CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 18-2-2011 05:51 PM | Show all posts
Reply 2319# shahrinas


    betul tu.. siap nak bg tuisyen lg...
pg2 dah main aci lut...
sabo ye, cikgu amir...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2011 06:56 PM | Show all posts
ni false alarm saja .... takde sambungan


BTW... gambar akak juna yg gila glamor ni keluar Berita Harian hari ni - Pg 25 RATU. Tgklah akak tgh memBEDAHkan diri masa org lain tgh mengaji... wakakakkaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 06:58 PM | Show all posts
Reply 2312# Jaza2008

welkam bek mod jaza

pergi ke mana lama menghilang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 07:02 PM | Show all posts
hi kaypo and everbody...
marcell ada sahja  but been busy lately
work and study and being wife ...
marcell Post at 16-2-2011 14:52


hi marcell
apa khabar the twins?
bila the twins nak dapat adik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 07:04 PM | Show all posts
Reply 2320# liyanur

kalau nak tamat kat sini pun boleh

nanti bila lappy k smiley dah baiki kita buka rumah baru - ISTERI CIKGU AMIR plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 07:07 PM | Show all posts
Reply 2304# kaypo

woo... sedap ni
tp kalau arwah nenek I buat dulu lagi gelap & kering

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2011 07:14 PM | Show all posts
Reply 2322# sang_arjuna

Dlm gambar tu Smiley yg mana satu? Yg pakai tudung kelabu ke atau yg tudung coklat gelap tu??

Duduk kat Taman TAR ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 08:26 PM | Show all posts
kesian amir dengan dahlia...
trauma tak ilang lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 10:04 PM | Show all posts
Reply 2325# sang_arjuna

bkn x blh tp rasa mcm tergantung jer citer dia..2-3 n3 lg kot baru ok...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 11:43 PM | Show all posts
adushhh

pospung plak.........pras aku takdan nak tengok kelas bioo
kelam kabut cekgu amir cari ci pai, takut ilang kena sambar FB
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 08:22 AM | Show all posts
wahhh akan ade season isteri cikgu amir pulak ke lepas ni smiley ??
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 03:55 PM | Show all posts
best... sambung lagi kak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 10:19 PM | Show all posts
best..best..best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 11:30 PM | Show all posts
Reply 2329# liyanur
ok... cadangan yg bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 11:31 PM | Show all posts
Reply 2331# juliet80
tgk lah kalau ada idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 11:33 PM | Show all posts
Reply 2327# sukahatiku
kelabu
a'ah kat Taman TAR... baru setahun pindah sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2011 11:36 PM | Show all posts
Reply 2334# sang_arjuna


x pun penutup yg paling senang 1, 2 taun kemudian bla...bla...bla...
tamat yeay......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2011 12:02 AM | Show all posts
Selesai mengaminkan doa, kitab tahlil dan surah Ya Sin di simpan dalam beg tangan. Seperti biasa, suasana hening di waktu pagi. Tidak ramai menziarahi tanah perkuburan kalau bukan Hari Raya atau hari cuti. Dahlia menyeka airmata dengan tisu yang sudah kumal. Sudah menjadi rutin dia dan Babah menziarah kubur Mak seminggu sekali tapi kali ini kesedihannya berganda. Air di siram ke kubur arwah ibunya. Amir membuang daun daun kering yang jatuh di sekitar kubur bernisan batu mamar putih.
“Bismillahirahmanirrahim. Hajjah Faridah bt Fauzan kembali ke Rahmatullah pada 1 Zulhijjah 1426 bersamaan 1.1.2006. Semoga rohnya di cucuri rahmat.”
Amir membaca tulisan jawi yang masih jelas. Sudah empat tahun Dahlia kehilangan ibunya. Dia memaut bahu Dahlia yang terhinggut dengan esakan.
“ Sabar sayang. Dah lah tu. Lia kena reda.” Pujuk Amir. “ Kita balik sekarang?”
Dahlia mengangguk dengan tangis yang masih bersisa.
“ Entah apa pasal, kali ni Lia rasa sedih sangat. Bukan Lia tak reda dengan takdir Allah tapi I terkilan yang Mak tak pernah jumpa you. Mak tak sempat timang anak Kak Darina, anak kita nanti. Mak tak sempat tengok Danial pergi belajar ke luar Negara. Kalau Mak ada mesti dia tengah sibuk siapkan pelamin kita, buatkan bunga telur untuk kenduri nanti.”
“ I know how you feel. Bapa I dah lama meninggal tapi semalam masa nikah I terasa sangat ketiadaan dia. I terbayang bayang dia duduk bersila bersama depan Tok Kadi. Cuma I bersyukur yang Mummy dah banyak berubah. I tak sangka yang I akan kembali berbaik dengan Mummy. Bila I fikir balik, I rasa pai ayam dan cupcakes Lia ada magic lah.”

