CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fienomenology

Tales From The Abyss: My Paranormal Stories and Experience [Updated] 17.02.2017

[Copy link]
 Author| Post time 6-1-2017 04:26 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-1-2017 04:20 PM
laa..ingatkan ada belanja seketul dua cerita
hari ni free sikit..tu yang merayap kat bod MPS ni ...

Nak belanja la ni hakak @Ipo
Cuba cek bawah ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2017 04:29 PM | Show all posts
Edited by Fienomenology at 6-1-2017 04:38 PM

As salam,
Ada yang dah tak sabarkan?hehehehe.
Terimala entry pertama 2017!
____________________________


Story 4: The Back Alley


Lebih kurang pukul 3 a.m, member aku; Abe Deli ni terjaga dari tidonya yang lena.
Rumah Abe Deli ni sederet dengan rumah cousin aku (belah bapa aku) kat USJ 2 ni.
Dia terdengar bunyi2 bising macam orang tengah rewang kenduri. Dia pun pelik, bila masa pulak jiran belakang dia buat kenduri?

Bilik Abe Deli ni menghadap lorong belakang rumah, so dia beranikan la diri menjenguk belakang rumah dia. Bila dia jengok tu dia tengok tak der saper2 pun kat belakang. Gelap gelita je lorong tuh dan rumah jirannya tu.

Dia balik ke katil. Dia cuba dengar2 lagi mana tau bunyi tu berulang balik. Sampai ke sudah dia tak dengar bunyi tuh so dia pun sambung tido. Persoalannya: siapa/apa yang buat bunyi tuh? Hehehe.

.End.

Story 5: The School, The Field and The Entity.

Intro:

Aku dengan member2 dalam cerita2 aku ni kebanyakkannya bersekolah di Sekolah Padang Laut, USJ 2. Sekolah kami ni dulu used to be the only High School in the whole of USJ. So budak2 dari merata-rata USJ datang ke sekolah ni. Sekolah aku ni boleh tahan la reputasinya. Dari budak2 sekolah ni dilabel budak jahat (lvl: polis datang sekolah) sampai la jadi sekolah harapan negeri (24.12.2016 lepas keluar paper lagi.huhu) banyak kenangan kami dengan sekolah ni.

Belakang sekolah ni ada taman permainan yang kami panggil Padang Sekolah (please refer to my previous post here) dan di sini juga ada sebuah surau untuk kegunaan komuniti di sini. Sekolah aku ni pun tak lari dari cerita2 mistis. Kebetulan masa insiden ni terjadi time aku Form 2.

Story 5a:

Insiden ni berlaku pada sesi petang, masa ni tengah exam week. Abe Deli yang experienced insiden ni and after that it created a chain of events. Mula2 aku ingat lembaga ni datang dari rumah kawan kami di SS18. Tapi selepas aku check balik dengan Abe Deli, I found out it’s a different entity.

Petang tuh dalam pukul 3.30-4.00 pm (according tu Aimil), satu sekolah tengah amek exam. Cuaca di luar mendung menandakan hari nak hujan. Tiba2 satu sekolah dikejutkan dgn bunyi dentuman yang kuat macam ada benda besar jatuh diikuti oleh bunyi cermin pecah. Terkejut la kami semua. Pada masa ni aku ingat angin kencang penyebab benda tu jatuh.

Lepas habis sekolah tu, mcm biasala semua berkumpul kat Padang Sekolah sebelum balik. Aku dari jauh dah nampak si Abe Deli tengah rancak berciter. Sampai kat tempat berkumpul tuh pun aku dengar la citer abe ni. Rupa2nya ada lembaga bertandang kat kelas dia petang tuh yang jadi penyebab dentuman tadi!

“Benda tuh hitam beb! Dia bole bergayut kat kipas atas kepala aku, sampai lendur bilah kipas tu dibuatnya! Pastu dia lompat atas almari belakang and dia lompat keluar tingkap! tuh yang tadi berdentum satu sekolah! pecah beb kaca tingkap nako masa dia terjun keluar dari tingkap!” bersungguh Abe Deli bercerita.

