CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satusembilan

LIVERPOOL FC - You'LL NeVeR WaLK aLoNe -

   Close [Copy link]
Post time 23-12-2011 09:06 AM | Show all posts
hehehehe,tapi villa ni klu dia beli pun gandingkan ngn suarez @ bellamy boleh menjadi... {: ...
sudugaru Post at 23-12-2011 09:01



ok.. tggu rumours ni betul ke x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 09:19 AM | Show all posts
Mezut Ozil pun ok jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:23 AM | Show all posts
Mezut Ozil pun ok jugak.
HarizAzhari Post at 23-12-2011 09:19



   The 23-year-old has adapted well to life in La Liga since arriving from Werder Bremen in August 2010 but, despite being a first-team regular, he rarely plays 90 minutes under coach Jose Mourinho.

That has prompted speculation that he might be open to a move to Liverpool, who are reportedly interested in adding some more creativity to their midfield, but Ozil has resisted the opportunity to add any fuel to the fire.

"I play in Madrid and I am very happy there," the Germany international is quoted as saying by DHA. "I do not want to say anything else."

Ozil did admit, however, that he is currently enjoying the fact that he gets to play alongside Turkish duo Hamit Altintop and Nuri Sahin, formerly of Bayern Munich and Borussia Dortmund, respectively.

"We are very good friends," he revealed. "I already knew them from Germany. Now they are playing with me in Madrid.

"I am very glad to be playing in the same team as them. Nuri also scored his first goal [against Ponferradina on Tuesday night], I'm so glad."
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 08:34 PM | Show all posts
GASTON RAMIREZ
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 12:09 AM | Show all posts
lukas podolski??gossiiippppp...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 09:14 AM | Show all posts
Ally McCoist hopes Nikica Jelavic would favour the opportunity to win further silverware at Rangers over financial incentives from the Barclays Premier League in January.

The Croatian striker was the subject of a failed £6.5million bid from Leicester in August towards the end of the transfer window, but is also wanted at Liverpool, Sunderland, West Brom and QPR
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2011 09:15 AM | Show all posts
Newcastle face losing Cheik Tiote - a reported target for Liverpool, Arsenal and Manchester United - in the January transfer window but only if they receive a 'silly price' for their key midfielder.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 09:15 AM | Show all posts
Liverpool will reportedly look to lure Koln attacker Lukas Podolski to Anfield as the Merseyside club looks to beef up their attacking options following the FA ban handed to top scorer Luis Suarez.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2011 08:01 PM | Show all posts


















Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 10:56 PM | Show all posts
Johnson jawab kritikan isu Suarez


PEMAIN - pemain Liverpool memakai baju yang tertera nama Luis Suarez sebagai sokongan kepada penyerang itu sebelum perlawanan menentang Wigan, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Pertahanan Liverpool, Glen Johnson semalam menjawab kritikan berhubung keputusannya memakai baju yang tertera nama Luis Suarez sebelum Reds turun beraksi menentang Wigan, yang berkesudahan 0-0 kelmarin.

Suarez digantung lapan perlawanan dan didenda 40,000 pound (RM198,859), Selasa lalu selepas didapati bersalah kerana mencaci pertahanan Manchester United, Patrice Evra dengan kata-kata perkauman ketika perlawanan di Anfield pada awal musim ini.

Bagaimanapun pemain Liverpool memberi sokongan penuh kepada penyerang Uruguay itu.

Johnson bersama rakan-rakan sepakukannya menyarung baju yang memaparkan gambar Suarez di bahagian depan, diikuti nama Suarez dan No. 7 di belakang.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish turut memakai baju tersebut sewaktu temubual pra-perlawanan bersama stesen televisyen.

Bekas pertahanan Manchester United, Paul McGrath mendakwa, Johnson - satu-satunya pemain berkulit hitam yang sering disenarai dalam kesebelasan utama Liverpool - seharusnya mengelak daripada terlibat dengan bantahan itu.

"Mungkin Kenny (Dalglish) cuba untuk menunjukkan protesnya kepada FA tetapi saya rasa ia satu tindakan yang salah apabila dia meminta pemain menyarung baju tersebut.

"Ia lebih elok jika Kelab Bola Sepak Liverpool memakai baju anti perkauman.

