CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ciklaser

Stress! Kawan aku suka memaksa UPDATED #213

[Copy link]
Post time 28-3-2016 08:28 AM | Show all posts
Dik tt, saya tak salahkan awak sebab menangis macam tu.
Benda ni tak pelik pun.
Kita dah berkawan lama, tiba-tiba bila dia berubah sampai macam ni sekali, sedikit sebanyak mesti kita rasa sedih dan terkenang cerita lama.
Tapi menangis sekali tu je la ya. Jangan ingat lagi dia lepas ni. Kuatkan iman, tekadkan semangat, lupakan kawan tu. Nyah kau dari hidup aku

Apa motip dia nak ambil bridesmaid ni sebenarnya?
Stres pula saya baca, apa guna bridesmaid kalau tak pergi outdoor shooting? Choi! Dia nak ke bridesmaid dia semua tu muka masam je dalam gambar? Kalau senyum pun tak ikhlas dan tak gembira meraikan dia?

Ha, cepat update.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 10:32 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 28-3-2016 08:28 AM
Dik tt, saya tak salahkan awak sebab menangis macam tu.
Benda ni tak pelik pun.
Kita dah berkawan ...

motifnya nak menunjuk2..tu je..bila tunjuk, rasa bangga dan puas ati biar pn kawan2 x suka, asal aku suka dan puas ati
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 11:12 AM | Show all posts
tiramisuu replied at 28-3-2016 10:32 AM
motifnya nak menunjuk2..tu je..bila tunjuk, rasa bangga dan puas ati biar pn kawan2 x suka, asal a ...



Betul2..motif sebenar telah dikenalpasti
Yang penting pengantin puas hati, ade bridemaids 12 orang pakaian sedondon
nampak cantik dlm gmbar then boleh post di ig dengan bangganya


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 12:03 PM | Show all posts
gem15 replied at 28-3-2016 11:12 AM
Betul2..motif sebenar telah dikenalpasti
Yang penting pengantin puas hati, ade b ...

teringin nk tgk ig kawan tt ni, nk tgk cun tak photographer edit gmbr
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 12:53 PM | Show all posts
cerita seterusnya sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 28-3-2016 08:28 AM
Dik tt, saya tak salahkan awak sebab menangis macam tu.
Benda ni tak pelik pun.
Kita dah berkawan ...

Mlm nanti i update ok apa jd kelmarin. Ada la drama sikit, apa pun syukur sgt semua ni dah berakhir. Dia yg kawin kita yg penat, dia yg syoq peluk laki kita pulak rasa stress.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-3-2016 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mizlily replied at 28-3-2016 12:53 PM
cerita seterusnya sis?

Sabar ok, mlm nanti janji i update..semalam sampai rumah terus tidur letih mcm kenduri kawin sendiri. Letih kat otak sebenarnyaaa. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tiramisuu replied at 28-3-2016 10:32 AM
motifnya nak menunjuk2..tu je..bila tunjuk, rasa bangga dan puas ati biar pn kawan2 x suka, asal a ...

Yes, dia nk menunjuk dekat kawan2 tempat kerja dia tu,m yg kerja nurse tu. Sebab dia penah la dok cita nurse tu dengki dgn dia. Motif apa tah nurse tu nk dengki org mcm dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
gem15 replied at 28-3-2016 11:12 AM
Betul2..motif sebenar telah dikenalpasti
Yang penting pengantin puas hati, ade b ...

Betul. Nak menunjuk sebenarnya. Bila dah post kt ig, boleh la jd #weddinggoals .
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 01:27 PM | Show all posts
ciklaser replied at 28-3-2016 01:12 PM
Mlm nanti i update ok apa jd kelmarin. Ada la drama sikit, apa pun syukur sgt semua ni dah berakhi ...

Drama apakah?
Ni yang buat tak sabar nak tahu ni

Kawan tt tu kan...awat la banyak sangat prasangka buruk ni?
Semua orang dia tuduh dengki dengan dia.
Dia tu lawa sangat ke? Kaya sangat ke? Bijak sangat ke? Sampai orang nak dengki dengan dia ni.

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 01:29 PM | Show all posts
tiramisuu replied at 28-3-2016 10:32 AM
motifnya nak menunjuk2..tu je..bila tunjuk, rasa bangga dan puas ati biar pn kawan2 x suka, asal a ...

Haha. Aku puas. Aku puas. Peduli apa aku kau orang suka ke tidak. Janji aku happy. Gambar wedding aku cantik, glamer, nampak mewah.  Cam gitu la kot kawan tt si pengantin tu rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.
Cepat la dik..
X sabar kakak nak dengar citer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Updated
Alang2 aku tengah boring teman officemate aku kat workout kt gym ni aku cerita la apa aku ingt k.

