PETALING JAYA – Anak tiri kepada Datuk Nora Ariffin seakan-akan memulangkan paku buah keras kepada penyanyi itu apabila memuat naik foto mesra ibu bapanya.
Individu dikenali sebagai Alia Rushdi itu dipercayai bertindak sedemikian selepas Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin, 51, kerap menayang kebahagiaan dalam media sosial bersama bapanya, Dr Rushdi Ramli.
“Dalam alam semesta lain, mungkin hanya mereka. Mungkin hanya ibu dan ayah.
“Hanya mereka, tiada orang lain,” katanya dalam hantaran TikTok.
Dalam perkongsian tersebut, Alia memuat naik lapan gambar orang tuanya sambil mendakwa Nora kaki pengadu.
Sebelum itu, Alia membalas komen seorang netizen yang mengakui berhadapan situasi serupa dengannya.
Menerusi komen tersebut, individu menggunakan akaun Hana itu memaklumkan anak kepada madu ibunya suka mengadu kepada bapanya.
Begitupun, dengan selamba Alia menjawab kaki mengadu dalam isu membabitkan dirinya adalah Nora.
“Ini maknya yang kaki mengadu,” ujarnya pendek.
Semalam, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu mendakwa dirinya digelar sundal oleh ahli keluarga suaminya.
Bagaimanapun, anak tirinya bernama Aya tampil mempersoalkan tindakan Nora dan menegaskan mempunyai segala bukti berkaitan tuduhan dilemparkan penyanyi itu terhadap keluarganya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/05/tayang-gambar-giliran-anak-tiri-sindir-nora-ariffin/