|
Sebak bila membaca sebahagian dari petikan dari Solusi Siri 38 seperti di bawah ini..
Rasulullah SAW mengajar cara solat jenazah
Antara peristiwa pelik sebelum kewafatannya adalah Baginda mengajar cara-cara mengkafan dan solat jenazah. Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah SAW berada di rumah Aisyah r.ha., Baginda memanggil para sahabat supaya berkumpul dan Baginda memeswan sesuatu serta mengajar cara mengkafakan jenazahnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Selamat datang kamu semua, semoga Allah SWT mengasihi kamu semua. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua telah dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong kedua-duanya.
Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, hedaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku di dalam rumah ini. Kemudian, kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.
Pertama yang akan berselawat ke atasku ialah Allah SWT, kemudian yang akan solatkan aku ialah Jibrail a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil a.s., malakikat Mikail a.s. dan terakhir sekali malaikat Izrail a.s. beserta dengan para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok untuk solat atasku.” |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|