CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MeLanKoLia

[TEMPAT] <TempaT MenariK d MelaKa>

[Copy link]
Post time 21-5-2007 11:51 AM | Show all posts
sis kasi kreatif sket..
cita pasal mcmmananak ke pulaubesar
tmpt penginapan yang ada
tmbng
kira sis promote tmpt ni
kenapa promote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2007 11:51 AM | Show all posts
pulau besar..ehmm aper yg besar ek
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 11:52 AM | Show all posts

Reply #8 dee_dee's post

ok dee dee
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 11:59 AM | Show all posts

♥ lovely gals ~~ Taman Mini Malaysia/ASEAN ♥



Next along the Air Keroh trail of attractions is the Taman Mini Malaysia/ Taman Mini ASEAN. Fairly easy to get to from the Air Keroh Recreation Forest - it is within walking distance, a few hundred metres away. This is the main attraction at Air Keroh.

A large theme park, highlighting the culture and life of the people of Malaysia and other ASEAN countries, it features impressive replicas of the different types of traditional houses from the thirteen states of Malaysia as well as the typical abodes of the ASEAN countries. At present, the collection of structures is not quite complete as those from the countries just accepted into ASEAN have not been erected yet.



Inside each house, one will find various handicrafts originating from each state or country. Handicrafts have long been a source of income for local people in almost every country. The handicrafts also serve as decoration and the life-like wax dummies, garbed in their respective traditional costumes, are the main features in those houses.




Although the designs and structures of the houses are similar, they are by no means identical. Each has a variation according to the lie of the land, the weather and the animals that share the land with the people. Entrance is RM4 for adults and RM2 for children and if you happen to come during the weekend, then you can catch the cultural dance shows for visitors.



Explore the various types of traditional Malaysian houses representing the 13 states. Each traditional house is manned by a kebaya-clad duty officer, and displays different furnishings and mannequins. Most distinctive are the Tuaran Sabah-Lotud Dusun Traditional House and the Iban Long House from Sarawak, made partly of bamboo and garishly decorated with some human skulls. An arena within the compound occasionally stages cultural shows and traditional games. Mini Asean features representative houses from Brunei, Indonesia, Philippines, Singapore and Thailand. The Filipino house is especially picturesque. Finally, drop by the Pusat Kraftangan (Handicraft Centre) for an intriguing range of baskets.






Instead of miniatures of famous buildings, Mini ASEAN concentrates on cultural and historical factors of several Asean countries such as Singapore, Thailand, Brunei and Indonesia, among others.

It is a unique theme park where the visitor will get to see and experience a little about other cultures in one area. Here, houses are constructed with precise details that reflect the respective countries.




Here is a unique theme park which brings you interesting portrayals, solely through the houses of each of the ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) countries,. These houses showcase the historical and cultural elements of this region. The beautifully landscaped gardens in the park is a bonus and make for a refreshing stroll. A good place for an educational and enlightening afternoon out with the family.




Open Hour:9.00am - 6.00pm
Entrance Fee:Adult - RM4
Children - RM2


Getting There  

Exit at the Ayer Keroh interchange from the North-South Expressway. Proceed straight down the road. You will see the Butterfly park on your left. To get to the park you will nedd to take the second main junction on your left from the Ayer Keroh main road


Who to contact

For more information, please contact the Melaka Tourist Information Centre Tel: +606-763 5388 / 762 2388 / 762 4488

[ Last edited by  angel01 at 21-5-2007 05:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:02 PM | Show all posts
Ini adalah serba sedikit info lagi yg berkaitan dgn pulau besar. malang pihak My Girl tidak mempunyai gamabr utk ditunjukkan kerana gambar yg ada dalam simpanan kami telah hilang semasa banjir melanda negeri melaka hari itu.

Tapak kaki Sultan Ariffeen
Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultan Ariffeen. Tapak kaki yang kelihatan di gambar adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak kaki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.

Perigi di Kaki pulau
Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Batu Tengkorak
Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Keramat Masin Tawar
Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.

Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.

Istana Bunian
Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.

Perkampungan bunian
Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.

Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.

Pokok disula
Pokok ini terletak di kelab golf. Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih sedang bercengkarama di bawah pokok ini. Maka di atas keterlanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula di bawah pokok tersebut.

Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.

Pokok biawak
Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya.

Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia.

Batu Belah
Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.

Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.

Gua Yunus
Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat untuk bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya terletak di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.

Keramat Ular
Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.

Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

Makam Nisan Satu
Makam ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ianya dipercayai makam seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan umur 18-19 tahun yang sangat kacak dan tampan. Namanya tidak dapat dikenalpasti.

Perigi Nenek Musallimah
Dipercayai nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar ini. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga. Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Chalet 007.

Makam Syarifah Rodziah
Dipercayai Syarifah Rodziah juga adalah antara keturunan Sultan Arifeen. Beliau seorang wanita yang cantik. Beliau juga sangat taat kepada ajaran Islam sehingga di saat-saat akhir hidup beliau, beliau telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyendiri, berwirid dan berzikir.

Akhirnya apabila beliau meninggal dunia , beliau telah dikebumikan di bahagian hadapan makam Sultan Arifeen.

[ Last edited by  zetyaiman at 21-5-2007 03:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:05 PM | Show all posts
~~~Cadangan Tempat Makan yg menarik!!!!~~~.....menitik air liur!!

**Adakan satu tempat MAKAN/KUDAPAN di mana semua jenis masakan
  Melaka dijual.melaka memang terkenal dgn Asam pedas,cincalok,masakan
Baba & Nyonya...dan macam-macam lagi!!!!.......


INFO:



. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.

~~~~TEMPAT MANA YG PELANCUNG PERGI....MESTI TERTANYA-TANYA....kat mana teempat makan yg
           PALING BEST!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2007 12:11 PM | Show all posts
boleh tak..setiap penerangan tmpat tu kan

disertakan gambar..xdapat semua tmpat 5 atau 6 tmpat pon jadilah

kalo penerangan bertulis ni, takut pegi sesat plak sbb xtau bentuk tmpat tu mcm mane...gambar tu penting..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:16 PM | Show all posts
Setiap pelancong yg ingin pergi ke Pulau Besar bolehlah pergi dgn menaiki feri di Anjung Batu dan di sini disediakan pakage utk para pelancongan yg ingin melawati pulau besar牋

Package & Name Hotel

Name Tour Fare (per person)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2007 12:18 PM | Show all posts

~Sexy_LaDy di MeLaKaRaYa~






Pada cuti sekolah yang lepas, haku dan Maeya telah pergi ke negeri Melaka. Pada mulanya maeya enggan pergi. Katanya tiada jualan murah di situ. Haku yang memang kaki jalan-jalan cari makan, membantah keras keengganan beliau itu. Setelah haku menjanjikan minyak petrol dan tol yang akanku tanggung sepanjang perjalanan ke sana, maka maeya terus bersetuju.

Haku memang pernah menjejakkan kaki ke Melaka semasa di bangku sekolah. Semasa sekolah lagi memang kita semua telah didedahkan dengan Sejarah Negeri Melaka, kedatangan Portugis, Hang Tuah 5 sekawan juga asal usul nama Melaka itu.. Masih ku ingat lagik semua itu kupelajari semasa berada di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3... Uhuhuhu..

Berkat lesen D yang baruku dapat, maka pada hari Sabtu 30 Mei 2006, jam 10.00 pagi tibalah haku dan maeya di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Memandangkan kami masih lagi di Tingkatan 5, jadi wang perbelanjaan semuanya disupport oleh ibu bapa kami berdua. Destinasi pertama kami adalah muzium. Memandangkan di Melaka terdapat 20 buah muzium yang boleh dilawati, maka haku dan maeya mengambil keputusan untuk ke Muzium Adat Tradisional dan Muzium Samudera. Muzium neh terletak di Alor Gajah, 25 KM dari utara bandar Melaka. Pameran yang terdapat di dalamnya dapat membawa pelawat-pelawatnya kembali ke masa silam dan mendapat gambaran cerita-cerita menarik yang tersembunyi di daerah Alor Gajah ini. Muzium ini memfokuskan kepada majlis perkahwinan tradisional dalam berbagai kumpulan etnik Melayu dalam Gugusan Melayu.


