CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitoYoL

/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /

  [Copy link]
Post time 25-11-2011 09:09 PM | Show all posts
Reply 2198# clara_nur


    gosip apa wehhh.. cer citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2011 04:11 PM | Show all posts
LB x lepas ke final...hukhukhuk..  sedih mmg sedih tp kena terima mlm td bukan rezeki shahir LB...
camne pun shahir ensem + segak + sexy malam tadi..


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 11:01 AM | Show all posts
Reply 2202# sitoYoL

memang sedih shahir x dpt masuk final  rasa mcm x nk tengok final nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by Aserehe at 8-12-2011 12:30

Semua kontroversi kerana salah fahamOleh Murshid Eunos
[email protected]





PESONA...biar Shahir dilanda seribu satu kontroversi, peminat sentiasa setia menyokongnya.


MISTERI kehilangannya dan soal cinta sangat sinonim dengan jejaka kacak berwajah manis ini. Melihat kepada perwatakan dan tutur bicaranya yang sopan, membuatkan ramai berasa hairan bagaimana juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawani boleh dikaitkan dengan pelbagai cerita panas dan spekulasi.
Sebagai selebriti dikenali, mahu atau tidak itulah hakikat yang harus ditelan. Begitupun, jauh di sudut hati anak kelahiran Ipoh, Perak ini tersembunyi rasa kecewa dan kesal ekoran dikaitkan dengan pelbagai cerita yang kurang enak didengar.
   

  • BERBAKAT...menjuarai program AF8 membuktikan Shahir bukan penyanyi ‘main-main’.




Walaupun dibebani pelbagai gosip panas sehingga menimbulkan spekulasi, Shahir yang ditemui ketika rakaman Muzik-Muzik 26 di Shah Alam, baru-baru ini tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan.

Senyumnya masih sama meleret dengan dihiasi pendakap gigi dan tuturnya juga lancar menjawab setiap persoalan tanpa sedikitpun menunjukkan riak kurang senang.

Jelasnya, kehilangannya sebelum ini bukan kerana mahu menyorokkan sesuatu, apatah lagi dikaitkan dengan pelbagai misteri yang menimpa. Sebaliknya, cerita yang tersebar selama ini berlaku disebabkan salah faham.

“Insiden jatuh dalam bilik air pada Jun lalu adalah permulaan segala cerita kerana selepas itu saya diberi cuti dua bulan dan kemudian saya terus sambung cuti sepanjang Ramadan. Tidak sangka pula sepanjang ketiadaan saya selama tempoh tiga tiga bulan itu timbul pelbagai spekulasi bukan-bukan. Sedangkan sepanjang tempoh itu, saya hanya duduk memerap di rumah.

“Bayangkan saya dituduh hilang dan sakit, kemudian dikatakan terbabit dalam kegiatan gerakan Islam. Entah macam mana kisah terbabit boleh timbul pun saya tidak tahu. Saya hanya duduk berehat di rumah kerana tidak boleh meneruskan aktiviti seni memandangkan kesihatan yang tidak stabil ketika itu. Pihak pengurusan sendiri memberikan cuti agar saya dapat berehat dan cepat sembuh.

“Hikmah di sebalik apa yang berlaku, ibu bapa saya semakin faham dengan permainan dunia seni kerana sebelum ini jika ada cerita kurang enak mengenai saya, pastinya mereka tertanya-tanya bagi mendapatkan penjelasan.

“Apabila berada di depan mata mereka sepanjang bercuti dan gosip mengenai diri saya hangat dimainkan di media, mereka sendiri bertindak sebagai pendinding dan cuba menasihati saya agar terus kuat berhadapan dengan ujian ini. Pada waktu sama, tidak dinafikan mereka jadi pelik bagaimana orang boleh membuat spekulasi dan andaian sedangkan saya elok saja berehat di rumah.

“Begitupun, apa yang berlaku tetap saya hargai kerana ia membuatkan saya menjadi lebih kuat untuk terus berhadapan dengan cabaran. Ia kekal menjadi satu pengalaman yang banyak mendidik untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya tersenyum.

Penyanyi yang mempertaruhkan lagu Luar Biasa di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 ini bagaimanapun menyifatkan setiap kisah yang timbul mengenainya dianggap satu perhatian dan penghargaan kerana masih ada pihak ingin tahu mengenai perkembangan dirinya.

Berbicara lebih lanjut, wajah Shahir sedikit pun tidak menunjukkan riak terkejut apabila dramatis, Rozita Che Wan yang terus dikaitkan dengan namanya akan ditanya. Waktu sama, dia seperti sudah mengagak soalan itu akan diajukan.

