CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani V- aKU kEMbALI bErKONgsI cERITa ( ^ - ^ )

   Close [Copy link]
 Author| Post time 28-7-2010 08:58 AM | Show all posts
Salam Ilah & rakan2 semua...setau aku yang dhaif nih ikan puyu kat kampung aku xder pulak yang berka ...
piyes Post at 27-7-2010 22:36



    err nanti ilah tangkap gambo upload kat siner bile kedat taukei cina tu..yek...tapi sites dia kata ikan tu sebenarnya salah satu jenis ikan sepat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 09:24 AM | Show all posts
Reply 2220# ilahkhatibrani


    olosss.. ciannya ada owang demam..

nanti jgn lupa mkn ubat... moga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 09:51 AM | Show all posts
Reply  ilahkhatibrani


    olosss.. ciannya ada owang demam..

nanti jgn lupa mkn ubat... mog ...
halimi78 Post at 28-7-2010 09:24



    terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 09:54 AM | Show all posts
~ salammm..akak ilahhhh *muahhh2* wenduu sehh..slalu me jengok2 jerr jadik SR..dah takde new story k ...
LadyD Post at 10-6-2010 14:39



    salam lady D..

hu..hu baru pasan......jangan mare yeh nah munga drpd ilah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:55 AM | Show all posts
beli jangan tak beli.....bela bebanyak pas tu buat pekasam sodappppppppp
ilahkhatibrani Post at 28-7-2010 08:52


salam ilah..

merah tak sanggup nak makan ikan puyu pekasam ni..walaupun orang cakap sedap..sebab nya dok teringatkan ikan puyu dalam akuarium tu..dah besar2..termasuk ikan lampan...dalam bilik pun ada gak ikan puyu..dah bela, tak sampai hati nak makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 09:58 AM | Show all posts
ok..kali nie kisah yg panjang tapi kemungkinan bersambung2 dan mengambil masa sedikit err korang ok ker.......tapi macam biasa ada kena edit sedikit...tapi rasanya nak masukkan dahulu kisah pendek jer....

.
p/s;
naga..kisah burung kasawari ilah simpan dolu leh tak..
juragan..kisah burung belatuk rasanya dalam masa terdekat nie boleh citer kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2010 09:59 AM | Show all posts
ok..kali nie kisah yg panjang tapi kemungkinan bersambung2 dan mengambil masa sedikit err korang ok  ...
ilahkhatibrani Post at 28-7-2010 09:58



merah ok jer..tetap setia menungguuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 10:02 AM | Show all posts
ehh, ade ilah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 10:38 AM | Show all posts
assalamualikum ilah idolaku ....   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 29-7-2010 16:18

KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI DENGAN PENSAKIT SANTAU- EDISI BERSAMA ABAH


Sebelum abah bersara mengubati org luar....ramai org datang berjumpa dengan abah. dan macam biasa abah akan cuba mengelak untuk mengubati dengan alasan abah bukan nya perawat yg aktif......tetapi jika ibu masuk campur tangan memujuk abah...kebiasaanya abah akan mengalah ...errmm power of love gamaknya .....dan aku tetiba teringat salah seorang bekas pesakit santau yg pernah abah ubati dengan izin Allah...

dan inilah kisahnya......


Aku masih ingat ada seorang  lelaki dalam awal 30-an berkunjung kerumah bersama pasangannya membawa hajat yg besar....iaitu meminta abah merawatnya yg sudah merana tiga bulan sakit ganjil. Sudah beberapa kali dirawati dengan perubatan moden namun para doktor moden gagal mengesan punca sakitnya dan akhirnya dia mengambil keputusan mencuba perubatan alternatif iaitu perubatan tradisional. Kasihan lelaki tersebut, lemah jer badannya ..tubuhnya sangat kurus..tiada isi .rambutnya gugur dan semakin botak seperti pesakit yg sedang menjalankan kimoterapi...matanya kuyu dan sangat sembab..dibawah kelopak matanya sangat hitam kemerahan..seperti ada rashes...bibirnya kering dan pecah2...

lelaki tersebut ..sambil berjalan dipapah oleh drivernya dan pasangannya yg aku kira adalah isterinya.

