CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: piao

Hanis Zalika Sekat peminat di I.G?

[Copy link]
Post time 7-8-2014 10:38 AM | Show all posts
eyansss posted on 6-8-2014 10:35 PM
tu la...  tapi masa amek gambo lupa plak nak grab tangan dedi...  kalo mak nani tu memang kompem a ...

rasa mcm dedi nya tak bekerja hingga sekarang kot. sbb tu mak nani semacam je dlm blog komplen psl suami dia


Sebenarnya dulu 10 tahun yang lepas dimana saya berada di tahap terlalu susah dimana ketika suami saya kehilangan pekerjaan dan dimana anak anak berderet harus diberi suapan nasi menyambung kehidupan sedangkan saya pula silap perkiraan berhenti kerja kerana terpaksa menjaga anak yang ramai, masa tu tak dapun sebarang kata-kata semangat yang saya pinjam dari sesiapa.

Namun sudah tentu yang paling menjadi semangat dan kekuatan saya tentulah pengalaman ketika saya budak sekolah rendah yang terlalu kasihankan arwah bapa yang sudah tua dan tak larat berkerja keras serta menghidap penyakit lemah jantung menjual hasil kebun yang tak seberapa iaitu  menjual jagung sekeliling kampung dan juga menjual nenas kerana bimbang menjadi terlalu masak menggunakan basikal sekeliling kampung. Walau terasa malu yang amat kerana ketika itu memang tidak ada budaya anak anak menjaja sekeliling kampung namun mengenangkan hidup susah dan hasil kebun yang tak mendatangkan wang maka saya adalah satu satunya anak yang dipujuk arwah bapa untuk menebalkan muka menjual hasil kebun yang tak berapa laris kerana rata rata orang kampung menghasilkan hasil kebun yang serupa. Namun saya gagahi juga kerana mungkin itulah anugerah dan kelebihan Allah bagi pada saya berusaha untuk survive dan buat apa sahaja dengan harapan dan doa semuga jualan saya laris waktu itu.

Saya adalah satu satunya anak yang memegang tugas menemui peraih buah nenas hasil kebun kami untuk menagih hasil jualan buah nenas yang tidak dilangsaikan. Hampir setiap kali jualan peraih jarang melangsaikan bayaran dan sayalah yang menempuh selut dan tanah gambut mengheret basikal ke kampung sebelah untuk menagih hutang. Sayalah itu orangnya.

Alhamdulillah syukur saya kerana arwah bapa memilih utk menyuruh saya. Sekarang saya boleh tersenyum kerana pengalaman itu merupakan satu suntikan semangat yang paling jitu tanpa perlu saya menghadiri sebarang kem motivasi. Pengalaman yang saya guna pakai ketika suami saya kehilangan pekerjaan hingga kini tidak bekerja. Kekuatan itu saya gunakan untuk bersengkang mata masak nasi lemak dan kuih untuk dijual ditepi jalan sehingga saya terpaksa melepaskannya apabila diangkut kesemua barang perniagaan oleh pihak perbandaran ketika itu.

Pengalaman itu membuat saya gigih  memanjat dari satu pejabat ke pejabat menghadiri temuduga pekerjaan sebagai penyambut tetamu di syarikat syarikat kecil sedangkan sebelum ini saya sudah bergaji mencecah angka ribu di sebuah bank dan berhenti kerana anak yang ramai dan tak mampu nak menggaji pembantu.  Pengalaman itu membuat saya kuat menunggu bas ditepi highway dari Subang ke Benline Shipping di Shah Alam untuk ke tempat kerja sedangkan 5 anak menunggu di rumah untuk diberi makan pakai dan pelajaran. Pengalaman itu membuat saya menebalkan muka meminjam minjam dari rakan sepejabat untuk pendahuluan wang membeli kereta proton wira yang sehingga kini masih saya punyai.

Kemudian kehidupan kami kembali menyinar apabila suami mendapat perkerjaan yang saya usahakan untuk dia bekerja disyarikat itu. Namun 4 tahun berkerja suami hilang pekerjaan semula.