"Ramai kanak-kanak yang menonton perlawanan itu, tindakan mereka (pemain) ketika sesi memanaskan badan, dengan wajah yang tersenyum, adalah sesuatu yang memalukan dalam sukan bola sepak.

"Jika saya berada dalam situasi Glen Johnson, saya akan membuang baju tersebut ke lantai.

"Sewaktu masa saya bermain dan saya mendengar komen yang berbau perkauman atau saya mengesyaki pemain itu bersalah, sudah tentu ia perlu di bawa ke tribunal.

"Saya tidak akan memakai baju dengan nama pemain berkenaan tertera di atasnya," kata McGrath kepada stesen radio TalkSport.

Pemain pertahanan kanan England, Johnson nyata berang dengan kritikan yang dilemparkan McGrath itu dan menggunakan laman web sosial, Twitter untuk menyatakan pendiriannya.

Johnson menegaskan, terdapat beberapa alasan munasabah mengapa dia menyokong rakan sepasukannya dan akan terus menyokongnya.

"Saya menyokong sesiapa sahaja yang saya mahu sokong!!!

"Terdapat banyak alasan mengapa saya berdiri di sisi Luis Suarez!!!" katanya dalam laman tersebut. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 11:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 11:40 PM | Show all posts
Tiada kelab penyokong rasmi LFC di Malaysia

LIVERPOOL - Malaysia tidak memiliki kelab penyokong yang menjalin hubungan secara rasmi dengan kelab bola sepak Liverpool, menurut wakil kelab LFC berpusat di Singapura.

Pengurus Rakan Kongsi LFC, Stephanie Wong ketika ditemui Utusan Malaysia di pusat latihan LFC di Melwood berkata, beliau berperanan menyelia aktiviti LFC dengan pelbagai pihak di rantau Asia.

''Namun, LFC tidak menjalin hubungan rasmi dengan mana-mana kelab penyokong di Malaysia, walaupun pernah sebelum ini,'' katanya.

Keadaan tersebut ujarnya, tidak memberi masalah besar kerana LFC sememangnya mengetahui terdapat dua juta penyokong di Malaysia.

Kelab juga menawarkan keahlian rasmi LFC yang boleh dipohon secara dalam talian bagi peminat di Malaysia iaitu www.liverpoolfc.tv/membership

Selain menonton perlawanan, terdapat dua tarikan di Stadium Anfield tetapi perlu diadakan pada hari lain iaitu lawatan ke stadium iaitu meninjau secara dekat bilik persalinan pemain, bilik sidang akhbar pengurus dan dalam stadium yang mana anda boleh duduk di kerusi pemain.

Satu lagi ialah lawatan ke muzium yang terletak di sebelah kedai menjual barangan kelab. Muzium itu menempatkan replika lima Piala Juara-Juara Eropah, satu rekod yang tidak dapat disaingi oleh kelab Inggeris lain setakat ini.

Lawatan ke Melwood pula, agak sulit bagi penyokong umum kerana ia kawasan tertutup. Rombongan media diberi peluang menemubual Pepe Reina, selain menyaksikan sesi latihan dibawah kendalian Kenny Dalglish. Dan paling penting, bersua dengan Steven Gerrard yang berlatih ringan.

Satu sesi khas diadakan antara media dengan Dalglish dan seorang lagi pemain legenda, Phil Thompson diadakan di rumah agam, Knowsley Hall di Prescot milik keluarga Lord Derby.

Dalglish mengimbau semula kenangan manis memimpin skuadnya di Malaysia pada Julai lalu. Beliau tidak bersama ketika perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Malaysia kerana menguruskan pembelian pemain Stephen Downing. Namun, semasa sesi memanaskan badan beliau kagum dengan kehadiran kira-kira 60,000 penyokong di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Korporat Standard Chartered Bank bagi Malaysia, Norliza Kamaruddin yakin pengenalan produk-produk perbankan berkaitan Liverpool akan terus mendapat sambutan peminat kelab itu di Malaysia.

''Pengenalan kad debit Standard Chartered-Liverpool telah menerima sambutan yang memberangsangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 11:41 PM | Show all posts
Liverpool FC bantu pertumbuhan bank


Oleh Johardy Ibrahim




KEDAI menjual barangan rasmi Liverpool FC dan Muzium LFC di Stadium Anfield.

