|
Edited by bini_fl at 20-1-2016 07:21 PM
Arja tak terkesan kes video pakai seluar dalam
KUALA LUMPUR: Pelakon, Arja Lee tidak terkesan dengan insiden penyebaran video dia berseluar dalam yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya, semalam. Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 33, berkata dia bertuah kerana mempunyai keluarga, sahabat rapat dan peminat yang cukup mengenali dirinya, justeru tidak terus menjatuhkan hukum berdasarkan video itu saja. "Ketika ramai yang mengkritik dan mencemuh, saya bersyukur ada juga yang menyokong kerana mereka tahu saya bukan begitu. "Saya menghadapi situasi ini dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Apatah lagi saya pernah berhadapan situasi lebih kurang sama ketika membintangi filem Anu Dalam Botol (2011).
"Jika diikutkan, saya tidak pernah memuat naik sebarang gambar atau video sekadar untuk mencari publisiti. "Video itu dirakam bagi menyahut cabaran rakan-rakan kerana tahu saya tidak boleh bermain bola sepak. Kalau benar saya ingin mencari publisiti murahan, sudah lama saya memuat naik gambar sebegitu," tegasnya kepada BH Online.
Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan aktor terbabit sedang menimbang bola dengan memakai baju berwarna merah jambu dan hanya berseluar dalam di dalam sebuah rumah. Video itu mendapat hampir 2,000 'likes' dengan 1,240 komen daripada pengikut akaun Instagram itu.
Mengulas kemungkinan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap insiden itu, termasuk dalam kalangan teman selebriti, Arja memilih untuk bersifat positif dan tidak mengambil endah kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya. "Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana rakan artis. Sedari dulu lagi, saya sudah meletakkan sempadan antara rakan artis dan juga sahabat. "Jujur saya katakan, saya tidak gemar dan berminat untuk rapat dengan rakan selebriti," tegas Arja.
Sebelum itu, Arja mendedahkan kepada sebuah portal, video terbabit dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab selepas telefon bimbitnya tercicir ketika dia berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan polis di Taman Tun Dr Ismail.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/116345
|
|