Waktu Operasi : 9.00 pg - 6.00 ptg
Masuk Percuma
Tutup Setiap Hari Isnin
No. Tel. : +606-556 3875





- Gambar yang diambil dengan menggunakan henpon cap ayam haku..


Setelah bergambar dengan makcik-makcik yang tinggal berdekatan dengan Muzium tersebut, kami berangkat pula ke Muzium Samudera. Wahhh! Semasa haku dan maeya melangkah ke dalam kapal tersebut, memang kami terpegun. Ternyata kerajaan negeri dan pihak yang berwajib begitu prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga seni warisan yang dibina. Tanpa malu-malu dan segan, haku dan maeya menyuruh sepasang kekasih warga asing mengambil gambar kami berdua. Wahh!! terasa macam Pirate Of Carribean pulak apabila berada di atas kapal ini.   Mujur tidak ada sotong kurita gergasi sebagai hiasan. Jika tidak tentu maeya lari ketakutan..Huhu... Hasil siasatan kami daripada kerani kaunter muzium tersebut, beliau memberitahu, muzium ini dibina sempena 'Flora De La Mar', sebuah kapal Portugis yang telah karam di pinggir pantai Melaka dalam perjalanan ke Portugal dengan sarat membawa khazanah harta yang tak ternilai dari Melaka. Kapal ini dibina atas usaha untuk mengembalikan simbol kegemilangan warisan Melaka. Di Muzium ini, pelawat boleh melihat dengan lebih dekat lagi kegemilangan Kesultanan Melayu pada kurun ke 14, di era Portugis, Belanda dan juga British. Terdapat juga pameran kapal-kapal asing yang dahulunya pernah berlabuh di Melaka pada zaman kegemilangan maritimnya.

Muzium Samudera
Jalan Quayside
75000 Melaka
Tel: +606-283 0926

Waktu Operasi snin - Ahad: 9.00am - 5.3 pm
Jumaat: 9.00am - 12.15pm, 2.45pm - 5.30pm
Kaunter Di Tutup pada jam 5.00pm

Bayaran Masuk : RM2.00 (Dewasa) and RM0.50 (Kanak-kanak bawah 12 tahun)

Tiket ke Muzium Samudera boleh digunakan untuk masuk ke:

   1. Kapal Replika Flor De La Mar
   2. Muzium Samudera II
   3. Muzium Tentera Laut Di-Raja Malaysia
   4. Bekas Kapal KD Sri Trengganu

(Sila simpan tiket untuk pemeriksaan)



- Gambar yang diambil oleh pasangan mat salleh. Tapi muka kami berdua tidak kelihatan kerana terlindung dengan rimbunan pokok..


Setelah penat berjalan, haku dan maeya bercadang nak mengisi perut kami yang sudah berkeroncong.. Aduhai... Haku dan Maeya teringan nak merasa masakan Baba dan Nyonya. Jadi kami berdua menjamu selera di Restoran Ole Sayang. Begitu berselera kami berdua mengisi perut kami dengan hidangan Otak-Otak, Mi Siam dan hidangan pembuka selera kuih koci dan sagu Melaka. :mll:

Setelah selesai menjamu selera, kami berdua bertolak ke Kota A' Famosa. Semasa haku pergi dulu (Tingkatan 2), haku ada membeli gula melaka di gerai yang berdekatan dengan Kota itu. Semasa kami tiba, kelihatan ramai pelancong dari luar negara dan Malaysia bersama keluarga sibuk bergambar. Wahhh!! Inilah aset negeri Melaka yer? Haku hampir-hampir kehilangan Maeya selepas beliau kelihatan berbual-bual mesra dengan seorang lelaki Bangla. Disebabkan risau dengan kemesraan itu, haku mengajak Maeya ke destinasi yang lain pula. A Famosa merupakan mercu tanda negeri Melaka dan barangkali subjek yang paling banyak di gambarkan bersebelahan dengan Stadthuys. Dibina oleh pihak Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan dan telah mengalami kerosakkan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campurtangan Sir Stamford Rafles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tinggal sebagai A' Famosa pada hari ini.