Mereka datang sebelum  petang Asar dan  pada masa ini abahku tiada dirumah masih dengan lembu kesayangan diladang, yang ada hanyalah aku, adik bongsu lelaki dan ibu. ( errmmm adik- beradikku yg lain masih menuntut pada masa ini . manakala aku pula sedang menunggu org meminangku  ehh! silap menunggu tawaran melanjutkan pelajaran)


Macam biasa bila tetamu datang, kami akan melayan sebaik yg mungkin. Dan mereka bernasib baik, kerana yg menyambut kedatangan mereka ialah ibuku .jikalau abah errmmm mmm...aku rasa mereka akan pulang dengan hampa.manakala dari raut wajah ibuku semasa pasangan tersebut mencurahkan masaalah kepadanya..aku pasti ibu sudah mulai kasihan dan akan memujuk abah merawat....... .

Abah pulang setengah jam kemudiannya dengan basikal tuanya...dan wajahnya berkerut bila melihat sebuah kereta honda hitam tidak dikenali berparkir dihalaman rumah.

dipendekkan cerita..setelah dipujuk oleh ibuku, abah bersetuju merawat pasangan tersebut....dan rawatan bermula tiga hari berikutnya....dan kali nie abah akan memulakan rawatan pertamanya  ditempat tinggal pasangan tersebut..(yeayyyyyyyyy..aku suka sangat sebab boleh jenjalan sambil menyelam sambil minum air sirap.. yeayaaaa)


( Kali ini hanya aku dan abah..mcm biasa menjadi drivernya.....nama tempat dan nama sebenar pesakit  dirahsiakan mcm biasa
nama suami iaitu pesakit = abang mokhtar, isterinya kak anita...drivernya pak Ali ...org gajinya = mak munah)


Hari pertama...selepas solat Isyak...Permulaan rawatan....

Ketibaan kami, di sambut dengan tangisan lega kak anita....rupa2nya ...malam semalam abang mokhtar selepas waktu maghrib secara tetiba mengamuk tuli menumbuk dinding rumah...keadaan rumahnya pada malam semalam kelam-kelibut dengan amukan suaminya..kerana tiada pilihan dengan bantuan doktor peribadinya...memberikan suntikan ubat penenang...demi keselamatan dirinya dan penghuni banglo tersebut...

sementara abah hanya mendiamkan diri sahaja ..tanpa reaksi macam biasa ...manakala aku pula..debaran semakin terasa di dada bila mendengar cerita kak anita.....dengan muka cuak..yupp..itulah reaksiku macam biasa....tapi berlagak biasa sepertinya  terutama bila bersama abah agar tidak dileteri...

Suaminya ditempatkan dibilik tetamu..ditingkat bawah...jadi bila kami masuk ...secara tetiba suaminya yg tadi katanya sedang tidur ..bangun menyergah kuat " balik ! balik!  " kemudiannya pandangan beralih kepada isterinya " aku dah kata jangan bagi dorang masuk..kenapa degil...!!!!..ujarnya dengan marah dan suaminya cuba bangkit drpd katilnya ...namun gagal...dan terus terjelepuk jatuh ke lantai...

sebelum kak anita datang menerpa ke arah suaminya ....abah sudah bersiap sedia mengangkat suaminya..dengan membaca sesuatu dan menghembuskan nafasnya ke arah ubun2 suaminya...alhamdullilah suaminya membuka mata dengan lemah..dan memandang sayu ke arah abah tanpa berkata2 apa..."mokhtar..mokhtar...mokhtar..ko kenal aku tak nie"..ujar abah kepadanya..
"kenal pakcik"...ujarnya lemah...abah tersenyum...dan terus mengangkatnya dan meletaknya di atas katil..."sudah! mokhtar ko tidurlah ...:ujar abah sambil membaca beberapa potong ayat suci al-Quran dan lantas meniup lembut di wajah  abang mokhtar...setelah itu...terus abang mokhtar melelapkan mata dengan dada berombak tenang....

"alhamdullilah ,,dia masih kenal org yg dikenalinya bermakna gangguan yg berlaku belum menguasainya 100%...sebentar lagi aku mulakan rawatan ..ujarnya lagi..sambil memberikan isyarat jangan bersuara ,menegur dan mendekati mereka berdua sepanjang rawatan ....sementara aku macam biasa abah menyuruhku duduk tidak jauh drpdnya.., pak Ali dan kak Anita duduk di sofa berdekatan menjadi penonton pada malam itu.

lantas abah bersila...disebelahnya .dan membaca beberapa surah dan ayat  terpilih sambil meletakkan jari telunjuknya dibahu abang mokhtar...pada minit pertama..abang mokthar tiada menunjukkan reaksi sehingga minit kedua..secara tetiba kedua kakinya mengeletar ..semakin lama semakin kuat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:55 AM | Show all posts

