bukan kupinta jadi begini." Namun itulah takdir yang ditanggung Mohd. Ali Idris, 80, yang menghidap pelbagai penyakit.

Dia yang menghidap jangkitan pada paru-paru turut menderita sakit buah pinggang serta masalah pada jantungnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan kedua-dua matanya juga kabur dan seluruh badannya menjadi lemah.

"Beginilah keadaan saya yang tidak berupaya untuk bergerak ke sana ke mari kerana kedua-dua lutut saya teramat sakit," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Pantai di sini kelmarin.

Menurutnya, dia telah ditakdirkan menanggung kesemua penderitaan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.

Selain itu, isterinya, Jariah Abdullah, 80, telah mengalami penyakit sendi di seluruh kaki dan tangannya sejak beberapa bulan lalu.

"Akhir-akhir ini sakit berkenaan semakin hari semakin menjadi serius sehingga sakit seluruh badan," katanya.

Menurut Jariah, dia bersama suaminya sudah membuat pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail, Johor namun keadaan semakin teruk selepas itu.

Sementara itu, Abu Alwi, 74, dari kampung yang sama turut mengalami masalah berpenyakit kerana kaki kanannya kaku dan seluruh badannya turut sakit sehingga sukar untuk bergerak.

Menurut Abu, dia mula dihidapi penyakit tersebut sejak tiga bulan lepas selepas terjatuh di bilik air.

"Saya terjatuh dan selepas itu, seluruh badan saya serta kaki saya sukar untuk digerakkan," katanya.

Atas dasar simpati terhadap ketiga-tiga warga emas terbabit, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad telah mengunjungi golongan warga emas yang sakit itu.

Menurut Abdul Latiff, penyakit yang dideritai ketiga-tiga mereka itu boleh dirawat tetapi memerlukan kesabaran. Pada lawatan itu, Mohd. Ali dan Abu Alwi menerima kerusi roda yang merupakan sumbangan peribadi Abdul Latiff yang merupakan Ahli Parlimen Mersing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068559 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list