CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 15-5-2014 08:04 PM | Show all posts
Assalamualaikum.

Saya nak tanya tentang kesahihan "Benefits & Blessings" of Ayat Kursi. Saya ada download app Ayat Kursi dan di situ ada menyatakan yang,

"If one recites this after performing Wudhoo, the 5th Imam Hadhrat Imam Muhammad Baqir (AS) has said: Allah will give him a reward of 40 years of Ibaadat, his position will be raised in the Heavens 40 times (levels) and will marry him to 40 Horains."

Betul ke? Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2014 09:38 PM | Show all posts
penny94 posted on 15-5-2014 08:04 PM
Assalamualaikum.

Saya nak tanya tentang kesahihan "Benefits & Blessings" of Ayat Kursi. Saya ada  ...

Bila di tulis AS (alaihissalam) dibelakang nama muhammad bakir, sahih lah itu datangnya dari Shiah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2014 09:42 PM | Show all posts
mice_cheese posted on 13-5-2014 12:05 AM
Ok..barang tu barang persendirian.tapi pasal bayaran tu bukan la persetujuan bersama kerana ia dah j ...

Kalau parcel persendirian, lebih baik di alamatkan ke rumah.  sebab dia ada haq meminta upah atas kerja yang dia buat untuk urusan persendirian orang lain.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 08:55 AM | Show all posts
assalamualaikum, nk tnye. apa hukum friend dgn rakan fb yg tidak tutup aurat?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 01:28 AM | Show all posts
COKLAT CADBURY ada babi...

tangan dah pegang...

mulut dah ngap

camner nak samak??
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 02:02 AM | Show all posts
RockRockRock posted on 28-5-2014 01:28 AM
COKLAT CADBURY ada babi...

tangan dah pegang...

Biasanya kalau dh tahu, dia x makan dh kot...
- bila yg dh makan sekian lama plk tawakkal je le, stop mkn

Tp kalo dia x mkn boleh menyebabkan kematian atau sakit teruk, mkn je la.
- ada ke?

Atau nk makan apa² jenis coklat sampi terbayang² babi, x pyh mkn le.
- Tp kalo yg nk minum milo pn terbayang babi, elok buat rawatan psychology...

Ada lg satu kes was², smpi tabung ATM pn dibabikan?
- sendiri punya tangan-mulut, org lain yg kena sertu.

Pendek kata, nk berhukum dgn yg propa kna ambil tahu yg byk dgn mendalam
- kelak jd boneka birokrat terpalit tahi di dahi wlpn x perlu samak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2014 10:45 AM | Show all posts
musliadiadnan posted on 26-5-2014 08:55 AM
assalamualaikum, nk tnye. apa hukum friend dgn rakan fb yg tidak tutup aurat?

Salam

Sama seperti berkawan dengan rakan yang tidak tutup aurat. Bezanya, fb tu kawan secara online yang nampak gambarnya, walaupun mungkin secara realiti tak pernah jumpa.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 08:21 AM | Show all posts
mnm77 posted on 29-5-2014 10:45 AM
Salam

Sama seperti berkawan dengan rakan yang tidak tutup aurat. Bezanya, fb tu kawan secara on ...

terima kasih di atas jawapan...

Comments

sama-sama  Post time 3-6-2014 09:04 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 08:27 AM | Show all posts
as salam, nak bertanyakan soal solat jamak qasar. bolehkah org bermusafir solat berjemaah dengan jemaah lain (yg tunaikan solat fardhu spt biasa) sedangkan selepas itu dia menunaikan solat jamak yang seterusnya? cth xdi dia solat maghrib berjemaah, lepas tu dia solat jamak qasar sendirian utk solat isya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 09:05 AM | Show all posts
musliadiadnan posted on 1-6-2014 08:27 AM
as salam, nak bertanyakan soal solat jamak qasar. bolehkah org bermusafir solat berjemaah dengan jem ...

Setahu saya boleh, dan saya sering join Jemaah 'orang tempatan' dan sambung solat jamak, bila dlm safar

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 06:18 AM | Show all posts
Bila masuk Islam,semua dosa kosong?


Last edited by ibnur on 9-6-2014 06:12 PM

Comments

Sorry yer. Sini bukan board lawak. Gambar lucah dilarang.  Post time 9-6-2014 06:13 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 11:10 AM | Show all posts
penny94 posted on 15-5-2014 08:04 PM
Assalamualaikum.

Saya nak tanya tentang kesahihan "Benefits & Blessings" of Ayat Kursi. Saya ada  ...

