CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 10-10-2012 03:41 PM | Show all posts
aziefa posted on 10-10-2012 03:37 PM
Masyallah detailnya jawapan Haji one...
Jazakallahuhoiron Haji one...
Terima kasih banyak....b ...

Kak Azie

13 orang makan satu kolam tu ke ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 03:41 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 09:24 AM
hahahahaha..betui jugak tu.., kalau mcm tu ingat tahun depan nak mintak pi bertugas  lagi la. ...

Haji one..
Suami saya pernah bertugas dgn Tabung Haji pada musim Haji Tahun 1991
Bertugas atas Rombongan Perubatan..Doktor Perubatan.
Macam macam cerita saya dengar especially masa buka Klinik Kat Mina..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 03:46 PM | Show all posts
transporter posted on 10-10-2012 03:41 PM
Kak Azie

13 orang makan satu kolam tu ke ?

he..he..rasanya tak habis tu...
Jatuh tahap membazir tu...
Masyallah boleh habis ke tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 03:47 PM | Show all posts
transporter posted on 10-10-2012 03:39 PM
haji_one,

Apa beza khemah di Mina antara pakej & muassasah selain dari jarak ke jamrah?


Kak Azie pun nak tumpang tau juga dgn pertanyaan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 03:48 PM | Show all posts
aisya_hadi posted on 10-10-2012 03:16 PM
betul2...takyah nk pk mandi sgt...dpt sekali sehari dah alhamdulillah...tp tu la, walaupon dah dip ...

Untuk penggunaan tandas, saya pun selalu 'save' utk tandas yang disediakan ke Jamrat. toilet tu ada selepas terowong muassim. Ramai jemaah haji kita tak tahu mengenai toilet kat jamrat mahupun kat laluan jamrat ni..banyak yg tertumpu kat tandas di perkhemahan.

Untuk gambaran kat Mina, tengok gambar bawah ni.



yang biru tu adalah Jamrat. Kat situ kita nampak ada bulat2 kaler putih tu, yg paling kiri sekali adalah Jamrah Kubra (paling besar), yg tengah2 tu adalah jamrah Wusta Isederhana) dan Jamrah Sughra (kecil).

Perkhemahan jemaah haji Malaysia Muassasah di lokasi yg warna Merah.

Yg berwarna oren tu adalah laluan terowong muassim yg akan dilalui oleh jemaah haji time melontar. Jarak khemah di Mina ke jamrat adalah 2 km sehala.




Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 03:50 PM | Show all posts
aisya_hadi posted on 10-10-2012 03:16 PM
betul2...takyah nk pk mandi sgt...dpt sekali sehari dah alhamdulillah...tp tu la, walaupon dah dip ...

Banyak soklan nak kena jawab ni..hehehe..

Saya setuju dgn Aisya, memang kalau nak memerot, baik pi time melontar, kat Jamrat memang tak ramai orang..hehehe.

Ok, pasal duit plak, kalau time umrah, saya no komen sebab yg saya tahu, kaunter pengeluaran duit TH hanya dibuka semasa musim haji sahaja.

So, kalau time haji, memang elok simpan dlm akaun TH, kalau disimpan dlm akaun al rajhi bank, kena pergi ATM dan cawangan banknya, takut ada problem dr segi kadar tukaran duit berbanding TH yg tak mengambil keuntungan atas angin bagi urusan pengeluaran duit riyal kat sana.
Last edited by haji_one on 10-10-2012 04:07 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2012 03:55 PM | Show all posts
transporter posted on 10-10-2012 03:39 PM
haji_one,

Apa beza khemah di Mina antara pakej & muassasah selain dari jarak ke jamrah?

Ok, berkenaan soalan perbezaan khemah pakej dan muassasah di mina..di Mina, utk muassasah, memang lot khemah ditentukan jumlahnya berdasarkan kepada jumlah jemaah haji muassasah pada tahun tu, biasanya 14 orang ke atas utk satu lot khemah.

muassasah tak menyediakan bantal dll kemudahan, tapi khemah still aircond la..hehehe..

Dr segi hidangan, kami akan edarkan makanan ke khemah-khemah.

Utk pakej, memang subjektif sebab ikut harga pakej, tapi biasanya mereka ada kemudahan utk buffet, ruang lega di lot yg lebih baik (tak padat mcm muassasah), tapi kalau bayar yg pakej murah..lebih kurang je dgn muassasah. Lokasi juga mungkin berubah mengikut harga pakej tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:02 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 03:55 PM
Ok, berkenaan soalan perbezaan khemah pakej dan muassasah di mina..di Mina, utk muassasah, memang  ...
  1. Utk pakej, memang subjektif sebab ikut harga pakej, tapi biasanya mereka ada kemudahan utk buffet, ruang lega di lot yg lebih baik (tak padat mcm muassasah), tapi kalau bayar yg pakej murah..lebih kurang je dgn muassasah. Lokasi juga mungkin berubah mengikut harga pakej tersebut.
Copy the Code
Haji One, nak cerita sikit tentang package mahal yang teman saya ambik dengan THTS, kata mereka masa kat Mina, 1 st day sampai tu dorang pergi melontar, ingat balik dapat makan tengok tengok makanan dorang habis orang bukit makan (dorang masuk khemah selongkar makanan yang dihidangkan sebab tak ada orang jaga) apa lagi mengamuk lah jemaah tu semua sebab kat Mina susah kan nak cari makan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 04:05 PM | Show all posts
ma3rd posted on 10-10-2012 03:18 PM
@haji_one saya nak tanya pasal duit.
ada yang nasihat buka akaun al rajhi senang nak bawa keluar du ...

