CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 28-10-2012 06:15 PM | Show all posts
cerita ni mungkin x seram tp nak berkongsi dgn pembaca semua..

rsnya dlm 2thn lps laa kot..pegi mkn kat satu restoran favourite ni..masa tgh mkn tu terperasan yg en suami duk pandang2 ke arah kanan dia..pastu tanya dia kenapa..dia ckp tgk budak ada jual keropok dlm beg plastik besar..dia ckp kesian pulak kat budak tu dia x beli keropok tu. pastu sy tanya laa eh x perasan pun dia dtg td? baru jap ni dia dtg katanya laa. suami citer budak tu trus dtg kat meja kitorang tunjuk keropok yg ada dlm plastik dia tu. ada laa dlm 3paket. suami ckp baik2 xpe laa adik..then budak tu trus berlalu pergi x pergi pun meja2 lain sedangkan ada lg keropok yg perlu dijual. sy pun tengok2 jugak kot dia pegi kat restoran sebelah tp xde pun. restoran ni kat kawasan parking blkg sebuah hotel. dan ada sederet kedai kat area situ. sy ckp dgn suami xkan sebegitu cpt budak tu jln smpai sy x nmpk pun dia berlalu pergi. dan mustahil sy x sedar kehadiran budak tu sedangkan sy dan suami duduk bersebelahan bknnya berdepan dgn suami.. dan xkan pula sy x dgr bunyi plastik yg budak tu bwk masa dtg ke meja kami. sampai umah kami masih memikirkan perkara tersebut..bila cerita kat kwn2 suami semuanya meremang bulu roma rs seram semacam. sy masih musykil sampai skrg ni sbb xkan sebegitu pantas budak tu berjalan dan xkan sy x boleh sedar langsung kehadiran dia kat meja kami. suami pun tanya sy awak x perasan ke baru jp ni budak tu dtg..then sy tanya suami semula mana budak tu? suami pun hairan cpt sgt budak tu berjalan..hmm..apakah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2012 12:04 PM | Show all posts
seronok la baca citer2 n pengalaman kat sini.. masih menanti update2 yang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 03:51 PM | Show all posts
nad2r17 posted on 20-10-2012 01:28 AM
Assalam...Saya newbie so kalau salah tolong bagitau dan Insya Allah saya akan perbetulkan..

Selam ...

hermm...Lembah Sikamat kah ini?

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 05:12 PM | Show all posts
hai sume, ni irst time nak share cter... tak taw la seram ker x saja nak share2x..

ok mula cerita, suatu hari saya dapat job untuk jadi facilitator untuk budakx sekolah menengah.
program dibuat di area sungai gabai..

Activity siang macam biasa berjalan tanpa apa2x ganguan biasa la siang lagi apa ader hal.. Masa yang ditunggu2x malam sudah menjelma kalo dah program macam ni mmg xsah lah kalo xder OBH kan.. All participant dah cuak ader yang xnak join dengan mcm2x alasan tp mmg xdilayan la.

Petang tu kitorang dah riki tempat dari jalan lurus sampai masuk kawasan2x semak, naik turun bukit sume ader.. Fasi tak ramai time prog 2, so kami ditempat kan 1 spot sorg xkire fasi lelaki ker perempuan. saya ditempatkan di celah2x pokok pisang which is the best spot la kan ( dalam hati dok menyumpah, ni nak kena kan peserta ke nak kena kan fasi) so tawakal jer, start 11.30 sume peserta dilepaskan sorg demi sorang, peserta perlu jalan sambil pgg tali yang ader apa pon jadi kena pgg tali xbole lepas.. peserta mmg satu malaysia punya dengar la ader yang baca ayat kursi kuat2x, yang india n cina bace ayat dorg time 2 mmg kelakar la. saya ni fasi y agak nakal dlm team 2 hahahaha, sila bayangkan sy berdiri di tengah2x pokok pisang, rambut panjang ttp muka, tunggu peserta lalu, bila peserta dah dekat saya pegang tangan peserta. Ader yang terus lepas tali berlari balik. ade yang terduduk kat situ jugak, ader yang menangis. Tp paling x bole lupa ader sorg peserta ni dia pandang sy ok jer, siap cakap akak jangan main2x kat belakang akk jer then sy cakap dah2x jalan cepat dalam hati dah risau. tak lama lepas tu saya dengar sorg fasi laung azan sambil berlari kejar something y saya xpasti apa, tgk peserta tanggal 2org ja sy lepaskan cepat sy ikut kejar benda 2 which is sorang peserta perempuan. Mula2x kami risau jugak takot hesteria kang masuk dalam hutan satu keje sume kena redah hutan cari dia sorg..Tp ok selamat xsempat lari jauh dah kena tangkap n kami tenang kan dia..