Episod -1

Post Last Edit by ilahkhatibrani at 1-8-2010 12:24

Bila kedua2 kaki abang mokhtar semakin kuat menggeletar...kain pelikat yg menutupi kakinya mulai terselak sehingga  aku mampu melihat keadaan kakinya yg kurus kering tanpa isi..dengan urat kakinya yg berwarna merah hitam  penuh menjalar.seperti urat lelabah lagaknya....aku semakin malu melihat keadaannya apabila kainnya semakin lama semakin terselak ke atas peha...

sepantas kilat abah membuka kain yg dililitkan dipinggangnya dan terus menghampar penuh kain tersebut di kaki abang mokhtar.....erk! pelik..sebab kain yg diikat dipinggang abah mampu menutupi kedua 2belah kaki abng mokthar seperti seluar dan tidak terselak walaupun masih mengeletar dengan kuat.

abah meneruskan pembacaan tanpa mempedulikan keadaan abang mokhtar....sehinggalah secara tetiba2 abang mohktar terbatuk kuat  tanpa berhenti dengan masih matanya tertutup..lantas abah berteriak "cepat carikan aku baldi".....kak anita berlari keluar drpd bilik..dan kembali bersama mak munah membawa baldi ...aku terus mengambil baldi tersebut drpd kak anita..dan memberikan kepada abah....

sebaliknya abah tidak menyambut baldi aku hulur kepadanya..malah abah terus menekan perut abang mokhtar sambil berteriak "Allahuakhbar"....serentak itu abang mokhtar menjerit kesakitan dan terus muntah...secepat kilat aku menadah muntah tersebut di dalam baldi...

Ya! Allah busuknya....getusku dlm hati sambil menahan nafas serta memalingkan muka ke arah lain..hampir penuh juga muntah abang mokhtar nie..aduhai...jenuh aku menahan nafas..sesekali aku bernafas ikut mulut. ...sebab bau muntahnya busuk sangattt....bila nak abis niee

pada muntah terakhir ..abang mokhtar tetiba tersedak ..terus abah membaca sesuatu dan membuka mulut abang mokhtar serta menarik sesuatu drpd mulut abang moktar..erk! apa tu..Ya Allah..Benang.....ya...kengkawan ..simpulan benang berwarna merah dan kuning...dimana setiap simpulan ada cebisan daging....tapi aku tak pasti cebisan daging apa...dan aku melihat ada benda yg bergerak2 disekeliling cebisan daging itu..erk!!!! Ya-Allah ulat warna hijau.....penuh dengan lendiran kuning serta darah....dan baunya hanyir dan busuk...seperti bangkai.

abah menarik dengan perlahan dan berhati2..sementara abang mohktar sudah mengeliat kesakitan sambil berlinang air mata....
manakala kak anita sudah menjerit terkejut bila melihat ada simpulan benang keluar drpd mulut suaminya...mak munah dan pak ali hanya melihat dengan tergamam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:55 AM | Show all posts

episod 2...

Post Last Edit by ilahkhatibrani at 31-7-2010 15:00

sementara itu darah menitis laju jatuh ke dalam baldi drpd benang yg ditarik oleh abah....seolah2 disedut keluar daripada kerongkong abang mokhtar...bila cebisan daging yg tergantung itu mulai keluar dan hampir ke dagu abang mohktar ..abah terus membaca salah satu ayat drdp surah yassin dan beberapa ayat drpd surah al-jinn.,surah Shad .dan saba' ..serta beberapa selawat.....setelah itu dihembus kearah kumpulan ulat hijau tersebut dengan  nafas melalui hidung ..

ulat2 hijau yg tadi enak mengerumum ...tetiba menjadi kejung dan keras .......dari berwarna hijau bertukar menjadi warna hitam.....dan yg paling mengejutkan aku....ulat tersebut bertukar benang halus yg dipotong pendek digaul bersama  miang2 buluh dan serbuk kaca ...lalu jatuh masuk ke dalam baldi yg aku pegang....tanpa membuang masa, terus abah menarik lagi benang tersebut sehingga berjaya menariknya habis keluar drpd mulutnya...setelah itu...dilepaskan jatuh ke dlm baldi..


sementara...abang mokhtar mengerang kesakitan dengan kuat....

sementelaah itu, abah terus mengurut urat di leher abang mokhtar sambil membaca selawat nabi Yunus...dan surah2 yg terpilih...lalu terus ditekan salah satu nadi dilehernya ...terus abang mokhtar memuntahkan air yg berlendir kuning kehijauan buat kali terakhir...dan baunya...hampir membuat aku muntah bersama..aku bernasib baik kerana abah seolah dapat membaca keadaan yg menimpaku, lantas dia menekan nadiku di salah satu jari aku..alhamdullilah perasaan untuk muntah hilang secara tetiba...terus abah mengambil baldi drpd tanganku diletakkan di satu sudut dgn ditutup dengan kain batik...

kemudian abah terus memicit dikedua sisi hujung dahi abang mokhtar sambil membaca surah fatihah sehinggalah warna kulit wajahnya yg tadi pucat lesi..menjadi kemerahan dan berpeluh.....

