CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Roh Gentayangan

  [Copy link]
Post time 16-9-2011 11:42 AM | Show all posts
menarik topik ini. jarang ada orang yang membincangkan perihal roh gentayangan ini. Mungkin maklumat ...
Saat Post at 2-6-2010 17:03

    HK, saat..clah percaya adanya ruh bergentayangan ni...
   sb clah pernah bersemuka ngnnya..tgk blog clah http://www.dzilah11.blogspot.com

   cuma clah nak tanya, ruh yg terkena kesan sihir atau khianat manusia lain,
   mcm kisah dlm thread aizawa, apa plk klasifikasinya?

   dan kalau boleh sesiapa yg tahu(TT atau, forumer atau SR) boleh tak clah nak tahu...
   sesorg yg meninggal akibat sihir..tapi sihir itu tidak tamat setelah kematiannya,
   sihir itu tetap berterusan, ruh itu masih tersiksa akibat terkena sihir ini...   
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-9-2011 11:48 AM | Show all posts
jumaat last week ada tayang cerita indon yg bertajuk roh gentayangan...ada part disikusi oleh seoang ustaz dan beberapa org lelaki mengenai roh gentayangan tu.ustaz indon tu kata, setelah seseorang itu meninggal dunia,roh tersebut akan diambil oleh malaikat dan ditempatkan di tempat roh..Manakala,sekiranya jika kita ternampak wajah mirip org yang dah mati tu menjelma dia di panggil qarin...qarin ni merupakan peneman manusia sejak dilahirkan....hanya allah saja yg tahu...kesimpulannya,sekiranya kita ternampak jelmaan yg kita anggap roh si mati maka ia bukanlah roh sebenar,sebaliknya ia adalah qarin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 06:07 PM | Show all posts
Salam, HK saya nak Tanya ckit. Boleh ke roh gentayangan ni datang/komunikasi secara sukarela/direct kepada orang2 tertentu (perawat/org yg ada sixthsense)?

Soalan saya ni merujuk kepada perawat saudara saya yg berubat untuk santau yg dah 10tahun bersarang kat badan dia. Perawat ni ada deria ke enam (Nampak makhluk2 ghaib nie). Satu hari dia didatangi satu roh gentayangan yg meminta tolong. Dia mengaku dah banyak dosa masa hidupnya dan rohnya x diterima. Dia nak menebus segala dosanya dengan membantu mana2 manusia yg dianiaya oleh org lain. Dengan cara itu dia berharap rohnya x terawang lagi.

Cara roh gentayangan ni membantu perawat tu, dengan memanggil ‘semangat’ si pengupah sihir dan dibawa untuk berkomunikasi dengan perawat. Antara soalan2 seperti kenapa & mengapa nak sihir org? siapa bomohnya? Di mana lokasinya? Akan ditanya. Selepas itu biasanya perawat ini akan bertanya kepada mangsa samada nak dikurung semangatnya atau dibunuh sahaja. Kalau dikurung semangatnya bermakna si pengupah itu akan jadi lemah dan tak berdaya nak pergi upah bomoh2. Tetapi kalau mangsa pilih bunuh saya tak pasti apa akan jadi. Sbb setakat ni saja yg saudara sy cerita. Saudara saya pilih kurung semangat si pengupah/musuh. Dikurung yg macamana pun saya tak pasti. Alhamdulillah dia dah pulih sbb si pengupah dah tak berdaya nak call/hubungi bomoh untuk topup santau tu.

Dengar cerita dah setahun perawat tu berhenti buat sementara waktu sbb nak pulihkan diri lepas kena serang dengan bomoh lain. Wallaualam.

Ni first time saya dengar pasal roh gentayangan bantu manusia yg hidup. tak taulah betul ke tak. syirik atau tak. jin ke, hantu ke, syaitan ke....tidaklah sy tau sbb sy ni jahil sgt bab2 ni.

