SEJUTA KALI KASIHKU 20
Tekakku terasa haus.Mataku melingas kiri dan kanan. Ulfah sudah menghilang. Mungkin ke Popular. Akumeletakkan beg plastik di atas bangku seraya melabuhkan punggung. Keringat yangmengalir di dahi aku kesat dengan tisu.
Jam pada pergelangantangan aku kerling.
“Min…”
Wajahku aku angkat.
“Fazrin.”
Langsung aku tidakterkejut. Lelaki itu hanya tersenyum. Penampilannya seperti selalu. T-shirt danjeans. Rambutnya kemas terpacak.
Hanya mereka direstoran saja yang memanggilku Min termasuk Ulfah. Yang lain memanggilku Wafikecuali Nafi’ seorang. Yasmin.
“Buat apa kat sini?”Soalnya ingin tahu.
“Beli barang dapur.”
“Oh. I see.”
Kami membisuseketika. Aku tahu lelaki itu hanya mengusikku untuk mendapat perhatian Ulfah.Buktinya sekarang dia biasa-biasa saja.
“Ulfah tak datang?”Ajunya perlahan. Pasti malu untuk bertanya.
“Datang. Dia pergiPopular.”
Lelaki itumengangguk. Dia tidak pernah memberitahu dia mencintai Ulfah tapi aku hatinyamilik Ulfah. Dia tak pernah bergaduh dengan mana-mana wanita melainkan Ulfah.Ulfah yang teristimewa di hatinya.
Bilakah aku akanjadi seperti Ulfah? Dicintai oleh seseorang yang tidak mengheretku ke kancahderita. Masalah Infazah dan Nafi’ aku biarkan dulu. Tidak guna berfikirpanjang.
“Err. Boleh tanya?”
“Tanyalah,” ucapkutanpa memandang wajahnya.
“Nak tanya pasalUlfah sebenarnya,” terangnya. Aku memandangnya sekilas. Fazrin menekur lantai.
Mungkin aku bolehmenjawab segala pertanyaan Ulfah. Aku sudah tahu secara terperinci tentangkehidupan Ulfah.
Seorang wanita yangtegar, baik hati, peramah dan cantik. Mungkin dia miskin tapi tidak hatinya. “Tanyalah. Sayatakkan beritahu dia.”
“Kenapa dia taksambung pelajaran? Saya tak rasa dia tak sambung belajar sebab dapat keputusanSPM yang teruk.”
Bibirku mengoyaksenyuman kelat. Bukan semua orang beruntung, Fazrin. Bukan semua orang mampu.
Jika dia meneruskanpengajian, dari mana dia boleh dapatkan duit untuk menyara keluarganya? Ibunyasudah tua. Mana mampu untuk melakukan kerja berat. Adik-adiknya juga masihkecil. Maka dia harus berkorban. Tapi setiap perngorbanan itu akan adahasilnya.
Tidak perlu risau.Kita akan dapat balasan yang setimpal atas segala perbuatan yang kita lakukan.
“Dia tak berduit, Fazrin.”
“Dia anak sulung?”
Aku mengangguk.
“Kesian dia,” ucapFazrin lemah.
Dahinya ditekanberkali-kali.
“Jadi awak nak lagitak bergaduh dengan dia?” Gurauku
“Mestilah!”
Pecah ketawa kamiberdua.
“Dan kenapa awak taksambung belajar?”
“Sebab yang sama,”gumamku rendah.
Malas rasanyaapabila membuka hikayatku. Tidak selesa.
Aku terpandangseorang kanak-kanak kecil yang sedang merengek. Merayu kepada ibunya untukmembeli mainan. Tanpa sedar, bibirku mengukir senyuman sumbing. Aku tak pernahrasa begini. Tidak pernah merengek meminta dibelikan mainan.
Zaman kanak-kanakkutidak seperti orang lain. Tiada ayah mahupun ibu yang melayani segalapermintaanku. Sejak kecil belajar menjadi matang. Jangan berharap dengan oranglain. Jika inginkan sesuatu, usahalah sendiri.
Dan diasuh untuktidak menjadi seorang yang memilih.
