Post time 21-11-2016 10:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 18-11-2016 09:31 AM
lisa suka ulang part tuh gak.....dari bum-na ri-hwa sin bertiga duk sama2
pastuh mak dia dtg puku ...
Iols skrg tgh kemaruk ulang3 best scene dlm JI.huhu...bnyk2 part yg smp brp kali repeat pun iols tetap rasa goosebump ,scene hwa shin bawak heli utk interview anchor tu
Rating Keseluruhan Drama: (8.5+8.5+8+4.5+3.5)=33/4=8.25)
Kritik Keseluruhan : JI ialah sebuah drama berkisarkan cemburu : cemburu dalam percintaan, cemburu dalam kekeluargaan, cemburu dalam kerjaya serta cemburu dalam persahabatan. Di samping itu ianya mengisahkan tentang keegoan seorang lelaki yang menghidap kanser payudara untuk menghadapi pandangan masyarakat serta dalam masa yang sama perlu mempertahankan kerjaya. Sebuah drama yang menarik untuk ditonton seisi keluarga.
1. Cerita (8.5/10)
Mengisahkan tentang seorang penyampai cuaca di stesen television bernama Pyo Na Ri (Gong Hyo Jin) yang menyukai rakan sekerjanya : seorang wartawan berbakat yang mempunyai reputasi tinggi iaitu Lee Hwa Shin (Jo Jung Suk).
Pyo Na Ri berusaha keras untuk menjadi pembaca berita kerana itu merupakan impiannya selama ini disamping perlu menanggung kos pembelajaran adik lelaki beliau kerana ibu bapa mereka sudah tiada. Konflik timbul apabila NaRi mulai rapat dengan kawan baik HS iaitu Go Jung Won (Go Kyung Po) dan menimbulkan rasa cemburu di hati HS.
Keadaan semakin rumit apabila HS dikesan menghidapi kanser payudara membuatkan HS dirundung emosi dan akhirnya menyimpan perasaan terhadap NaRi apabila NaRi sentiasa berada di sisi beliau sepanjang menjalani rawatan.
Selain itu terdapat beberapa hubungan cemburu di antara watak-watak yang lain seperti:
i) Kye Sung Sook (Lee Mi Sook) vs Ba Ja Young (Park Ji Yong) : kedua-duanya pernah menjadi kakak ipar HS dan kini merebut kasih sayang Ppal Gang yang merupakan anak kandung KSS tapi dibesarkan oleh BJY. Dalam masa yang sama, mereka berdua jatuh hati kepada Chef Kim Rak yang menjadi tuan rumah tempat Ppal Gang menetap kini
ii) Pyo Chi Yeol (Kim Jung Hyun) vs Oh Dae Goo (Ahn Woo Yeon) : dua rakan baik Ppal Gang (Mun Ka Young) yang menaruh hati kepada Ppal Gang
iii) Hong Hye Won (Seo Ji Hye) yang bijak dan berkaliber namun sukakan HS sejak HS mengkritik cara beliau menyampaikan berita. Sejak itu beliau bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dalam menyampaikan berita, secara tidak langsung terjatuh hati pada HS. HW sebenarnya tahu HS menyimpan hati terhadap NR dan sengaja mencium HS untuk mencuba nasib.
iv) Na Joo Hee (Kim Ye Won) pesaing Pyo NaRi untuk merebut tempat sebagai penyampai cuaca. Pernah sabotaj Na Ri sehingga Na Ri dipecat
v) Geum Soo Jung (Park Hwan Hee) yang merupakan pilihan ibu JW untuk dijadikan pasangan hidup. Cemburukan Na Ri kerana JW sukakan NaRi.
Drama yang refreshing dan menarik dengan kepandaian pengarah menukar jalan cerita rom-com yang kebiasaannya cliché menjadi menarik dan sukar dijangka selain penuh dengan pengajaran dalam kehidupan.
