Lagu-Lagu Pilihan Murai Sepanjang 2010
1) Baby - Justin Bieber
Single utama untuk album debut Bieber yang merupakan anak didik bintang R&B, Usher. Lagu up beat yang menampilkan vokal R&B Bieber yang diadunkan dengan penggunaan dominan keyboard dan sintesis "disco string". Sememangnya catchy dan mudah menarik perhatian pendengar ditambah pula apabila terbayang tarian yang mampu dijelmakan dari muzik lagu ini. Liriknya pula menceritakan kisah cinta pandang pertama, sesuatu lumrah yang sememangnya akan dilalui setiap insan, mampu membuatkan kita tersenyum sendirian.
2) Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
Lagu yang mengangkat anak muda dari Perak ini menjadi juara Akademi Fantasia Musim Ke-8. Lagu baru tapi mempunyai irama dan feel 'lama'. Dihasilkan pada era milennium tapi mood yang terhasil ketika mendengar lagu ini seolah-olah membawa kita ke era akhir 70-an dan awal 80-an. Mungkin ini satu percubaan dari pencipta lagu ini, Edry Abdul Halim untuk menarik pendengar yang lebih berumur. Dan jika benar, ia nyata melepasi target sebenar pendengar apabila lagu ini nyata diterima semua peringkat masyarakat.
3) Bad Romance - Lady Gaga
Sebut saja tajuk lagu, penulis terus terbayang video muzik erotik lagu ini. Ketepikan fakta tentang betapa 'kotornya' video muzik itu. Hakikat lagu ini begitu 'attractive' adalah kenyataan yang tak boleh dinafikan. Keyboard dan 'drum beats' adalah instrument utama untuk lagu ini dan transition "Rah-rah-ah-ah-ah, Roma-roma-mah, Gaga-ooh-la-la" dari awal hingga akhir adalah tarikan utama lagu ini. Pujian juga untuk vokal hebat Gaga.
4) Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
Kolobrasi dari seorang penyanyi lama, seorang penyanyi baru dan seorang rapper handalan. Hasilnya sebuah lagu berbentuk nasihat dan peringatan untuk generasi muda. Imej 'gadis kampung' yang mengeksplorasi dunia urban dari Ana Raffali nyata kena dengan lagu ini, mudah menjadikan menyebabkan lagu ini masuk ke minda masyarakat. Mungkin jika dihayati betul-betul liriknya, mampu menyedarkan masyarakat muda yang semakin ramai terjebak ke gejala negatif. 5) Insya Allah - Maher Zain
Lagu berunsur dakwah dari penyanyi Lubnan ini dilihat begitu mendominasi carta muzik stesen radio tempatan. Susah untuk diulas yang mana satu merupakan tarikan utama lagu ini, samada liriknya? Melodinya? Vokal Maher Zain atau Maher Zain sendiri? Di laman Youtube sendiri, video muzik lagu ini telah ditonton lebih 6 juta kali sejak diterbitkan. Nyata pengaruh Maher Zain begitu meluas di rantau Asia dan timur tengah. Di Malaysia sendiri, nama Maher Zain terus mendapat tumpuan di enjin carian google sehingga menewaskan nama-nama besar lain seperti Lady Gaga dan Justin Bieber.
6) Jahat - Stacy
Juara AF6 ini memang tidak pernah gagal setiap kali singlenya keluar menjengah pasaran. Ada saja lagu barunya yang mampu menarik perhatian pendengar. Kekuatan vokalnya serta staminanya ketika tarian boleh kita yang mendengar dan melihatnya sendiri terasa 'penat'. Jahat merupakan kesinambungan kepada lagu Pakai Buang dan terus berkisar bagaimana sang wanita tidak mampu melupakan lelaki yang telah mencuri hatinya.
7) Love The Way You Lie - Eminem feat Rihanna
Single kedua dari album ketujuh Eminem, Recovery yang menjadi titik kembalinya rapper ternama Amerika itu ke bidang seni. Kolobrasi Eminem dan Rihanna ini nyata menjadi satu kejayaan besar buat kedua-duanya. Imej dan lirik bernada gelap serta mood suram yang dibawakan Eminem, dikontrakan dengan korus oleh Rihanna yang penuh pengharapan seolah-olah cahaya kepada imej gelap itu. Love The Way You Lie juga menduduki carta Billboard 100 US selama 7 minggu berturut-turut.
8) What Are You Waiting For - Mizz Nina feat Colby O Donis
Kali pertama mendengar lagu ini, pasti ramai yang tidak menyangka ia adalah nyanyian anak tempatan. Upbeat nya padu, vokal kedua-dua penyanyinya telah adunkan secara electronic synthesize menyebabkan kedengaran seperti bunyi mesin. Iramanya catchy dan menangkap hati pendengar. Tahniah Mizz Nina, satu percubaan baru dalam industri muzik negara.
9) Nobody - Wonder Girls Lagu ini dicipta pada tahun 2008, mencipta nama sekitar tahun 2009 dan mula menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia pada 2010. Tak perlu diulas panjang, anda sendiri tahu mengapa lagu ini begitu mudah diminati ramai. Malah impak dari Wonder Girls, genre K-Pop mula menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan nama-nama seperti Girls Generation, Super Junior, KARA, SHINee dan sebagainya mula menjadi ikutan peminat.
10) Ku Ada Kamu - Adira Lagu ini mencipta kontroversi apabila timbul dakwaan ianya tiada originaliti dan diciplak dari lagu Diana Ross, If We Hold On Together. Penciptanya, Edry Abdul Halim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Ciplak atau tidak, lagu ini sememangnya merdu dan mempunyai aura 'juara'. Ia seolah-olah ditujukan khas untuk Adira yang bersaing untuk kejuaraan AF8 pertengahan tahun dahulu. Meskipun tewas, lagu ini terus menjadi 'juara' di hati peminatnya tersendiri. |