CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Presiden_Lanun

[Tempatan] V25 MH370: PETUNJUK BARU BERCANGGAH DENGAN MAKLUMAT TERDAHULU

 Close [Copy link]
Post time 3-4-2014 08:08 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 2-4-2014 05:01 PM
Tumpang bertanyer, hms tireless ni mmg bukan mesia punyer kan .... ?

UK punya
Last edited by tapibukanaku on 3-4-2014 08:16 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 08:10 AM | Show all posts
nolya posted on 2-4-2014 05:40 PM
kenapa agaknya pertemuan dgn pihak prc diadakan secara tertutup.  Rakyat M'sia tak perlu tau ke at ...

bukan tak mau wartawan mesia sensasikan, tapi tak mau wartawan asing sensasikan..mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:11 AM | Show all posts
mamanoni posted on 2-4-2014 05:56 PM
Akk tampal sticker PAS ok jerrr...

iols tampal sticker ameno, ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:11 AM | Show all posts
lizaliza posted on 2-4-2014 06:10 PM
isk...baik sungguh mak tiri ni nak ostolia bagai...
bagi la peluang kat mak dia sendiri
mak dia  ...

MH370: Saya tidak pernah mengaku ibu kandung - Rosila

BERA: "Saya hanya ibu tirinya dan tidak pernah mendakwa sebagai ibu kandungnya," luah Rosila Abu Samah yang sering dikaitkan media sebagai ibu kepada Mohd Khairul Amri Selamat, seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menurut Rosila, 50, setiap kali ditemubual oleh media baik dari dalam mahupun luar negara, beliau tidak pernah memperkenalkan diri sebagai ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri, 29, seperti didakwa.

"Apabila ditemubual, saya selalu nyatakan saya ibu tiri kepada Mohd Khairul Amri, namun ada media melaporkan beliau sebagai ibu kandungnya.


"Saya tak nak orang salah faham dan biarlah saya jelaskan sekali lagi yang saya ini hanya ibu tiri kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di FELDA Bukit Mendi di sini hari ini.

Katanya, beliau sedar ada pihak yang kurang senang dan menuduhnya mengambil kesempatan daripada tragedi yang menimpa anak tirinya itu.

"Saya tidak ada kepentingan dalam situasi ini dan saya berada di sana (Putrajaya) hanyalah sebagai tanggungjawab saya menemani suami saya, Selamat Omar, iaitu bapa kandung Mohd Khairul Amri.

"Jika ada orang tuduh saya dapat wang saguhati yang diberikan MAS, itu tidak benar kerana semua wang itu diserahkan kepada isterinya," kata Rosila yang kesal dengan tohmahan itu.
Katanya, beliau mendirikan rumah tangga dengan Selamat, 60, sejak 10 tahun lalu dan rapat dengan anak tirinya itu sejak beliau belajar di sebuah kolej di Seremban sehingga mendirikan rumah tangga bersama Erny Marsyila Mustafa.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara itu tidak berpanjangan kerana ia hanyalah salah faham.

"Saya mohon maaf kepada ibu kandung Mohd Khairul Amri, Normah Jaafar dan keluarga berhubung perkara itu, saya memang tidak pernah mendakwa sedemikian," katanya.

Normah, 56, seorang guru Tadika Kemas pernah menyatakan kurang senang berhubung perkara itu kepada media.

- BERNAMA Last edited by tapibukanaku on 3-4-2014 08:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:12 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 2-4-2014 06:20 PM
i ni dok set set kat kampung saja... dok tengok pesawah petani umur 60 tahun tu berkerak bawak can ...

kalau ada yg menjaga dari hujung rambut ke hujung kaki, duit pulak berkepok-kepok, haruslah dirembes...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:14 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 2-4-2014 06:34 PM
BAgus Abbot ni..... mai jumpa anggota TUDM kita... dia pi tak jumpa geng TUDC mainland?

mesti lah jumpa tudm kita, kita negara yg ditimpa bencana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2014 08:14 AM | Show all posts
atira posted on 3-4-2014 08:01 AM
ni apa cerita la pulak

DCA chief does it again, media livid

dalam ramai2 wartawan yang sertai sesi2 pc
berhubung MH370,

baik tempatan mahupun asing,
ada macam2 background dan kategori

ada yang benar2 wartawan beretika

ada yang mewakili cina RBA

ada yang sentimen yahudi anti islam

ada yang whites 'hollier than thou' asians

ada macai wakil PR

jadi yang menjawab dah sedia maklum,
jawab hanya kepada soalan2 yang ikhlas
mahukan informasi relevan,

bukan doble meaning
berniat jahat

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:15 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 2-4-2014 06:37 PM
US ni semua paling paling yg best saja.... tp ke laut semuanya bila nak cari MH370...

memang uk punya. uk diam2 ubi berisi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 08:15 AM | Show all posts
d'zeck posted on 3-4-2014 08:14 AM
dalam ramai2 wartawan yang sertai sesi2 pc
berhubung MH370,

daaa....
caprut sgt kalau nak handle wartawan pon haru biru bang
baik kasi ke org lain je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:17 AM | Show all posts
juliez posted on 3-4-2014 12:22 AM
sekarang ni buah mana ada musim2 dah.. utk penjelasan mengenai buah tidak bermusim, i serahkan k ...


memang betullah kut manggis tu dr Indon.
masa gi Padang hari tu, memang banyak gerai manggis tepi jalan. Berderet.
Kata supir tu mmg di sana manggis di expor dn sentiasa ada. Dah jd perusahaan kmpung.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:18 AM | Show all posts
atira posted on 3-4-2014 08:15 AM
daaa....
caprut sgt kalau nak handle wartawan pon haru biru bang
baik kasi ke org lain je...

tak payah jadi bodoh

kalo tak jawab pun wartawan macai
tetap reka cerita sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:19 AM | Show all posts
d'zeck posted on 3-4-2014 08:18 AM
tak payah jadi bodoh

kalo tak jawab pun wartawan macai

yg penting dia tak mencicit lari bila sentap bang...
macam bang isam tu.... aman2 je....