- Gambar yang haku ambil. Kelihatan seorang Mat Bangla berbual mesra dengan Maeya. Maeya terlindung sedikit dihalang oleh meriam itu.



Setelah penat berjalan, kami berdua berbincang-bincang sambil mengira bajet memasing. Kami berdua bercadang untuk ke tempat yang lebih santai dan nyaman. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Panas juga di sini. Maeya memandu kereta ke Zoo Melaka di Ayer Keroh. Dengan bayaran RM7.00 seorang, kami berdua boleh melihat kira-kira 80 ekor binatang daripada 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar itu. Untuk pengetahuan pembaca, Zoo Melaka merupakan Zoo yang tertua di Malaysia. Memang tak rugi kami berkunjung ke sini. Pelbagai jenis haiwan yang dapat kami lihat. Sebenarnya haku teringin menaiki kuda atau gajah. Tetapi memandangkan haku takut gajah itu naik minyak disebabkan haku berat, maka haku batalkan sahaja niat suci murniku itu..


Maklumat Berguna/Hubungi:

Zoo Melaka,
Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Tel : +606-232 4053
Fax: +606-232 5859

Waktu Dibuka:

9 pagi - 6 petang (Setiap Hari)

Bayaran Masuk:

    * RM7 (Dewasa)
    * RM3 (Kanak-Kanak)

Menaiki Kuda/Gajah:

    * RM2 (Dewasa)
    * RM1 (Kanak-Kanak)

10am-12pm and 2pm-4pm
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja)





- Zoo Melaka, Ayer Keroh


=============================

Kebetulan kami berada di Ayer Keroh, kami bercadang untuk melawat Taman Buaya Melaka. Kebiasaannya kita hanya mengetahui 1-2 spesies sahaja melalui televisyen. Tetapi dengan hanya RM5 seorang, kita dapat melihat lebih dari 100 spesies buaya dari serata dunia di sini. Rugi pulak rasanya. Kami datang melawat pada hari Khamis.. Kata seorang pengawal keselamatan di situ, setiap hari Sabtu ada persembahan dan pertunjukan buaya. Apapun mungkin di masa akan datang, kami berdua akan datang lagi.


Maklumat Berguna/Hubungi:

Waktu Dibuka:

9 pagi hingga 6 petang setiap hari

Hubungi:
Taman Buaya Melaka
75450 Ayer Keroh
Melaka.
Tel: +606 232 2349 / 232 2350
Fax: +606 231 9136

Bayaran Masuk:

    *
      Dewasa: RM5
    *
      Kanak-Kanak: RM3





- Taman Buaya Melaka


Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Haku dan Maeya bertolak pulang ke Pulau Pinang pada petang itu juga. Sebelum pulang, kami berdua singgah di Pusat Kraftangan, Taman Mini Malaysia. Haku belikan bakul untuk ibuku di rumah dan terompah yang telah dicat untuk diriku sendiri. Maeya pula membeli barangan tenunan untuk keluarganya.





ANGGARAN PERBELANJAAN - MINYAK +TOL + TIKET MUZIUM/ZOO/TAMAN + MAKAN = RM500++



- Hasil Kraftangan negeri Melaka



Kami berdua merancang utk pulang.. Tetapi sekiranya PEMBACA berminat utk bermalam, kowang boleh lah memilih utk bermalam di ORKID HOTEL.. Bayaran pun boleh tahan.



