|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
hehehe..aku ingat thread ni untuk peminat tenis.. :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
FINAL SKOR GAME 6 & PREDIKSYEN TOK MOH KEDAUN GAME 7 DIV 3
GAME : 4.00 PM 22012009
RedModani FC 2 vs Bayangan Merah Jambu 0
RedModani FC berjaya menewaskan Bayangan Merah Jambu 2-0 di kandang sendiri hasil tandukan cantik Lucius Muller dan direct freekick Errol Donovan.
Dengan kemenangan ini RedModani berjaya mendaki hingga ke tangga ke 5 liga ketinggalan hanya 2 mata dibelakang pendahulu liga setelah 6 game berlangsung hasil kemenangan 3 kali berturut-turut.
Satu peningkatan yang amat ketara bagi pasukan RedModani FC,yang dahulu dikenali sbg Arsengal sehinggakan 2 game berturut-turut managernya,Che Minorcoach berjaya menjadik manager terbaik.
Tip Top FC 3 vs Scooby Doo fc 0
Tiada masalah bagi Tip Top FC membelasah pasukan yg hilang "nakhoda" sejak hari tahun baru 2009 lagik.Scooby Doo fc kali ini dibelasah 3-0 pula dan setelah 6 game berlangsung,Scooby Doo fc cuma berjaya mengutip 1 mata sahaja.
Gang Bang FC 1 vs AC Acstakonna 3
Satu keputusan mengejut terjadik di mirage stadium apabila pendahulu liga,Gang Bang FC dijinakkan di kandang sendri oleh AC Acstakonna.Kehebatan penyerang utama pasukan pelawat,Aurelio Paz terserlah apabila menjaringkan hattrik dlm perlawanan ini.Aurelio Paz juga berjaya mendahului carta penjaring terbanyak Dibisen 3 dgn sebanyak 7 jibik gol.
Tung Po FC 1 vs Tempoyak Hotspur 1
Sesatunya perlawanan yg berakhir dgn keputusan seri ini berlangsung di Chikunya Stadium.Pasukan pelawat,Tempoyak Hotspur terlebey dahulu di hadapan apabila berjaya menjringkan gol di minit ke 38 tetapi tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan 5 minit sebelum perlawanan berakhir.
Kundur United 0 vs padang jawa fc 3
Kundur United mengalami kekalahan ke 3 berturut-turut dan kali ini terjadik di kandang sendiri kepada padang jawa fc.3 gol membolosi gawang Kundur united dimana 2 drpnya dijaringkan oleh pemain simpanan padang jawa fc,Marcel Steger yg Cuma masuk menggantikan Tobias Becker yang cedera kerana terjahan keras bek kental Kundur United,Marc Facon yang dikenakan kad merah dan digantung 3 perlawanan.padang jawa fc juga menjadi satu2nya pasukan di Dibisen 3 yg berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah.
Perlawanan pada 26/01/2009 Prediksyen Tok Moh Kedaun
Tung Po FC - Tip Top FC 1 - 2
Tempoyak Hotspur - Gang Bang fc 0 - 2
AC Acstakonna - kundur united 3 - 0
padang jawa FC - RedModani FC 2 - 1
Bayangan Merah Jambu - Scooby-Doo fc 3 - 0 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mana siarang football forecast dibisen satu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2324 epitome's post
Rocky dh bersara kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
LAPORAN PERLAWANAN LIGA DIVISION 2.
Isnin 26 Januari 2009 Jam 4.00 ptg.
