|
DNA khinzir: Jakim adakan mesyuarat tergempar
NORSHAHIDA NOOR ZERI
24 Mei 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
JAKIM JAKIM
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA khinzir (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.
Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.
“Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Kesihatan sahkan dua produk coklat mengandungi DNA babi
2014/05/24 - 13:15:16 PM Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).
Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.
Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk
Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.
"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.
Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu.
Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
|
|
|
|
|
|
|
|
RockRockRock posted on 24-5-2014 02:11 PM 
baru nak meeting daaaaaaaaaaaa
masih halal krn tak tahu...
|
|
|
|
|
|
|
|
berkilo2 depa beli kat langkawi & airport ... berkilo dah umat islam telan. hamjad sungguh ... |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox posted on 24-5-2014 12:58 PM
wittakers lg sedap... cubalah uols.
Hoccay. Nanti iols cuba. |
|
|
|
|
|
|
|
Jakim..tido ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 24-5-2014 01:52 PM 
Kementerian Kesihatan sahkan dua produk coklat mengandungi DNA babi
2014/05/24 - 13:15:16 PM Cetak ...
Astaga. Baru minggu lepas aku makan dengan kawan Muslim.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru jer beli smlm.. masuk perut dh pagi td .. dannn yg selebihnya dah masuk tong sampah, walopon 'halal' ada di tulis kt situ 
|
|
|
|
|
|
|
|
chazey posted on 24-5-2014 02:45 PM 
Astaga. Baru minggu lepas aku makan dengan kawan Muslim.
masih halal....tapi kalau tetap dibeli dan dimakan selepas ni...akan jatuh haram pula..
selebihnya tu...kita pulangkan pada yg berwajib utk pikul apa2 dosa yg telah dilakukan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anden posted on 24-5-2014 02:43 PM 
Jakim..tido ke??
Yg buat analisa ni KKM. So, KKM yg patut bertanggungjawab bgtau jakim atau buat kenyataan media. Tapi KKM buat bodo je. X tau la Jakim tau ke x sebelum ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah mulaysia.
Bolehland smua benda |
|
|
|
|
|
|
|
Babiiiiiiiiiiiiiii nyaaaaaaa tido ke jakim
Coklat ni faverot anak2 ku |
|
|
|
|
|
|
|
Body_language posted on 24-5-2014 07:07 AM 
Yg buat analisa ni KKM. So, KKM yg patut bertanggungjawab bgtau jakim atau buat kenyataan media. T ...
JAKIM yg urusakn sijil halal....
JAKIM ada panel penilai dan dr 2...
mgkin Dr 2 cap ayam,sape tahu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cadbury tarik balik coklat DNA babi
SABTU, 24 MEI 2014 13:26 ADMINISTRATOR Email Cetak PDF
inShare
coklat-babiPengeluar coklat terkemuka Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang dikaitkan dengan DNA babi dari pasaran dengan serta-merta.
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).
Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.
Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.
"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi) (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.
Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu.
Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq-24/5/2014
|
|
|
|
|
|
|
| |
|