peserta ni menangis2x cakap nak balik, xnak duduk situ prog y kami buat bahaya, kami tenang kan dia activity stop sampai situ jer.
habis prog sesi malam 2 sume masuk dorm, sume peserta satu tempat, dorm besar. Fasi 1 chalet 2 org. time nak tido la sy kena kacau pulak ( padan muka tadi kacau peserta sngt kan).. baru nak lelap mata kawan dah kejut bgtaw dia nampak ader kain pusing2x dekat luar 2, sy bangun terus buka pintu cakap xder la kak mana ader, then ttp pintu balik, pusing jer badan mmg nasib sngt laaa xbaik nyer kain 2 betol2x dekat tingap chalet. selamat nmpk kain jer.. saya dekat dgn pintu 2 tngan mmg auto bukak pintu terus jalan kuar tron tangga pegi kat fasi lelaki cakap korg tdo kat chalet aku malam ni ek,.  time tu memang macam mamai2x jer kawan lain mungkin risau dorg masuk dapur ambik garam terus masuk kan garam dlm mulut, time 2 baru sedar and rase takot dtg.

Malam 2 tidur la kami dalam chalet ditemani dgn fasi2x macho kat luar chalet, padan muka korg aku syiokk ja tdo atas katil korg tdo atas papan dlm sleeping beg ja kan kan... hahaha

Activity semalam bersambug la pagi 2, semua peserta disuruh cerita kan pengalaman masing2x, sy mmg gelak sakan la bila ader cakaap nampak hantu betul n mcm2 lagi laa. Then saya tnya malam tadi sapa yang tegur saya,  yang mmg dah perasan  saya dekat pokok pisang 2.. Xder yang mengaku saya hurmm xperla sy abaikan jer.

Settle semua prog peserta bole kemas barang.. Tengah borak2x dengan fasi lain dtg sorang peserta ni, cuit saya n cakap kak saya yang tegur akk semalam. Sy tnya kenapa x nak mengaku tadi, dia kata xnak nanti sume org akan tambah2x cerita. Saya tanya apa yang dia nmpk semalam n dia pon cerita la yang dia ni mmg gifted sikit, mata kadang2x bole nampak yang bukan2x..dia pon cerita malam td saya nampak cik lang berdiri belakang akk, dia pandang jer akk, 2 yang saya tegur akk 2.. Mungkin dia marah akk menyerupai dia kot kata nyer.. Perghh berdeboo jugak la dengar cter budak 2, syukur Alhamdulillah benda 2 x tegur aku, kalo tegur buat naya jaa..

Rase nyer cter ni tunggang langgang, xpandai nak karang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 11:01 PM | Show all posts
ragnarox posted on 29-10-2012 03:51 PM
hermm...Lembah Sikamat kah ini?

Yup...area-area situ la..mana tau ni...

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 01:55 AM | Show all posts
Ini ada lagi satu kisah seram ‘Tetamu tak diundang’ dalam hidup saya..

Kisah bermula selepas anak sulung saya dilahirkan..

Sewaktu anak sulung saya lahir, isteri saya dijaga oleh mak saya..dah duduk dengar orang tua semua pantang larang saya ikutkan..jangan balik waktu azan maghrib..jangan balik terus cium anak..balik jangan terus masuk rumah..tambahan pula kerja saya waktu tu memerlukan saya meredah banyak tempat yang saya tak tahu atau biasa..segala ceruk kampong saya masuk..asalkan ada jalan raya..