' ilah..buatkan abah air asam jawa suam segelas dicampur madu lebah yg abah bawa nie...dan baca surah al-fiil dan tiga Qul semasa mengacau sehingga sebati'....mcm biasa aku menurut tanpa banyak soal...

mak munah menemani ilah ke dapur...sementara pak ali dan kak anita berada di dlm bilik..sebelum aku melangkah mataku ke sempat melihat abah membuka kain batik yg menutupi mulut baldi (yg penuh dengan muntah abg mokhtar)....dengan muka berkerut...sambil sesekali beristighfar dan mengeleng2kan kepalanya...erk! mesti ada2 apa2 nie ..


semasa di dapur...aku lihat muka mak munah sudah pucat ketakutan....sekejapan..dia memandang sekeliling ...malah semasa aku bertanya dimana bekas  asam jawa...menggeletar tangannya mengeluarkan bekas yg berisi air asam jawa...terus aku memegang pergelangan tangannya dan membaca ayatul kursi lalu menhembuskan kearah belakang telinganya.....

alhamdullilah ..dia semakin tenang ...dan lalu memelukku sambil mengucapkan terima kasih kepadaku..dibisikkan ditelingaku yg dia asyik mendengar wanita mengilai dari tadi setelah aku membaca ayatul kursi dan ditiup ditelingaku.dengan izin Allah .dia tidak mendengar lagi hilaian tersebut..malah semangatnya pulih...

aku hanya mampu senyum dan mendiamkan diri...

aku mengacau air asam jawa dengan madu yg diberikan oleh abah semasa aku mula membaca surah yg disuruh tetiba gelas yg aku kacau pecah...erk!.....terkejut aku ..sementara...mak munah sudah menjerit terkejut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:56 AM | Show all posts

Episod-3

Post Last Edit by ilahkhatibrani at 1-8-2010 11:43

aku hanya diam membisu...melihat gelas tersebut pecah..cepat2 aku lap tumpahan air tesebut..dan mengambil gelas yg lain...namun bila aku mulai membaca surah yg disuruh ..gelas tersebut pecah lagi..erk! berpeluh juga dahiku bila melihat gelas tersebut tetiba pecah seperti ditembak dengan peluru...dan nasib baik jariku tidak luka terkena serpihan kaca tersebut...."mak munah nie kena wat dengan gelas plastik  kot baru tak pecah " gurauku untuk meredakan kegelisahan dihatiku...

mak munah yg sedang terkocoh2 menyapu dan mengutip  serpihan kaca .tergelak bila mendengar gurauanku...

Aku cuba membuat air asam jawa bercampur  madu buat kali ketiga ...secara tetiba mak Munah memegang lengan dengan muka panik...sambil membisikkan kepadaku..yang dia ternampak lembaga hodoh mencangkung di atas meja dibelakangku.(jarak aku ngan gan meja makan hanya dua langkah kaki org dewasa sahaja)....terbantut hasratku untuk mengacau air ditangan....

Erk! alamak mak munah dah nampak ker...sebenarnya..sebelum pergi ke daput tadi memang dah ada makhluk tersebut duduk mencangkung diam disetiap sedut ....sekejap2 di atas peti ais..sekejap bergayut terbalik di kicthen kabinet....sebab itulah aku awal2 sudah membaca surah yg abah ajar sekiranya berhadapan kes begini..cuma aku tak sangka..makhluk nie jenis yg degil..dan tahan lasak.....ermm..semasa gelas pecah pun..aku boleh melihat dengan jelas ..senyuman yg terukir diwajahnya ..tanda gembira ..

dalalm kekalutan menahan rasa..secara tetiba abah datang menyergah dengan suara yg kuat " berani kau! menduga anak aku " dengan wajah yg bengis abah terus membaca beberapa surah sambil tangan kanannya diangkat separuh depan dengan tapak tangan terbuka ke atas...bila sampai bacaan salah satu  drpd  ayat surah yasin..abah mengulangi sebanyak tiga kali hentian dan terus dia menolak angin ke depan sambil menghembuskan nafaskan....

terus menjerit makhluk yg menyerupai wanita hodoh tersebut lalu hil;ang drpd pandangan...