Just a word of caution...this sayings are usually not authenticated ie..not from the words of our Nabi SAW aor his followers...it all point to the wordings of puak Syiah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 02:00 AM | Show all posts
musliadiadnan posted on 1-6-2014 08:27 AM
as salam, nak bertanyakan soal solat jamak qasar. bolehkah org bermusafir solat berjemaah dengan jem ...

(1) Bersabda Nabi saw :

إنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَلا تَخْتَلِفُوا عَلَيْهِ
"Imam dilantik untuk dikuti, maka jangan kamu berbeza dengannya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #722, Muslim #4141]

(2) Riwayat Ahmad dari Ibn Abbas ra, bahawa telah diberitahu kepadanya :

مَا بَالُ الْمُسَافِرِ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ فِي حَالِ الانْفِرَادِ , وَأَرْبَعًا إذَا ائْتَمَّ بِمُقِيمٍ ؟ فَقَالَ : تِلْكَ السُّنَّةُ . وَقَوْلُهُ : "السُّنَّةُ" يَنْصَرِفُ إلَى سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم.
"Mengapa orang yang bermusafir solat 2 rakaat apabila bersendirian, dan 4 rakaat apabila berimamkan mereka yang bermukim? Maka beliau berkata : 'Itu adalah sunnah', iaitu sunnah Rasulullah saw" -[Hadith dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Irwa' al-Ghaleel #571]

(3) Dari riwayat Naafi' berkata :

وفي صحيح مسلم (694) من طريق نافع قال كان ابن عمر إذا صلى مع الإمام صلى أربعاً وإذا صلاّها وحده صلى ركعتين .
"Apabila Ibn Umar bersama Imam dia akan bersolat 4 rakaat dan jika ia bersolat berseorangan dia akan bersolat 2 rakaat" - [Hadith riwayat Muslim didalam Sahihnya #694]

(4) Riwayat dari Sulaiman al-Tameemi bahawa Abu Majlaz berkata :

وروى البيهقي في السنن من طريق سليمان التميمي عن أبي مجلز قال قلت لابن عمر : المسافر يدرك ركعتين من صلاة القوم يعني المقيمين أتجزيه الركعتان أو يصلي بصلاتهم ؟ قال فضحك وقال يصلي بصلاتهم .
"Aku berkata kepada Ibn Umar, Jika orang yang bermusafir mendapatkan bersama mereka yang bermukim, apakah di solat 2 rakaat atau bersolat sebagaimana mereka bersolat? Dia ketawa dan berkata,'Dia hendaklah bersolat sebagaimana mereka solat'"- [Hadith riwayat al-Baihaqi].

Menurut Syiekh Nasir ibn Sulaiman al-Alwaan :

لا مانع من كون المسافر يصلي خلف المقيم سواء اختلفت هيئة الصلاة أم لا . واختلاف النية غير مؤثر غير أن المسافر إذا أدرك مع الإمام دون الركعة فإنه يصلي قصراً .
مثال ذلك : مسافر أدرك مع الإمام التشهد الأخير من صلاة الظهر فحينئذٍ يصلي الظهر ركعتين ، فهذه صلاته إذا لم يدرك ركعة فأكثر .
"Tidak ada tegahan kenapa orang yang bermusafir tidak boleh bersolat dibelakang orang yang bermukim, tidak kira samada bentuk solat itu berlainan ataupun sama. Perbezaan niat tidak memberi kesan, tetapi jika orang yang bermusafir mendapatkan Imam kurang dari satu rakaat, maka ia hendaklah bersolat qasar.

Sebagai contoh : Seorang musafir mendapatkan Imam pada Tahiyyat Akhir Solat Zohor. Didalam kes ini dia hendaklah bersolat 2 rakaat. Inilah cara solatnya jika dia tidak mendapatkan Imam dengan satu rakaat atau lebih"

Cuma ketetapan membenarkan Solat penuh bersama Imam bermukim dan dikuti dengan menjama' solat merupakan ketetapan dan ijtihad para-para Imam.

(b) Bolehkah menjama'kan Asar dengan solat Jumaat.