Selain itu drama ini harus dipuji kerana mewujudkan kesedaran terhadap breast cancer. Kanser yang selama ini sinonim dengan wanita tapi dalam Jealousy penyakit kronik ini telah dikesan pada watak utama lelaki yang merupakan seorang pembaca berita di SBC. Perasaan takut terhadap kematian tapi dalam masa yang sama bimbang dipandang serong oleh masyarakat / pasangan hidup, keegoan seorang lelaki merupakan antara konflik yang timbul dalam drama ini dan dikupas dengan baik oleh pengarah.
2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)
Gong Hyo Jin memang tidak dinafikan hebat dalam membawa watak gadis naif yang sederhana dan kadangkala annoying tapi mampu menarik hati lelaki selepas didekati. Watak NaRi sememangnya menjadi penyinar dalam kehidupan kebanyakan watak dalam drama ini kerana beliau ibarat jambatan yang menjadi penghubung dalam setiap perhubungan. Gong Hyo Jin sememangnya berkebolehan mencipta chemistry yang baik dengan para pelakon dan berkeupayaan membuatkan para pelakon di sekeliling beliau menyinar.
Lakonan Jo Jung Suk sangat menjadi, superb ! Sangat suka bila pengarah menggunakan semua kebolehan Jo Jung Suk seperti menyanyi (scene menyanyi untuk NaRi ketika mabuk sangat sweet walaupun kelakar) dan menari (siapa boleh lupa wedding dance itu?). Semuanya dibawakan dengan begitu baik oleh Jo Jung Suk. Lelaki yang ego dan degil tapi berprinsip teguh, dalam masa yang sama kebudak-budakan dan kuat cemburu. Antara scene yang tidak dapat dilupakan ialah ketika HS yang diselaputi lumpur berjalan seorang diri sambil menangis, kemudian bengang bila ada seekor octopus melekat di badan beliau. Scene beremosi yang dibawakan dengan begitu sempurna. Selain itu babak yang tidak dapat dilupakan ialah ketika dipukul oleh ibunya kerana disangkakan merampas kekasih kawan baik namun HS terus sambung makan bun tanpa hati dan perasaan, sangat degil dan sangat comel !
Go Kyung Po juga dipuji kerana mampu memikat hati penonton dengan perwatakan yang penuh kesopanan dan kesusilaan. Terasa kesunyian dan kesedihan JW bila hidup dikongkong oleh ibunya sepanjang masa. Menjadi seorang anak yang baik bermaksud perlu melupakan impian untuk hidup dengan cara sendiri kerana setiap keputusan yang JW buat adalah untuk memastikan ibunya tidak terluka. Sehinggalah beliau bertemu NaRi yang akhirnya membuatkan hidup JW lebih ceria dan bahagia. Tapi kissing scene dengan NaRi nampak keras dan statik jadi perlu membuat latihan lagi.
Seorang lagi pelakon yang meninggalkan kesan biarpun scene time tidak banyak ialah Seo Ji Hye. Sangat cantik dan semua tindakan beliau adalah sangat cool dan tidak cliché. Scene hamburan maki hamun terhadap HS disampaikan dengan bersahaja dan penuh class!
Pujian kepada semua watak-watak yang menjayakan drama ini sehingga membuatkan drama ini terasa hidup dan tidak asing dengan kehidupan penonton. Perubahan setiap karakter di sepanjang perjalanan drama ini sangat sempurna. Setiap watak membawa peranan masing-masing dengan baik, yang mana setiap mereka mempunyai kelemahan dan kekurangan dalam diri tapi berjaya mengatasi sehingga akhirnya memperolehi kebahagiaan yang dicari.