Tetapi menjadi kehairanan anak saya semacam tak serasi dengan saya..dan saya menjadi panas baran dan seolah-olah bukan saya lagi..mula-mula ingatkan disebabkan perubahan biologi..dari cukup rehat kepada tak cukup rehat dan tidur..sehingga pernah saya ingin mencampak anak saya tetapi mujur mak dan isteri saya menyedarkan saya..

Memandangkan hari Raya semakin hampir dan rumah saya dah ditinggalkan kira-kira sebulan, saya pun ajak la isteri saya balik untuk mengemas sempena Hari Raya..disamping tu saja mencuba berdikari sendiri la kononnya..pada mulanya semuanya ok..anak saya tak meragam elok je main..tapi selepas Isyak saya baru na terlelap dia mula menangis tanpa henti..segala petua diberikan mak saya buat..bakar cili kering, kulit bawang, daun garuda (geruda) semua saya buat..tapi masih lagi menangis tak berhenti…
Menangis dari kira-kira jam 10 malam..akhirnya saya ambil keputusan untuk pulang ke rumah mak saya malam tu jugak..saya telefon mak saya suruh sedia..mak kata kalau boleh elakkan la berjalan malam-malam tapi kalau terpaksa balik la..kira-kira jam 11 malam saya masukkan barang-barang ke dalam kereta untuk balik ke rumah mak saya..isteri semua da siap dan saya da hidupkan enjin kereta..tak semena-mena anak saya senyap..
Memandangkan dia da senyap kami pun ambil keputusan tak perlu la balik ke rumah mak saya..tapi barang-barang dari dalam kereta sengaja saya tak keluarkan..tutup saja pintu anak saya mula menangis kembali..puas dipujuk tak mahu berhenti..sekali ini saya nekad saya tetap balik ke rumah mak saya..

Saya terus keluar dan balik ke rumah mak saya..seperti tadi anak saya senyap ketika keluar dari rumah..sepanjang perjalanan anak saya senyap..sehinggalah ke kawasan perkuburan (yang saya ceritakan sebelum ini; post:2186# thread yang sama) anak saya sambung menangis..sampai di rumah mak saya terus masuk ke dalam rumah..kakak saya yang dengar anak saya menangis terus ke luar dan cuba bantu pujuk..mak dan isteri saya melihat saya da mula berubah..mereka suruh saya tidur dan biarkan mereka yang memujuk anak..anak saya terus menangis sampai jam 4 pagi..

Keesokkannya, mak ambil keputusan menelefon saudara saya yang pandai mengubat..mendengar perkara itu hati saya tak tenteram dan gelisah..tapi saya tetap ke pejabat seperti biasa..apabila mak menelefon saudara saya terus saudara saya tadi suruh saya balik..kebetulan saudara saya memang cuti hari tersebut  jadi dia mau selesaikan dengan segera takut melarat..terpaksa la ambil time-off sekejap..

Panjang sangat..sambung page lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2012 03:22 AM | Show all posts
Sepanjang perjalanan hati saya gelisah, sementara menunggu saudara sayajuga saya masih resah dan gelisah..hati berdebar-debar..saudara saya datang tanpabicara panjang dia terus senyum dan arahkan saya berbaring..cara dia mengubat orang dengan meletakkan kayu di antara ibu jari kaki dan jari telunjuk.. sebelum ini saya pernah mencuba tetapi sakitnya biasa (sakit kayu disepitkan di antara jari)..tetapi sekali ini sakitnya seperti orang menikam /mencucuk jari-jari saya dengan besi..seperti luka yang baru terkena limau (asid) pedih ya amat..dekat 15 minit saya menderita kesakitan baru la saudara saya tadi melepaskan kayu tersebut…selepas rawatan tersebut saya berasa amat lemah dan tak bermaya tetapi badan berasa sedikit ringan..kata saudara saya tadi kerana ‘makhluk’ yang menumpang tadi telah meninggalkan saya tetapi selama ini saya menanggung ‘bebannya’..anak saya menangis tak serasi dengan saya kerana ‘makhluk’ tu berada bersama dengan saya..baran saya kerana badan saya terlalu letih ditambah dengan bebanan ‘makhluk’ tadi..bila kita letih dan mudah marah memang senang la syaitan merasuk kita..