Harap dapat pencerahan dr HK atau sesiapa yg arif tentang ini. sbb daripada perawat dan bantuan roh gentayangan ni juga sy dpt tau siapa org yg sihir bapa saudara saya sampai meninggal hanya kerana cemburukan arwah drpd zaman kanak2 hingga dah beranak pinak. arwah sangat2 disenangi org sekeliling. Dan si pengupah tu masih lagi mengupah bomoh tu sampai sekarang. Kalau boleh isteri n anak2 arwah pun dia nak hapuskan perlahan2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 11:28 AM | Show all posts

sarinah99 Post at 15-5-2012 18:07
Pertama sekali kene ingat, roh gentayangan terujud disebabkan kejahatan yg dilakukan semasa roh tu berada ditubuhnya semasa hidup, dan roh tak akan berupaya membantu dirinya atau melepaskan dirinya ke alam barzakh selepas terpisah ia dengan jasadnya. Yg boleh membantunya hanya 3 perkara, iaitu amal jariah dari harta yg dinafkahkan, doa anak yg beriman dan ilmu yg didigunakan untuk kebaikan..

Dalam kes sebegini pula, roh tersebut kononnya nak buat kebaikan setelah hukuman iaitu tak diterima alam barzakh,  persoalannya bolehkah? jawabnya tak boleh....

Dalam keadaan cerita awak di atas, ia lebih menggambarkan roh tersebut ingin berkhidmat pada perawat tersebut sahaja, kononnya untuk kebaikan terutama merawat..... dan biasanya akan membawa perawat tersebut ke longkang....iaitu akan bergantung kepadanya ketika merawat dan pergantungan pada Allah sedikit demi sedikit akan terhakis....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:58 AM | Show all posts
Reply 204# hantukiller

    boss tolong jawab aku tanya kat benang miss
tengkiu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:02 PM | Show all posts
Reply  hantukiller

    boss tolong jawab aku tanya kat benang miss
tengkiu
MelahJanda Post at 16-5-2012 11:58
aku malas nak kacau benang orang, ko copy la ke sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2012 12:06 PM | Show all posts
Reply 206# hantukiller

dah tetua merajuk, buruk seyh
acah je..
ni haaaaaaaaaaaaa

assalamualaikum semua

sian kat miss banyak sangat dugaannya.

miss.............. nak tanya. perawat kau tu bunuh jin ke, bubuh dalam botol?

bukan apa..kalo bunuh aku confident skit.

lagi, soalan kepada mana-mana perawat.

berkenaan sihir tak sengaja/pelaris /dsb

1. biasanya org yg pernah dirasuk/histeria mudah terkena ilmu hitam tepi jalan/sangkut hantu mana-mana sebab badan ada lubang. betul atau tidak?

2. org kategori sama (badan ada lubang) mudah jugak terkena sihir tak sengaja / pelaris makanan tak? contoh macam org baca jampi pelaris pada makanan yg dijual di kedai?santau?

3. bagaimana dengan org yg (mungkin) takde apa gangguan sepanjang hidupnya yakni takde penah kena histeria ke kena rasuk ke..ada kemungkinan ke jugak org sebegini mudah terkena sihir tak sengaja? pelaris?santau makanan?

4. macamana kalo org tu rajin baca bismillah. mudah ke tidak.

jazakallahu khairon kathiro.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by sarinah99 at 16-5-2012 12:10

Reply 204# hantukiller

maknanya perawat tu 'tag-team' samada dgn roh gentayangan atau pun jin/syaitan yg menyamar untuk menyesatkan sikit demi sedikit. bantuan drpd makhluk2 yg seumpamanya mmg x dibenarkan sama sekali walaupun jin islam. betul tak HK? perawat/pesakit terutamanya kena yakin dan ikhlas bahawa segalanya hanya dengan izin Allah SWT dan kepadaNYA sahaja kita berserah dan meminta pertolongan/bantuan.

btw, tukar signboard baru ke HK. cerah saya tengok...dr jauh dah nampak
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-5-2012 12:08 PM | Show all posts
lagi

aku penah baca blog satu perawat ni kalo nak hapuskan jin dia bayangkan vakum, so dalam bayangan dia vakum tu sedut jin.

sungguh lawak cara2 menghapuskan jin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:14 PM | Show all posts
berkenaan sihir tak sengaja/pelaris /dsb

1. biasanya org yg pernah dirasuk/histeria mudah terkena ilmu hitam tepi jalan/sangkut hantu mana-mana sebab badan ada lubang. betul atau tidak?