Nomination:
Gong HyoJin [Best Actress]
Jo JungSuk [Best Actor]
Go KyungPo [Best Supporting Actor]
Seo JiHye [Best Supporting Actress]
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8/10)
Jalan cerita menarik dan padat sepanjang 24 episod sehinggakan sukar untuk penonton skip sebarang episod kerana setiap satunya ada penarik yang tersendiri. Namun begitu episod di mana NaRi tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk memilih HS atau JW meninggalkan impak negatif terutamanya apabila mereka bertiga tinggal serumah. Scene ini dirasakan tidak perlu kerana menampakkan watak seperti tidak bermoral dan kesucian cinta seakan-akan tercalar. Sememangnya kedua-dua HS dan JW sangat-sangat menarik dengan cara tersendiri, boleh difahami kenapa NaRi tidak mudah untuk membuat keputusan namun scene tinggal serumah itu kurang sesuai.
Scene keseluruhan dirakamkan dengan cantik, Gong Hyo Jin nampak sangat cantik dalam drama ini dengan skin complexion yang flawless. Lighting yang bersesuaian membuatkan para pelakon nampak cantik sekali.
Scene romantik sangat sempurna, rasanya JoJung Suk seolah-olah a good kisser sebab setiap kissing scene tidak nampak kekok dan membuatkan hati penonton seperti melt inside terutamanya ciuman dalam bilik persalinan dan pastinya babak atas katil yang membuatkan Chi Yeul terpaksa menahan kesejukan sepanjang malam kikiki (is it hot in here?).
STOP. REWIND. REPLAY.
Nomination: Park Shin Woo [Best Director]
4. Skor muzik (4.5/5)
OST dalam drama ini memang sedap didengar. Terngiang-ngiang di telinga dan bersesuaian dengan setiap scene. OST banyak memainkan peranan penting dalam drama ini : menaikkan mood penonton dan menyentuh hati terutama scene yang sedih dan waktu-waktu HS bersendiri dan kelihatan sunyi. Banyak sangat lagu yang best sampai tak tahu nak nominate yang mana satu. I pilih lagu Step Step sebab bila scene sedih lagu ni menambah kesedihan tapi bila scene kelakar lagu ni menceriakan.
Suran – Step Step [Nomination : Song of The Year]
Brothersu – Come To Me
Peanuts Butter – I See You
Kwon Jin Ah – Love Me Do
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)
Sebuah drama yang sememangnya bagus tapi kebarangkalian untuk tonton semula itu rendah sebab terlalu panjang drama sehingga mencecah 24 episod. Mungkin hanya tonton semula best moments. Tapi sememangnya akan rekomen drama ini kepada semua peminat kdrama untuk ditonton dan dijadikan koleksi.
Pencalonan : Gong HyoJin [Best Actress]
Jo JungSuk [Best Actor],
Go KyungPo [Best Supporting Actor] ,
Seo JiHye [Best Supporting Actress] .
Post time 21-11-2016 12:32 PM
make me want to watch this again... igtkn spenk ...
thanks daus bagi tacang milion2...
meols tengah mengedit lagi ni...
ada picca tak lepas nak upload...
letak picca2 baru boleh recall balik scene yang besttt...hehe
Selamat si Hwa Shin ni baru stage 1, kalau tak, macam manalah nasibnya kat hujung2 episod kan.
Dahlah semua pantang larang sepanjang radiation treatment tu dia langgar je, apa je yang dia tak buat, minum arak, gaduh, makan aiskrim, dan macam-macam lagi. Haha
Post time 21-11-2016 02:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dauswq replied at 21-11-2016 12:22 PM
kerlasttt spenkee tulis panjang2
make me want to watch this again... igtkn spenk ...
Ok nnti iols buat cara 2...
Nk kuatkan semangat ni...
Btw..nurse hwa shin tu glamer n top btul skrg kt korea..wiken aritu ada 2 variety show iols lyn pggl dia jd guest...
Dlm happy together dia dtg dgn soo jung bakal tunang x jd jung won tu...pastu lg satu i live alone...dia glamer gile lpas kuar show king of masked singer tu sbb best gile dia nyanyi sdgkan dia pelakon..pastu dlm ms yg sama watak nurse x de perasaan dlm ji ni..klakar plak iols tgk dia lakonkan blk watak nurse tu time tu..mmg daebak lakonan dia...