Saudara saya masih tak puas hati..katanya petang dia nak ikut saya kepejabat..kerana disitu la rumahnya.. Bilik saya di pejabat terdapat satu ruang yang tak kena matahari..Ruang tu terlindung dari matahari sebab struktur bangunan tu sendiri..gambaran bilik tersebut seperti di bawah.






file:///C:\Users\ADVANC~1\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.png


















Nak dijadikan cerita ruang tak terkena matahari tu saya jadikan tempatgantung baju dan jeket ..dekat situ juga saya jadikan ruang solat..Pejabat sayani ditingkat atas..di tingkat yang sama ada satu pejabat peguam India..bolehdikatakan peguam India yang kuat ibadat cara dia jugak la..sebab tiap-tiap pagi akan ada bau setanggi dan kemenyan..bau dia punya kuat sampai ke pejabat kami boleh bau..jadi lepas makan tengahari saya membawa saudara saya ke pejabat..masuk ke kawasan bangunan dia da tersenyum..dia kata apa banyak sangat 'benda' kat bangunan ni..memang banyak lot pejabat kosong di bangunan tersebut..masuk kepejabat saya terus dia memandang tepat ke ruang tak terkena matahari..dia tanya tu tempat apa..saya beritahu dia tu ruang saya bersolat..dia jawab patut la makhluk tu marah..awak buat rumah diatempat solat..panas la dia..tu dia tumpang na cari rumah baru..

Saya tanya dia dah mcm mana?dia kata takpe dia suruh ‘makhluk’ tu pindah..tapi ‘makhluk’ tu sekarang dah lari sebab nampak dia datang..nanti dia ‘pagar’kan tempat tu dan solatlah seperti biasa di situ..saya pun di’pagar’kan sekali..itu la kisahnye..tapi sekarang tak tau la sape tetamu tak diundang tersebut..

Ada lagi kisah lain sewaktu saya berubat di rumah mak saya..tapi la ni saya na balik makan dulu..ada kelapangan insya allah saya sambung..

Last edited by nad2r17 on 31-10-2012 04:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 11:40 AM | Show all posts
nad2r17 posted on 29-10-2012 11:01 PM
Yup...area-area situ la..mana tau ni...

pernah ke sana...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
alamak nadZr....dah setoppp....pls smbung
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
alamak nadZr....dah setoppp....pls smbung
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 01:27 AM | Show all posts
Kisah tetamu tak diundang saya bersambung lagi..

Rupa-rupanya ada kisah lain berlaku semasa saya sedang diubati oleh saudara saya. Saya diubati di rumah ibu saya. Sejak keluar hospital dan semasa di dalam hari, ibu saya menjaga anak dan isteri saya.  Jadi kami memang menetap di rumah ibu saya. Orang mengurut dan melawat semua di rumah ibu saya.

Hendak dijadikan cerita, kami terpaksa mencari orang untuk mengurut isteri saya kerana orang yang biasa mengurut tidak berani memandangkan isteri saya bersalin dengan kaedah pembedahan. Akhirnya kami diperkenalkan dengan seseorang untuk mengurut isteri saya.

Pada mulanya semua berjalan lancar sehingga lah saya ‘sakit’ dan perlu diubati. Ketika saudara saya tiba dirumah saya dia asyik memandang ke bilik yang didiami oleh isteri saya sewaktu di dalam hari. Sambil mengubati saya matanya kerap kali memandang ke arah satu sudut di bilik tersebut.

Selepas mengubati saya dia terus bergegas ke bilik tersebut. Kami sekeluarga agak pelik mengapa dia terus ke bilik tersebut. Kemudian dia terus keluar dan bergegas ke rumah kakak saya yang terletak berhampiran. Tindakannya memang mengejutkan dan dia seolah-olah mengejar sesuatu.

