peluang nak cari pahala yang banyak yang berterusan di tanah suci
Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”. Anas bin Malik pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda ” 2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya. Dua jenis tawaf itu adalah tawaf setelah solat Subuh yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan tawaf setelah solat Asar yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.” Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya. Malah saya ada mendengar seorang Ustaz berceramah, pada waktu inilah berlakunya pertukaran shif Malaikat yang mencatit amalan kebaikan. Ibnu Umar pula menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa melakukan Tawaf di Baitullah, maka Allah Azza Wa Jalla akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya serta diangkat satu darjat untuknya.” AllahuAkbar. Berapa banyak langkah yang kita lakukan semasa kita sedang bertawaf ? Sebanyak itulah kebaikan pahala yang kita dapat dan sebanyak itulah juga dosa kita terampun.
http://iqbalsafwan.com/amalan-yang-lebih-utama-semasa-di-makkah/ jom kita semua pakat wakaf kerusi roda di tanah suci , cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita akan dapat, dari hotel pergi ke masjidil haram untuk menunaikan solat yang mendapat ganjaran 100 ribu pahala , kerusi roda itu pula digunakan untuk tawaf . jika kebetulan pula kerusi roda itu digunakan pada malam lailatul qadar , pahala didarabkan lagi dengan 1000 bulan .
Kerusi roda ini di wakafkan di Arab Saudi untuk jemaah Malaysia menunaikan Haji & Umrah.. Ini disebabkan ramai jemaah Malaysia menunaikan haji & umrah pada usia warga emas.. Keperluan kerusi roda amat diperlukan, Coop Al-Hajj mewakafkan kerusi roda di Mekah dan kami amanahkan rakyat Malaysia yg tinggal di sana untuk penjagaan kerusi tersebut...
sumber ~ [url]https://www.facebook.com/permalink.php?id=735476109911968&story_fbid=735559453236967[/url]
|