|
Post Last Edit by keys at 7-2-2012 01:49
Selamat Berjaya! |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun ada jual ebook...mari mari....senang jer buat ebook ni...copy paste beberapa artikel dari beberapa site.....upah or buat sendiri sistem ala-ala MLM....ko dah jadi kaya raya...content dalam? who cares betul ke idak...janji aku kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus jugak kurangkan PTD dlm penjawatan... boleh bukak byak jawatan yg lain..xsemestinye sesuatu kerja tuh kene gune M... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg best jadi PTD nie tp under SBPA hanya 3 kementerian yang x dibuka untuk open post yang lain smua org luar dr private leh masuk ke penjawat awan kira nie memecah monopoli PTD ar...so tgu............nie kira plan transformasi ehheh |
|
|
|
|
|
|
|
masa interview PTD tu apa yg disoal ek? ada sapa2 leh share? saya takde idea lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 adalah kerjaya / perkhidmatan premier yang berperanan membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama kerajaan di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan antarabangsa.
Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang digelar sebagai Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh pihak British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang senang. Ini kerana ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada tahap yang tersendiri. Prosedur pemilihanya merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu bergelar pegawai PTD harus menempuhi 3 tahap ujian yang bertujuan menguji kemahiran dan ilmu yang dimiliki.
Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin wujud ‘kepincangan’ kelulusan akademik anda. Jika lulus dan layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan pengetahuan yang secukupnya kerana exam ptd memerlukan pemahaman dan kesedaran tentang kepentingan maklumat dan berilmu pengetahuan yang jitu. Dalam erti kata lain, anda perlu peka dengan sebarang isu semasa dalam / luar negera dan perlu banyak membaca bagi memantapkan ilmu pengetahuan. Itulah persediaan utuh dalam laluan menggapai jawatan yang digelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
pelbagai info berkaitan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik :
http://www.spa8online.com/catego ... ik-jawatan-pegawai/ |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit info tentang Pegawai Tadbir & Diplomatik M41
Terdapat ramai tokoh terkemuka negara terdiri dari kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Mereka terkenal kerana sumbangan dalam bidang baik pengurusan dan pentadbiran mahupun yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan juga politik. Antara tokoh PTD yang memberikan sumbangan besar kepada negara adalah seperti :
Tan Sri Abdullah Salleh
Tan Sri Ahmad Sarji b Abd Hamid
Tan Sri Halim Ali
Tan Sri Samsudin Osman
Dato’ Seri Shahidan Kasim
Tan Sri Razali Ismail
info rujukan :
http://www.spa8online.com/pegawai-tadbir-dan-diplomatik/ |
|
|
|
|
|
|
|
menurut pandangan saya, kerjaya sebagai PTD pada masa ini semakin kurang mendapat perhatian daripada orang ramai. Ini disebabkan oleh status kontrak yang diberikan kepada semua PTD baru. Status ini tidak memberikan apa-apa jaminan kepada para PTD untuk diserapkan ke jawatan berstatus tetap. Dapat dilihat, ramai pemohon pekerjaan memohon skim-skim lain kerana skim tersebut adalah berstatus tetap. Oleh itu, ramai yang sudah tawar hati untuk memilih kerjaya sebagai PTD.
Sekadar pandangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2291# otakpusing
kurang dpt perhatian...xlah..aku rasa ramai je yg mohon ptd nismpi mak pak lak yg sibuk nk suh anak dia jd ptd
tah apa yg best jd ptd pun aku x tahu..sbb cpt naik pangkat kot...hehehe
aku ada a few kawan yg ptd...bila tanya dorang..bestke jd ptdni..dia ckp...bese2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:
Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.
http://www.spa8online.com/pegawai-tadbir-dan-diplomatik/ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam 1 Mei 2012 - Hari Pekerja buat sahabat forum semua,
Berdasarkan takwim dr pihak SPA pd 12.05.2012 akan berlangsung seisi peperiksaan bertulis utk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.
Calon-calon yg layak telah menerima surat panggilan utk exam tersebut.
Info tentang exam ptd 2012 :
Salah satu peperiksaan yang menjadi tumpuan sepanjang Mei 2012 ini adalah peperiksaan bertulis bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 yang dijadualkan berlangsung pada 12.05.2012.