Dlm i live alone tu plak dia baik gile n selalu lepak sama dgn membe bogum yg pendekar dlm moonlight tu..iols x ingat plak nama watak tu..pastu dgn lee si eon yg jd soo bong dlm w tu..
Geng2 moyan ji sila la lyn variety show tersebut kalau nk tgk nurse tu..power suara dia nyanyi...
Wah rajinnya @wima tengok variety show. Dah lama juga nada tak tengok apa2 yang berkaitan dengan korea sejak dilanda drama slump beberapa tahun lepas.
Biasa baca komen je dekat netizenbuzz atau kkuljaem untuk update pasal hallyu ni.
Lepas JI ni, macam dah gatal pula tangan ni nak follow balik variety show korea. Huhu
Btw, Nurse Oh tu namanya Park Jin-joo kan. Rasa macam dia ada berlakon dalam movie 'Sunny' kan, sebab pernah perasan dia masa keluar kat tv9 sebelum ni. Dia memang berbakat kan, nyanyi pun sedap. Nada suka dia nyanyi lagu 'Ugly' Tiba-tiba rindu 2ne1 yang dulu
Happy tengok GHJ dan JJS sibuk promosi movie masing2 selepas tamat JI ni. GHJ ada mention pasal JJS masa promo movie 'Missing' di MBC Section TV. Boleh tengok kat min 1.30
When Hyojin was told that many handsome actors wanted to work with her
.
"You are ideal type of many male actors"
GHJ: Woahh there're many...[shy]
She continued: "Jo Jung Suk ssi's early debut, He also said that he wanted to act with me. And seemed like his dream came true ^^.
.
And when she was asked about Yoo Ah in [ Ah In used to say he wanted to work with Hyojin in his previous interview]
GHJ: "I still want to work with him ^^".
They also invited him to their VIP premiere. They're still waiting for his response.
She added: "Ah In ah, give me your answer soon " ~ hehe
Cr: august_fvrn
Comel je GHJ ni. Harap akan ada drama untuk GHJ dan Yoo Ah-in nanti..
Ni turn JJS pula promosi movie 'Hyung' dengan DO dengan Park Shin-hye. Nada tak faham sebutir pun, tapi min 1.30 tu tiba-tiba JJS buat kelakar pula, haha, sian dia
Tapi nada masih terkesan dengan Fashion King, Yoo Ah-in berlakon okay dah, sekali ending dia tu Lepas tu jarang dah update pasal YAI. Haha.
Nada pun harap, GHJ lari sikit dari gelaran 'Gonvely' tu, dan pilih karakter yang berat sikit. Nada suka juga tengok GHJ dalam drama 'Thank You' dan 'Sang Doo, Let's Go to School'. Ada sisi lain yang dia tonjolkan. Harap next drama, GHJ diberi peluang untuk bawakan watak yang lebih mencabar ataupun saeguk ke kan, hihi
Post time 21-11-2016 04:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nada89 replied at 21-11-2016 02:40 PM
Wah rajinnya @wima tengok variety show. Dah lama juga nada tak tengok apa2 yang berkaitan dengan k ...
Iols mmg minat layan variety show...mmg byk jugakla yg iols folo..tp bile dh byk lyn drama dh byk miss...br ni try catch up balik tp tgk yg mana guest yg wima berkenan je...
Yup...park jin joo nama dia..aah..dlm variety show tu pun ada sebut psl dia glamer before ni sbb watak dia dlm sunny tu...pastu uils pun penah tepek pasal dia join koms tu kan before ni..
Dulu x penah miss koms tu..tp skrg dh byk epi tertggl..nntila slow2 catch up balik..
Post time 21-11-2016 04:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dauswq replied at 21-11-2016 02:58 PM
Nurse tu scene stealer dgn muka ketat dan tak berperasaan gtuh gak kan tp looked funny? Wlpn bbrp ...