Menganggap segala kontroversi dan kisah cinta yang timbul itu hanya sekadar satu gosip dan tiada kebenarannya, Shahir hanya mampu mengharapkan agar suatu hari nanti peminat dapat menilai sendiri kerana tiada guna sekiranya dia terus menafikan dalam usaha untuk membetulkan keadaan.

“Kami masih berkawan dan memang sejak dulu kami berhubungan sebagai kenalan. Tidak lebih daripada itu. Sesiapa juga boleh melihat semula mana-mana artikel atau kenyataan yang dikeluarkan saya, tidak sekali pun saya mengesahkan mengenai gosip cinta antara kami, sebaliknya memang apa yang ada hanyalah hubungan persahabatan.

“Saya akui kami pernah akrab dan ada keserasian, namun semuanya terlalu awal dan saya sendiri masih sibuk mencatur perjalanan kerjaya yang baru hendak bermula. Mana mungkin saya mengalih perhatian untuk berbicara soal cinta sedangkan keluarga dan kerjaya adalah keutamaan. Apa saja kenyataan dan kisah mengenai saya dan Rozita sebelum ini adalah satu salah faham.

“Saya masih lagi sendirian dan tidak pernah menjalin hubungan serius dengan sesiapa sejak menyertai AF. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan segala-galanya kerana apa yang penting bagi saya keluarga tahu perkara sebenar. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan melukakan hati sesiapa.

“Laluan saya kini hanya pada kerjaya nyanyian yang masih perlu ruang bagi terus diperkukuhkan,” katanya yang tidak mahu terus mengulas secara terperinci mengenai gosip cintanya.

Sebaik mengubah topik kepada perkembangan kerjaya seni, Shahir terus tampak bersemangat. Lebih-lebih lagi sudah lama dia tidak berkongsi cerita bersama peminat yang sentiasa merinduinya.

Meletak sepenuh fokusnya pada pembikinan album terbarunya yang dijadual berada di pasaran Disember depan, Shahir yang kini sudahpun merakamkan empat lagu dan berbaki dua lagi lagu mengharapkan usahanya ini akan mengubat kerinduan peminat yang tidak henti memberikan sokongan.

“Bintang kelahiran program realiti seperti saya adalah produk yang hidup atas sokongan peminat. Mereka sanggup meletakkan saya di atas. Atas alasan itu, ada tanggungjawab yang perlu saya lakukan iaitu mengembalikan apa yang diinginkan peminat. Saya harus berterima kasih dan memberikan yang terbaik kepada mereka kerana sejak awal lagi merekalah penyokong kerjaya saya selain keluarga.

“Satu magis buat saya apabila sokongan peminat yang langsung tidak berbelah bahagi. Meskipun timbul pelbagai cerita dan spekulasi, mereka terus setia dan sentiasa menunggu kehadiran saya.

“Lantas Disember depan atau selewat-lewatnya awal tahun depan, saya akan muncul dengan album solo yang masih mengangkat muzik Pop Rock dengan sedikit sentuhan melodi romantis.

“Saya ingin memastikan peminat berpuas hati dengan album itu nanti yang semuanya dirakam semula dengan alunan vokal yang menceritakan perasaan saya,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:27 PM | Show all posts
hai shahirianz
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:30 PM | Show all posts
hoiiii REDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD.....

pekabo....den tepek artikel pasal che amad...tang gambo yang hensem tu tak kuor pulak...hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2011 01:21 PM | Show all posts
hoiiii REDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD.....

pekabo....den tepek artikel pasal che amad. ...
Aserehe Post at 8-12-2011 12:30



    meghoyan nampak semua kat sana kita tak tau nak joinnnn camna..segan

sedap lagu baru shahir
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 08:43 PM | Show all posts
AKU, KAU & DIA
is going for song recording soooonnnn... mungkin on the first week of raya. who's the singer? jeng jeng jeng...
LikeUnlike ·  · Share · 25 August at 11:19 · 5 people like this..

Pekin Ibrahim Sevenwords Marsha!!!)
23 September at 18:29 · LikeUnlike.
Remy Ishak Fc good luck to all team...pastikan OST kebabom ok!...
30 September at 12:32 · LikeUnlike.
AKU, KAU & DIA Confirmed lagu shila, shahir n elly mazlein.... ;)
23 October at 17:16 · LikeUnlike ·  2.

BERITANYA: Confirm single ke-3 shahir akan dimuatkan dalam filem terbaru arahan Pierre Andre - AKU , KAU & DIA.....woo hoo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 10:40 PM | Show all posts
takder ker citer terbaru shahir???bila lagu baru nak kuar ni???
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:18 PM | Show all posts

Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuu...Assalamualaikum...

lama nye x masuk sinih....dah bersawang kot bilik den...ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:24 PM | Show all posts

ape citerr terbaru dak shahir a.k.a che amad.....

takde citerr?...huk alohhh....

album bile nak kuor....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 01:31 PM | Show all posts
Info dari page AF Talent : "Album Shahir sudah pun diluluskan untuk dipasarkan. Kini sedang dalam proses cetakan. Akan berada di pasaran hujung bulan ini. Terima Kasih.



