Sepanjang dok menunggu adik ipar Mak Ngah datang, macam-macam perangai yg Acik buat. Bila aku dah tak layan permintaan dia, dia panggil Mama pulak. Mama pun buat bodoh je. Ada sekali, dia kata nak pergi tandas, aku tak bagi. Angah pulak leka kejap, Acik angkat kaki, disepaknya keting aku. Kurang hajor betul. Acik gelak mengilai-ngilai bila aku mengaduh sakit. Nasib baik aku dok pikir yg buat tu bukan Acik. Aku biarkan aje. Takpe, kau tunggu situ. Aku pergi ambik wuduk, ambil Yaasin dan join Ateh baca Yaasin. Habis berbakul sumpah seranah dia hamburkan.
Dalam pukul 11 lebih macam tu, tiba-tiba satu rumah blackout. Acik start mengilai panjang. Tiba-tiba je bunyi anjing menyalak bersahut-sahutan depan rumah aku kedengaran. Kawasan rumah aku tu adala anjing liar dok berkeliaran, tapi tak pernah kacau orang pun. Alih-alih malam tu pakat mai dok menyalak-nyalak depan rumah aku. Aku jenguk ke luar. Memang ada empat ke lima ekor anjing dok menyalak tak berhenti-henti. Aku tengok rumah-rumah jiran semua ada je lampu. Aku maklumkan pada Pak Ngah pasal benda tu. Pak Ngah pergi duduk sebelah Acik.
Pak Ngah: Kau ni buat keras betul, kan? Degil. Tunggu je la nasib kau kejap lagi.
Acik: Kau ingat aku takut ke bodoh? Hahahahahahahaha!
Tengah dok mengilai tu, tiba-tiba Acik terdiam. Lampu menyala semula. Anjing berhenti menyalak.
Acik: Dia dah sampai. Dia dah sampai. Aku nak tidur.
Acik terus pejam mata. Tidur la sangat. Anak mata punyala laju dok bergerak. Aku selak langsir, tengok ke luar. Adik ipar Mak Ngah dah sampai. Ada sorang lelaki bersama adik ipar Mak Ngah. Mereka beri salam dan masuk. Acik tak bergerak-gerak dah. Bola mata je meliar. Kami panggil tukang rawat ni Pok Su je. Pok Su masuk, tengok Acik dan senyum.
Pok Su: Toksah dok berlakon sangat.
Diam. Acik tak berketik sikit pun. Pok Su duduk bersila jauh sikit dari Acik. Pak Ngah duduk di sisi Pok Su dan mula bercerita apa yg terjadi pada Acik. Pok Su cuma mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian, Pok Su bersedia untuk mula merawat Acik.
Pok Su: Kalau dia meronta ke apa, jangan pegang dia ye. Kesian tuan punya tubuh. Benda tu tak sakit pun, yang sakit tuan punya tubuh. Biar je dia meronta. Dia tak boleh nak lari pun.
Pok Su berpesan. Kami pun beralih kedudukan, memberi ruang kepada Pok Su. Aku duduk di hujung kaki Acik, jauh sikit la tapi untuk mengelakkan risiko ditendang. Pok Su meminta izin Mama untuk memulakan proses rawatan. Dengan lafaz bismillah, Pok Su menghampiri Acik. Acik terus bangun duduk bersila. Lalu bermula dialog di antara mereka.
Pok Su: Laa, ingatkan tidur tadi.
Acik: Kau nak apa hah?
Pok Su: Aku nak kau balik ke tempat asal kau.
Acik: Boleh. Tapi aku nak bawak dia sekali.
Pok Su: Eh mana boleh. Dia ada keluarga, keluarga dia sayang dia. Dia ada rumah. Ini rumah dia. Kau tu, pergi balik rumah kau.
Acik: Kalau kau nak aku keluar, aku nak dia ni.
Pok Su: Kan dah kata tak boleh.
Acik: Argh! Kalau macam tu, aku tak nak keluar!
Pok Su: Kalau tak nak keluar cara baik, kena la kita buat cara kasar.
Pok Su mula membaca sesuatu. Acik menggelupur dan berguling-guling di atas lantai sambil menjerit.
Acik: Mama, tolong Adik! Sakit, Mama, sakit!
Acik melolong. Sampai satu ketika, dalam keadaan meniarap, Acik dok meronta-ronta. Pok Su pergi lebih dekat, ambil kain selimut dan gunakan sebagai lapik lalu Pok Su pegang kaki Acik.
Pok Su: Dah sejuk sangat kaki dia ni. Lama sangat biar ni.
Aku tak faham sebenarnya apa maksud Pok Su tu. Dengan gaya macam menarik sesuatu, Pok Su lalukan tangan dari pergelangan kaki Acik sampai ke hujung ibu jari kaki. Sampai je ibu jari kaki, Acik akan menjerit melolong kesakitan.
Acik: Aku nak keluar la ni, nak keluar.
