CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladydolph

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA (SHARNAAZ AHMAD & NELYDIA SENROSE) (COTTAGE 15)

 Close [Copy link]
Post time 27-3-2014 04:58 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 27-3-2014 04:31 PM
nk bgtaunya satu dunia yg dia dh berweekand-weekand asek bersama chenta hati kheeennn...show opp i ...

haruslaa bitau.. barulaa tetiba dpt spot light...dulu org x kenal siapa walaupun pelakon. selfie bersepah pun tehtap sendu jahh,
now tetiba org pun start follow kt twitt, ig dan seangkatan dengannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2014 05:00 PM | Show all posts
KakAz posted on 27-3-2014 04:48 PM
Pinkzara nak tanya yang ada thanksforthepicmami tu adakah si Anis kertu.

sharnaazahmad Walk the ...

sapa lagi kaka...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 05:06 PM | Show all posts
AshkieLa posted on 27-3-2014 04:54 PM
x silap ..ya.. coz yg ash tawu..
mami = panggilan nanaz kat dia..
mamu = panggilan dia pada nana ...

nk tmbh...

mami jarum      - panggilan kami utk dia...
mami showop   - panggilan kami utk dia..
mamiselpiexabis- pun panggilan kami utk dia...
mami giant       - sda....x larat nk tulis dh...haha

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa posted on 27-3-2014 04:54 PM
x silap ..ya.. coz yg ash tawu..
mami = panggilan nanaz kat dia..
mamu = panggilan dia pada nana ...

Yaaa betul.. Gambar anis ni pun dia buat #thankyoumamu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru stalk makcikgiant ni hahaha kawan dia yg mamy tu buat hashtag #adikmanja

pa nely pun semalam ckp nely #simanja

adakah suratan atau kebetulan? Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok tgk kt ig hashtag dannyseries...
Scene nanaz pegang tgn pelakon popuan sapa tah x tau..
Nape ety tbyg2 yg popuan tu nely...
Nape???

Hahahaha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2014 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
marriot posted on 27-3-2014 05:06 PM
nk tmbh...

mami jarum      - panggilan kami utk dia...

Hahaha gelak tergolek golek
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
etyjunus posted on 27-3-2014 05:55 PM
Dok tgk kt ig hashtag dannyseries...
Scene nanaz pegang tgn pelakon popuan sapa tah x tau..
Nape e ...

Hahaha nely is everywhere! Even in our minds! So, mcm x logic lah pulak kalau xde dlm otak nanaz. Agak2 nya everytime berlakon mesti dia ter compare n tringat nely kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2014 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
narinjat posted on 27-3-2014 04:17 PM
aahaa...kannnnn ni kita ni kejap tenang,kejap bergelora,kejap sunami,kejap puting beliaung,kejap t ...

Sentiasa berdoa kaka..insyaAllah Allah akn permudahkan urusan kita..

Terima kasih kaka dngn doa yg terbaik utk kita semua peminat sharnaaz ahmad dan juga nelydia senrose..

Amin...amin... Ya rabbal Alamin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
elly_na posted on 27-3-2014 06:08 PM
Hahaha nely is everywhere! Even in our minds! So, mcm x logic lah pulak kalau xde dlm otak nanaz.  ...

Seharusnya dia akan compare..sebab chemistry dia dgn nely mmg natural sampai gandingan jebatmas tu mmg the best. Sebelum ni heroin2 yg berlakon dia ok2 aje ...yg tersikit outstanding nora danish and siti saleha...tapi tak de sebest nely. .
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh nak terhadam la apa yg nanas boleh terminat kalau ya ke pun dgn minah turban...pls la have some taste pls...yg memenuh selfie tu shows lack of confidence....larikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kaynal2013 posted on 27-3-2014 06:17 PM
Sentiasa berdoa kaka..insyaAllah Allah akn permudahkan urusan kita..

Terima kasih kaka dngn doa ...