Al-Hafiz Imam Nawawi didalam Kitab Al-Majmu' (dan jemaah yang lain) mengatakan bahawa :

ومن أجل ذلك فقد نص الفقهاء من الشافعية على جواز الجمع بين صلاة الجمعة وصلاة العصر،
"Bagi ulama' Syafie telah membenarkan menjama' diantara Solat Jumaat dan Solat Asar"

Begitu juga dengan kitab-kitab Fiqh Syafie yang lain seperti Mughni Al-Muhtaaj tulisan Syiekh Al-Syarbini menyebut :-

(يجوز الجمع بين الظهر والعصر تقديما) في وقت الأولى (وتأخيرا) في وقت الثانية. والجمعة كالظهر في جمع التقديم كما نقله الزركشي واعتمده كجمعهما بالمطر بل أولى، ويمتنع تأخيرا لأن الجمعة لا يتأتى تأخيرها عن وقتها
"(Dibenarkan menjama' diantara Solat Zohor Asar secara Taqdim) didalam waktu pertama (dan Ta'khir) didalam waktu yang kedua. Solat Jumaat seperti Zohor didalam Jama' secara Taqdim sebagaimana yang dimaklumkan oleh Al-Zarkashi dan dibenarkan seperti menjama' sewaktu hujan pada awalnya, dan tidak mungkin dapat ditangguhkan kerana sesungguhnya Solat Jumaat tidak datang padanya secara Ta'khir dari waktunya" (Muhgni Muhtaaj 1/370).

Ulama Fiqh perbandingan masakini dari Syria, Dr Wahbah Al-Zuhaily mengatakan :-

يجوز عند الجمهور غير الحنفية الجمع بين الظهر والعصر تقديما في وقت الأولى، وتأخيرا في وقت الثانية، والجمعة كالظهر في جمع التقديم، وبين المغرب والعشاء تقديما وتأخيرا أيضا في السفر الطويل كما في القصر (89
"Dibenarkan disisi Jumhur selain dari Hanafi menjama' diantara Zohor dan Asar secara Taqdim diwaktu pertama, melakukan solat secara Ta'khir pada waktu kedua, dan solat Jumaat seperti juga solat Zohor didalam jama' Taqdim, diantara Maghrib dan Isya' secara Taqdim dan Ta'khir juga seperti didalam permusafiran yang panjang sebagaimana didalam Qasar (89km)." (Al-Fiqh Al-Islami 2/349].

Contoh ulama' moden mazhab Syafie yang lain seperti Syeikh Dr Khaalid Al-Jundi, pensyarah Usuluddin dan falsafah, Universiti Al-Azhar apabila ditanya boleh atau tidak menjama'kan solat asar dan Jummat, menurut beliau :

بالنسبة للمسافر فله القصر والجمع، إذا كنت في مكان ستصلي فيه الجمعة ثم ستسافر فعليك أن تصلي الجمعة ثم تصلي صلاة العصر جمع تقديم، ويمكن أن تصليها جمع تقديم قصرا وجمعا، أي يمكنك أن تصليها ركعتين فقط أو أربع ركعات فقط.
"Bagi mereka yang bermusafir untuknya dibolehkan Qasar dan Jama', Jika kamu berada ditempat yang akan bersolat Jumaat, dimana kamu didalam musafir, maka hendaklah kamu solat Jumaat kemudian bersolat Asar secara Jama' Taqdim, dan kamu boleh juga melakukan solat Jama' Taqdim secara Qasar dan Jemaah, atau dibenarkan kamu bersolat 2 rakaat sahaja atau 4 rakaat."

Ulama' Syafie mengambil kaedah Solat Jumaat itu adalah adalah sebagai ganti Zohor. Ada juga khilaf dikalangan ulama' yang tidak membenarkan jama' diantara Jumaat dan Asar dengan alasan :- a. Solat Jumaat bukan untuk orang musafir b. atau ada dikalangan ulama Hanbali yang mengatakan Solat Zohor tidak sama dari Solat Jumaat didalam banyak aspek. Nas-nas yang membolehkan jama' tidak ada yang merujuk kepada Solat Jumaat, tetapi merujuk kepada Solat Zohor.

Menurut Ali Muhiyuddin Al-Qarh Dagha :-

حيث قال ابن تيمية: إجماع العلماء حجة قطعية واختلافهم رحمة، أما أن تتحول هذه الخلافات إلى فتن فهذا هو الذي لا يجوز علمًا بأن جمهور الفقهاء أجازوا الجمع بين صلاتي الجمعة والعصر للسفر والمطر.ـ
"Sebagaimana kata Ibn Taimiyah : Ijma' ulama adalah kenyataan kata putus, dan perbezaan mereka adalah rahmat, sebagaimana perbezaan ini bertukar menjadi fitnah dan ini tidak dibenarkan, kerana sesungguhnya jumhur Fuqaha' membenarkan Jama' diantara Solat Jumaat dan Asar bagi mereka yang bermusafir dan kerana hujan"

Rujukan :-

1. Al-Shiekh Khaalid Al-Jundi. Fasaluu ahla al-zikr : fatawa mu'asyirah. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2003. ms 116

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989. ms 349.