"kenapa tak panggil abah..lain kali jangan memandai nak buat sendiri...ilah tak pandai lagi ..nasib benda tu tak merasuk mak munah tadi..." ujar abah marah kepadaku......sambil mengelengkan kepalanya..

"dah..pergi buat air tu sekali lagi...cepat....! "perintah abah dengan tegas....alhamdullilah kali ini aku berjaya..membuat air yg dikehendaki oleh abah...

semasa aku menhulurkan air kepada abah..aku membisik kepada abah yang akh ternampak kelibat seseorang disebalik tingkap dapur yg terbuka.berulang-alik...."ermmm biarkan sahaja..dia tak leh masuk ke dlm abah dah kunci...kali nie dihantarnya bende lain  lak"....
..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 10:56 AM | Show all posts

episod 4

Post Last Edit by ilahkhatibrani at 1-8-2010 12:36

mulut abah berkumat-kumit membaca sesuatu sebelum menghulurkan kearah kak anita untuk diberi minum kpd suaminy..." habiskan minum segelas...Insya-Allah semua bisa didalm badannya akan hilang sedikit demi sedikit" ujar abah kepadanya.
abah juga berkata kepada kak anita..rumah ini abah sudah pagar dan kunci...tapi penghuni umah nie perlu melaksanakan perkara yg wajib...untuk lebih kukuh.selain itu..lebihkan bersedekah dan jangan bercakap besar dengan org sekeliling terutam dengan jiran tetangga...lagi elok..kalau mereka berkawan dengan jiran...

kak anita hanya diam sambil mengalirkan air mata...sambil bertanya kepada abah...samada  adakah benar suaminya terkena ilmu hitam...abah mengatakan ada org menghantar santau kepada suaminya..dan dia bernasib baik kerana santau ini belum menguasai sepenuhnya..insya-Allah boleh sembuh sepenuhnya.cuma kemungkinan besar santau akan dihantar kembali...jadi abah perlu datang sekali pada hari esok..untuk usaha pembersihan...

Abah juga berpesan kepada kak anita...agar abang mokhtar perlu berpantang makan iaitu jangan makan makanan yg tajam dan minumam yg sejuk...pada esok harinya sementara  itu mulai esok, abg mokhtar perlu minum jus pucuk betik dua sudu setiap pagi ,bersenam bermandian air embun..dan juga sebiji biji nangka yg direbus.diselangi dengan makan gel lidah buaya pada waktu malam amalkan selalu sampai bila2...elok untuk memulihkan tenaganya yg hilang ....Insya-Allah badan yg kurus kering akan berisi semula..dimana selera makan akan bertambah...wajah akan berseri2 kembali...dan urat yg sudah masuk angin akan hilang sedikit demi sedikit...


pada malam ini...tugas abah selesai...dan abah berjanji akan kembali pada besok malam untuk rawatan seterusnya..
sementara baldi yg penuh dgn muntah tadi abah angkat dan letak di dalam kereta ...untuk dibuang jauh drpd rumah mereka...

dalam perjalanan pulang, kami berhenti di tengah hutan kecil..dan menanam sisa muntah abang mokhtar...setelah ditanam mulut abah berkumit2 ..dan aku pasti abah membaca untuk mematikan bisa santau drpd merebak....drpd suluhan lampu..dengan jelas aku nampak tanah yg dikambus menjadi berasap dan bertukar menjadi hitam seperti dibakar....


THE ENDS..-tuk mlm pertama...HU..HU...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 10:57 AM | Show all posts
panjang betol ni berkotak2 di reserved
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 11:03 AM | Show all posts
panjang betol ni berkotak2 di reserved
along? Post at 28-7-2010 10:57



    alaaa...sajer ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 11:05 AM | Show all posts
Reply 2236# ilahkhatibrani


    takpe2 nak tunggu ilah citer....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:12 AM | Show all posts
assalamualikum ilah idolaku ....
mieraedoera Post at 28-7-2010 10:38



    rasanya lepas ni miera akan jadi SR ... huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:20 AM | Show all posts
salam ilah.. selame ni duk jadi SR je..
sentiase tertunggu² citer baru dari ilah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:28 AM | Show all posts
akan ku tungguuuuu cerita dari mu ituuu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.077938 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list