Hai semua, ni nak sambung lg kisah pengantin sengal tu. So, kelmarin aku p la majlis dia dlm kul 11 mcm tu. Bila kumpul semua, 10org bridesmaid ada. Lg 2 org tak balik. Masa aku sampai, pengantin tak balik lg dari makeup. So open table la kami 10 org ni dok bergosip di majlis kawin dia. Pot pet pot pet then pengantin pun balik. Dia tanya mana bridesmaid lg sorang, then kawan aku jawab dia nk exam so tak leh balik. pasal bella dia tak tanya pun mesti dia dah menyampah kt bella. Pengantin dah tarik muka, tp kami tak layan. So kt dlm rumah, aku ckp kt pengantin kalau nk pg outdoor photoshoot aku available sampai pukul 6 je. Aku sengaja ajak dia pg kul 3, sebab aku tau tak kan ada org gila nk p photoshoot tgh panas dgn cuaca mcm ni sekarang. Tp tidak ku sangka, dia SETUJU. Demi gambar cantik dia setuju ok, nak tinggalkan majlis dgn tetamu semata nk p bergambar. Aku mcm dah tak leh hadam dh dgn perangai dia. What's wrong with this girl?? Tau tak yg masa majlis tu, bridesmaid yg lain tak tegur dia pun. Aku dgn sorang lg je dok sembang dgn dia. And si pengantin tak cerdik ni pun tak mau kalah dia pun buat bodo tak cakap dulu dgn kawan2 yg lain. Bila diorang dah nk balik pandai pulak pujuk suruh tunggu sampai photoshoot. Pastu pengantin laki pun sampai. Dah makan beradab semua, sampai sesi potong kek semua habis. Dah pukul 3, tetamu tengah ramai dgn cuaca panas boleh dia p bgtau mak dia nk keluar pg photoshoot. Mmg kena marah la dgn abg dia, pastu boleh pulak salahkan bridesmaid sebab bridesmaid ajak awal. Ehh hello bridesmaid ni tak ingin pun nk pg ok. Ko tu yg terhegeh nk ajak kitorang. Tp dia tetap nk pg. Yg si laki pun satu hal dia membisu je bila bini dok bg arahan tak masuk akal. Eyy sakit pulak hati aku. So pg la kami 3 kereta termasuk kereta pengantin. Photoshoot di perlis ok, 45 minit drive. Dah siap photoshoot utk sesi bridesmaid  walaupun muka sensorang mcm ayam berak kapur je. Kitorang minta nak balik dulu sebab malas nk tunggu diorang habis shoot. Boleh si pengantin tu jawab dgn muka bodoh "aa balik la dulu kalau nk balik, ehh Alia (bridesmaid) hang tak bayar lg duit shawl RM15" aku mcm what the hell pempuan ni. Pastu meletup la Alia tu.
Alia : cehh 15 pun mintak, ni duit minyak kereta aku mai sampai sini hang tak teringin nk huloq ka? Kami semua mai sini dgn tengah panas ada hang ajak minum air ka apa?  Awat hang ingat aku terhegeh sgt ka nak pakai semua ni. Perangai teruk betoi hang ni.
Pengantin: awat hang ni ada masalah ka ngn aku?
Alia: masalah la, hang jenis tak pikiaq org susah ka dak dgn perangai hang. Hang dok pikiaq hang sorang ja, dah tau miskin dok buat perangai mcm org kaya haram jadah apa.
Perrhh wei aku terkedu tengok diorang perang mulut. Aku tak pernah tengok alia segarang tu. Sumpah aku takut. Menangis wei pengantin sebab ada rahsia dia Alia bongkar depan laki dia. Aku takut la kot2 laki tu ceraikan pulak si pengantin tu. Rahsia tu tak dak la besar sgt, tp kantoi la selama ni dia dok menipu laki dia, dia ckp dia kerja gaji 2k, pastu ckp beli iphone6 cash sedangkan dia hutang aeon je. Alia tau dia menipu pun sebab alia pon ada family related jugak dgn pengantin laki. So ada banyak benda yg pengantin perempuan tipu laki, tp alia tau. Alia yg bawak pengantin tu pg beli iphone6 kat sen heng tp pengantin tipu laki dia ckp dia beli cash kat switch. Tu belum lg alia cerita yg dia nampak surat tunggakan kereta dari bank, baru pakai kereta berapa bulan dah ada tunggakan. Alia nampak atas meja solek bilik pengantin, so dia panggil kami semua tgk. Kikiki busybody kan. Sebelum balik alia tu sempat ceramahkan laki dia sebab jadi dungu sgt. Tp yg tu aku tak setuju tindakan alia sebab takut runtuhkan rumah tangga diorang. Pastu kami pun balik dengan perasaan yg bercampur baur. Aku pun tak pasti aku puas ke happy ke bersalah ke. Aku tak pasti ending ni yg aku harapkan atau tak. Tp aku lega sgt, kepala aku lapang sgt bila ada org tlg luahkan perasaan tak puas hati aku.

