|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
Perkampungan Arab
RM200j bina perkampungan Arab Oleh NORIZAN ABDUL MUHD.
[email protected]
| MOHD. Ali Rustam (duakanan) mengatakan sesuatu kepada pelabur Arab mengenai perkampunganArab di Kampung Jawa Melaka, kelmarin.
|
MELAKA 3 April - Kampung Jawa yang wujud di negeri ini sejak lebih30 tahun lalu bakal bertukar wajah menjadi sebuah perkampungan Arabdalam usaha kerajaan negeri meningkatkan nilai komersial kawasan itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Kampung Jawamerupakan sebahagian daripada projek perkampungan Arab yang diusahakanoleh sebuah syarikat Arab Saudi selain di Pulau Melaka dan Klebang.
Menurutnya, projek mewujudkan ketiga-tiga perkampungan Arab tersebut melibatkan perbelanjaan sebanyak RM200 juta.
Beliau berkata, sebagai permulaan, kawasan seluas 3.2 hektar akandibangunkan dengan pembinaan bazar baru bagi kemudahan berniaga untuk30 hingga 40 gerai yang akan dibina.
''Buat masa ini, kita akan cuba selesaikan terlebih dahulu isupengambilan tanah di kawasan tersebut memandangkan sebahagian besarkawasan projek yang akan dibangunkan terdapat gerai peniaga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatanprojek naik taraf pembinaan Hotel Plaza Inn dan Kampung Jawa di sinisemalam.
Menurut Ketua Menteri, pihaknya menjangkakan projek perkampunganArab di Pulau Melaka tidak menjadi masalah terutama dalam soalpengambilan tanah memandangkan tanah di situ dimiliki oleh kerajaannegeri.
''Pemaju (syarikat Arab Saudi) minta hanya empat hektar tanah diKlebang untuk dijadikan perkampungan Arab tetapi kita sedia beri tanah13.6 hektar bagi membolehkan mereka bina kampung Arab yang lebih besardi situ kelak," katanya.
Sementara itu, mengenai lawatan beliau ke tapak projek naik tarafHotel Plaza Inn hari ini, katanya, hotel tersebut akan mula beroperasiSeptember ini.
Beliau menjelaskan, projek baik pulih hotel berkenaan menghadapibeberapa kerja teknikal dan tidak menepati keperluan kerajaan negeriantaranya kekurangan kemudahan bilik konvensyen dan bilik menungguselain bilik penginapan pekerja yang sempit.
Katanya, kos projek baik pulih hotel yang menelan belanja sebanyakRM29 juta itu sepatutnya dijadual siap pada Mei ini dan dimiliki olehMajlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Perbadanan Ketua Menteri.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri akan mewujudkan lima hotel barudi sepanjang Sungai Melaka dalam usaha merancakkan lagi industripelancongan negeri pada masa depan.
''Pada masa depan kita akan tambah lima lagi hotel baru termasukHotel Uda (Kampung Morten dan dua lagi hotel berhampiran Jambatan HangJebat. Ketika ini, kita sudah ada Hotel Majestic, Hotel Casa de Rio danHotel Riverview,'' katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga sambut baik wajah baru Kg. Jawa
MELAKA 3 April - Para peniaga di Kampung Jawa dekat sini menyambut baik rancangan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan itu sebagai perkampungan Arab tidak lama lagi.
Mereka berpendapat usaha itu akan dapat menjadikan Kampung Jawa membangun dengan pelbagai infrastruktur setanding dengan beberapa kawasan lain di negeri ini.
Begitupun, apa yang membimbangkan para peniaga di sini jika mereka tidak diberikan peluang untuk meneruskan perniagaan apabila perkampungan Arab dibangunkan di sini.
Salah seorang peniaga, Salamah Mohammad, 50, berkata, pembinaan bazar untuk menempatkan peniaga dan barangan Arab itu merupakan satu cadangan baik.
Pada masa sama, dia turut mengharapkan agar perubahan tersebut tidak mengetepikan hak dan keperluan golongan di situ yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut sejak mula-mula ia dibuka.
''Saya berniaga di sini sejak 1992 walaupun pendapatan tidak semewah dulu, tetapi perniagaan kami masih mampu bernafas.
''Keluarga dan anak-anak perlu diberi perhatian, oleh sebab itu, kami teruskan juga berniaga di sini bagi menampung perbelanjaan seharian," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Zakariah Abd. Karim, 60, yang menjalankan perniagaan di Kampung Jawa sejak 20 tahun lalu berpendapat cadangan kerajaan negeri itu merupakan satu usaha yang baik seiring dengan perubahan pembangunan negeri ketika ini.