Pengalaman itu mengajar saya medapatkan kekuatan dan dengan izin yang mencipta langit dan bumi ini Allah swt supaya meneruskan usaha apabila rumah yang saya beli hasil bahagian yang saya dapat ketika keberhasilan suami menjual sekeping hartanah . Tetapi setelah rumah dibeli  suami tidak bekerja dan kami tiada lagi mempunyai sumber pendapatan untuk  membayar ansuran rumah maka saya bersengkang mata mengikat aiskrim malaysia beratus batang mengejar masa kerana aiskrim perlu segera beku untuk dijual keesokan harinya didepan sekolah. Membilang anak anak jiran untuk saya penuhkan kereta membawa mereka kesekolah dan balik dari sekolah dengan aiskrim malaysia yang penuh dibonet kereta untuk saya jual dihadapan sekolah. Sambil membawa anak anak orang seramai dua orang dibawah jagaan saya. Setiap bulan saya mengira hasil usaha saya didalam balang gula gula sehingga mencukupi untuk saya bayar ansuran pinjaman rumah dengan bank.Sehinggalah apabila pihak perbandaran memberi amaran saya agar tidak berniaga didepan sekolah dan memberi surat saman maka saya bekerja pula sebagai tukang masak diRestoran. Kemudian apabila gaji tukang masak yang terlalu sedikit maka saya berhenti dan terus mengusahakan  jualan kuih raya dan kek online. Sehingga kini usaha saya masih berterusan. Macam macam peluang saya rebut dan saya buat. Sehingga kini saya masih lagi berniaga kolagen, mekap artis, kuih raya, kek dan menjual shawl dan pakaian untuk saya membayar ansuran rumah, membiayai perbelanjaan keluarga, membiayai persekolahan anak anak yang empat orang lagi, saya masih berkerja, bersengkang mata, kehulu kehilir mencari peluang dan merebut peluang.

Kadang kadang saya letih sangat.  Selebihnya Allah swt bagi saya kekuatan. Terima kasih Allah menjadikan saya ibu yang berusaha untuk  anak anak saya. Saya bersyukur saya masih lagi diberi peluang untuk menyara anak anak saya. Saya bersyukur anak anak ingin menyambung apa yang saya kerjakan selama ini biarpun mereka masih dibangku sekolah  sekurang kurangnya mereka ada impian dan keinginan untuk berusaha. Maka terciptalah akaun insta @bakingbrothers dan apabila anak anak habis cuti maka saya yang harus meneruskan tempahan tempahan kek.


InshaAllah saya teruskan usaha saya berniaga di @Karnivalteratakglam yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 5-6 July 2014 pada bulan Ramadhan ini.
Last edited by tapibukanaku on 7-8-2014 10:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2014 10:41 AM | Show all posts
toxicated posted on 7-8-2014 10:31 AM
masa dia join MDG tu dia lagi nampak nyonya dari anak2 nyonya yg join nok.

tak sangke she ...

tu macam pakai telekung je yang dalam tu..amenda la fesyen hazab ni..



Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 10:44 AM | Show all posts
eyansss posted on 7-8-2014 10:34 AM
memang la tak semua orang bernasib baik dapat laki kaya n sentiasa hidup senang sampai mati...  ad ...

rasanya dua2 byk makan hati.
mak nani sebab laki dia jobless dan dia yg provide for her household.
pak jenal sebab diri sendriri x mampu provide dan bini kureng respek.

mak nani gigih nak cantik2 kan diri glam bagai..tapi cenggitu ngan suami
aunty2 kita baya2 dia hatta badan chubby mak2 jauh lagi happy dan respek & direspek laki.


