CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: holmes

TENNIS

 Close [Copy link]
Post time 2-3-2008 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 2-3-2008 03:40 AM
YESSSS..............CONGRATS LENA D!!
WELCOME BACK TO D' TOP 10 !!!

love ELENA DEMENTIEVA , my PRINCESS is BACK!!  


ko pun rupenye fans elena dementieva ka? kita serupaa... hehehe...
elena ni bila la nak menang Grand Slam, kadang2 dia ni leh jadi gile2 jugak... sekejap top sekejap bawah balik...
tp apa2hal aku sokong gak dia...haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 06:38 AM | Show all posts
Davenport peroleh kejuaraan ke-55

NEW YORK - Bekas juara tenis nombor satu dunia, Lindsay Davenport mencatat kejuaraan ke-55 di dalam kerjayanya setelah menumpaskan pemain muda Belarus, Olga Govortsova dengan keputusan 6-2 6-1 di Kejuaraan Memphis.

Davenport, 31, dan pilihan keempat kejohanan hanya memerlukan masa selama 60 minit untuk menumbangkan pilihan kelima dari Belarus itu.

Perlawanan tersebut merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua pemain tersebut.

Davenport berjaya melakukan lapan pukulan ace bagi mengatasi pemain berusia 19 tahun itu.

Bekas juara dunia itu juga berjaya memenangi sebanyak 89 peratus daripada pukulan pertamanya bagi menghasilkan mata.

Govortsova melakukan kesalahan berganda sebanyak lima kali dan hanya melakukan dua pukulan ace pada perlawanan tersebut.

Kejayaan Davenport itu merupakan kemenangan kali kedua pada tahun ini dan kali keempat sejak kembali bermain pada September tahun lalu setelah melahirkan anak lelaki.

Dia tidak beraksi pada kejohanan Amerika Syarikat sejak tahun 2006. Kejuaraan terakhir Amerika Syarikat yang dimenanginya adalah di New Haven pada tahun 2005.

Pada persaingan tenis lelaki pula, pemain bukan pilihan dari Belgium, Steve Darcis dan pilihan kelapan dari Sweden, Robin Soederling berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.

Darcis menumpaskan pemain veteran dari Sweden, Jonas Bjorkman dengan keputusan 4-6 6-1 6-4, manakala Soederling menewaskan pilihan keempat kejohanan dari Republik Czech, Radek Stepanek dengan keputusan 7-6 6-3.

Darcis yang berusia 23 tahun akan berusaha untuk memperoleh kejuaraan kedua di dalam kerjayanya. Kejayaan pertama dicapai di Amersfoort, Belanda pada Julai tahun lalu.

Bjorkman, 35, dilaporkan hanya melakukan servis break pada set pertama pada pertemuan dengan Darcis, tetapi gagal melakukan break kepada pemain dari Belgium itu pada set kedua dan ketiga.

"Dari permulaan lagi saya bermain dengan hebat," kata Darcis.

"Jonas memulakan dengan menakjubkan dan dia bermain dengan pukulan yang hebat.

"Saya menumpaskannya pada set kedua dan berkemungkinan dia sedikit keletihan. Pada set ketiga, saya memberi tekanan kepadanya melalui pukulan servis," kata Darcis.

Soederling melakukan 12 pukulan ace dan tidak kehilangan pukulan servis untuk menundukkan Stepanek bagi kali ketiga di dalam empat pertemuan sepanjang kerjaya.

"Gelanggang tengah bersesuaian dengan permaianan saya dan saya beraksi dengan perlawanan yang baik di sini dua tahun lalu, apabila saya menuju ke pusingan akhir," kata Soederling.

Pemain dari Sweden itu melakukan sembilan daripada 12 pukulan ace pada set pembukaan, termasuk tiga tie-break dan membolehkannya mendahului dengan 5-0.

Pada set kedua, Stepanek telah mengalami kemerosotan pada perlawanan kelima dengan melakukan dua kali kesalahan berganda dan kehilangan pukulan kesembilan untuk memberi peluang kepada Soederling untuk mara ke pusingan akhir.

- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by mgs at 2-3-2008 10:00 AM


ko pun rupenye fans elena dementieva ka? kita serupaa... hehehe...
elena ni bila la nak menang Grand Slam, kadang2 dia ni leh jadi gile2 jugak... sekejap top sekejap bawah balik...
tp apa2h ...