Katanya, langkah kerajaan negeri membangunkan tempat itu amat baik namun ia perlu dilaksanakan secara telus agar peniaga di situ tidak terpinggir daripada menikmati pembangunan yang dirancangkan.
''"Kami tidak mahu peniaga luar dibangga-banggakan sehingga menyebabkan peniaga tempatan yang berniaga berpuluh-puluh tahun di sini diabaikan.
''Jika benar mereka mahu ambil alih kawasan ini dan mendirikan perkampungan Arab, biarlah peniaga di sini diberi peluang untuk menjalankan perniagaan seperti biasa.
''Apa yang kami harapkan 'periuk nasi' peniaga di sini tidak terjejas malah ia diharapkan membawa perubahan besar bagi mereka' katanya.
Sementara itu, Umar Ismail, 65 berkata, dia gembira dan menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan di situ sebagai perkampungan Arab sekali gus mempopularkan Kampung Jawa sebagai destinasi pelancongan baru.
''Namun, saya harap pembangunan yang dibuat tidak mengetepikan kepentingan dan keperluan peniaga di sini, kalau boleh, biarlah kami peniaga Kampung Jawa diberi keutamaan dalam projek ini kelak," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).
Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka bina hotel kayu RM120j
Melaka bina hotel kayu RM120j
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
[email protected]
| MOHD. Ali Rustammenunjukkan isyarat bagus di hadapan deretan hotel yang dibina daripadakayu di Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UNHEL
|
ALOR GAJAH 5 April - Melaka bakal mempunyai sebuah hotel kayu pertama di negara ini yang berkonsepkan seni reka Eropah, dijangkaberoperasi sepenuhnya November tahun ini berhampiran Taman Rama-Rama disini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kos keseluruhan hotel bertaraf lima bintang itu dianggarkan sebanyak RM120 juta yang kini sedang dalam pembinaan.
Menurutnya, pembinaan hotel di kawasan seluas enam hektar itu juga dianggap strategik kerana ia berdekatan dengan lokasi pelancongan iaitu Taman Rama-Rama dan pintu masuk Tol Ayer Keroh.
''Kerja-kerja pembinaan hotel ini telah bermula setahun lalu dan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta dari Kuala Lumpur iaitu Philea Resort MGMT Sdn. Bhd," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perkembangan projek pembinaan hotel terbabit di sini hari ini.
Katanya, setakat ini, pihak pengurusan hotel berkenaan masih belum dapat mengenal pasti nama yang sesuai untuk diberikan kepada hotel baru itu.
Katanya, antara keunikan hotel itu ialah selain menggunakan sepenuhnya kayu balak lembut yang diimport khas dari Rusia itu, bahagian belakang setiap bilik juga berdindingkan batu marmar yang dibawa dari Perak.
''Tangga pada setiap bilik juga diperbuat daripada kayu landasan kereta api lama dan keaslian bahan tersebut amat terserlah terutama dari segi ciri-ciri klasiknya.
''Selain itu, pembinaan hotel ini juga juga amat menarik kerana pihak pemaju akan membina sebatang sungai yang akan mengalir ditengah-tengah kawasan hotel bagi mewujudkan suasana santai persekitarannya," katanya.
Kata Mohd. Ali, setakat ini, kadar sewa bilik hotel yang ditetapkan ialah sekitar RM300 hingga RM660 yang menyediakan lebih 200 bilik hotel.
Menurut beliau, pembinaan hotel tersebut mampu meningkatkan populariti Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama dinegara ini, sekali gus merancakkan lagi industri itu pada masa depan.
Katanya, kerajaan negeri juga akan menambah beberapa produk pelancongan baru yang lebih moden khususnya di sekitar Klebang, Kampung Jawa dan Pulau Melaka menerusi pembinaan projek perkampungan Arab pada masa terdekat ini.
Beliau berkata, selain giat menambah kemudahan penginapan kepada pelancong, pihaknya juga akan turut meningkatkan lagi kualiti sistem pengangkutan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang melancong ke negeri ini setiap tahun.
[ Last edited by Syd at 6-4-2009 07:55 ] |
|
|
|
|
|
|
|
siyes...
aku mmg teruja
dan tak sabar nak stay hotel nih
unik nye...
/- rindu ngan umah kampung kayu, waktu kekecik dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Syd nk tya....