Ma3rd pi tahun ni dgn muassah ka pi ngan swasta ka? klu yg Muasasah, hotel yg hampir bunyinya dgn hotel Ma3rd ni adalah Al Saha Al Safeer yg setentang dgn Al haram madinah.

Ma3rd simpan duit dlm TH je klu pi sana masa musim haji..lagi senang dan mudah nak dikeluarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:06 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 07:42 AM
Sambung lagi..

Biasanya bila makanan dah sampai, jemaah haji terus je ambil makanan yg disediakan ...
1. Makan tengahari - sebelum zohor, atau hampir nak zohor..biasanya dlm jam 11.30 pagi (kat sana zohor jam 12 lebih)
Tapi kalau jemaah haji tu pi dr zohor balik lepas isya, rasanya kalau ada lebihan makanan pun tentulah makanan utk makan malam (bergantung pada nasib)

haji one..
Kalau mcm ni eloknya sebelum pi solat Zuhor ambil dulu makanan tghari bawa pi masjid.
Lepas solat zuhor bolehlah berpiknik makan tengahari kat Masjid ke or kat mana mana Restoran disekitar Masjid.
Lepas tu utk makan malam..habis je solat Isyak terus balik maktab...jgn dok sibuk nak buat tawaf kedai lagi.
Insyallah makanan masih ada lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:09 PM | Show all posts
aily posted on 10-10-2012 04:02 PM
Haji One, nak cerita sikit tentang package mahal yang teman saya ambik dengan THTS, kata mereka ma ...

hehehe..memang dah nasib depa la tu..kira ujian dah tu..biarpun kita cari yg paling senang, tapi tak bermakna kita tak diuji..hehehe..kiranya dah bahagian masing2 dah tu.

Tapi dr segi etika dan profesionalisma, memang la THTS  kena jaga dan bertanggungjawab atas apa yg berlaku, kena plak orang dah bayar lebih..lagipun tu dah hak orang yg membayar utk pakej tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:15 PM | Show all posts
aziefa posted on 10-10-2012 04:06 PM
haji one..
Kalau mcm ni eloknya sebelum pi solat Zuhor ambil dulu makanan tghari bawa pi masj ...

Tengok pada aziefa la, sebab kalau nak tunggu nasi nanti bila sampai masjid dapat duduk kat belakang je, kalau pi awal dapat duduk saf depan, cuma makanan plak takdapat. Nanti bila sampai sana, aziefa try n error dulu, first day pi awal, second day pi lewat skit, nanti dah dapat pattern dia..senang je aziefa dan kumpulan nak tentukan rentak pergerakan.

Tapi ok kalau nak tunggu nasi dulu, ambil dan pergi ke masjid, cuma agak rushing la skit. Tapi utk backup, boleh je bawa roti, tamar dan makanan lain utk alas perut, on the way ke masjid boleh jugak singgah beli makanan.

Utk isya', rasanya tak perlu rushing, pengalaman saya, makanan tak habis pun dan elok (sebab warmer tu tak dikunci), so sampai je kat maktab, bukak warmer tu dan ambil nasik. Office maktab tutup dlm jam 10.30 mlm,so, petugas ada..kalau tak pun, tanya petugas haji..nanti kami akan tengok dlm warmer tu..kalau ada kami akan bagi.

So far, plan aziefa tu dah ok, boleh sangat dah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:17 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 08:20 AM
Sambung skit lagi..

Bila makanan jemaah haji dihantar kat maktab, pihak TH global akan ambil maka ...
Tengok dia dlm keadaan mcm tu, saya pun kata..takpalah tuan, saya tak marahkan tuan pun, kalau ada salah silap tuan pada saya, sejak dari awal lagi saya dah maafkan. Pastu dia bangun, peluk saya dan menangis..

Alhamdulillah...
Memang haji one kena sabar betul betul..sabar tahap gaban ye..


."apa benda la tabung haji ni..kedekut..asyik bagi nasik je, bagi la benda lain sama..", pastu ada la dia mengomel tak puas hati lagi.rupanya jemaah haji yg merungut tu dah tak boleh terima apa2 makanan..then, dia hanya boleh minum susu je..nasik ke apa ke yg masuk dlm mulut dia habis dia muntahkan balik. Dan kekallah jemaah haji tu dgn keadaan mcm tu sampai dia keluar dr mekah..