Promotional
Rates (RM)
Weekday         Weekend
& Peak
Deluxe Room         120         168
Studio Suite            238            288
Executive Suite   338          388
Extra bed               40      40


Kami tiba di Pulau Pinang dengan penuh keletihan. Tapi di sebalik keletihan itu, terpancar satu kepuasan. Tidak rugi jika pembaca melawat ke Melaka. Pelbagai tempat-tempat bersejarah dan reakreasi yang boleh dikunjungi. Sememangnya penduduk Melaka amat bertuah kerana segala harta warisan dan sejarahnya tetap terpelihara. Tidak hairanlah negeri Melaka ini dinobatkan sebagai negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Usah membuang duit dengan membuat lawatan di negara-negara luar sedangkan di dalam Negara kita sendiri berpusu-pusu pelancong datang melawat. Marilah kita bersama-sama berganding bahu menaiktarafkan ekonomi negara dengan aset yang kita ada tak kira di negeri manapun. Yang pasti Malaysia tetap unggul di mata di dunia kaya dengan warisan dan kebudayaannya.

===================================


~ Babeysha







[ Last edited by  BabeYSHa at 21-5-2007 03:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:19 PM | Show all posts
Takkan nak kena buat 1 tempat je? :@ Urmm.... hampir hilang kesabaranku.....

kata ikut kreativiti team.. Haku dah taruh semua yang sepatutnya dan juga PERKATAAN CADANGAN tue... juga rate2 utk semua tempat.. Tak kena juga.. haku tatau la
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:20 PM | Show all posts
Len kali HOST letakkan soklan tue biar owang paham.. urmm.. contohnya.. Buat assignment PROMOSIKAN TEMPAT2 PELANCONGAN DI NEGERI MELAKA..

tq
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:27 PM | Show all posts
apsal takde orang nak review nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:29 PM | Show all posts
My Girl mempromosikan Pulau Besar ini adalah kerana kebanyakkan orang kita or pelancong tidak tahu mengenai akan keadaan tempat itu. so sebagai wakil pelancongan My Girl kami cuba utk mempromosikan pulau ini kerana kat pulau ini terdapat banyak tempat2 bersejarah seperti apa yg kami telah terangkan di atas.

Diharap dgn penerangan yg kami buat ini akan menaikkan lagi rating pelancong ke pulau besar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:29 PM | Show all posts
slh phm ni
soklan ckp
"Tempat di Melaka Yang Sesuai Utk Dibuat Tempat Perlancongan"
ramai baut rombongn etc takkisah kalu juri terima
dee ckp cdgkan aje
promosi tu sekadr tips dari dee je
sori la sumer missunderstod ni
lepas ni dee ckp terang2
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:33 PM | Show all posts
~~~BUAH MELAKA~~~


**Cadangan tempat makan::I Bandaraya Melaka....

**Nama Tempat: KUDAPAN MELAKA~~~



Info::




Bila dah sampai ke Melaka, jangan lupa merasa makanan melaka.

Buah Melaka
Buah Melaka
Rasa sekali pasti nak lagi


        Anak ikan jangan digoreng, Kalau digoreng hilang lemaknya;

        Anak orang jangan dijeling, kalau dijeling marah emaknya.

~~~~~INGAT NAK MAKAN SAJA!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:37 PM | Show all posts
setiap tmpat penginapan tu kan

xkisahla bunglo ke hotel ke condo ke

bape kos dia utk menginap kt ctu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2007 12:38 PM | Show all posts

Reply #5 BabeYSHa's post

ye lah kasi menarik
tungu tu juri masuk seber cari bengong
tujuan wat asgmnt ni nak kasi tmbh thread ngn menarik org tuk baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:44 PM | Show all posts

Reply #1 angel01's post

sat larling   
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:45 PM | Show all posts
aku tgh review..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:53 PM | Show all posts
ok aku nk tau

bape baget kowang utk pegi sume tempat2 ni

cenderahati xpyhla..kos perjalanan sahaja

kowang naik kete kan..sbb xsemua orang yg pegi melaka naik kete

setakat ni itu sahaja soklan aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.078178 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list