Ko org Melaka ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
laku ke hotell cmni?? ...ishhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 nameloo's post
tak.
tapi aku tingin nak hotel nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 zairizain's post
laku siot..mesti punya gerenti!!orang2 kaye ,matsalleh sukeee..tgk aar nanti...aku x saba2 nih..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
air keroh ka?
ooww.. musti laku nie
org melake musti rase.. xde pekdah..
org2 luau musti suke dan teruja..
nantikan saja....! |
|
|
|
|
|
|
|
ade lobang2 celah kayu x leh skodeng |
|
|
|
|
|
|
|
Sentral: Hotel kayu mercu baru Melaka
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
[email protected]
Projek pembinaan membabitkan kos hampir RM120j terap konsep seni bina Eropah
MELAKA: Sebuah hotel yang diperbuat daripada kayu berhampiran Taman Rama-Rama di Ayer Keroh dekat sini, bakal menjadi satu daripada mercu tanda negeri Melaka apabila ia siap dibina pada Oktober ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata, projek pembangunan hotel bertaraf lima bintang dan restoran bernilai hampir RM120 juta yang berkonsepkan seni bina Eropah itu bakal memberikan pengalaman menarik kepada tetamunya kembali kepada alam semulajadi.
"Hotel yang dibina sejak Mei tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 10 Oktober ini menawarkan pengalaman lima bintang gaya Eropah dari banyak aspek. Selain memperincikan konsep taman pertanian dan bunga-bungaan di sekitarnya, seni bina hotel ini mengambil inspirasi kebanyakan bangunan atau rumah yang diperbuat daripada kayu di Kanada.
"Setakat ini, saya difahamkan hotel terbabit masih belum mempunyai nama dan saya berharap konsep seni binanya yang lain daripada lain ataupun satu-satunya yang terdapat di negara ini sudah pasti boleh memberi kepuasan kepada pelancong yang inginkan kelainan apabila mengunjungi Melaka," katanya selepas melawat tapak projek hotel itu di sini, semalam.
Hotel berprestij berkenaan dibina oleh Philea Resort Management Sdn Bhd di atas tanah berkeluasan enam hektar menawarkan 201 bilik bercirikan gaya Eropah.
Kayu jenis 'log' yang diimport sepenuhnya dari Rusia digunakan sepenuhnya untuk membina hotel yang dijangka akan beroperasi pada hujung tahun ini.
Selain itu, ia juga mempunyai sungai, kolam renang dan pagar yang diperbuat daripada batu marmar yang diletakkan mengelilingi kawasan hotel terbabit.
Mohd Ali berkata, hotel berkenaan bakal menjanjikan satu kelainan kepada pengunjung yang datang ke situ dan berharap pembinaan hotel itu juga secara tidak langsung akan meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri Melaka.
Beliau berkata, selain itu negeri ini juga mempunyai Hotel Empayar Mudzaffar bernilai RM500 juta di kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan ia dijangka siap pada tahun ini.
"Hotel berkonsepkan Istana Kesultanan Melaka ini, bakal mengembalikan ingatan kepada kemajuan dan kekuatan Melaka satu ketika dulu.
"Melaka sememangnya terkenal sebagai pusat kebudayaan, perdagangan, penyebaran ilmu agama dan pertembungan pelbagai budaya ketika zaman kegemilanganya pada kurun ke-15. Jadi dengan pembinaan kedua-dua hotel ini, ia mampu menjadi pusat tarikan pelancongan unggul di negara ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 hari lalu depan hotel nie...dekat jalan nk gi taman rerama....x sabar nk tgk dia siap.mesti cantik...sekarang nie hotal tu cam nak siap dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
manyak betui mercu tanda kat melaka nih
kalu org tanya mmg tak tahu nak jawab mana satu |
|
|
|
|
|
|
|
Teknologi Jepun bersihkan Sungai Melaka
MELAKA 28 April - Kerajaan negeri bercadang menggunakan teknologi dan perkhidmatan kepakaran dari sebuah syarikat pembersihan sungai di Jepun dalam usaha meningkatkan kualiti kebersihan Sungai Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya menerima cadangan daripada syarikat berkenaan yang menawarkan perkhidmatan membersihkan sungai tersebut baru-baru ini.
Menurutnya, syarikat Jepun berkenaan menawarkan kaedah rawatan dikenali sebagai biologi mikro organisma efektif (EM) bagi mengurangkan bau busuk akibat mendapan sisa kotoran yang terdapat pada sungai.