Aminnnnn...Ya Allah kau permudahkanla.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:27 PM | Show all posts
marriot posted on 27-3-2014 05:00 PM
sapa lagi kaka...

adoi awat bodonya nanaih ni pi layan kertu arrrggghhhh confirm tak sokong, ni yang nak demam ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:32 PM | Show all posts
AshkieLa posted on 27-3-2014 04:54 PM
x silap ..ya.. coz yg ash tawu..
mami = panggilan nanaz kat dia..
mamu = panggilan dia pada nana ...

aduhaiiiiiiiiii kenapa mata si nanaz ni kero ker, kot ye kalau frust dgn dik nell cer cari yang lagi best ni pi cari kertu, sharnaaz ni patut berhenti layan kertu, dia actually ada chance dgn nelly if dia dok diam diam , nelly dok memerhati nak tengok betul tak sharnaaz ni cinta kan dia. so gimik gimik dia cakap I love you tu hanya sandiwara jer kak rasa utk bagi panaskan sharnaaz, nak tengok apa tindak balas sharnaaz tuuuu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nour73 posted on 27-3-2014 06:17 PM
Seharusnya dia akan compare..sebab chemistry dia dgn nely mmg natural sampai gandingan jebatmas tu ...

Tu la yg i ada ckp tadi.. Maybe nanaz ni x sabar nak kawin kot. So nely pun asik reject dh more than 4 times hahaha so si turban ni plak ada ciri2 yg dia nak aka sebijik shila amzah. Suka selfie gak! Haha a ah la nanaz bukakn minda mu.. X guna bersama org lain kalau ur mind still stuck with org lain. Nely pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:45 PM | Show all posts
KakAz posted on 27-3-2014 06:27 PM
adoi awat bodonya nanaih ni pi layan kertu arrrggghhhh confirm tak sokong, ni yang nak demam ni

Lontaran ayat tu,bagi sama mcm mas katabkat aireen
"bodo lah engkau ni,bla3..."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
@SharnaazAhmad: Terima Kasih abang Along atas tunjuk ajar abang @alongkamaludin http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sharnaazselamatdaripadabencana/Article
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom2 sejukkan hati baca artikel pasal nanaz

Langkah-langkah keselamatan sudah diambil sebaik mungkin. Bagaimanapun siapa dapat menjangka perkara buruk bakal berlaku. Inilah detik mencemaskan yang dilalui pengarah Along Kamaluddin ketika mengarahkan telefilem Rumah Buat Ibu terbitan Enuja Productions Sdn Bhd yang akan disiarkan sempena Hari Ibu di TV9.

Ketika itu Along sedang mengarahkan babak Sharnaaz sebagai Karim yang sedang menyiapkan bumbung rumah baru untuk ibunya. Bekas isterinya, Nadia (El Faeza Ul Haq) datang bertemunya menyebabkan Karim pergi ke arahnya. Ketika berjalan itulah dia tersilap langkah apabila palang yang dipijak patah membuatkan dia hampir terjatuh ke bawah dari ketinggian lebih tiga meter!

“Nasib Sharnaaz tak terjatuh. Sebaik dia hilang daripada skrin, perasaan saya jadi risau. Inilah yang dikatakan benda-benda yang tak dijangka. Apapun ini perkara biasa kerana kerap juga saya alami perkara sebegini. Biarpun langkah sewajarnya sudah diambil, kejadian ini susah nak dielakkan,” katanya yang bersyukur tiada kejadian buruk berlaku ketika penggambaran.

Selain berdepan kejadian ini, Along juga berdepan masalah cuaca yang panas terik dan jerubu membuatkan penggambaran di sekitar Hulu Langat dan Kuala Lumpur itu begitu mencabar.


NORMAH dan Sharnaaz diberi penerangan oleh Along untuk babak yang dilakonkan.


“Kepanasan yang dilalui ketika ini memang lain daripada sebelumnya. Saya sendiri tak tahan dan kena pakai topi. Namun saya puji Sharnaaz kerana sanggup melakonkan watak ini dan berada di tengah bahang panas. Kalau pelakon lain, mungkin akan merungut-rungut tak tahan,” katanya yang kali kedua bekerjasama dengan Enuja Productions selepas drama Miranda.


Tidak dinafikan kepanasan pada hari itu sangat mencengkam kulit. Bagaimanapun ia seolah-olah tidak menjadi kudis buat Along, pelakon serta kru yang tetap bekerja seperti biasa. Segala keperitan dilalui dengan tabah demi menyiapkan telefilem ini.

Sebagai pengarah yang berpengalaman, Along cuba memberikan sentuhan terbaik dalam drama ini. Apatah lagi ia mempunyai mesej tersendiri dan cuba membawa nilai positif kepada penonton.

“Saya tak ubah langsung skripnya tapi buat penambahan untuk memantapkan lagi cerita ini. Saya lebih ‘highlight’ kepada penghayatan dan karakter pelakon kerana ini sebuah drama berat. Saya tonjolkan kesedihan watak seperti Nadia yang terpaksa minta cerai daripada suami kerana ibunya nak dia kahwin dengan orang lain yang bukan kehendaknya.