--------------------------------------------------------------------------------



LONDON – Standard Chartered Bank yakin penajaannya terhadap kelab bola sepak terkenal, Liverpool akan membantu pertumbuhan bank itu di pasaran-pasaran baru muncul di Asia, Afrika dan Asia Barat.

Pengerusinya, Sir John Peace berkata, kewujudan bank itu melebihi seabad di Asia dan Afrika terutamanya, menjadi bekalan kekuatan baginya untuk menghadapi suasana ketidaktentuan ekonomi global dan krisis hutang zon euro pada masa ini.

“Sebagai sebuah bank, kami melihat peluang-peluang perniagaan terhasil daripada ketidaktentuan ekonomi global. Memandang ke tahun depan, kami pasti dan secara strategik akan terus dan menjangka untuk mencatat pertumbuhan dalam pasaran-pasaran yang kami telah bertapak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada media yang menyertai lawatan anjuran bank itu ke ibu pejabat Standard Chartered di Basinghall Avenue, London, baru-baru ini.

Bank berpangkalan di London itu kini memberi tumpuan ke pasaran Asia, Asia Barat dan Afrika, yang menyumbang kepada lebih 90 peratus perolehan dan keuntungannya.

Sir Peace yang juga Sheriff of Nottingham berkata, keputusan bank itu untuk menaja sebuah kelab bola sepak kini memberi pulangan yang ‘di luar jangkaan’.

Standard Chartered memulakan penajaan strategik dengan Liverpool FC pada permulaan musim 2010-11 dalam usaha membina dan meneguhkan jenama bank, yang diharap dapat menarik lebih ramai pelanggan berurusniaga dengannya.

Menurut beliau, pemilihan kelab Liverpool adalah kerana keunikan yang dimilikinya sebagai kelab yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris dan memiliki peminat serta penyokong yang banyak di seluruh dunia.

Berdasarkan kajian kata beliau, sebanyak 4.4 bilion orang menonton liga bola sepak Inggeris dengan 70 peratus daripada di pasaran Asia, Afrika dan Asia Barat.

Kira-kira 52 peratus penduduk di China yang berusia antara 16 tahun dan 69 tahun meminati bola sepak, dan 55 peratus dalam kelompok usia yang sama di Malaysia menontonnya di televisyen manakala 70 peratus kelompok serupa di Thailand amat meminati bola sepak.

“Kajian kami juga mendapati kelab Liverpool memiliki penyokong yang besar iaitu 5 juta orang di Thailand dan 2 juta di Malaysia. Ia mendorong kami memperkenalkan produk-produk seperti kad kredit dan debit bersama Liverpool untuk pelanggan di negara tersebut.

Malahan ujarnya, siri lawatan Liverpool ke China, Malaysia dan Singapura pada Julai lalu, adalah satu kejayaan yang mengagumkan bagi bank itu dan juga Liverpool sendiri.

“Lebih 80,000 penyokong menonton perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan pasukan kebangsaan Malaysia dan saya turut berada di Stadium Nasional ketika itu. Saya terpegun dengan sambutan di Malaysia,” katanya.

Berdasarkan Kaji Selidik Pemasaran Sukan pada tahun ini, kesedaran terhadap jenama Standard Chartered, kesan daripada penajaan Liverpool, meningkat sebanyak 9 peratus semasa permulaan musim, menjadi kepada 35 peratus pada Mei lalu.

Lebih 60 peratus responden merasakan lebih positif terhadap bank itu, hasil daripada penajaan tersebut, terutama di China, Indonesia dan Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 11:42 PM | Show all posts
Sinergi jitu Standard Chartered dan Liverpool FC


KENNY Dalglish (kanan) mengendali latihan para pemainnya di Melwood, Liverpool pada 8 Disember lalu.

--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Kenapa Standard Chartered Bank memilih Liverpool, bukan kelab lain untuk ditaja? Kenapa Liverpool yang kali terakhir menjulang piala pada 2005 dalam perlawanan akhir Piala Juara-juara Eropah di Istanbul dan Piala FA Inggeris pada 2006 dipilih? Dan kali terakhir Liverpool memenangi Liga Inggeris ialah pada 1990.

Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Gavin Laws yang merupakan orang yang bertanggungjawab membentangkan idea penajaan kelab bola sepak kepada Lembaga Pengarah bank itu kira-kira dua tahun lalu, ada jawapannya.

Pertama, bukannya bank tersebut tidak ada berunding dengan kelab-kelab lain tetapi saat awal rundingan dengan kelab Liverpool memaparkan persamaan pada matlamat dan wawasan bank. Ia adalah titik pertemuan yang tepat!

"Bank mahu mencari rakan kongsi yang boleh membantu menaikkan profil bank di pasaran yang dikenal pasti untuk pertumbuhan iaitu Asia, Afrika dan Asia Barat. Liverpool berminat dengan kami kerana ia juga mahu meluaskan jenama mereka di pasaran tersebut.

"Malah pada sesi-sesi rundingan awal, Liverpool langsung tidak menyentuh soal nilai penajaan. Sebaliknya, mereka berminat untuk mengetahui rancangan kami bersama kelab di negara-negara yang disasarkan," ujarnya.

Liverpool mahu membina pangkalan penyokong di Asia dan Afrika, dan pendekatan tersebut, menyakinkan Standard Chartered bahawa Liverpool berkongsi wawasan dengan bank itu yang tentunya akan menambah nilai kepada keseluruhan penajaan, melangkaui makna wang semata-mata.

Ditanya mengenai nilai sebenar penajaan, Laws enggan mendedahkannya, sekadar berkata, apa yang dilaporkan oleh media United Kingdom ketika itu, tidak tersasar jauh. Media UK melaporkan penajaan itu bernilai £80 juta (RM400 juta) selama empat tahun.

"Apa yang penting, pelaburan kami itu telah memberi pulangan yang di luar jangkaan," akuinya.

Daripada satu aspek, Laws berkata, bank itu sebenarnya mengamalkan audit yang ketat terhadap setiap pelaburan yang dilakukan, termasuklah dalam Liverpool ini.

Seperti organisasi bank global yang lain, Standard Chartered juga memiliki jawatankuasa khas di peringkat Lembaga Pengarah yang memastikan pelaburan benar-benar menguntungkan bank. Lembaga Pengarah dan pemegang saham bank setakat ini berpendirian pelaburan itu adalah 'cemerlang'.

"Benar Liverpool tidak memenangi kejuaraan dalam masa agak lama. Ia tidak menjadi isu kerana warisan dan sejarah kelab itu memastikan ia memiliki penyokong atau pengikut dalam bilangan yang besar di seluruh dunia. Dan istimewanya, tatkala Liverpool tidak menang apa-apa pun, penyokongnya tetap setia," katanya.

Ditanya sama ada penajaan bank itu akan meliputi penajaan pembinaan stadium yang baru, Laws berkata, kedua-dua pihak berpegang kepada 'perjanjian lelaki budiman'.

"Kita akan berbincang mengenainya hanya 'bila' dan 'ketika' Liverpool mahu kami berbincang. Setakat ini, tiada rundingan panjang lebar diadakan mengenainya, mahupun soal menamakan stadium kelak.

"Lagipun, untuk menamakan stadium dengan nama kami agak panjang," katanya secara berseloroh.

Beliau turut mengesahkan pihaknya akan membuka perbincangan bersama Liverpool mengenai melanjutkan lagi penajaan dalam tempoh 12 bulan akan datang. "Sudah tentu kami mahu bersama Liverpool untuk jangka masa panjang," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 09:53 AM | Show all posts
ini la team bakal jore season nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 10:04 AM | Show all posts
Reply 2315# apis^08


    da haf season, tak nak review prediction tu kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2011 10:54 AM | Show all posts
x payah nak bincang pun dah tau dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 02:54 PM | Show all posts
Pemain trmahal england dh score brp bijik dh..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:53 AM | Show all posts
bestnya kelab power mmg byk haters
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 12:05 PM | Show all posts
bestnya kelab power mmg byk haters
izzati Post at 26-12-2011 08:53



   klu seri ngn kalah mmg byk yg bertandang..cuba menang..team kita je masuk meriahkan lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084735 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list