Anda dipanggil untuk peperiksaan bertulis PTD pada 12.05.2012? Entri ini akan menerangkan secara ringkas tentang peperiksaan bertulis PTD dan aspek-aspek lain yang berkaitan. Bagi lulusan ijazah sarjana muda, anda berpeluang menempatkan diri anda di sektor Perkhidmatan Awam dengan tangga gaji Gred 41. Tetapi adakah anda tahu di antara kebanyakan skim Gred 41 yang memliki beberapa kelebihan dari aspek gaji dan lain-lain aspek adalah Gred M41 – Pegawai Tadbir Diplomatik atau lebih dikenali dengan singkatan PTD. PTD dilihat sebagai satu jawatan ekslusif dalam perkhidmatan awam. Ianya juga satu-satunya laluan untuk anda bergelar Ketua Setiausaha Negara (KSU) – jawatan nombor 1 dalam sektor awam dan bakal menerima gaji tertinggi. Untuk menaiki ‘takhta’ ini anda perlu bermula dengan Gred M41. Untuk bermula dengan Gred M41 pula, anda perlu lulus peperiksaan bertulis PTD.
Untuk lulus peperiksaan bertulis PTD anda akan melalui 3 tapisan yang melibatkan ujian bertulis, ujian fizikal di Assessment Center dan temuduga pada seisi akhir. Prosedur pengambilan untuk jawatan ini cukup ketat dan sukar. Tambahan pula saingan cukup sengit dengan permohonan yang cukup tinggi melebihi 40,000 saban tahun. Peperiksaan ini meliputi skop yang luas dan anda perlu melakukan persediaan rapi jika benar-benar ingin berjaya. Tanpa persediaan rapi anda tak mampu ‘menyaingi’ calon-calon lain dan kemungkinan untuk anda gagal adalah tinggi. Majoriti calon yang gagal adalah kerana tiada rujukan lengkap dan efektif menerangkan secara khusus tentang peperiksaan bertulis PTD.
Sekiranya anda ingin membuat persediaan agar lulus dan berjaya dalam peperiksaan bertulis PTD, anda disyor mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Gred M41. Ianya satu-satunya rujukan spesifik untuk anda dalam merancang persediaan menghadiri peperiksaan bertulis tersebut. Calon bakal melalui ujian yang merangkumi semua aspek cabang ilmu pengetahuan, kemahiran dan analitikal. Proses pemilihan yang ketat bagi memilih seorang pegawai yang berkaliber, berketrampilan, berprestasi tinggi, berkualiti, efisein, pro-aktif dan mampu berkhidmat dengan cemerlang. Calon yang menunjukkan prestasi tinggi dan cemerlang sahaja mampu lulus peperiksaan bertulis PTD dengan jayanya.
info dari :
http://www.spa8online.com/catego ... ik-jawatan-pegawai/ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by gomen at 2-5-2012 13:54
Salam 1Malaysia buat semua warga forum,
Pihak SPA telah pun mengumumkan calon
yang layak untuk menduduki peperiksaan
bagi jawatan [B]Pegawai Tadbir & Diplomatik
Gred M41[/B].
Semakan layak exam PTD boleh dibuat melalui
Portal SPA :
SEMAKAN LAYAK EXAM PTD 2012
Tahniah pada yang layak.
Exam PTD dijadualkan berlangsung pada 12.05.2012.
Good Luck buat semua calon yang layak.
Artikel tentang format & contoh soalan boleh rujuk sini :
==> FORMAT & CONTOH SOALAN |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2295# gomen
spa anta surat pemberitahuan ker?sy semak on9 ja..alhamdulillah..dpt..1st time dpt panggilan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terjamin ke keje ptd ni, dari post2 sblum ni mcm tak terjamin saja, aku dah keja sektor swasta, takut menerima nasib yg sama dgn org2 mcm dala post sblum ni, |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin bertanya...adakah kerjaya PTD ini dipengaruhi oleh politik negara??....kalau xsilap saya, SUK negeri selangor dahulu (dibawah kepimpinan Khir Toyo) tidak lagi menjawat jawatan tersebut selepas PR mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri selangor....kalau perkara ini benar, adakah kerjaya PTD selamat dan tetap??...sekadar bertanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by gomen at 3-5-2012 15:16
pada yg dipanggil exam PTD pada 12 Mei 2012, tahniah diucapkan..
yg belum check layak menduduki exam ni bleh check kat portal SPA
==> Semakan Layak Exam PTD
ada masa lebih kurang 10 hari lagi sebelum exam PTD berlangsung..
pada yg layak boleh gunakan masa yg ada utk buat persediaan..
kat sini saya listkan secara ringkas format exam PTD ...
Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.
penjelasan lengkap beserta contoh soalan setiap seksyen boleh rujuk pada laman blog SPA8Online
==> Contoh Soalan & Format Exam PTD |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|