|
HIBURAN
Kereta Shawal bersuara
Oleh FAIZAL SAHARUNI
ISTILAH kereta terpakai atau kereta second hand memang suatu istilahbiasa. Bagi rakyat berpendapatan sederhana dan miliki sedikit asas ilmudalam bidang automotif, kereta terpakai dianggap alternatif palingbijak berbanding pelaburan kereta baru yang kini semakin mahal.
Dengan kos sara hidup terus meningkat dari semasa ke semasa ditambahsumber pendapatan yang agak terhad, kereta terpakai jugalah yangmenjadi pilihan hati.
Namun, bagi sesetengah orang, membeli kereta sebegini terlalu banyak risiko yang perlu ditanggung kemudian hari.
Pendedahan meluas di media cetak dan elektronik tentang kejadianseperti kereta sambung, geran bertindih dan risiko kondisi yang terukantara menjadi faktor menyebabkan kereta baru lebih digemari ramai.
Berlainan pula bagi peserta terakhir tersingkir dalam AkademiFantasia 5 (AF5), Shawal yang menganggap pembelian kereta terpakai adapro dan kontranya.
Membutir pendapat peribadi, kata jejaka berusia 23 tahun ini,pemilihan kereta terpakai punyai kebaikan dan keburukan, malah iabergantung pada bajet individu itu sendiri.
"Saya tahu nak beli kereta terpakai bukannya mudah. Pembeli harusbijak buat penilaian dan mengambil kira beberapa aspek pentingawal-awal lagi.
"Sebaiknya jika tiada pengetahuan luas tentang kenderaan, lebih baikkita ajak rakan yang lebih memahami selok-belok kereta atau mintabantuan mekanik demi mengelakkan kejadian ditipu penjual kereta.
"Lebih-lebih lagi kita tidak tahu pun keadaan dalaman kereta itubaik atau pun tidak. Justeru, bermacam perkara harus dinilai danditekankan terlebih dahulu.
"Sebagai pembeli, kita juga kena pandai pilih. Jangan tengokluarannya yang elok dan menarik, kita terus berkenan mahukan kenderaanitu," ujar Shawal memberikan nasihat berguna.
Begitu pun, dari satu sudut positif kepada pembeli, kereta sepertiini memberi pulangan menguntungkan jika perkiraan dilakukan denganbetul.
Jika tidak, mustahil pekedai yang menjual kereta terpakai boleh terus hidup dan tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Lihat sahaja di Lembah Kelang, konsep perniagaan lokasi setempathampir ada di mana-mana dengan menawar pilihan kereta terpakai tempatandan versi re-con dari Jepun dan Britain.
Pearl White kekasih Shawal
Beritahu Shawal atau nama sebenarnya Mohd Shawal Ruslan, kereta yangkini digunakan, Honda EK bagi mengangkut diri ke destinasi yang ingindituju merupakan kereta terpakai diperolehi dengan harga sekitarRM50,000.
Mula digunakan sejak melangkahkan kaki keluar daripada AF5 setahunlalu, kata Shawal, Honda berusia hampir sedekad dengan gelaran PearlWhite itu dibeli dengan seorang rakan yang bekerja di pejabat lamanyasebelum bergelar graduan AF.
"Saya tak kisah gunakan kereta terpakai walaupun ada yangberpendapat golongan selebriti seharusnya mendapatkan kenderaan barudan moden di pasaran.
"Pada saya, terpulang pada keinginan dan kemahuan tiap individuitu. Tak semua orang cita rasa sama, malah saya perhatikan keretaterpakai juga ada kualiti masing-masing walaupun sudah digunakan oranglain.
"Apa yang saya tahu, ramai yang membeli kereta terpakai ini bagimengubahsuai kenderaan mereka. Dengan itu, mereka dapat menjimatkan kosdan tak perlu keluarkan duit yang banyak," jelas anak sulung daripadaempat beradik ini.
TIDAK ingat berapa kos dihabiskan bagi mengubah suai keretanya ini.
Shawal yang dilahirkan pada 3 Julai 1984 memberitahu, pemilikkenderaan jenis ini bakal berhadapan dengan situasi mobil mengalamimasalah tidak menentu.
"Itulah keburukan kereta terpakai. Apa jua keadaan atau masalahboleh berlaku tanpa dapat dijangka. Bila-bila masa dia boleh buat hal.
"Berbanding kereta baru, sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atautiga tahun ia tidak akan meragam apatah lagi jika tuan punya keretajaga dia dengan sepenuh kasih-sayang," ungkapnya.
Tidak dinafikan, sebelum ini Shawal berhasrat untuk membelikenderaan baru, namun setelah memikirkan bermacam pandangan dansituasi, dia terpaksa melupakan angan-angan itu.
"Sebelum menyertai AF5, saya dah pun beli Proton Wira. Saya tak mahunak membazir sangat sebab kereta itu pun masih digunakan adik.
"Ada ketikanya saya pun akan pandu Wira itu di sekitar rumah. Jadisaya rasa elok beli kenderaan terpakai sebab tak nak membazir.
"Lagi pun saya minat ubahsuai kenderaan. Dengan adanya Honda warnaputih mutiara ini, saya boleh jalankan pengubahsuaian padanya bila-bilamasa saja," tutur Shawal menguraikan lebih lanjut personalitinya yangberminat dalam mencantikkan mobil.
SEPERTI kereta baru. Inilah hasil ubah suai yang dilakukan terhadap kereta terpakai milik Shawal.
Sebelum menutup bicara petang itu, Shawal sempat menasihati parapemandu yang 'gila' mengubahsuai kenderaan: "Kalau anda nak buatapa-apa pada kereta, lakukan secara berpatutan dan ikut kemampuansendiri.
"Sejauh mana minat dan hobi anda terhadap ubahsuai kenderaan, palingpenting ia tidak sesekali langgar atau menyalahi undang-undang yangditetapkan pihak berkuasa."
CREDIT TO: akhbar KOSMO
[ Last edited by madjogurl at 25-6-2008 08:25 AM ] |
|