LONDON: Michael Carrick berpeluang menonjolkan diri apabila skuad England menentang Jerman dalam siri persahabatan antarabangsa, hari ini, tetapi pemain tengah Manchester United itu tidak ada niat untuk mencari publisiti lebihan.
Dengan Frank Lampard dan Steven Gerrard tersisih daripada barisan yang bakal berkunjung ke Berlin, Carrick dijangka akan menjana bahagian tengah pasukan pimpinan Fabio Capello.
Buat julung kali Carrick akan diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan bersama skuad England tanpa dibayangi bintang seperti Lampard dan Gerrard.
Pemain berusia 27 tahun itu kekal selaku antara pemain yang kurangdiberi perhatian di England walaupun sudah menunjukkan persembahanterpuji di Old Trafford.
Sifat bijak membaca aliran permainan dan hantaran sertaumpanan kemas menjadi antara kunci kejayaan United meraih gelaran LigaPerdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah, musim lalu.
"Sukar bagi saya memberi jawapan kenapa saya bukan pemainberprofil tinggi. Saya hanya melakukan apa yang terdaya sahaja sebagaipemain dan saya gembira dengan apa yang sudah dilakukan setakat ini.Saya kini beraksi untuk kelab terbaik di dunia dan terbaik di Eropah.Segala-galanya adalah pada reaksi orang dan ia bukan pada kawalan saya.
"Selagi pihak pengurus, pemain dan kelab memberi sokongan saya gembira.Saya kini adalah pemain lebih baik berbanding kali terakhir bermainuntuk England," katanya.
Carrick yang sudah memiliki 14 caps antarabangsa belumberaksi untuk England sejak mereka tewas kepada Jerman di Wembley padaOgos 2007 gara-gara kecederaan dan juga kecenderungan bekas pengurus,Steve McClaren menggunakan Lampard dan Gerrard.
Dia boleh dimaafkan andai menggalas tekanan untuk membuktikansesuatu kepada Capello, tetapi bekas pemain West Ham itu sudah beraksidalam banyak perlawanan besar untuk United dan bukan satu masalah besardi Berlin nanti.
"Adalah satu penghormatan besar untuk mewakili pasukan negaraanda. Ia bukan satu perlawanan persahabatan kurang bernilai keranapertemuan Jerman-England pada mana-mana tahap adalah besar ertinya,"katanya. � AFP
BERLIN: Beberapa tonggak utama tidak akan beraksi dan peluang terbuka luas buat pemain muda apabila Jerman berdepan England pada aksi persahabatan di Stadium Olimpik Berlin, awal pagi esok.
Wayne Rooney, Steven Gerrard, Frank Lampard, Rio Ferdinand dan Joe Cole antara bintang England digugurkan akibat cedera manakala masalah prestasi David Beckham bermakna dia tidak akan diturunkan.
Jerman kehilangan kapten, Michael Ballack, pemain tengah (Torsten Frings), penyerang (Philipp Lahm) dan Jens Lehmann, penjaga gol yang bersara baru-baru ini.
Bagi jurulatih tuan rumah, Joachim Loew, pertemuan itu peluang baginya membina kerjaya digalas sejak Euro 2008.
Sejak Jerman tewas kepada Sepanyol pada final Euro 2008, Loew menggantikan Lehmann dengan Rene Adler, menggugurkan Frings dan Christoph Metzelder selain memasukkan Piotr Trochowski, Simon Rolfes serta Thomas Hitzlsperger dalam kesebelasan utama. - Agensi
yg lain aku stujuk, tang freiderich ngan klose tu takyah ah, letak kat bench je, bagik bebudak main, kalah friendly takpe, janji leh tahu potential players