Dahlia mengesat airmata dan mencekak pinggang. “ Ya lah tu. You tak ingat kah you tuduh I macam macam masa jumpa I kat kondo Abang Mi? Semua sebab pai ayam, kita perang besar”
“ Oh, itu Lia kah yang I jumpa pakai shorts dan T shirt senteng? I thought it was Jessica Alba … hahaha. Adoi!!” Lengannya di tampar. Amir membuka pintu kereta.
“ Jom pergi makan roti canai kat Hameediah”
“ Tadi kita baru jer breakfast. Takkan dah lapar? Tak sedap ke nasi goreng  dengan jemput jemput yang Lia buat?”
“ Eh, sedap. Sedap sangat. Tapi I tak berapa lalu nak makan tadi” Suasana di meja makan tegang sebaik saja Darina duduk bersama. Matanya menjeling tajam memandang Amir. Cubaan Hj Zul dan Dahlia untuk menceriakan suasana di patahkan dengan komen sinisnya. Entah apa lah masaalah Cik Kak tu. Pembawakan budak kot.

“ Sebab Kak Darina ya?” Sasaran Dahlia tepat. Amir senyum tawar.
“ Nanti Lia nak tanya apa masaalah dia. Dia betul betul berubah. Its so weird.”
“ Tak payahlah Lia korek cerita. Jangan pula sebab I, Lia bergaduh dengan kakak sendiri. Tapi I ingat malam ni I tak nak tidur kat rumah Lia. I better stay out of her way. ”
Dahlia tersentak. Takkan Amir berkecil hati sampai macam tu. “Habis tu, you nak pergi mana?”
“ Adalah … don’t worry about me.”
Muka Dahlia berubah riak. Takkan Amir nak tinggalkan aku. Pipinya di cubit
“ Mestilah abang tak tinggal Lia. No way. Kita pergi Penang, nak? Tidur sana satu dua malam. Sorry I tak dapat bawa Lia honeymoon overseas jadi kita naik feri over the laut sajalah.”
“ Yess! Dah lama Lia tak pergi Penang. Nama saja orang Perak tapi negeri sebelah pun jarang pergi. Nanti boleh makan rojak kat Gurney Drive, makan durian kat Teluk Bahang, makan seafood, nasi kandar. Lia dah lama teringin nak makan nasi kandar Line Clear” Air liurnya kecur.
Amir mengangkat kening. “ Takkan dah mengidam kot. Abang belum mula kelas lagi”
“Jahat!Tak habis habis dengan kelas dia.” Gumam Dahlia.” Kita duduk kat mana nanti? Feringgi? Tanjung Bunga?”
“ Tak tahu lagi. Sampai sana kita cari lah mana mana hotel. Sekarang bukan musim cuti jadi tak ada problem nak cari bilik.”   
Amir memakir kereta depan kedai mamak di seberang jalan Toko Buku Nilam. Bulu roma Dahlia meremang bila ternampak tempat dia di culik. Setiap kali dia ke Toko Buku Nilam selepas kejadian itu, jantungnya pasti berdebar. Dia cuba sedaya upaya untuk berlagak tenang.
“ Are you okay? I risau bila tengok Lia masih terganggu. Babah kata Lia selalu mengigau. Nanti bila kita ke KL, kita buat appointment dengan pakar psikiatri.”
Dahlia mendiamkan diri. Teh O ais di sisip perlahan. “ Nanti orang kata Lia kepala tak betul. Kesian Encik Amir, kahwin dengan orang sewel”
“ Jangan cakap camtu. Jumpa pakar psikiatri bukan untuk orang gila saja. Dia boleh tolong Lia lupakan trauma kena culik”
“ Tak payahlah. Bila kita ke Mekah nanti, insyaallah Lia nak berdoa banyak banyak supaya Lia tenang dan dapat lupakan semua kisah lalu. Lia nak minta kat Allah supaya Farid berubah. Kasihan kat Uncle Leman dan Auntie Zu. Semalam Babah jemput mereka untuk majlis akad nikah kita tapi mereka malu nak datang. Macam macam cerita pasal Farid yang tak sedap di dengar. Mulut orang memang tak boleh tutup.”
“Tak payahlah cakap pasal Farid. Lagi afdal Lia doa supaya perkahwinan kita bahagia dan kita cepat dapat anak.” tukas Amir sambil mengunyah roti canai. Amarahnya pada Farid belum surut. Seperti  luka di tangannya yang sudah hampir sembuh tapi akan meninggalkan parut, perbuatan Farid tak mudah di lupakan. Instinct Amir mengatakan Farid akan cuba menggugat kebahagiaan dia dan Dahlia.
“ Itu sudah mesti. Lia nak doa supaya Lia jadi isteri yang solehah,ibu yang baik pada anak anak kita nanti, pandai jaga hati abang, pandai jaga rumahtangga.” Berkobar kobarnya semangat pengantin baru aku. Jangan doa saja, kena ada usaha juga Puan Dahlia.
“ I pula nak doa supaya Lia sentiasa sayang abang dan lelaki lain tak pandang isteri abang.”
Ketawa mereka terletus. “ Cemburu buta lah awak ni! Patut saya yang cemburukan awak.” getus Dahlia
“ Lia muda, kawin dengan bujang terlajak. Mestilah I jealous”
“ Perempuan suka lelaki mature lah.”
“ Oh..really? Jadi dulu Lia memang suka kat I lah? Tapi saja tarik harga ya” Muka Dahlia mula bertukar menjadi merah samar. Kantoi lah pula. Topik perbualan terus di tukar.
“ Lia nak rasa roti canai.” Tangan di sua untuk mencubit sedikit roti canai Amir. Amir terus menyuap roti yang sudah di celup kuah ke mulutnya.
“Wah.. best! Makan ada orang suapkan, tidur ada orang dodoikan. Seronok juga kahwin ni kan?”  Dahlia tersengih
“ Seronok sebab Dahlia kawin dengan abang. Kalau kahwin dengan orang lain gerenti tak seronok” Ayatnya di balas dengan jelingan mata Dahlia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2011 12:08 AM | Show all posts
Amir bangun untuk mencuci tangan di sinki yang terletak di tepi dapur. Dahlia menghantar SMS kepada Ellisya menanyakan khabar dia dan Najwa. Sudah sembuh dari chicken pox kah? Tak lama lagi aku akan ke KL, tak sabar nak berjumpa dengan geng kamceng aku.