Tp tak berakhir lg, balik rumah sempat lagi si pengantin tu whatsapp aku tanya pasal nk book bilik di Krabi. Aku ckp mmg tak leh tlg unless dia masukkan dulu duit kat account aku. Dia ckp dia tak kira lg duit salam kaut tu. Aku malas layan aku ckp aku tak da masa, sebab nk p training di jb selasa ni. Aku rasa pengantin ni dia ada satu sikap tamak, sombong, berlagak tak sedar diri dan tak cerdik. Sebab selama apa yg jd sepanjang majlis kawin dia, dia berhadapan dgn kami semua seolah dia tak da buat salah, seolah mcm kami ni yg mental.
So, aku dah pun keluar dari semua group whatsapp yg melibatkan dia. Lega hati aku. Aku legaaaaaaaaaaaaa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada tak paham, tanya ok. Sorry berterabur sikit ayat. Biasa la, letih balik kerja pastu kena teman officemate kt gym plak. Mcm nk mereng dah aku hari ni dgn kerja bertimbum sebab cuti jumaat hari tu..:zz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nak cerita lg, malam sabtu dia call minta nk pinjam rantai tgn aku yg aku selalu pakai. Mmg tak la aku nk bg, mak aku beli kot kalau hilang menangis air mata darah lee. Rantai tangan aku tu kecik cenonet je, bukan besar mak datok pun, takkan la tak mampu beli kan. Patutnya kawin beli le emas sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 08:16 PM | Show all posts
Mak ai...terkedu saya baca update ni, tt wei.
Pengantin...ya Allah, pengantin. Awat buruk betul perangai tu? Sedih betul la.
Serius. Tak tahu nak kata apa.
Tindakan Alia untuk melepaskan apa yang terbuku di hati tu betul. Tapi masa yang dia pilih tu tak kena, depan suami pengantin, depan cameraman. Tapi lagi...saya faham la, sudah tentu Alia dah tak tahan sangat masa tu. Orang tengah marah, dah tak tengok kiri kanan. Sembur je. Entah eh...nak padankan muka pengantin ke nak kasihan. Hurm...

Dan pengantin tu pun...apa ke bongok sangat nak tipu suami [bakal sebelum ni] pasal gaji dan hutang dia tu? Dah kahwin nanti, suami tu tetap akan tahu juga. Masa tu lagi parah. Tapi...mengenangkan sikap si pengantin tu macam mana, saya rasa dia tak peduli pun kalau bergaduh dengan laki dia pasal benda tu.

Well done tt sebab tak booked kan bilik hotel Krabi tu. No money, no talk.
Yang pasal gelang tu pun...aiya...buat malu betul la.
Sanggup dia nak pinjam gelang? Beli sendiri la. Bukannya mahal pun. Kalau tak mampu sangat, pi beli zhulian sana. Tak pun gelang pasar malam. Bukannya orang tahu emas betul ke tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 08:34 PM | Show all posts
eva,
orang kg wpun kg depa kenai emas ke zhulian
tajam mata depa woooo
tu pasal pengantin nak pinjam rantai tangan cik laser
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 28-3-2016 08:34 PM
eva,
orang kg wpun kg depa kenai emas ke zhulian
tajam mata depa woooo

Tp hari kenduri tu i nampak dia pakai gelang tangan besar okay, i speku dia pinjam org punya. Kekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 28-3-2016 08:16 PM
Mak ai...terkedu saya baca update ni, tt wei.
Pengantin...ya Allah, pengantin. Awat buruk betul per ...

Tp lepas kejadian tu, dia react mcm tak da apa berlaku, mcm tak meninggalkan kesan pada dia,mcm dia tak penah dimalukan. Sampai i terfikir kau ni tak da perasaan malu ke.

Seriously apa yg jd pada dia buat kitorang terkejut and bg pengajaran yg sgt besar dalam kehidupan. I speku dia dok tipu gaji besar tu sebab nk mak mertua dia sanjung dia. Mak mertua dia org kg je, anak pun kerja mekanik pastu dah menantu kerja gomen haruslah dibanggakan.

Kawan i mmg perangai dia suka nk berlawan dgn org at last diri dia sendiri yg teruk. Dia mmg tak boleh tengok org lebih sikit dari dia. Thats why kami kekawan lain mmg tak pernah share apa yg kitorang beli sebab takut tetiba dia tak leh senang tengok. Pernah dia minta nk tgk slip gaji i, sebab dia hairan i tak beli kereta even dah lama kerja. I pakai kereta family je tu pun kereta tempatan, nasib ayah bg pakai sebab ayah ada kereta lain. Dia ckp i gaji kecik ke tak mampu nk beli kereta sendiri yg sesuai dgn umur. I iakan je la sebab tak mau dok bersaing dgn dia. Tp dekat org yg dia ckp gaji kecik ni la dia minta nk pinjam itu ini. Ohh duniaaaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
napa tt left grup at least kami leh tau kerenah dia lps kawen nt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042950 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list