CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: THERE IS A LIGHT THAT NEVER GOES OUT

 Close [Copy link]
Post time 29-11-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Turn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Page 11
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasio bizi ko belakow
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 09:55 AM | Show all posts
check in
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 09:55 AM | Show all posts
semalam
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 09:56 AM | Show all posts
masa ucap selamat malam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2024 09:56 AM | Show all posts
tengok rumah lama dah 101
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 09:56 AM | Show all posts
iolss cari rumah baru nak check in
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 09:56 AM | Show all posts
tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 09:56 AM | Show all posts
ingat tak buat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 09:57 AM | Show all posts
merayap pergi bod lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 09:57 AM | Show all posts
pagi ni tengok  ada
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 09:57 AM | Show all posts
dah page 11
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 10:01 AM | Show all posts
Lembah Klang, selatan tanah air dilanda hujan lebat, ribut petir pagi ini








KUALA LUMPUR: Selangor, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di platform sosial X memaklumkan ramalan cuaca itu membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.








https://www.bharian.com.my/berit ... at-ribut-petir-pagi

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 10:03 AM | Show all posts
Banjir: Operasi tren KTMB MySawasdee ke Hatyai bermula hari ini hingga Isnin dibatalkan




ARAU: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) khas MySawasdee dari KL Sentral - Hatyai - KL Sentral yang dijadualkan pada hari ini hingga 2 Disember ini dibatalkan.
KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan pembatalan perkhidmatan kereta api MySawasdee 1004 dan 1005 itu adalah berikutan situasi hujan berpanjangan di wilayah utara Semenanjung Malaysia dan Hatyai yang sedang dilanda banjir.

Sehubungan itu, pemulangan tambang penuh akan diberikan melalui KTMB Mobile (KITS) dan sebarang bantuan boleh merujuk kepada kakitangan stesen bertugas atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB pada talian 03 9779 1200 atau emel kepada .

Sebelum ini, KTMB memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas akibat banjir dan kejadian tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaskan operasi tren penumpang.
Berikutan itu, perkhidmatan KTM Intercity ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Rakyat Timuran No 27 bagi laluan JB Sentral-Tumpat turut dibatalkan mulai semalam.
Perkhidmatan lain yang turut terjejas termasuk Ekspres Rakyat Timuran No 26 dan No 27 (JB Sentral–Tumpat–JB Sentral) serta Shuttle Timuran (Kuala Lipis–Gua Musang–Tumpat) akibat banjir.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330253/banjir-operasi-tren-ktmb-mysawasdee-ke-hatyai-bermula-hari-ini


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 10:04 AM | Show all posts
'Banjir terburuk di Rantau Panjang sejak lebih 50 tahun' - Penduduk


[size=14.399999618530273px]Foto NSTP



RANTAU PANJANG: "Ini adalah bah paling buruk selepas lebih 50 tahun saya tinggal di Rantau Panjang, ia benar-benar menakutkan," kata warga emas, Wan Sauzi Wan Jaafar.
Wan Sauzi, 65, berkata, banjir kali ini yang melanda kawasan itu lebih tragis berbanding bah merah yang pernah melanda Rantau Panjang pada tahun 1967 ketika dia masih kecil.

Katanya, dia sekeluarga yang menetap di Tasek Damai, Kampung Dangar, di sini, sejak 22 tahun lalu, tidak pernah berpindah namun kali ini situasi berbeza apabila bahagian dalam rumah kini dinaiki air separas 0.4 meter.
"Banyak kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air kini turut tenggelam. Suasana menjadi huru hara dengan penduduk yang panik seperti sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
"Alhamdulillah, saya dan isteri, Noraini Yusof,48 serta dua anak dibantu anggota bomba yang terpaksa masuk ke kawasan penempatan menggunakan bot dengan meredah arus deras untuk dipindahkan ke tempat selamat di Gual Tinggi, di sini.
"Selain itu, dua buah kereta iaitu Perodua Kelisa dan Honda CRV serta sebuah motosikal milik saya turut ditenggelami banjir," katanya ketika ditemui selepas diselamatkan anggota bomba di Gual Tinggi, di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam situasi terbabit dia hanya memikirkan keselamatan diri dan nyawa keluarga selain reda dengan kemusnahan harta benda yang bakal dihadapi selepas ini.
Sementara itu, bagi Ibrahim Mat, 36, menganggap banjir kali ini adalah luar jangkaan selain tidak menyangka kata-kata 'orang tua' bahawa banjir besar akan melanda adalah tepat.
"Sebelum musim tengkujuh tiba ada sahaja yang berpesan supaya penduduk terutama di kawasan berdekatan sungai berhati-hati memandangkan tahun ini genap 10 tahun selepas kejadian bah besar 2014.
"Kami bukan sahaja terperangkap, bergelap kerana tiada elektrik malah terputus bekalan makanan. Tiada lagi harapan selain memohon doa kepada Yang Maha Esa semoga bah segera pulih," katanya.
Tinjauan bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, semalam, mendapati keseluruhan pekan Rantau Panjang dinaiki air dengan paras air mencecah bumbung.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330268/banjir-terburuk-di-rantau-panjang-sejak-lebih-50-tahun-penduduk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 10:09 AM | Show all posts
Usahawan Bumiputera perlu sedia berubah, inovatif - TPM


[size=14.399999618530273px]Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar dengan hadirin di Bumiputera Business Excellence Awards 2024. - Foto ihsan Pejabat TPM





KUALA LUMPUR: Usahawan dan syarikat Bumiputera disarankan supaya sentiasa bersedia melakukan perubahan dan berinovasi untuk kekal relevan dalam persekitaran ekonomi yang dinamik.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata melakukan perubahan bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan strategik.