Yup..kalau ikutkan watak dia sbnarnya x byk dialog n just duduk sblh doc n mengiring je...tp dia decide nk tonjolkan watak tu..so dia create la watak nurse tu mcm tu...director pun sporting..so okla kan...mmg scene stealer dlm drama ni...
Post time 21-11-2016 11:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dauswq replied at 21-11-2016 12:22 PM
kerlasttt spenkee tulis panjang2
make me want to watch this again... igtkn spenk ...
sabo @dauswq iols tgh tgk blk dari epsd 1 ni nak cari idea .padahal sengaja nk repeat sebb xleh move on .by the way ,scene HS gaduh kt dlm pub kt thai tu smp ke sudah iols x phm apa tujuannya.nk tunjuk yg hwa shin ni kerek ke? lg 1 epsd 24 ,nari kan xleh jd anchor dh .kira kena pecat ke mcm na ke sebab dia x berkebolehan? haha..penting ni nk msk dlm review .nk relatekan dgn maksud "dont dare to dream " .lg 1 ,end up nya HS dpt x slot idaman dia ,slot pkl 9 tu? ending kn ada tunjuk HS bc berita dgn Ms Gye .cc @nada89 @wima @qis13 @eddlisa_uyuk @Claudia_Lestat
Post time 22-11-2016 01:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Epsd 1bila tgk lps dh hbs ni lain feel dia .Sian Na Ri masa awal2 epsd 1 mcm balachi dh kt stesen tv tu semua keja dia nk buat sebab gaji ciput nau kn.Smp kasut hey won dia pakaikan .ada 1 scene lps Chi Yul bkk baju kt tmpat tuisyen dia ,Nari tanya kat chi yul brp jauh Bangkok dari sini?Chi Yul jawap 6 jam ,Nari kata dekat je .Masa" dia" pergi Bangkok 3 thn lps ,i told myself to go Bangkok someday & make him fall in love with me .I thought of taking my clothes off just like u did it before ( epsd 23 Nari betol2 buat benda ni kan & HS btol2 dah fall in love dgn dia ) .
Huhu..walaupun iols team hwa shin tapi cair seh dgn jung won scene dlm flight ni .Jgn kata Na Ri iols on boleh jatuh chenta kalo cenggini .
Scene dlm van ,Mr Choi tetiba recall blk Na ri pernah crush kat HS 3 thn lps .Ayat hwa shin " That's someone else's feeling I have no responsibilty for .Do u expect me to remember it for 3 years ? " Mr Choi kata "U obviously remember it .Your face darkened " .memang dia ingat pun sebenarnya kan ,refer to scene borak2 lps wedding ..haha..Tapi kan ayat Hwa shin tu arrogant betol .Bila ingat ayat dia kat Epsd 1 ni memang selayaknyalah Na Ri pilih jung won awal2 tu .Baru kena setepek kat muka Hwa Shin,padan muka kena jilat balik ludah !
Masa kat Thailand pun dh ada hint ala2 cinta segi ni ..masa Na Ri beli antiseptic ,Jung won & hwa shin tgh minum kopi..hwa shin ingtkn Nari nk pegi kat dia tapi sebenarnya Nari pegi kt Jung won .Terkebil2 hwa shin masa tu ,mimik muka hwa shin masa tu 50% curious eh mana na ri ni kenal jung won ,50% lagi eh nari ni bkn crush kat aku ke ,dh kenapa pegi kt jung won pulak.Ada bunga2 jealous disitu
First time tgk epsd 1 ni x brp faham lagi apa relation antara watak2 supporting mcm chef ,ms gye ,ms bang ,ppal gang etc ni .tp bila tgk 2nd time bila semua epsd dah hbs ,baru nmpk connection antara 1 watak dgn watak yg lain .First time tgk pun rasa annoying Nari raba2 chest hwa shin mcm tu tp tgk 2nd time dh rasa ok sebab ada reason Na ri buat mcm tu .