CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hydrick

Lee Chong Wei dijangka jatuh ke rank 2.

  [Copy link]
Post time 22-12-2011 10:33 AM | Show all posts
yes mmg ranking akan bertukar..... luckily u know this.

i mmg puji permainan lindan, di ...
micha Post at 21-12-2011 17:18



mek setuju.. ayah mekss msti stress jah tgk badminton nih.. x leh tukar dah channel lain. die main mmg best tapi sokmo kalah ngan lin dan...

-lin dan dah kawin erk...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 10:36 AM | Show all posts
Rindu sentuhan Misbun

TIDAK sampai 10 hari genaplah setahun ‘sifu’ Datuk Misbun Sidek meletakka ...
hydrick Post at 22-12-2011 10:24



sedey weh.... mesti die anggap misbun dah mcm ayah die..

anak2 misbun nih x dok ker yg berbakat main ??????
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:37 AM | Show all posts
kalau pasal budak2 harimau muda boleh je bukak thread sampai byk version. diorang bukan artis jugak. ni LCW ramai pulak bising.

tu si jejari tak runcing tu pun bukan retis gak. kakak dia bukan retis gak. apex tu bukan retis gak. takde pulak yg lahar bukak thread pasal dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:43 AM | Show all posts
sedey weh.... mesti die anggap misbun dah mcm ayah die..

anak2 misbun nih x dok ker yg berb ...
lonso Post at 22-12-2011 10:36



   Ada... anak MS = Misbun Ramdan Mohmed Misbun. Anak dia sekarang sedang join tournamet Yonex - Sunrise Syed Modi Memorial India Open Grand Prix Gold.
Hari nie bertemu dgn Simon Santoso untuk berebut tpt ke suku akhir.

http://www.tournamentsoftware.com/sport/draw.aspx?id=B958ADE2-68D5-422F-BBFB-7248E8752124&draw=2
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:44 AM | Show all posts
Ada... anak MS = Misbun Ramdan Mohmed Misbun. Anak dia sekarang sedang join tournamet Yonex ...
hydrick Post at 22-12-2011 10:43

anak die wakil main kebangsaan erk. tp mcm dl all england kah, or sudirman piala kah etc anak die ada x?? so anak die mcm ne.. agak2 mcm ayahnye??/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:50 AM | Show all posts
anak die wakil main kebangsaan erk. tp mcm dl all england kah, or sudirman piala kah etc anak die  ...
lonso Post at 22-12-2011 10:44


PENCAPAIAN & BIODATA PERIBADI
[size=-2][size=+0]Misbun Ramdan Misbun
Tarikh/Tempat Lahir16 Mac 1991, Kuala Lumpur, Malaysia
Jawatan*Pemain Remaja

Pendidikan*Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (2005)
2007Pusingan Ke-3, Perseorangan Lelaki Divisyen Dua Kejohanan Terbuka Kedah (local)
2008Semi Finalis Perseorangan Lelaki Divisyen Dua GP Terbuka Pulau Pinang
Suku Akhir Bergu Lelaki Divisyen Dua GP Terbuka Pulau Pinang
2009Juara Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun Remaja Kebangsaan (Pusingan Kedua) Zon A 


   http://nusa-mahsuri.com/b_ramdan.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 10:52 AM | Show all posts
[/td][/tr]






[/table][/td][/tr]


[/table][/td][/tr]



[/table][/td][/tr]
[/ ...
hydrick Post at 22-12-2011 10:50


moda lagi anak die.. bgslah ada pelapis.. lega mekss...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:54 AM | Show all posts
anak die wakil main kebangsaan erk. tp mcm dl all england kah, or sudirman piala kah etc anak die  ...
lonso Post at 22-12-2011 10:44



   ini link anak dia. anak dia muda lagi.. http://nusa-mahsuri.com/b_ramdan.htm
Tarikh/Tempat Lahir - 16 Mac 1991, Kuala Lumpur, Malaysia
Jawatan - *Pemain Remaja
Pendidikan - *Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (2005)


Pencapaian -
2007 - Pusingan Ke-3, Perseorangan Lelaki Divisyen Dua Kejohanan Terbuka Kedah (local)
2008 - Semi Finalis Perseorangan Lelaki Divisyen Dua GP Terbuka Pulau Pinang & Suku Akhir Bergu Lelaki Divisyen Dua GP Terbuka Pulau Pinang
2009 - Juara Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun Remaja Kebangsaan (Pusingan Kedua) Zon A

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2011 10:56 AM | Show all posts
moda lagi anak die.. bgslah ada pelapis.. lega mekss...
lonso Post at 22-12-2011 10:52



   Harap2 anak dia leh jd mcm LCW.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 11:12 AM | Show all posts
Harap2 anak dia leh jd mcm LCW.
hydrick Post at 22-12-2011 10:56


ntah . rampas balik piala thomas tuh... kalo tgk dorg main mmg sakit jiwa bleh heart attack .. bilelah nak merasa piala thomas tuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 11:13 AM | Show all posts
Chen Long bukan ancaman'
CHONG WEI  bersama produk jenama Cafe 99 selepas dilantik sebagai  duta produk tersebut di  Shah Alam semalam.