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 10:45 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 7-8-2014 10:38 AM
rasa mcm dedi nya tak bekerja hingga sekarang kot. sbb tu mak nani semacam je dlm blog komplen psl ...

kuat sungguh memuji diri sendiri nenek karsinah ni..udah2 la tu burukkan suami sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 10:46 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 7-8-2014 10:38 AM
rasa mcm dedi nya tak bekerja hingga sekarang kot. sbb tu mak nani semacam je dlm blog komplen psl ...

dedi dia penah bekerja tapi on and off...  dia pernah argue pasal laki dia dapat offer keje oberse tapi tolak sebab nak keje kat mesia ni...  sebab katanya lebih pada jiwa...  so mak nani meroyan la laki dia tolak offer kat oberse tu...  lagi dia meroyan bila tak lama pastu laki dia berhenti...  pastu kerap gak mak nani membebel laki dia keje kejap je pastu berenti duduk goyang kaki kat umah...

so, kalo nak kata laki tak keje langsung selama 10 tahun tu macam tak btol...  maybe mak nani maksudkan keje tetap yang memang tak berhenti langsung...  
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 10:49 AM | Show all posts
lionsleepin posted on 7-8-2014 10:44 AM
rasanya dua2 byk makan hati.
mak nani sebab laki dia jobless dan dia yg provide for her household ...


aku tak nafikan stress mak nani sebab laki takde keje tetap...  cuma bila mak nani selamba aibkan suami kat media massa tu yang buat simpati aku lebih pada pak jenal...  tambah lak dengan hampir setiap kali bergambo, pak jenal tercampak kebelakang...  lagipun, kita taktau apsal laki dia takde keje tetap pas VSS...  tidaklah memenangkan pak jenal tang tu, cuma kita taktau apa sebenarnya yang jadik...  ntah2 lain daripada apa yang mak nani meroyan dalam media massa...  ye la, mak nani ni memang terkenal dengan sikap nak menang n dia jek paling superwoman n orang lain sume bodo2 belaka... Last edited by eyansss on 7-8-2014 10:50 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2014 11:00 AM | Show all posts
eyansss posted on 7-8-2014 10:46 AM
dedi dia penah bekerja tapi on and off...  dia pernah argue pasal laki dia dapat offer keje oberse ...

mungkin jugak. then dia pulak penat2 carik duit utk seisi rumah, tu yg dia komplen semacam je. tapi kejap cakap redha, tapi lepas tu bebel2 pulak macam tak redha
apa2 je lah mak nani
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:01 AM | Show all posts
cemolot posted on 7-8-2014 10:45 AM
kuat sungguh memuji diri sendiri nenek karsinah ni..udah2 la tu burukkan suami sendiri..

khenn? redha seperti tak redha je pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2014 11:10 AM | Show all posts
eyansss posted on 7-8-2014 10:49 AM
aku tak nafikan stress mak nani sebab laki takde keje tetap...  cuma bila mak nani selamba aibka ...

iols rasa pak jenal ni mebi ade kot side income biz kecik2 broker2 ke ape cume tak masuk opis jah la.
maybe dia dh 1 tahap tggi dalam karier dia so bila kena VSS dia dh segan nak pegi mintak keje level2 bawah2 cmtu.
tetap la tak baik cerita buruk hal pak jenal kan. dh la banyak follower.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:12 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 7-8-2014 11:00 AM
mungkin jugak. then dia pulak penat2 carik duit utk seisi rumah, tu yg dia komplen semacam je. tap ...

kalo nak kata dia berhempas pulas cari keje, aku tak nampak sangat...  yang aku nampak, keknis ngan adik perempuan dia...  in fact, mak nani sendrik penah war2 kan yang rumah tu rumah keknis sebab keknis yang bayar monthly...  dan banyak expenses keknis yang cover...  dan masa tu ada la ayat2 sindiran halus ke anak sulung sebab kurang sumbangan...  aku lupa dah ayat dia...  pastu ada sekali tu bertambah mewah bila anak perempuan sorang lagi tu pun diasuh jadik cam keknis...  alisya kan namanya...  banyak gak duit alisya yang disumbangkan untuk perbelanjaan rumah tu...

redha?  mana mak nani ni penah redha...  kalo dia ni btol redha, takde la post2 menghina mak pak sendrik, laki sendrik, anak menantu pun kena, blom tambah sedara mara kengkawan segala...