“Kenapa tengok budaktu?” Tegur Fazrin.
Kepalaku laju sajadigeleng. Rupanya dia memerhatikan kanak-kanak itu juga.
Telefon bimbitnyaberdering. Dia mengeluh.
“Nak balik dulu. PakLong dah bising tu.”
“Bye.”
“Bye.”
Sudah lama rasanyaUlfah pergi Popular. Entah apa yang dibelinya. Biarlah. Aku bukannya ada kerjayang harus dilakukan di rumah. Hanya tidur saja.
Berpinar rasanyamelihat terlalu ramai orang. Hujung minggu selalu begini. Kerana itu aku lebihgemar duduk di rumah saja namun apakan daya, barangan dapur semuanya sudahhabis. Mahu tidak mahu terpaksa juga datang ke sini.
Mula-mula aku inginpergi ke kedai runcit biasa tapi Ulfah mengajakku ke sini. Dia ingin membelibuku latihan untuk adiknya. Aku ingin menghulurkan duit namun Ulfah menolak.Katanya dia sudah mendapat gaji.
***** “Sayang….”
Ungku Nafi’ Jihadimengatur langkah mendekatiku.
“Sayang buat apa katsini?”
“Buat bodoh!”Balasku sebal.
Lelaki itu ketawa.
“Bodoh boleh dibuatke?”
Malangnya nasibku hariini. Menyesal pula datang ke sini. Semalam bertemu dengannya. Hari ini jugabegitu.
Bibirku terasa beratuntuk terbuka. Aku memeluk tubuh. Memerhatikan orang yang lalu-lalang. Malaspula untuk menatap wajahnya. Pasti mata bening itu akan merenungku.
“Sihat?”
“Nampak saya sihatke tak?”
“Well. Badan sayangsihat tapi hati sayang tak,” ucapnya.
Dahiku berkerut.Ada-ada saja lelaki ini.
Tidak sah kalaubibir itu tidak menuturkan sesuatu yang pelik untuk didengari.
“Apa maksud encik?”
“Memanglah hatisayang tak sihat. Tak sihat sebab rindukan abang,” tebaknya. Ceria saja dia menuturkankata.
“Boleh saya tahukenapa encik asyik mengekori saya?”
“Abang tak pernahmengekori sayang. Cinta yang bawa abang ke sini.”
Pitam! Ingin muntahrasanya mendengar kata-kata Ungku Nafi’Jihadi. Aku menghela nafas lemah. Sukaruntuk berbicara dengannya kalau dia masih begini.
Kata-kata Ulfahmenguatkan lagi rasa di hatiku. Lelaki ini mengekoriku. Bagaimana kalau Infazahperasan? Pasti dia akan menyalahkan aku. Aku tidak ingin bertengkar keranaseorang lelaki yang asing dalam hidupku.
Aku bukannya anakkecil lagi. Aku takkan membuang masa kerana sesuatu yang tidak berguna.
“Saya serius, encik.Jangan ekori saya lagi.”
“Ikut sukaabanglah!” Bibirnya dicebikkan. Persis anak kecil.
“Apa sebabnya encikdatang ke Kedah?”
“Untuk cari sebahagiandaripada abang yang hilang,” balasnya perlahan. Dia menebarkan pandangan kedepan.
Keningku bertaut.Aku tidak faham apa yang dia bicarakan.
Bibir lelaki itumelempar senyuman nipis. Matanya jatuh pada wajahku sekilas. Aku memalingkanwajah. Tidak mahu pandanganku dan dia bersabung. Tanganku memegang kejap bangkuyang aku duduk.
“Maafkan abang atasperkara lima tahun lalu.”
“Saya dah maafkan,”tuturku laju.
“Benar?”
“Ya.”
“Bermakna sayangakan kahwin dengan abang?”
Aku menggeleng.
“Saya tak bolehmendirikan rumah tangga tanpa cinta di hati,” tipuku.
Lelaki itu merenguskasar.
“Aku tak peduli!”
“Kenapa susah sangatencik nak pergi dari hidup saya?”