Alopppppppppppppppp SHAHIRIANZ.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2012 01:26 PM | Show all posts
Info dari page AF Talent : "Album Shahir sudah pun diluluskan untuk dipasarkan. Kini sedang dalam pr ...
Aserehe Post at 27-2-2012 13:31



dah masuk bulan march..album mana? album mana? album manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 06:44 PM | Show all posts
Tangguh lagi
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
[email protected]
         
SEJAK menjuarai Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir tidak pernah sunyi daripada menjadi buruan media mahupun peminat. Selain kisah cinta jarak usia dengan dramatis, Rozita Che Wan mendapat perhatian, kisah pergeserannya dengan pihak pengurusan turut menjadi tumpuan.

Ada peminat setia Shahir menghubungi Selebriti meminta supaya pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) memberi penjelasan mengapa album sulung Shahir yang dijadualkan berada di pasaran awal tahun ini, masih tiada.


Adakah disebabkan timbulnya hubungan kurang baik antara kedua-dua pihak menyebabkan bintang berasal dari Ipoh, Perak itu dipinggirkan.

Peminat terbabit turut mahu penjelasan, adakah ini sebahagian agenda AESB untuk membunuh kerjaya seni Shahir kerana masalah berlaku.


Sewaktu ditemui baru-baru ini, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh menafikan kenyataan dibuat peminat. Malah, katanya, tiada masalah antara pihak pengurusan dan Shahir.


“Mengenai album sulung Shahir, ia sebenarnya masih dalam pembikinan. Kami masih menunggu Shahir untuk merakamkan lagu yang dihasilkan sendiri.

“Sebelum ini, sewaktu kami berbincang untuk menghasilkan album sulungnya, dia meminta supaya satu lagu ciptaannya dimuatkan. Katanya, ia khas untuk peminat dan sekarang ini kami masih menunggu,” katanya.


Menurut Khairul, pembikinan album Shahir tertangguh kerana dia mempunyai masalah peribadi yang perlu diselesaikan terlebih dulu.

“Kami berhubung dengan Shahir pada Januari lalu. Dalam perbualan itu, dia berkata, pembikinan terpaksa ditangguhkan kerana bapanya tidak sihat. Selain itu, dia ada beberapa urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Kami menghormati permintaannya.


“Hendak diikutkan, AESB boleh saja memasarkan album sulungnya memandangkan lagu sudah cukup kerana sebelum ini Shahir mempunyai lima single.


“Bagaimanapun, Shahir mahu ia menjadi album istimewa buat peminat dengan menampilkan lagu ciptaannya sendiri,” katanya.


Pada waktu sama, jelas Khairul, sebagai syarikat pengurusan, mereka tidak mahu terlalu mendesak kerana takut hasilnya tidak memuaskan. Kata orang, biar lambat asalkan penghasilan album terbabit memuaskan hati semua pihak, termasuk peminat.


Tambah Khairul, pihaknya memberi peluang dan ruang kepada semua artis yang bernaung di bawah AESB untuk merencanakan sendiri kerjaya seni mereka.


“Setiap orang berbeza dari segi cara kerja. Jadi AESB sentiasa mengamalkan sikap terbuka. Kalau Shahir mahu mengambil masa sedikit untuk menghasilkan album sulungnya, kita akur.


“Namun yang hendak saya tegaskan di sini, pihak kami tiada masalah dengan Shahir. Setakat ini, segala kerja dirancang berjalan baik.


“Segala cerita yang didengar peminat iaitu kami mengabaikan Shahir, adalah tidak benar. Saya percaya apabila segala masalah dihadapi Shahir selesai, dia akan kembali dan meneruskan projek album sulungnya,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 09:33 PM | Show all posts
apalah  lambat sangat nak siap album shahir ni??????????????

shahir tersenarai dalam MANIA tak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2012 04:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitoYoL at 12-3-2012 17:00








moga segala kesulitan yg shahir hadapi dpt dilalui dgn tenang..ayah shahir cepat sembuh dan segala urusan peribadi shahir settle secepat mungkin agar keluaran album nnt berjalan dgn lancar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 02:09 PM | Show all posts
rindunya pada shahir..............korang jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:46 PM | Show all posts
shahirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 08:43 PM | Show all posts
mana korang sumer pigi????????????
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 10:15 PM | Show all posts
yuhuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.092175 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list