aku cuma kagum dengan determination dia membesarkan anak...  yang lain, memang tak la...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:14 AM | Show all posts
cemolot posted on 7-8-2014 10:45 AM
kuat sungguh memuji diri sendiri nenek karsinah ni..udah2 la tu burukkan suami sendiri..

terbayang2 jihan yg cakap ayat uols tu. "udah2la mak nani"
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:16 AM | Show all posts
tolong kaji gambar ini @maxim
pak jenal seperti mengendeng kepada mak nani manakala mak nani seperti menjauhkan diri?



pengkaji gambar pulak hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:18 AM | Show all posts
eyansss posted on 7-8-2014 11:12 AM
kalo nak kata dia berhempas pulas cari keje, aku tak nampak sangat...  yang aku nampak, keknis nga ...

tu yg iols cakap tu, redha celah mana nya. tak gemar betul orang dok mengata sana sini psl keluarga dlm blog, tapi at the same time gigih nak posting ketuhanan, redha, keberkatan dan sewaktu dgn nya. ewwwww..padahal kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:18 AM | Show all posts
toxicated posted on 7-8-2014 11:10 AM
iols rasa pak jenal ni mebi ade kot side income biz kecik2 broker2 ke ape cume tak masuk opis jah  ...

agree...  tang ni simpan jek la dalam rumah... mau sindir ka, sound ka, maki ka, dalam rumah jek la...  takyah cite kat orang...  ni tak, kat umah depan laki diam(katanya la)...  tapi nahhhh, hamek ko dalam blog hentam kaw2...  dan aku tak penah terkejut masa dia kutuk anak n menantu, jiran tetangga, sedara mara kengkawan segala sebab laki dia pun dia boleh malukan kaw2...  kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:19 AM | Show all posts
aku tak suke mak nani...sebab die suke puji diri sendri..die lah paling rajin..paling itu paling ini..paling ikhlas..die suke ungkit aper yang die buat,..kalo suka ungkit2 ni..bukan ikhlas betol mak nani oiii..tu riak..menunjuk2..

dan lagi satu..mak nani ni memang HZ ni anak kesayangan die kan?and die pun memang selalu cam bangga ngn anak die yg sorang kayu ni..

dan mak nani juge perasan cun..sorry to say..tp dengan deretan selfie dan editan..makcik memang perasan cantik makcik
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:26 AM | Show all posts
nasib baik akak keluar daripada kepompong Jodoh 2, kalau tak, tak tahu pun perangai keknis sebegitu rupa konsepnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2014 11:32 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 7-8-2014 11:18 AM
tu yg iols cakap tu, redha celah mana nya. tak gemar betul orang dok mengata sana sini psl keluarg ...

paling tak menahan tang dia riak pasal umrah tu...  sheols ni mana penah nak redha, tabah, pasrah dan seangkatan dengannya...  selagi sheols boleh up kan diri, selagi tu la sheols akan buat...  kalo tak boleh pun akan dibolehkan... hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:33 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 7-8-2014 11:01 AM
khenn? redha seperti tak redha je pun..

kalau redha nek sinah ni takkan ulang2 sebut dalam blog dia..dia tak pernah terfikir ke kalau suami dia x redha dengan apa yang dia kata kat suami dia, tak guna dia buat ibadat sume benda tu..itu susahnya bila makcik2/nenek2 ni celik IT ada FB ada blog..semua pekung nak dibuka
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:33 AM | Show all posts
toxicated posted on 7-8-2014 11:14 AM
terbayang2 jihan yg cakap ayat uols tu. "udah2la mak nani"

haha jihan kan trending sekarang ni noksss
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:40 AM | Show all posts
eyansss posted on 7-8-2014 11:32 AM
paling tak menahan tang dia riak pasal umrah tu...  sheols ni mana penah nak redha, tabah, pasrah  ...

satu lagi pasal cerita suami kaki masjid. kot ye pun tak payah lah nak cerita yg kau keciwa tak dapat pasangan yg bukan kaki masjid.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 08:06 PM GMT+8 , Processed in 1.126988 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list