"CHEN Long bukan ancaman saya."Demikian tegas jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ketika diminta mengulas mengenai peningkatan mendadak bintang muda China itu dalam beberapa kejohanan utama kebelakangan ini.
Sebelum ini, selain perseorangan utama China, Lin Dan banyak pihak meramalkan bahawa Chen Long bakal menjadi musuh baharu Chong Wei dalam misinya memburu pingat emas buat kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
Ini kerana, dalam empat pertemuan dengan Chen Long tahun ini, Chong Wei tewas sebanyak tiga kali.

Sebagai rekod, Chen Long mengejutkan Chong Wei pada final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun pada September dan Terbuka Denmark (Oktober) dan tewas pada peringkat separuh akhir Siri Super Akhir di Liuzhou, China Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Chong Wei menjelaskan bahawa satu-satunya pemain yang mampu menggugat impian bagi membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik adalah Lin Dan.

"Saya rasa Chen Long bukan pencabar utama saya. Saya sedar semua orang bimbang selepas melihat saya kalah kepadanya tiga kali tahun ini, tetapi tidak untuk diri saya.
"Ketika itu, saya tidak berada pada tahap terbaik kerana agak keletihan selepas beraksi dalam begitu banyak kejohanan dalam tempoh tiga bulan lalu sekali gus tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap permainan saya.

"Orang cakap, kini saya perlu berdepan cabaran sukar dua jaguh China, namun saya fikir Lin Dan lebih memberi ancaman kepada saya," kata Chong Wei kepada pemberita selepas majlis pelantikan dia sebagai duta jenama 'Cafe 99 Ipoh White Coffee' di Shah Alam semalam.
Mengulas mengenai prestasi keseluruhannya tahun ini, Chong Wei menyifatkan pencapaian yang dilakarnya masih tetap membanggakan meskipun kecewa dengan kegagalan meraih gelaran juara pada Kejohanan Dunia di London Ogos lalu.
"11 perlawanan akhir, tujuh kejuaraan dan empat kali naib juara serta tiga separuh akhir.

" Jika dibandingkan dengan beberapa tahun lalu, ada kalanya saya kalah seawal pusingan pertama, kedua. Tetapi untuk kesemua 14 pertandingan saya sertai tahun ini, saya hanya kalah kepada dua pemain sahaja, Lin Dan dan Chen Long.
"Saya hampir untuk meraih gelaran juara dunia namun terpaksa akur apabila gagal berbuat demikian.
"Kini, segala peristiwa yang mengecewakan pada 2011 sudah saya lupakan dan tumpuan saya beralih arah menjelang saingan 2012," jelas Chong Wei.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 11:14 AM | Show all posts
Sedia rujuk bekas sifuOleh: TAN MING WAI
[email protected]

KUALA LUMPUR - Sekali pun tidak lagi berguru dengan Datuk Misbun Sidek, Datuk Lee Chong Wei jelas masih menagih idea dan nasihat daripada bekas 'sifu' itu.
Chong Wei mengakui, dia masih lagi berhubungan dengan Misbun dan baru-baru ini, malah ada berjumpa dengannya.
"Sebelum ini saya ada melawatnya dan mendapatkan pandangan mengenai permainan saya," kata jaguh perseorangan badminton negara itu.

Chong Wei bagaimanapun tidak secara langsung menyatakan sama ada dia inginkan Misbun, yang genap setahun meletak jawatan pada 31 Disember ini pulang ke pangkuannya, sebaliknya menyatakan dia mengalu-alukan sesiapa saja ingin membantunya selagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) izinkan.
Misbun membimbing Chong Wei sehingga ke final Olimpik Beijing 2008 yang menyaksikan dia diaibkan Lin Dan dengan mudah di hadapan penyokong tuan rumah.