Match 7.
darulaman fc vs kokesen FC
Darulaman fc berjaya menduduki tangga ketiga liga setelah menewaskan kokesen FC 4-1 digelanggang sendiri pada perlawanan yg berlangsung pada Isnin lepas. Bagi kokesen FC pula, ini adalah kekalahan yg ke 4 dialami setelah kali terakhir mencapai kemenangan pada pertemuan dengan Haku Power Utd 2 minggu sudah. Pada perlawanan ini, Frankie Fleck telah menjaringkan 2 gol, Luis Pessoa dan Guido Batista masing2 menjaringkan 1 gol. Manakala gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan pada minit2 akhir perlawanan oleh kapten pasukan mereka, Caupolican Moya. Hanya 1 kad kuning dikeluarkan oleh pengadil perlawanan kepada pasukan Kokesen FC.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Luis Pessoa
Pemain terbaik pasukan pelawat: Caupolican Moya
Keputusan Muktamad: darulaman fc 4 kokesen FC 1
Haku Power United vs Dubai Blues fc
Dubai Blues fc terus kekal didasar liga dan satu-satunya pasukan yg masih belum mencapai sebarang kemenangan. Dan yg terbaru, mereka tumpas kepada pasukan Haku Power Utd 2-3. Walaupun berjaya memberi tentangan yg sengit kepada pasukan tuan rumah, namun pemain-pemain pasukan Dubai Blues fc masih gagal untuk mencipta kemenangan. Pasukan pelawat bermula dengan baik apabila berjaya mendahului seawal minit ke 4 melalui rembatan jauh oleh pemain berjersi no 9, Omer Qutuz yg gagal ditampan kemas oleh penjaga gol pasukan Haku Power Utd. Namun kelebihan itu berjaya diatasi oleh pemain2 pasukan tuan rumah apabila Jorge Roberto berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 29. Selepas itu, pasukan tuan rumah terus menguasai perlawanan dengan beberapa peluang telah dicipta. Gol kedua muncul melalui sepakan penalty yg diambil oleh Alvaro Coco setelah berlaku sedikit kekasaran didalam kotak penalty.
Alvaro Coco terus menjadi duri dalam daging buat pasukan Dubai Blues, apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga buat pasukan tuan rumah melalui tandukan selepas hantaran yg dibuat oleh Jorge Roberto tepat kepadanya. Kelekaan benteng pasukan tuan rumah, membuatkan pasukan Dubai Blues berjaya merapatkan kedudukan kepada 3-2 melalui gol Khaled Abbas. Namun gol Khaled Abbas itu sudah terlambat buat pasukan Dubai Blues untuk bangkit mencari gol penyamaan. 3 kad kuning dilayang dengan 2 milik pasukan Dubai Blues fc dan 1 untuk pasukan Huku Power Utd.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Alvaro Coco
Pemain terbaik pasukan pelawat: Khaled Abbas
Keputusan Muktamad: Haku Power Utd 3 Dubai Blues fc 2
Kiddo Kickers FC vs Airod FC
Setelah 7 perlawanan, Kiddo Kickers FC adalah satu-satunya pasukan yg masih belum tewas ditangan mana-mana pasukan didalam Division 2 ini. Dengan mencipta 6 kemenangan dan satu seri, Kiddo Kickers terus gah berada dipuncak liga dengan mengumpul 19 mata 3 mata dihadapan pasukan yg berada ditangga kedua liga, Pakok United. Pada perlawanan lepas, Kiddo Kickers berjaya menumpaskan Airod FC dengan 4-0. Gol-gol Kiddo Kickers telah dijaringkan oleh Ivandro Rivaldinho (2 gol), Augusto Secco dan Olu Akinkugbe masing-masing menjaringkan satu gol. Sesuatu harus dilakukan segera oleh jurulatih pasukan Airod FC ini untuk mengelakkan pasukannya terus-terusan menjadi lubuk mata bagi pasukan didalam division 2 ini dan seterusnya tersingkir ke division 3 musim depan. 2 kad kuning dikeluarkan oleh pengadil perlawanan dengan kedua-dua pasukan masing-masing menerima satu kad kuning.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Damian Socol
Pemain terbaik pasukan pelawat: Bertram Mustaine
