eddy la ni dok membayangkan kalau CT tu dalam mania tak tau la apa jadikkan retis2 lain :l ...
eddysheddy Post at 23-4-2012 10:39 PM
omg.. that time pon ada sentuh pasal nih jugak.. lagik lagik involve undian sms... gempor mengundi lah peminat siti tuh.. haha and i dont think siti akn fall under aubrey atau m nasir.. mesti ahmad dhani..
omg.. that time pon ada sentuh pasal nih jugak.. lagik lagik involve undian sms... gempor ...
khyree Post at 23-4-2012 22:46
sebab eddy tgk rata2 lemau je kat mania tu.. best lagi tgk performance caroline kat mentor malam tadih
eddy rasa CT ngan aubrey suwito.. sebab rasanya CT lebih ngam ngan lagu aubrey.. m.nasir i rasa tak sesuai sebab siap penah buat konsert satu pentas lagi uols. ahmad dhani tak suka lagu style2 CT kot.. hagaknye lah.. hehe
terlanjur bercakap ttg caroline.. i teringat artikel ni masa baca ahad lepas
so, fan CT yg berasal dari Tanah Merah, bole la gi..
Siti & Aizat rai Tanah Merah
Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI [email protected]
KETIKA diadakan kali pertama tahun lalu, sambutan yang diterima cukup luar biasa. Kehadiran anak-anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan ketika itu diluar jangkaan seperti mana yang diharapkan oleh penganjur.
Lantas, tahun ini sekali lagi Malam Mesra Anak-Anak Tanah Merah 2012 akan diadakan pada 28 April ini di Dewan Tun Razak (1), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Majlis makan malam yang akan bermula pukul 8.30 malam itu, bukan sekadar acara suka-suka sebaliknya akan dijadikan medan untuk mengumpul lebih kurang 3,000 anak-anak Tanah Merah yang berada di luar Kelantan.
Dianjurkan oleh UMNO Bahagian Tanah Merah bersama Persatuan Anak-Anak Tanah Merah di Perantauan (Permata) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) bakal diserikan dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Selain Siti, Aizat dan Zarina AF juga akan menghiburkan tetamu selain kemunculan istimewa peserta Mentor 6, Puteri Caroline yang juga merupakan protege kepada Ella selaku anak jati Tanah Merah.
Berharap
Bagi Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, beliau cukup berharap dengan kehadiran lebih ramai anak-anak Tanah Merah nanti dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.
“Acara ini bukan sekadar acara suka-suka, sebaliknya kita mahu menjadikan acara ini sebagai acara tahunan untuk seluruh kerabat Tanah Merah yang sudah menetap di luar Kelantan.
“Mungkin selama ini kita sibuk dengan urusan seharian dan tak ada masa nak berkumpul. Jadi saya cukup mengharapkan usaha murni yang kami lakukan ini akan berjaya dengan sokongan semua pihak.
“Kita juga akan menyediakan makanan khas Kelantan dan pihak penganjur juga sudah bersetuju untuk memberikan cenderahati istimewa kepada wakil setiap keluarga yang ada.
“Tidak ada bayaran yang kita kenakan dan acara ini memang percuma tetapi hanya untuk anak Tanah Merah sahaja,” tambahnya lagi.
Bagi Siti Nurhaliza, dia cukup berbangga kerana berpeluang menghiburkan seluruh tetamu nanti memandangkan acara sebegini jarang sekali disertainya.
“Saya cukup gembira dan akan memberikan persembahan yang terbaik seperti mana yang diminta oleh penganjur dan sudah pasti saya sendiri secara peribadi tidak sabar untuk membuat persembahan.
“Walaupun saya bukan orang Kelantan, tapi saya berbangga kerana dapat menghiburkan semua tetamu. Ini merupakan tanggungjawab saya sebagai anak seni yang akan menghiburkan sesiapa sahaja.
“Kalau nak diikutkan, peminat saya yang terus setia pun ramai yang berasal dari Kelantan. Jadi saya anggap ini sebagai cara saya membalas budi yang ditabur oleh semua peminat saya.
“Paling tidak saya tahu dengan adanya usaha sebegini, ia akan dapat memberikan kesan yang positif kepada semua yang hadir. Dengan adanya acara sebegini, mereka berkumpul dan saling merapatkan silaturrahim.
“Saya akan menyanyikan lima atau enam buat lagu nanti. Saya harap mereka yang hadir dapat memanfaatkan acara sebegini untuk kebaikan semua,” kata Siti Nurhaliza yang baru sahaja melancarkan wangian di bawah jenama SimplySiti.
Bagi penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sungai Lui pula, ini merupakan kali pertama dia menyertai persembahan yang menghimpunkan anak-anak Tanah Merah dan menyifatkan acara tersebut sebagai sesuatu yang amat menarik.
“Selalunya orang berkumpul secara tertutup dan kecil-kecilan. Tapi untuk kali ini hampir 3,000 tetamu yang dijangka hadir dan saya rasa itu sangat menyeronokkan untuk saya membuat persembahan yang lebih baik.
“Saya akan mendendangkan tiga buah lagu secara akustik khas untuk semua. Sama ada ada kejutan atau tidak, itu akan saya fikirkan kemudian.
“Selain kita berhibur, saya juga berharap agar semua tetamu yang hadir dapat memanfaatkan acara ini untuk merapatkan silaturahim sesama kita,” kata Aizat jujur.
Bagi semua anak-anak Tanah Merah di perantauan boleh terus hadir ke PWTC pada 28 April ini atau menghubungi 03-42577009 atau 09-9557500 untuk sebarang pertanyaan