Setelah berlaku adegan ‘kejar-mengejar’ kira-kira 5 minit, dia kembali ke rumah ibu saya. Waktu itu baru diterangkan semasa mengubat saya dia ternampak satu lagi ‘makhluk’ bersidai di bilik isteri saya. Beliau cuba mengejar ‘makhluk’ berkenaan tetapi  ‘makhluk’ berkenaan sempat lari ke rumah kakak saya. Disana ‘makhluk’ berkenaan berjaya melarikan diri ke rumah kosong lain. Namun begitu, saudara saya berjaya mencederakan ‘makhluk’ berkenaan. Beliau juga ‘memagar’ semula rumah ibu dan kakak saya agar tidak dicerobohi oleh makhluk yang sama.

Kami bingung bagaimana ‘makhluk’ berkenaan dapat masuk ke rumah kami yang selama ini tidak pernah menghadapi masalah serupa. Kakak saya juga berpantang di rumah dan duduk di bilik yang sama sebelum ini tetapi tidak pula mengalami perkara yang sama. Menurut saudara saya, perkara ini mungkin kerana ada orang yang kami jemput telah meninggalkan ‘makhluk’nya secara sengaja atau tidak.

Di rumah memang ditanam pokok garuda (geruda) untuk diletakkan dengan anak kecil. Selama ini pokok berkenaan hidup dengan baik sehingga lah baru-baru ini ianya mati dan layu.

Begitulah secebis cerita mengenai 2 ‘makhluk’ tidak diundang di dalam hidup saya dan rumah ibu saya sewaktu kelahiran anak saya. Tak tahu la memang ‘makhluk’ tersebut tak diundang atau diundang secara tak sengaja.

Ada lagi 1 cerita tetamu tak diundang tapi kali ini di rumah saya sendiri..Ada kelapangan saya akan sambung..Insya Allah…
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 04:38 PM | Show all posts
KAULAT posted on 11-10-2011 10:02 PM
Sorry aku gi mencekik tadi...
aku tak tau la kalau korang nak dengar lagi atau tak pengalaman-penga ...

terbaik cerita brader ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 04:44 PM | Show all posts
zulka posted on 12-10-2011 09:55 AM
10 taun jadi renjer.... macam2 benda ada kat hutan tu .. tak larat nak citer..
lebih suka jadi p ...

cerita lah Zulka

walopun sudah setahun lebih ayatmu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 03:40 PM | Show all posts
SeriBunga posted on 16-12-2011 12:20 PM
Hai.. Seri newbie kat sini. selalu jadi silent reader jerr..arini tergerak nk share pengalaman

pe ...

salam.. seseorang..boleh jelaskan x kaitan buka ikatan ada muka mayat dan pocong?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 02:15 PM | Show all posts
Gegancu posted on 6-11-2012 04:44 PM
cerita lah Zulka

walopun sudah setahun lebih ayatmu..

haha. aku pun sentiasa menanti tt kaulat, chefmizan and forumer len update citer kat sini tapi tak jugak muncul2. dorang mesti busy. gegancu takde pape nak share ke? or forumer yang lain tak de nak share citer baru ke? kehausan pulak nak baca citer-citer seram orang nih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 03:20 PM | Show all posts
as salam..
nape chef n tt xde update citer da?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2012 03:28 PM | Show all posts
act,sy pun ade kisha mistik yg jd dlm idup sy...
tp mls nk menaip lg..kalo ade kerajinan,sy post kat sini oke...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 09:41 PM | Show all posts
ciktomato posted on 13-11-2012 03:28 PM
act,sy pun ade kisha mistik yg jd dlm idup sy...
tp mls nk menaip lg..kalo ade kerajinan,sy post ka ...

ye la kan ciktomato.. rindu lak nak baca citer2 dorang tu. ciktom la citer k. saya menantiiii.. cepat-cepat..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 11:22 PM | Show all posts
malutapimahu posted on 29-10-2012 05:12 PM
hai sume, ni irst time nak share cter... tak taw la seram ker x saja nak share2x..

ok mula cerita ...

ye la..citer menarik tapi susah nak faham..hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 04:19 PM | Show all posts
aerolz posted on 13-11-2012 02:15 PM
haha. aku pun sentiasa menanti tt kaulat, chefmizan and forumer len update citer kat sini tapi tak ...

ada la tapi kot2 x menarik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075753 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list