Sudah bermulapertengkaran antara aku dan Nafi’.
“Kau yang sepatutnyatanya diri kau. Kau yang mulakan segalanya, Wafi Yasmina,” bentaknya namun diamasih cuba mengawal suaranya.
“Saya? Saya yangmulakan segalanya? Encik yang mulakan segalanya. Encik yang buat saya derita.”
Kini aku pula yangdipersalahkan. Apa salahku? Mencintainya? Atau kerana aku melarikan diri?
Wajah lelaki itumerah. Dia mengepal penumbuk. Aku tahu dia sedang marah. Aku juga sedang marah.Dia fikir dia saja yang punya hati dan perasaan? Aku juga ada. Sabar, WafiYasmina. Sabar. Jangan marah untuk sesuatu yang tidak perlu.
“Aku buat kauderita? Hei, kau yang buat aku derita.”
Dan kami menudingjari antara satu sama lain.
“Encik cakapbaik-baik sikit.”
“Kau perempuan yangtak ada hati dan perasaan,” tuduhnya tiba-tiba.
Mataku membulat. Akuterus bangun dan mencekakkan pinggang. Tuduhannya sangat melampau.
“Encik tu yang takada hati dengan perasaan. Encik buat saya derita. Lepas tu encik kembali harini dan menggugat ketenangan saya.” Lantang sekali aku bersuara. Aku bagaikanterlupa di mana aku berada. Hatiku terlalu geram.
Kau memang bodoh,Wafi Yasmina. Mencintai lelaki seperti ini.
“Kau cakap baik-baiksikit.”
“Buang masa cakapdengan encik,” ujarku geram.
Saat aku berjalan,tubuh tinggi lampai itu menghalangku. Aku menyeringai.
“Tepilah!”
“Tak boleh!” Diamemalingkan wajah.
“Peduli apa saya.”
“Kau harus peduli.Ingat! Aku akan pastikan aku dan kau berkahwin, Wafi Yasmina.”
Asyik-asyikberkahwin. Lupakah dia pada Infazah? Dalam hidup ini, jangan terlalumementingkan diri. Bukan semua yang kita inginkan akan kita dapat.
Seperti sekarang.Jika dia mencintai aku sekalipun, belum tentu kami akan bersama. Belum tentulelaki ini jodohku. Perjalanan aku masih panjang. Masih banyak liku-liku hidupyang harus aku tempuh. Kehadiran lelaki ini dan ucapan cintanya takkan pernahmerobohkan tembok.
Ya. Memang aku cintatapi cinta tak semestinya memiliki.
“Dan aku takkanpernah lepaskan kau. Takkan pernah!”
Terus lelaki itupergi.
Bahuku disapa. Akuberpaling. Ulfah memandangku.
“Yang hang tercegatkat sini pasai pa?”
Aku menggeleng.
Mataku jatuh padatangannya. Dia menjijit plastik Popular.
“Kenapa lama sangatkau pergi?”
“Orang banyak."
Terus kami berjalankeluar dari Star Parade. Ulfah terus berbicara. Hanya aku yang berdiam diri.Mataku memandang langit sekilas. Hari sudah mahu hujan.
“Tadi aku jumpaFazrin,” tuturku ingin melihat bagaimana riak wajahnya namun hampa. Tetaptenang.
“Dia mai buat apa?”
“Jalan-jalan kut.”
Ulfah hanya membisu.Bibirnya diketap.
“Dan dia adabertanyakan pasal kau.”
Aku ingin melihatlagi bagaimana responnya.
“Tanya apa?”
“Dia tanya kenapakau tak sambung belajar,” ujarku sambil memandang kiri dan kanan.
Kereta tidakputus-putus. Orang semakin ramai dan semakin sesak. Dirasakan Star Parade yangbesar ini kecil di pandanganku.
Tanganku diletakkandi atas dahi. Masih berdiri dan tidak boleh melintas lagi.
“Hang jawab apa?”
“Aku jawab kau takada duit.”
Ulfah mengulumsenyuman.
“Itu kenyataannya,Min.”
*hanna lompat ke bab 20.. hikss
|