"Kita hidup pada zaman yang kian berubah akibat didorong oleh kemajuan teknologi yang pesat, kehendak pengguna yang sentiasa berevolusi, dan realiti ekonomi baharu.
"Jika usahawan mahu kekal relevan dan berdaya tahan, menjadi satu kewajipan untuk mereka menyesuaikan diri dengan landskap sebegini," katanya ketika berucap pada Bumiputera Business Excellence Awards 2024 di Sheraton Imperial Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail; Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Farinawati Mohd Din dan Pengerusi BBEA, Datuk Dr Mohamad Iqbal.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut menyuarakan komitmen kerajaan MADANI untuk membantu usahawan dan syarikat Bumiputera selari agenda teras pembangunan Malaysia termasuk reformasi ekonomi, penggalakan

inovasi dan mendorong pembangunan mampan.
"Demi mencapai matlamat yang digariskan, amat penting bagi semua usahawan Bumiputera memupuk sifat kreatif, inovasi, dan kebolehsuaian agar kekal relevan dalam persekitaran ekonomi yang dinamik."
"Kerajaan MADANI juga sentiasa bersedia menyokong platform seperti BBEA yang mengiktiraf dan memperkasakan usahawan dan syarikat Bumiputera," katanya.
Beliau turut melihat BBEA sebagai medium bagi usahawan Bumiputera berskala mikro dan besar, selain menggesa kelompok itu memanfaatkannya bagi membina keyakinan, kredibiliti, dan rangkaian perniagaan.
Pada majlis itu,Media Prima Television Networks (MPTN) turut diiktiraf menerusi Anugerah Kecemerlangan dalam ESG atas inisiatif cemerlang dalam kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
BBEA 2024 yang memasuki tahun keempat penganjurannya adalah acara berprestij bagi mengiktiraf sumbangan usahawan, perniagaan dan tokoh korporat Bumiputera di negara ini.

Sebanyak 63 kategori anugerah disampaikan pada malam itu merangkumi usahawan dan pemimpin korporat merentas industri.
Penganugerahan itu sebagai meraikan dedikasi dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara dan pencapaian menerusi inovasi yang dilaksanakan untuk kekal berdaya saing.










https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330229/usahawan-bumiputera-perlu-sedia-berubah-inovatif-tpm



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 10:11 AM | Show all posts
Guru tadika di Pontian rugi hampir RM1 juta ditipu scammer


Gambar hiasan.



PONTIAN – Nak cepat kaya, akhirnya mengalami kerugian yang besar.
Itu yang terjadi kepada seorang guru tadika yang mengalami kerugian sebanyak RM811,500 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendant Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 60 tahun itu membuat laporan polis, semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.
Katanya, menurut laporan yang dibuat, mangsa menyatakan telah membuat pelaburan yang diketahui melalui laman Facebook pada 25 Julai lalu.
Menurut beliau, suspek telah menawarkan keuntungan yang tinggi dan berkali ganda dengan kadar keuntungan lima sehingga 20 peratus berdasarkan jumlah dilaburkan bermula pada 22 Oktober lalu.
“Mangsa yang percaya kepada kata-kata manis dari suspek telah membuat beberapa bayaran modal sehingga RM811,500.00 ke dalam akaun Mule yang diberikan oleh suspek.
“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang modal dan komisen yang dijanjikan tidak dikembalikan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/29/guru-tadika-di-pontian-rugi-hampir-rm1-juta-ditipu-scammer/





Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 10:51 AM | Show all posts
69 mangsa banjir di Perak

Keadaan sebuah rumah yang terlibat banjir di daerah Batang Padang, semalam.



IPOH – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serba Guna Kampung Klah di daerah Batang Padang yang dibuka pada pukul 11 malam semalam menempatkan 49 orang mangsa banjir dari Kampung Klah Baru.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memberitahu, pembukaan PPS itu sekali gus meningkatkan jumlah mangsa banjir daripada 20 kepada 69 orang mangsa di negeri ini.
“Seramai 20 mangsa banjir di Kerian masih lagi ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman.
“Ia melibatkan penduduk dari dua buah kampung iaitu Kampung Parit Ali Kalang dan Kampung Parit Air Itam 2,” katanya di sini hari ini.
Menurut jurucakap tersebut, 20 mangsa di Kerian melibatkan tujuh buah keluarga manakala di Batang Padang membabitkan 15 buah keluarga.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan sangat lebat berterusan berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang terutamanya di Jerantut dan Kuantan hari ini. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/11/29/69-mangsa-banjir-di-perak/





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2024 10:53 AM | Show all posts
Morning again nasio2 sekalian cari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.721272 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list