Nauzubillahminzalik..kat Mekah Allah nak beri CASH je..
Kena banyak beristighfar..hati kena ikhlas dan bersih..Allahuakbar.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:18 PM | Show all posts
aisya_hadi posted on 10-10-2012 04:14 PM
Haji,
yg tang edar makan2 tu kan..khemah kami kan...pak2 arab yg edar makan tu siap masuk khemah  ...

Hehehe..maktab berapa tu aisya? kat mekah bangunan mana?

Saya rasa puak2 arab ni mesti masuk tanpa pengetahuan kami ni, sebab utk edaran makanan, kami bagi kt pintu je..kami edarkan dan lepas tu tanya, siapa tak dapat lagi..bila semua dah dapat, kami move ke khemah lain plak.

Uihh..arab ni, kalau kita start bagi duit, siapla dia buat lagi.. klu berlaku mcm tu, kena lapor kat petugas haji, nanti kami tahu apa nak buat. Tahun lepas pun saya ada sound budak myanmar sebab bagi makanan sampai ke dalam khemah wanita.



Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:23 PM | Show all posts
aziefa posted on 10-10-2012 04:17 PM
Alhamdulillah...
Memang haji one kena sabar betul betul..sabar tahap gaban ye..

Memang kena sabar tahap gaban, kekadang nampak 'kecik' je jemaah haji yg buat perangai ni..tapi tu la, bila kita dah iktikad yg jemaah haji tu semua adalah tetamu Allah swt, yg kami ni plak sebagai 'pelayan2' utk tetamu Allah, biasanya perasaan marah tu cepat hilang..kejap je dah cool balik..

Tapi memang ada petugas haji yg hilang sabar..terutama yg freshie ni..pernah tengok petugas haji tinggikan suara pd jemaah haji, tapi tu la..sekejap je nanti kena tengur la dgn pengurus maktab. yg menjadi pegangan saya sepanjang di sana adalah saya takkan mampu selesaikan semua masalah, dan kalau saya tak mampu nak selesaikan masalah, at least saya dapat kurangkan masalah mereka pun dah cukup..kalau nak kurangkan masalah pun tak mampu..memang saya akan diam dan mengalah je..hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:26 PM | Show all posts
balqishku posted on 10-10-2012 08:56 AM
seronoknya saya baca pengalaman haji1.. terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami
pengalaman ...
p/s: moga2 Allah percepatkan giliran saya dan suami utk mengerjakan haji..
Assalamualaikum..
Ikut kuota bila ye?
Insyallah..Moga Allah mempercepatkan giliran kuota balqis dan suami.
Dengar cerita bila perluasan masjidil haram selesai..penambahan kuota setiap tahun bagi negara  senang diluluskan.
Insyallah ..
Amin Ya Rabal'alamin..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 04:30 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 04:05 PM
Ma3rd pi tahun ni dgn muassah ka pi ngan swasta ka? klu yg Muasasah, hotel yg hampir bunyinya dgn  ...

Insya Allah kami pergi pakej dgn Ash Har travel, tuan @haji_one. Hotel Far Al Saha 450m dr masjidil haram. Hari tu ada jumpa mapnya. Ni tak jumpa pula. Tp tak silap hotel ni di jalan laluan yg antara zam2 tower & hilton. kat belakang2 tu.. Katanya hotel2 di antara Far Al Saha dgn zam2 tower tu semua dah roboh. tanah lapang je di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:31 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 09:07 AM
hehehe..kat Mina ni, rasanya tak payah mandi banyak sangat. Waktu paling sesuai nak mandi (klu pak ...
Ni gambaran toilet kat Mina..hehehehe..kekadang kat sini, saya senyum kat jemaah haji pun dia jeling kat saya mcm saya ni burger prosperity McD yg boleh dikunyah2..tapi biasa la, kat Mina ni la kalau nak tengok perangai orang tu mcmana..hehehehe..
he..he.. nak tergelak pulak..
Astaghfirullahalanzim...Allahuakbar...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:32 PM | Show all posts
aisya_hadi posted on 10-10-2012 04:26 PM
saye maktab 89 ...qasr al shouroq...

Maktab 89, bangunan Qasr Al Shouruq, pi tahun lepas ye? hehehehe..so, kat Mina..khemah maktab aisya adalah sebelah khemah maktab 88 je..saya incharge utk maktab 88..ntah2 memang kita pernah terserempak punya la ni..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 04:34 PM | Show all posts
ma3rd posted on 10-10-2012 04:30 PM
Insya Allah kami pergi pakej dgn Ash Har travel, tuan @haji_one. Hotel Far Al Saha 450m dr masjidi ...

Ooooo..begitu, no wonder nama hotel tu takdak dlm list saya. Selamat mengerjakan haji ma3rd, mudahan semuanya ok kat sana, dan lancar segalanya, dan yg paling penting haji mabrur utk ma3rd dan rombongan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.144530 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list