2. org kategori sama (badan ada lubang) mudah jugak terkena sihir tak sengaja / pelaris makanan tak? contoh macam org baca jampi pelaris pada makanan yg dijual di kedai?santau?

3. bagaimana dengan org yg (mungkin) takde apa gangguan sepanjang hidupnya yakni takde penah kena histeria ke kena rasuk ke..ada kemungkinan ke jugak org sebegini mudah terkena sihir tak sengaja? pelaris?santau makanan?

4. macamana kalo org tu rajin baca bismillah. mudah ke tidak.

jazakallahu khairon kathiro.
MelahJanda Post at 16-5-2012 12:06
hehehe

berkenaan sihir tak sengaja/pelaris /dsb

1. biasanya org yg pernah dirasuk/histeria mudah terkena ilmu hitam tepi jalan/sangkut hantu mana-mana sebab badan ada lubang. betul atau tidak?betul, tapi lebih kepada badannya memang banyak jin terutama jin saka

2. org kategori sama (badan ada lubang) mudah jugak terkena sihir tak sengaja / pelaris makanan tak? contoh macam org baca jampi pelaris pada makanan yg dijual di kedai?santau?betul

3. bagaimana dengan org yg (mungkin) takde apa gangguan sepanjang hidupnya yakni takde penah kena histeria ke kena rasuk ke..ada kemungkinan ke jugak org sebegini mudah terkena sihir tak sengaja? pelaris?santau makanan?boleh juga, sebab jin senang sangat nak memasuki tubuh manusia ni, senang sangat, cuma jarang yg sampai tahap merasuk.

4. macamana kalo org tu rajin baca bismillah. mudah ke tidak.:bergantung pada tahap bismillah pada orang tu sendiri. ada yg mudah ada yg tidak.... jin tak mudah mengganggu pada orang yg sentiasa menyebut nama nama Allah....

jazakallahu khairon kathiro.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:16 PM | Show all posts
soalan takde kaitan dgn topik.

sy perhatikan banyak iklan2 org yg jual kayu teras gemunggal lah, batu delima la dan macam2 yg katanya ada khasiat tertentu terutama elak benda2 berbisa/peluru dll. ada juga yg jual kulit kijang yg ditulis dengan tulisan2 jawi atau pun apa2 yg org panggil wafak. benda2 nie betul ker? saya serba salah nak percaya atau tak. kalau percaya takut dah membelakangkan Tuhan, tak percaya pun x boleh sbb semuanya terjadi dengan izin dan kuasa Allah SWT. Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:17 PM | Show all posts
hey youuuuulllssss....nyah ada pendapat tau pasal roh gentayangan ni.....sila baca yer.....jangan malas malas noooksssss.........nyah amik dari website ni tau....awwww  http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15979.0

jom baca pendapat-pendapat tentang kepulangan roh ke dunia nie....

1. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Bahawa roh tidak akan mencampuri urusan yang tidak berguna lagi padanya [Fataawa Muasyarah, 1/70]. Pada hakikatnya, roh berada suatu alam yang dinamakan alam barzakh yang sudah tentu penghidupannya sangat berbeza. Sheikh Walid al-Firyaan mengatakan bahawa alam barzakh adalah jangka waktu diantara kematian seseorang dan Hari Kiamat.
Bagi Roh orang yang beriman, ia akan menerima balasan yang baik di alam barzakh. Dan bagi mereka yang mengerjakan maksiat maka mereka akan diazab di alam barzakh. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W:-
Roh orang yang beriman adalah burung yang sangkut di pokok-pokok syurga,memakan buah-buahannya, dan Roh orang kafir akan pergi ke neraka"
Sebagai kesimpulan, alam Roh dengan Alam Dunia amat berbeza sekali. Kekesanan Alam Dunia kepada Alam Roh adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith sahih iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermunafaat dan anak yang soleh yang mendo'akannya. Tidak ada gunanya pun kalau roh-roh ini dibenarkan pulang kalau ia tidak memunafaatkan diri mereka.

2. Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.

Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

3. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Orang yang telah meninggal dunia, rohnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali ke rahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."

Ayat al-Quran lain ada menyebut, "Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan roh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kononnya diambil daripada orang yang telah mati. Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:17 PM | Show all posts
Reply  hantukiller

maknanya perawat tu 'tag-team' samada dgn roh gentayangan atau pun jin/syaita ...
sarinah99 Post at 16-5-2012 12:06
Ya, itulah yg sebenar benarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:20 PM | Show all posts
lagi

aku penah baca blog satu perawat ni kalo nak hapuskan jin dia bayangkan vakum, so dalam baya ...
MelahJanda Post at 16-5-2012 12:08
Banyak yg nampaknya lawak, tapi disebaliknya kita tak tau.... Kalau perawat tersebut dah berada ditahap yg agak tinggi ilmu makrifatnya, inshaAllah, Allah akan memberi keupayaan padanya ikut apapun yg dimakrifatkannya tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:24 PM | Show all posts
hey youuuuulllssss....nyah ada pendapat tau pasal roh gentayangan ni.....sila baca yer.....jangan ma ...
zad78 Post at 16-5-2012 12:17
Jika kita berpegang pada pandangan ini, maknanya kita menolak juga kehadiran roh nabi nabi dan wali wali yg boleh mendatangi sesaorang, sebab mereka juga telah meninggalkan dunia yg fana ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:31 PM | Show all posts
Jika kita berpegang pada pandangan ini, maknanya kita menolak juga kehadiran roh nabi nabi dan wali  ...
hantukiller Post at 16-5-2012 12:24

   jangan disindirkan pendapat ulamak-ulamak tersebut...mereka berpaksikan al-quran dan sunnah.......takut kita terkhilaf nanti....mungkin boleh jatuh syirik dan gugur iman.....awwwwwwwww
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 16-5-2012 12:43 PM | Show all posts
jangan disindirkan pendapat ulamak-ulamak tersebut...mereka berpaksikan al-quran dan sunnah ...
zad78 Post at 16-5-2012 12:31
bukan sindir, tapi kenyataannya ramai ulama sendiri dah ditemukan dengan roh nabi nabi... takkan mereka khilaf juga, sebabnya ialah coretan yg ko paste tu menolak terus semua sekali kebolehhadiran roh roh manusia yg dah meninggal dunia.... bukan nak sindir, tapi buka minda
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:50 PM | Show all posts
bukan sindir, tapi kenyataannya ramai ulama sendiri dah ditemukan dengan roh nabi nabi... takkan mer ...
hantukiller Post at 16-5-2012 12:43

   bagi nyah kan...simple sajer....untuk mengetahui perkara yang ghaib seperti yang dikehendaki oleh rukun iman....hanya 2 sumber SAHAJA yang boleh dipercayai dengan minda terbuka....AL-QURAN dan SUNNAH......ohhh hoiiiii......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply 212# zad78

saya pernah terbaca, pengetahuan alam kubur/alam roh/alam barzakh yang Allah SWT berikan kepada manusia sangat2 sedikit. Allah SWT lebih mengetahui rahsia2nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:54 PM | Show all posts
bagi nyah kan...simple sajer....untuk mengetahui perkara yang ghaib seperti yang dikehendak ...
zad78 Post at 16-5-2012 12:50
mengetahui perkara ghaib? wawwww.... boleh dirujuk kat mana ye? ayat berapa, surah yg mana... nak juga tau bila kiamat, apa akan jadi masa depan, kat mana syurga neraka la ni....

    Tentang Ruh pun Allah cuma beritau sikit jek... sikit sangat....apalagi perkara ghaib tu semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.067228 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list