Pok Su: Cakap saja tak guna.
Pok Su meneruskan kerja. Acik menggelupur. Gaya Acik menggelupur macam orang berenang pun ada dengan keadaan dia meniarap macam tu. Tiba-tiba keluar buih-buih air dari mulut dan hidung Acik. Kami panik sekejap, tapi Pok Su kata tak apa, dia nak keluar dah. Penghujungnya Pok Su 'tarik' dan ucap Allahuakbar sambil tumbuk lantai. Acik senyap. Dah pengsan. Mama cepat-cepat alihkan Acik dan lap buih air di mulut dan hidung Acik.
Pok Su: Insya Allah, tak ada apa dah dia. Biar dia tidur je.
Pok Su kembali duduk di sebelah Pak Ngah. Alang hidangkan air pada Pok Su.
Pok Su: Nak tanya la sikit, sebelum ni, dia ada pernah kena ganggu ke?
Mama: Ada, masa dia sekolah dulu. Histeria.
Pok Su: Oh, gitu. Sebab yg menumpang dekat dia ni, lama jugak dah. Dah berapa tahun jugak la.
Mama: Macam mana boleh jadi gitu ye?
Pok Su: Wallahualam, saya pun tak tahu. Tapi saya boleh cerita serba sedikit lah berkenaan yg mengganggu anak Puan ni. Kalau tengok tadi, masa saya pegang kaki, macam mana gaya dia?
Mama: Macam orang tengah berenang pun ada.
Pok Su: Betullah tu. Roh orang mati lemas. Sebab tu ada keluar buih-buih air tu. Sebelum ni, ada perangai dia suka tengok cermin? Menyanyi? Main rambut?
Mama: Eh, memang dia suka tengok cermin. Kadang tu lama sangat sampai ditegur, baru dia berhenti. Menyanyi tu biasalah. Cuma baru-baru ni je dia menyanyi lagu lama-lama yg saya pun tak kenal. Main rambut ni saya tak pasti...
Mama tengok arah aku dan adik-adik.
Ateh: Dia kalau sikat rambut, dia akan kira sampai 100. Itu je.
Aku: Cuma semalam dia main pintal-pintal rambut.
Pok Su: Hmmm... asalnya, orangnya cantik. Itu yg suka sangat tengok cermin, sikat rambut. Tapi dia cemburu ada orang cantik lagi daripada dia.
Pok Su senyum pada Ateh. Eh?
Ateh: Saya?
Pok Su: Yela, awakla dia cemburu. Itu yg dia marah sangat kat awak tu. Itu pecah bibir tu mesti kerja dia kan? Dia tak boleh ada orang lagi cantik dari dia.
Kami terdiam sambil pandang-pandang.
Aku: Tapi kan, kalau dah lama menumpang, kenapa baru semalam dia nak tunjuk diri ye?
Pok Su: Wallahualam. Setakat ini sajalah yg saya tau. Yg selebihnya, hanya Allah s.w.t yg tahu.
Selesai semuanya, Pok Su minta diri untuk balik. Tentunya Pok Su tak lupa pesan supaya solat jangan tinggal, baca Quran, zikir, selawat dan sentiasa ingat Allah. Dan macam biasa, Acik tidur sampai ke Subuh. Dua malam berturut-turut kami tak tidur. Acik bangun Subuh tu, demam. Seluruh badan sakit, katanya. Makan pun tak lalu. Kadang-kadang, Acik mengadu dia rasa seram sejuk semacam. Bila dia mengadu macam tu, Mama akan suruh Acik mengucap dan berselawat. Seminggu jugakla Acik demam. Tapi, alhamdulillah, tak ada dah dia buat perangai bukan-bukan.
Tapi rumah kami pulak macam kena ganggu. Berapa malam, start tengah malam anjing akan menyalak-nyalak depan rumah kami. Kadang-kadang, bunyi anjing melolong mendayu-dayu pun ada juga kedengaran. Kalau yg bunyi mendayu-dayu tu, memang cukup seram. Bukan tu aje. Aku dan adik-adik banyak kali ternampak macam kelibat melintas dalam rumah. Pernah sekali, aku nampak macam ada orang naik tangga padahal semuanya tengah syok layan cerita Hindustan. Acu siap tanya siapa naik atas. Ateh beberapa kali ditindih masa tidur. Macam-macamla jenis gangguan.
Kami buat bacaan Yaasin boleh kata setiap malam. Tapi gangguan berterusan. Last-last Pok Su datang rumah dan buat 'pagar'. Kami teruskan jugak buat bacaan Yaasin walaupun dah 'pagar'. Lama-lama, gangguan tu hilang jugakla.
===========================
Gangguan tu sebenarnya berterusan agak lama la jugak. Sampaikan kami 1 keluarga dah jadi lali. Sekarang, tak adala sangat gangguan. Sekali-sekala tu ada jugak. Biasalah, bukan manusia je makhluk Allah atas muka bumi ni kan.