Namun, pada temasya itu juga menampakkan betapa erat hubungan sifu dan anak didik apabila Chong Wei, yang sejurus menewaskan Lee Hyun-Il pada separuh akhir, meluru ke arah Misbun sebelum melompat dan memeluknya.
Apa yang pasti, jelas Chong Wei dia memerlukan banyak tenaga bimbingan untuk membantu dalam persiapan menghadapi 'peperangan' dengan China yang memiliki barisan kejurulatihan lebih lengkap dan mantap.
"Olimpik tinggal lapan bulan lagi, ia satu tempoh yang amat penting. Saya tidak kisah siapa, Misbun atau mungkin bekas jurulatih, Li Mao... sesiapa saja yang ingin membantu, saya perlukan mereka.

"Begitupun ia bukan keputusan yang ditentukan saya, saya bukan profesional seperti Taufik (Hidayat), apa yang saya perlu saya boleh membuat keputusan sendiri.
"Saya bernaung di bawah BAM, segala keputusan adalah dibuat oleh pihak atasan... pengurus, pegawai dan ahli jawatankuasa.
"Saya kini juga mendapat bantuan Hendrawan yang menonton video saya dan memberi maklum balas kepada (Teh) Seu Bok dan Rashid (Sidek)... saya harap semua pihak boleh bekerjasama dalam tempoh lapan bulan ini.
"Saya difahamkan bukan seorang saja jurulatih yang memerhati permainan saya, ada enam dan ditambah dengan penganalisis sampingan seramai empat orang, kesemuanya 10 orang sedangkan Malaysia hanya ada dua, tiga jurulatih dan satu penganalisis," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 11:16 AM | Show all posts
'Saya rindu Misbun'
Oleh Sukhairi Abd Thani
[email protected]
2011/12/22
pix_gal0
Chong Wei mahu 'berguru' semula demi kejar emas Sukan Olimpik

IBARAT pepatah ‘aur dengan tebing’, jelas sekali ikatan di antara Lee Chong Wei dan mentornya, Datuk Misbun Sidek masih kuat.
Semalam, pemain badminton nombor satu dunia itu akur betapa dia masih menagih sentuhan bekas jurulatihnya ketika digamit ujian amat getir mengejar pingat emas di Sukan Olimpik 2012 yang berbaki kira-kira lapan bulan lagi. Ringkasnya, dia tampak tidak kisah untuk kembali ‘berguru’ dengan Misbun.
“Sekarang tinggal kira-kira lapan bulan saja lagi (Olimpik) dan saya mahu meningkatkan skil dan mengekalkan tahap kecergasan diri. Selain itu apa yang penting ialah memastikan tidak berlaku kecederaan terhadap diri saya.

“Saya tidak kisah siapa saja boleh memberi pandangan dan melatih saya dalam tempoh ini. Semua orang boleh bekerjasama dalam membantu meningkatkan prestasi dan corak permainan saya,” katanya dalam sidang media selepas menjadi Duta Rasmi kepada jenama Cafe 99 Ipoh White Coffee di Shah Alam, semalam.

Chong Wei mengutarakan dia tidak boleh membuat apa-apa keputusan jika dia mahukan bimbingan Misbun kerana terikat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan akur harus ikut sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 11:19 AM | Show all posts
banyak citer datuk chong wei kt newspaper arini....sume paper ade....sy tak copy sume..cerita lebih kurang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 12:12 PM | Show all posts
kalo ranking no 1 tp title besar2 sumer lepas kt tangan orang lain, xda maknanya gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:27 PM | Show all posts
banyak citer datuk chong wei kt newspaper arini....sume paper ade....sy tak copy sume..cerita lebih  ...
_19788 Post at 22-12-2011 11:19



   Maknanya LCW nie sgt popular...ha3..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 02:13 PM | Show all posts
kalau pasal budak2 harimau muda boleh je bukak thread sampai byk version. diorang bukan artis jugak. ...
Parit.Hilton Post at 22-12-2011 10:37



    jejari runcing model sambilan/blogger pemes
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 02:15 PM | Show all posts
Erkkkk.... LCW pon dah modelling... leh la masuk bod ni

Pose LCW yg fierce
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 02:16 PM | Show all posts
'Saya rindu Misbun'
Oleh Sukhairi Abd Thani ...
_19788 Post at 22-12-2011 11:16



    Utk justify LCW dalam bod ni leh gak sensasikan ayat ni (gosip gegayah)
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 03:19 PM | Show all posts
kejayaan chong wei yg dapat kita bangga kan ialah dapat title juara ALL-ENGLAND 2 kali....selebihnya banyak yg di rampas LINDAN... yg paling perit 1 mata lagi nak menang kejohanan dunia 2011...tetapi tewas juga di tangan lindan...sedih tengok time tu..nampak kecewa sgt LCW  satu mata lagi nak menang tetapi habis di ranap oleh lindan...time habis game terus kejang otot, dah lah dapat sedih, dapat sakit pula tu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.094913 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list