3. Syiekh Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaaj - 1. Beirut : Dar Al-Fikr, 2001. ms 370.

4. Ali Muhiyuddin Al-Qarh Dagha. ما الحكم إذا خالف المصلي الإمام وأذن لجمع صلاة العصر بعد صلاة الجمعة بسبب المطر. url : http://www.islamonline.net/fatwa ... y.asp?hFatwaID=5469

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 02:02 AM | Show all posts
penny94 posted on 15-5-2014 08:04 PM
Assalamualaikum.

Saya nak tanya tentang kesahihan "Benefits & Blessings" of Ayat Kursi. Saya ada  ...

sebaiknya convert ke bahasa arab dan masukkan dlm dorar.net

http://www.dorar.net/
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 12:29 PM | Show all posts
Salam.

Apa hukumnya jika kita kerap mencium kanak-kanak yg belum baligh ketika kita sedang berpuasa?
Adakah akan mengurangkan pahala puasa tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 02:06 PM | Show all posts
Berkenaan dengan puasa juga...jika kita puasa ganti, dan pada hari itu kita terlupa atau tak sempat bersahur.. katalah kerja kita berat dan kita tak larat utk teruskan puasa itu.. dan kita pon berbuka..

adakah kita perlu ganti puasa tersebut sekali ganda iaitu sebanyak 2 hari?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2014 10:27 AM | Show all posts
tr4falgar posted on 9-6-2014 12:29 PM
Salam.

Apa hukumnya jika kita kerap mencium kanak-kanak yg belum baligh ketika kita sedang berpuasa?
Adakah akan mengurangkan pahala puasa tersebut?

Salam.

Hukumnya bergantung kepada niat, kenapa mencium kanak-kanak? Adakah sebagai tanda menyayangi? Adakah disertai dengan syahwat? Siapa kanak-kanak itu dan apa hubungan kita dengan kanak-kanak itu serta berapa umur kanak-kanak itu?

Berkenaan dengan puasa juga...jika kita puasa ganti, dan pada hari itu kita terlupa atau tak sempat bersahur.. katalah kerja kita berat dan kita tak larat utk teruskan puasa itu.. dan kita pon berbuka..

adakah kita perlu ganti puasa tersebut sekali ganda iaitu sebanyak 2 hari?

Hanya puasa ganti itu yang terbatal, dan perlu menggantikan balik pada waktu lain.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 01:06 PM | Show all posts
salam...saya nak tanya...wajib ke kepada anak/isteri tolong bayarkan pinjaman yg dibuat oleh suami/ayah (pinjaman tadi digunakan utk tujuan yg langsung xpenting)?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 02:38 PM | Show all posts
mnm77 posted on 10-6-2014 10:27 AM
Salam.

Hukumnya bergantung kepada niat, kenapa mencium kanak-kanak? Adakah sebagai tanda menyay ...


Sbnrnya sy wakil bagi seorang guru di taska untuk bertanyakan soalan ini.. dalam taska tersebut mempunyai ramai kanak-kanak serta bayi .. dia suke mencium mereka kerana rasa sayangkan mereka sahaja, dan ciuman tersebut tanpa disertai dengan syahwat ...

Kanak-kanak tersebut tiada apa-apa hubungan dengan dia, umur kanak-kanak didalam taska tersebut hanya lah 4 tahun kebawah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 06:54 PM | Show all posts
tr4falgar posted on 10-6-2014 02:38 PM
Sbnrnya sy wakil bagi seorang guru di taska untuk bertanyakan soalan ini.. dalam taska tersebut mempunyai ramai kanak-kanak serta bayi .. dia suke mencium mereka kerana rasa sayangkan mereka sahaja, dan ciuman tersebut tanpa disertai dengan syahwat ...

Kanak-kanak tersebut tiada apa-apa hubungan dengan dia, umur kanak-kanak didalam taska tersebut hanya lah 4 tahun kebawah..

Mencium bayi sebagai tanda sayang, pada saya tiada masalah. Bagi kanak-kanak yang dah besar sedikit, seeloknya yang ada pertalian darah tu harus dicium sebagai tanda kasih sayang. Ciuman untuk kanak-kanak yang tiada pertalian darah, perbuatan ini saya tak pasti adakah sesuai atau tidak, kerana ada sesetengah kanak-kanak sangat cepat kematangannya, dan dia sendiri sudah merasai malu dicium oleh selain ibu bapa. Jika demikian, seharusnya dielakkan. Jika kanak-kanak tersebut dah ambil sebagai anak angkat, tiada masalah.

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 1.026595 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list