“ Hai.. lama tak nampak. Seorang saja?” Amir berpaling. Aishah Izzati tersenyum manis.

Amir sekadar menggeleng. Paip air di tutup. Mesti minah ni tak tahu yang aku dah nikah dengan Dahlia. Dia tahu yang Aishah Izzati bersekongkol dengan Farid supaya dia di buang kerja. Aku dan Dahlia gunakan Nurul untuk perangkap Farid tapi Farid licik. Dia gunakan adik Nurul untuk kenakan aku pula.

“ Tak sangka pula Cikgu… eh… Amir masih ada di KK? Buat apa di sini? Dengar kata awak dah tak kerja di Sri Kota. Rugi, sekolah itu kehilangan seorang guru yang berkaliber.” Suaranya lunak dan manja.

Amir tidak menjawab, sebaliknya mempercepatkan langkah. Mulut Aishah terjuih bila Amir menuju ke arah Dahlia, pesaing utamanya satu masa dulu. Kini aku pun tak hingin si bujang terlajak yang dah tak ada kerja ni.

“ Lia , jom kita keluar. Ramai pelanggan tengah tunggu meja kosong” Gesa Amir. Dahlia memaniskan muka pada Aishah.

“ Hi Aishah. Kaki dah tak cramp lagi?” perli Dahlia.

Aishah mendengus. Matanya membulat bila Amir mencapai tangan Dahlia.
“ Abang nak jumpa Khairul di ofis dia. Sayang nak ikut?”

“ Tak payahlah. Lia nak ke kedai, dah dua hari Lia tak ke sana. I’ll see you later.”

“ Lia ambil kereta abang. Nanti abang boleh suruh Khai hantar abang balik” Mereka berpamitan sebelum Amir bergegas meninggalkan Hameediah.

“ Tak sangka kau masih rapat dengan Amir. Abang lah… sayang lah. Eee… geli aku dengar” Aishah merendahkan suara “ Kau tau tak dia dah kena pecat? Dia rapat dengan kau sebab dia nak spedo kau”

Busuknya hati Minah ni. Seronoknya kalau aku boleh tolak dia masuk dalam kawah kari mamak ni. Tak boleh tengok orang senang. Apa motif dia mengapi apikan aku?

“ Aku bukannya orang kaya pun. Takkan dia nak kikis aku. Tapi apa pasal awak marah sangat kat Amir? Dulu bukan main lagi awak kejar dia. Sampai tak malu buat benda tak senonoh dalam kereta” Muka Aishah merah menyala.

“ Hoi, kalau kau tak nak dengar cakap aku , gasaklah. Aku cuma tak nak kau kena tipu saja.” Keras nada Aishah.

Dahlia menjungkit bahu dengan muka selamba. “ Thanks tapi aku boleh jaga diri sendiri. Kau jangan susah lah, aku tahu siapa Amir. Apa khabar kakak kau Nurul?”

“Dia ada di KL.” Pendek jawapan Aishah.

Terbesit rasa simpati pada Nurul. Seteruk mana pun perangainya, dia telah banyak menolong aku. Aku bebas dari Farid sebab bantuannya. Entah apa cerita Nurul sekarang. Masihkah dia mengamalkan cara hidup seperti dulu?

“ Aishah, aku ada hal. Aku pergi dulu. Assalamualaikum”
Dahlia terus menyeberang jalan dan menghilang di sebalik pintu Toko Buku Nilam.

Aishah mengetap bibir. Bodoh sombong! Aku tahulah macam mana nak ajar kau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 12:37 AM | Show all posts
ade la aishah izzati ni...
ingatkan dh mati watak dia.

smiley,
ai speku dia masih contact2 lagi dgn FB..
ape lagi la rancangan jahat dia nnt?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.085260 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list