“Elemen sedih yang ditonjolkan ini pasti dapat meninggalkan kesan kepada penonton. Jiwa mereka lebih dekat dengan konsep begini,” katanya yang sudah mengarahkan pelbagai drama antaranya Menjinak Ombak yang mendapat sambutan baik dari penonton.

Along berkata, pemilihan pelakon yang bagus turut membantu melancarkan perjalanan penggambaran ini kerana dia tidak perlu banyak menghabiskan masa membentuk mereka.

“Ini pengalaman kedua saya bekerja dengan Sharnaaz selepas drama Mira Sofea. Sepanjang bekerja dengannya, saya mendapati dia seorang yang berdedikasi dan komited dengan kerjanya. Waktunya juga tepat. Dia juga tak pernah menimbulkan masalah di lokasi.

“Jika dia berdepan masalah di luar saya tak pastilah tapi komitmen yang ditunjukkan sangat bagus. Sharnaaz seorang yang rajin bertanya sekiranya tak pasti. Dia boleh bawa watak seorang bapa dengan baik dan saya hanya perlu ‘guide’ pada perkara-perkara tertentu.

“Hanya Faeza perlu memperbaiki beberapa kelemahan kecil seperti penghayatan watak. Keseluruhannya dia berjaya menunjukkan lakonan yang memuaskan hati,” katanya.

Along berbangga kerana setakat ini drama arahannya sering mendapat sambutan baik daripada kalangan penonton. Terbaru, dia sedang menyiapkan drama untuk Hari Bapa pula terbitan sebuah produksi lain untuk stesen yang sama.

Bagi penerbitnya, Zainuddin Mohd Ismail, produksi mereka sentiasa tampil dengan drama bercorak kemasyarakatan. Dia mahu mendidik masyarakat menggunakan medium seni.

“Cerita ini sememangnya bawa pengajaran dan mesej kepada masyarakat. Elemen di dalamnya pernah berlaku dalam realiti kehidupan sebenar dan bukan rekaan. Alhamdulillah ramai penonton yang suka dengan resipi ini menerusi drama-drama terdahulu.

“Saya juga bersyukur kerana dapat menggunakan khidmat kak Normah Damanhuri untuk telefilem ini. Dia diakui antara pelakon terbaik dan lakonannya sering meninggalkan kesan terhadap penonton,” katanya.


Sinopsis

Rumah Buat Ibu mengisahkan mengenai Karim yang baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah. Dia dihukum penjara selama lima tahun tetapi dipendekkan kerana berkelakuan baik. Karim sebenarnya terbabit dengan dadah kerana desakan keluarga isterinya yang menghinanya kerana susah.

Karim pulang ke kampung untuk mencari ibunya, Mak Senah. Dia terkejut apabila rumah ibunya sudah musnah dalam kebakaran. Namun dia lega kerana orang kampung telah menghantar Mak Senah ke rumah kebajikan orang tua kerana tiada waris menjaganya.

Karim menemui Mak Senah dan berjanji untuk mendirikan semula sebuah rumah baru. Bagaimanapun kehadirannya tidak disenangi oleh penduduk kampung. Mak Senah pula tinggal sebatang kara selepas anaknya dipenjara. Dia tidak tahu anaknya tunggalnya terbabit dengan dadah. Orang kampung memandangnya dengan penuh hina. Mujurlah dia berjaya menyelamatkan diri ketika rumahnya terbakar.

Sementara itu bekas isterinya Nadia masih sayangkan Karim, tetapi tidak mampu untuk mempertahankan cintanya kerana keluarga Nadia inginkan dia berkahwin dengan lelaki kaya. Nadia juga terpaksa merahsiakan perceraiannya daripada Mak Senah dan dia berkahwin dengan seorang usahawan berjaya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:52 PM | Show all posts
5 week more to go!!  BKATC..

request  @kn64  buat last vc yg bakal di ingati nely nanaz...plzzz
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 06:56 PM | Show all posts
pinkzara posted on 27-3-2014 06:45 PM
Lontaran ayat tu,bagi sama mcm mas katabkat aireen
"bodo lah engkau ni,bla3..."

yer laa...if nanaz frust tak dapat nely..tapi why taste nanaz 'bodoh' sangat ?

takkan terikut ikut dgn taste nely terhadap tokchi yg yg 'bodoh' juga?

euuuwwwww  takleh hadam dgn drama reality ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.427311 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list