''Sebagai percubaan, kita membenarkan syarikat tersebut menjalankan kerja-kerja pembersihan di Sungai Melaka dalam tempoh 10 bulan ini bermula dari kawasan di Peringgit," katanya di sini baru-baru ini.
Kata Ketua Menteri, usaha meningkatkan kebersihan sungai itu perlu dilakukan segera memandangkan tahap kualiti Sungai Melaka masih kurang memuaskan.
''Kualiti Sungai Melaka masih berada pada tahap C dan bagi saya, ia hanya sesuai untuk kegiatan sukan air dan tidak boleh langsung diminum.
''Tahap kualiti sungai ini masih boleh dipertingkatkan dengan mempelbagaikan kaedah rawatan sungai dari semasa ke semasa," kata beliau.
Menurut Mohd. Ali, kerajaan negeri bersetuju dengan kaedah rawatan yang dipraktikkan oleh syarikat Jepun terbabit kerana ia lebih menjimatkan dan tidak melibatkan penggunaan bahan kimia berbahaya.
Katanya, syarikat berkenaan menggunakan bakteria dalam bentuk cecair bagi merawat kekotoran pada sungai tersebut.
Ujarnya, penggunaan kaedah EM juga banyak dipraktikkan di negara lain dan terbukti mampu menangani masalah sungai yang mengeluarkan bau busuk.
''Namun, kesannya tidak dapat dilihat serta-merta tetapi mikro organisma itu mampu menguraikan mendapan semula," katanya.
Kata beliau, kerajaan negeri sedia membeli teknologi rawatan sungai yang ditawarkan oleh syarikat Jepun itu sekiranya mereka berjaya mengatasi masalah bau busuk di Sungai Melaka.
''Kita sedia membeli teknologi yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan jika harga yang ditawarkan berpatutan.
''Jika mereka menawarkan jumlah RM1 juta bagi penggunaan teknologi tersebut dalam tempoh setahun, kerajaan negeri mampu membelinya demi meningkatkan kualiti Sungai Melaka pada masa depan,'' kata beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Marina Sungai Melaka beroperasi Jun ini
MELAKA 13 Mei |
|
|
|
|
|
|
|
Muzium-muzium di Melaka : Jom bermalam di Muzium Penjara!
Post Last Edit by Syd at 30-10-2009 21:47
Peluang masuk muzium percuma
MELAKA 17 Mei - Rakyat negeri ini termasuk pelancong kini berpeluang memasuki muzium di bawah pengurusan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim)secara percuma sempena Hari Muzium Antarabangsa 2009 esok.
Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas berkata, orang ramai boleh berkunjung ke semua 21 muzium dan lima galeri Perzim bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.
Menurutnya, adalah diharapkan orang ramai dapat merebut peluang ituyang ditawarkan sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada setiap tahun.
''Mereka yang belum pernah melawat muzium kendalian Perzim sebelum ini diharap dapat mengambil kesempatan daripada kemasukan percuma ini,"katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, tawaran memasuki muzium Perzim secara percuma dilakukan pada setiap tahun sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa.
''Ia acara tradisi bagi Perzim tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada orang ramai setiap kali berlangsungnya sambutan Hari Muzium Antarabangsa," katanya.
Menurut Khamis, sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini adalah bertemakan Muzium dan Pelancongan dan sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Kuala Terengganu bermula hari ini hingga 23 Mei ini.
Katanya, pemilihan tema Hari Muzium Antarabangsa dilakukan oleh Majlis Muzium Antarabangsa dan ia dianggap bertepatan dengan kepesatan industri tersebut yang berkait rapat dengan industri pelancongan.
''Saya yakin langkah kerajaan negeri memperbanyak muzium di negeriini mampu membantu meningkatkan bilangan pengunjung sekali gus menjana pendapatan dalam sektor pelancongan," katanya.
Khamis berkata, sebahagian besar muzium Perzim terdapat di sekitarkawasan tumpuan pelancong seperti Jalan Kota dan Jalan Gereja yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan sejarah lama asal-usul penubuhan negeri Melaka.
Menurutnya, selain muzium dan galeri, Perzim juga mempunyai Balai Seni Lukis yang mempamerkan sejumlah 150 judul lukisan dan 30 buah arca dari pelbagai media dan tema hasil karya artis-artis terkemuka tanahair.
[ Last edited by Syd at 18-5-2009 08:04 ] |
|
|
|
|
|
|
|
hehe
blom lagi masuk muzium nih..
best ke muzium nih? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|