Keputusan Muktamad: Kiddo Kickers FC 4 Airod FC 0
Pakok United vs sekulakitaFC
Pakok United terus memberi tekanan kepada penduhulu liga Kiddo Kickers FC.apabila berjaya mendapat mata penuh pada pertemuan dengan sekulakitFC kelmarin.Dengan kemenangan itu, Pakok Utd naik ketangga kedua liga mengumpul 16 mata. Bagi sekulakitaFC pula, kekalahan ini membuatkan pasukan itu jatuh ketangga ke 4 liga dan ketinggalan 6mata dengan pendahulu liga. Permainan yg berhati-hati pada separuh masa pertama ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan apabila tiada sebarang percubaan dibuat kearah pintu gol masing-masing. Namun separuh masa kedua, rentak permainan telah berubah dengan beberapa percubaan bahaya dilakukan oleh pasukan tuan rumah. Gol tuan rumah hanya terhasil pada minit 73 melalui Sergei Rincón dan minit ke 76 melalui Stelian Palimaru. 3 kad kuning dilayang kepada pasukan tuan rumah dan 1 kad kuning kepada pasukan pelawat.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Miguel Artoni
Pemain terbaik pasukan pelawat: Warren Feeney
Keputusan Muktamad: Pakok United 2 sekulakitaFC 0
Mucha Lucha FC vs Bitzam FC
Hasrat pasukan Bitzam FC untuk membuat kejuatan pada perlawanan ke 7 liga tidak kesampaian apabila tumpas 2-4 di tangan pasukan Mucha Lucha FC. Mucha Lucha yg bermain dihadapan penyokong sendiri, tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan pasukan Bitzam FC. Gol-gol Mucha Lucha telah dijaringkan oleh Leslie Bartram minit ke 4 melalui sepakan percuma, Otto Marshall minit ke 32, minit ke 36 melalui rembatan kencang Richard Parr dan minit ke 70 separuh masa kedua melalui tandukan kencang Lucian Cleg.Manakala gol Bitzam FC pula dijaringkan oleh Marshall Bale minit ke 59 dan juga Chuck Harte minit ke 75. Dengan kemenangan ini, pasukan Mucha Lucha FC naik satu anak tangga untuk menduduki tangga ke 6 liga mengumpul 8 mata hasil dari 2 kemenangan dan 2 seri manakala Bitzam FC pula terpaksa turun ketangga 7 liga dengan mengumpul 6 mata. 2 kad kuning telah dilayangkan kepada pasukan Bitzam FC.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Leslie Bartram
Pemain terbaik pasukan pelawat: Marshall Bale
Keputusan Muktamad: Mucha Lucha FC 4 Bitzam FC 2
Perlawanan seterusnya pada Khamis 29.01.2009.
SekulakitaFC vs darulaman fc
Dubai Blues fc vs Kiddo Kickers FC
Bitzam FC vs Haku Power United
Kokesen FC vs Mucha Lucha FC
Pakok United vs Airod FC |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2326 dollah_bedwi's post
BoOOooOOOOo laa.. ko leh take over tim haku.. dah jadi sayur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2314 yobmanjoi's post
mak aih serena....geli beb geli...heheh..
pak neo pakok jek yg selera...kekeke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yobmanjoi at 24-1-2009 04:34 PM
DINARA SAFINA
http://img516.imageshack.us/img516/3166/dinara7hs1.jpg
http://img516.imageshack.us/img516/329/dinara6aa4.jpg
http://img160.imageshack.us/img160/9467/dinara8pp0.jpg
...
wow...masuk semis dh minah nih...
memang power giler...tk sia2 aku rekomen kt ko yob... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2331 Don Henley\ catat
tu laa..barang pun kira ok jgk.."sedang-sedang" jer...
tak sia-sia aku jaga dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
taste dia berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2325 pacubob's post
weh..sori..busy sket neh..
baru tukar kije..nk menyesuaikan diri di pejabat |
|
|
|
|
|
|
|
spe yg take over team dubai???:@ :@ :@ :@
xpnah mng ea??
siot bnar... |
|
|
|
|
|
|
| |
|