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tinker_bell posted on 3-4-2014 12:27 AM
ioll ttanya..ping dkt pesawat tu boleh dihack tak??pesawat pergi china..tp ping bgik konon2 dkt kori ...

Ping tu boleh detect jarak pesawat n satelit shj..untuk maklumat lain..dia orang terpaksa gunakan method lain..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:21 AM | Show all posts
huh..berdebar-debar pulakkk..



MH370: Petunjuk baru tidak akan didedah

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan menjejaskan siasatan.

Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan.

"ihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut," katanya.

Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.

"Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang pesawat," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:21 AM | Show all posts
eva posted on 2-4-2014 10:20 PM
Mereka ini mungkin anak lelaki, bapa, abang, bapa saudara, suami dan kawan someone di sini and ...

Amennn...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:22 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 3-4-2014 08:15 AM
memang uk punya. uk diam2 ubi berisi.

jiran antara paling rapat sempadannya
nun di seberang tambak
sampai la ni masih kemut
nak bagi pinjam khidmat 'frigat halimunan tahap gaban'
kelas formidable nya

walhal jiran dekat tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 08:22 AM | Show all posts
China tak pernah salahkan Malaysia

KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan China tidak pernah menuding jari mahupun menyalahkan Malaysia atas insiden kehilangan pesawat MH370 dan menghargai segala usaha yang dilakukan untuk mencari pesawat tersebut.
Malah, menurut Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang, hubungan dua hala dan jalinan kerjasama antara negara itu dan Malaysia tidak akan terjejas berikutan kejadian itu, sebaliknya yakin hubungan sedia ada akan lebih erat pada masa hadapan.
Beliau turut memuji kerajaan Malaysia yang tidak pernah berputus asa dan berkerja keras untuk mencari pesawat itu walaupun mendapat pelbagai kritikan sejak hari pertama lagi.
“Kami (kerajaan) tidak pernah sekalipun marah kepada Malaysia atau mahu memboikot apa-apa. Malaysia dan China seperti keluarga, negara jiran yang begitu akrab. Mengapa mahu salahkan Malaysia sedangkan insiden ini adalah suatu bencana.
“Kami sangat terhutang budi dan menghargai semangat serta dedikasi ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini, kami langsung tidak marah malah akan terus bekerjasama dalam apa jua perkara termasuk misi pencarian MH370 ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar khas berhubung pendirian negara itu terhadap kehilangan pesawat MH370 di Kedutaan China di sini hari ini.
Menurut Huikang, kemarahan segelintir rakyat di negara itu berikutan pelbagai spekulasi mengenai kejadian tersebut menyebabkan mereka keliru dan tidak sabar untuk mengetahui nasib yang menimpa orang tersayang.
&#147erasaan itu adalah normal, mereka juga manusia biasa. Sudah tentu mereka mahu tahu apa yang terjadi. Mereka tentunya tidak senang duduk memikirkan kesudahan yang menimpa orang tersayang.
“Kerajaan China juga komited dan berusaha sedaya upaya bagi memastikan misi pencarian pesawat dan jawapan kepada pelbagai persoalan berhubung insiden ini terjawab. Sehingga itu, kami juga tidak senang duduk. Ini bukanlah misi pencarian yang mudah," ujarnya.
Beliau berkata, ramai ahli keluarga penumpang China masih berharap orang yang mereka sayangi terselamat dan pesawat berkenaan dirampas.
Menurut Huikang, adalah tidak adil untuk meletakkan beban di bahu kerajaan Malaysia sahaja justeru beliau meminta semua pihak tidak terus membuat kesimpulan sendiri.
Beliau juga meminta supaya semua pihak cuba untuk memahami mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan 'berakhir' bagi menjelaskan nasib yang menimpa pesawat MH370.
“Kenyataan beliau boleh memberi pelbagai makna dan kadang-kala disalah tafsir. Ada yang anggap ia bermaksud kehilangan, ada yang memahaminya sebagai terhempas dan ada yang mentafsir tidak ada yang selamat.
“Saya faham Najib berhati-hati memilih perkataan. Tujuannya hanya untuk menggelakkan sebarang maksud yang ‘menyakitkan’ anggota keluarga penumpang yang masih berharap ahli keluarga mereka akan pulang," katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:23 AM | Show all posts
dopey posted on 2-4-2014 10:50 PM
huh?..dh fr the 4aspects..passengers?.is he sure?...leaves crew onboard left to furthur invesigate ...

short form uols....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:23 AM | Show all posts
Terharu rasanya melihat keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan oleh Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan rakyatnya terhadap musibah yang sedang menimpa Malaysia berikutan kehilangan MH370.


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:24 AM | Show all posts
atira posted on 3-4-2014 08:19 AM
yg penting dia tak mencicit lari bila sentap bang...
macam bang isam tu.... aman2 je....

layan puak bodoh
baik pergi mesyuarat berisi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 1.252071 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list