Penerbangan sulung jemaah haji Malaysia (KT01) akan berangkat ke Madinah malam ini. Bagi ahli forum yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini saya ucapkan selamat mengerjakan ibadah haji dan semoga mendapat haji yang mabrur, Amin.
Doakan yang baik-baik bagi kami semasa berada di sana.
di kesempatan ini saya mengucapkan selamat mengerjakan ibadah haji
kepada semua bakal haji dan hajjah...semoga diberi kesejahteraan kesihatan...
ketenangan jiwa...dapat melakukan amal ibadah berterusan dan mengerjakan
ibadah haji dengan lancar serta dianugerahkan haji mabrur...amin
pemergian dihantar...kepulangan disambut pasti ditunggu...insyaallah
selamat berangkat dan selamat kembali seadanya...
moga musim haji kali ini tidak terganggu dengan konflik di syria dan mesir yang sedang membahang...amin
kalo nak berperang pun sila tangguh selepas musim haji selesai dan jemaah-jemaah sudah pulang ke negara-negara masing-masing....
seingat saya sewaktu saya buat haji tahun 2003...masa itu konflik amerika dan iraq sedang kemuncak...
tapi amerika serang iraq setelah musim haji selesai...semua jemaah haji sudah pulang ke tanah air
masing-masing...
memori haji 2003...
foto dirakam setelah selesai ibadah haji...
usai solat di masjidilharam...
berkain pelikat bertelekung sebegitu sah-sah jemaah malaysia...
pemandangan sebegini biasa sangat di sana...
lokasi kedai ini seingat saya di pasar zink...
foto pun dah kelabu kelala...kamera masih pakai filem...
memori haji 2003...
laluan wajib ke masjidilharam setiap hari melalui pasar zink...
bangunan hat nampak sipi-sipi sebelah kiri foto(paling hampir dengan setengah badan van)...
adalah masjid kuching... Last edited by sarajevo on 6-9-2013 09:40 PM
JEMAAH haji, Mohamed Zain Idris 63, mengisi butir peribadi isterinya di beg sebelum bertolak bagi menunaikan haji di tanah suci, Mekah di perkarangan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. FOTO Sairien Nafis.
msaadhamid posted on 7-9-2013 05:35 PM
KT01 berdoa sebelum berlepas pagi tadi
Setiap kali tiba musim haji....terbayang bayang perjalanan kami semasa menunaikan fardhu haji 2 tahun lalu....YA ALLAH ku berdoa, semoga perjalanan tetamu MU pd musim haji ni diberkagi dan diberi kemudahan oleh MU. Bagi saa dan suami, perjalanan kami mmg dipermudahkan oleh NYA, roomate saya semua disean demam sebelum wukuf, tapi saya Alhamdullilah, saya kena sakit mata ketika sampai ke Madinah, selepas complete haji kami. Sebaik nampak Kaaba, saya minum seteguk air zam zam dan saya berdoa, agar ditangguhkan kedtangan haid saya hingga saya selesai urusan saya di sana, Alhamdullilah dimakbulkan dan saya dpt haid saya semasa di airport Madinah OTW nak balik Malaysia...syukur sangat2....pada jemaah semua, tumpukan perhatian dan insyallah, kita akan tenang. Ameen, selamat pergi dan selamat kembali.
wah..dah sampai musim haji...
tahun lepas anta mak ngan bapak kt Kelana Jaya untuk menunaikan Haji...
alhamdulillah tahun ni anta mak & pak mertua plak kat kelana Jaya insyaAllah 19 september ni...
sentiasa berdoa tahun depan biar ibubapa kami plak menghantar kami laki bini kt kompleks tabung haji menunaikan haji...
Mas916 posted on 9-9-2013 09:50 AM
wah...tahun ni beg galas baru..tahun lepas masih kaler oren kan...
Tahun ni, beg 5kg tu Maybank Islamic taja..yang beg sandang tu Bank Simpanan Nasional taja (klu tak silap..klu ada info baru, nnti saya update balik)..hehehe..
Tahun ni, rasanya ada 66 KT sahaja..dan kebanyakan pesawat yg berlepas di KLIA adalah dr SV (Saudi Arabia) yg membawa kapasiti 400 lebih jemaah haji pada satu penerbangan. Perjanjian dgn arab saudi tidak membenarkan pesawat SV berlepas dr mana2 stesen lain (alor star, penang, KK, Kuching, KT) kecuali di KLIA.
Untuk pesawat yg terbang di stesen berlepas selain drpd KLIA, kalau tak silap, pesawat MAS yg mendominasi..dgn pesawat yg lebih kecil (membawa muatan 200 lebih) dengan menggunakan pesawat jenis Boeing 777.
Lagi satu, perkhidmatan DAM, bagi yg pi haji tahun ni dah boleh dibuat pembayaran di kaunter TH..nilai DAM adalah SR400.00 (bersamaan RM382.00 untuk currency hari ni)..so, better yg dah terpilih dan memang akan pi tahun ni utk buat bayaran DAM kat Malaysia siap2..senang citer..
Cuma menghitung hari disamping menambah amal ibadat serta berdoa dipermudahkan urusan haji dan umrah kami.
Saya bertolak dengan KT43 pada 23 Sept hingga 11 November, 49 hari. TH kata bonus sempena ulangtahun ke 50 TH. Tinggal urusan jab pneumococcal saje belum buat, insha Allah dalam minggu ni.