Elena ni defensive player kan....serve dia dah meletop ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #2202 harisbee's post

aku pasan serve dier season ni ada umpph skit...xde ar DF bnyk sgt cam dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 04:55 PM | Show all posts
hehe...

siska nk tompang lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 06:44 PM | Show all posts

Reply #2202 harisbee's post

serve dia tak de la meletop sangat tapi

better la dr yg sebelum ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2008 06:44 PM | Show all posts
tak sangka lak dementieva ni boleh menang...

aku vote henin
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by siska87 at 3-3-2008 04:55 PM
hehe...

siska nk tompang lalu...


siska?????????????????

ni budak baru ni...

dah bayo yuran ke belom ni...?????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 08:26 PM | Show all posts

Reply #2200 mgs's post

aku mmg minat dia since thn 2000 lagi..tp bile dia dah down start thn 2007.aku mls gak nk hrpkan dia kembali ke tahap kemuncak dia balik..alih2 dia dah UP semula kalahkan svetlana rank no. 2 & ana rank no. 3 utk win dubai title..bangga sgt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:29 PM | Show all posts

Reply #2203 payrol's post

yess betul tu,serve dia skrg boleh dikatakan ada ummph jika nk compare beberapa thn yg sudah dulu...oklah dah improve byk gak..harap maintain sampai end of the year!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by akughi at 3-3-2008 06:45 PM


siska?????????????????

ni budak baru ni...

dah bayo yuran ke belom ni...?????



pantang jumpa yg baru..harus ko buli kasi calit skit
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:03 PM | Show all posts

Reply #2209 cyclops_psycho's post

aku baru tgk yg final set tuh tadi..ari tuh tgh sampai 2nd set aku terus tuko....mmg best tol final set...kira conquer abes
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 10:07 PM | Show all posts
serve kali ni kt dubai tak begitu power la berbanding masa dia menang kat Moscow tahun lepas... time tu mmg solid serve dia... commentator pun puji dia time tu.
hmm dia ni mmg defensive permainan dia... duduk belakang baseline tu jauh2, mcm laki2 punya game, ada commentator tu ckp aa... harap leh aa teruskan kemuncak prestasi... nak harapkan dia menang slam kena ade luck jugak si dementieva nie... kalo la ari tu masa semi dia lawan Henin, tk tau la camne... tp given her day, dia leh gila2 power mcm thn 2004.

skang ni ranking points Nadal ngn Federer cuma berbeza 400 je... wah interesting. Minggu ni Dubai, next week Indian Wells, next 3 weeks lak Miami (Sony Ericsson Open). April lak dh open clay court sampai la hujung Mei Roland Garros, pastu grass court season lak, Wimbledon... pastu Olympics start 10 hb Ogos, abis je Olympics, start lak US Open. betul2 packed nyer season thn nie...

Aku rase la, apsal Federer nak main kt Sweden Open tu sebab dia aware la dia tkkan dpt mng the rest of the Slam thn nie... silap haribulan langsung tk mng ape2 Slam... manalah tau...?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 10:14 PM | Show all posts

Reply #2212 mgs's post

aduhhhhhh Federer... dah masuk zaman kejatuhan ke...

terlalu awal...

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 01:13 AM | Show all posts
Federer dah kalah kt Dubai ngn Murray...

teruk gak la Federer main, backhand dia lemah, forehand inside out dia aduhh...pastu service return tk mcm selalu...
So semakin hampir la nak terlucut gelaran no 1 Federer... maybe tinggal dalam 100 ranking points je, jika Nadal menang tournament nie.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 09:34 AM | Show all posts

Reply #2214 mgs's post

gile ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......

hero aku kecundang ngan murray!!!!!!!!!!!!!!!

kan ke dulu tu budak belasahan je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2008 09:59 AM | Show all posts
federer kalah....   dh la x dpt tgk kalah lak tu..sedey nyerrrrrrr...
nie baru betul2 rasa nk terjun lombong nie....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:27 AM | Show all posts

Reply #2216 ednamod06's post

pergilah terjun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by mgs at 4-3-2008 10:27 AM
pergilah terjun...



xde lombong kt cni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #2218 ednamod06's post

seb baik

takpela edna, pas ni Indian Wells ngn Miami nyer tournament, Nadal kalau mng IW skali lagi pun tk dpt points pon, then Miami la crucial point....

Fed kena mng IW la utk make sure dia tk surrender no. 1 dia tu kt Nadal. Aku tk pasti tang Djokovic, tp yg pasti dia still kena defend points dia sbgai finalist IW ngn jore bertahan Miami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.118129 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list