Aku pun dengar dengan penuh kusyuk. Biasla, budak jakun yang tak penah experienced benda2 macam ni. Tambahan kena kat member rapat ko. Terpegun la aku. Lepas 10 minit, kami pun bersurai sebab nak balik cepat and bersiap ke surau. Ko tau la kan, kalo pegi surau bole lepak sampai lepas Isyak.huhu.

Aku sampai rumah, makan, mandi, lepas tu siap2 ke surau. Sampai di surau, aku nampak orang tengah berkumpul di perkarangan surau. Aku nampak budak2 aku tgh rancak berborak. Aku tanya diaorang apesal kecoh2?

“Ada dua budak senior pompuan kena sampuk maghrib tadi!” jawab Zrie*.

*Rumah Zrie ni antara paling dekat dengan skolah and surau. So apa2 hal dia dtg dulu. Plus, bapa dia kuat pegi surau so memang tiap2 malam dia ada kat situ.

Hasil penyiasatan kami (cewah!) untuk beberapa hari kemudian, ia bermula bila senior2 pompuan ni ada latihan netball kat padang sekolah (bukan Padang Sekolah yang belakang sekolah). Lepas practice, senior2 ni pergi la ke belakang tandas nak isap rokok. Tandas ni memang tercorok and jarang dibukak. So kira port selamat la nak isap rokok.

Tengah diaorang isap rokok, tiba2 salah sorang kena sampuk! Lepas tu member dia pulak kena hysteria! Menjerit la dua2 orang tu! Kebetulan pulak senior2 laki baru lepas practice bolasepak dengar diaorang ni menjerit. Diaorang tengok budak2 pompuan ni dah lain macam jerit dia, so angkut la diaorang ni ke surau kat bawah sekolah ni. Satu keje diaorang bawak budak meronta2.

Masa kat surau tu, ada ustaz yang bole mengubat ni come to the rescue. Yang kena hysteria tu di bacakan ayat2 suci pastu disembur ke mukanya. Terus pengsan budak tu. Yang sorang kena sampuk ni, ustaz tu pegang kaki dia pastu di tanya;

“Kamu asal dari mana?”

“Aku asal dari atas!*” jerit girl tu. “Aku nak balik! Mak Bapak aku tengah tunggu belakang tandas!”keluar suara jantan girl tu.

*Atas tu merujuk ke sekolah aku sebab platform level sekolah aku ni tinggi.As in macam atas bukit.

“Kalo aku lepaskan ko, janji ko tak kacau budak ni lagi?”tanya ustaz tu.

“aku janji!” jawab ‘girl’ tu.

Lepas ustaz tu baca ayat2 suci, girl tu pun rebah dan pengsan. Lepas maghrib orang2 surau hantar diaorang ni balik ke rumah masing2.

Kitaorang buat kesimpulan, lembaga hitam petang tu adalah entiti yang sama sampuk girl tu. Malam tu aku balik dari surau lalu jalan jauh.tak dan aku nak lalu jalan dalam. Sebabnya, jalan dalam dah la kena lalu Padang Sekolah and Padang Bukit, lagi la horror!hohoho!
Keesokan harinya, guru besar buat pengumumman bahawa semua pelajar harus balik lepas aktiviti ko-ku, bermakna tak bole lepak lepas pukul 7p.m.

.End.

Moral of the story: Tak elok budak sekolah isap rokok! dah besar baru bole isap rokok! Dah habis sekolah lantakla ko nak isap apa!hahaha!

Story 5b:

Intro

Citer ni pulak pasal Padang Sekolah*. Padang ni adalah padang terbesar di USJ 2 and consist of Surau, padang bola, dua court, playground and a refleksology path. Terkini MPSJ buat court futsal atas permintaan ramai. Aku personally tak pernah experience anything unsual here tapi Abe Deli penah.

*refer my previous post.

Satu malam di bulan Ramadhan, lepas terawikh, macam biasa budak2 laki ni melepak la di padang. Port biasa adalah di picnic table sebelah court takraw. Malam ni, muka2 biasa yang bertenggek kat situ dan salah seorangnya adalah Abe Deli.

Dari padang bola nak ke court ni ko kena lalu trek jalan yang di apit rimbunan pokok. Salah satu spesis pokok ni adalah pokok buluh. Jalan ni jugak connected dengan pintu belakang surau yang selalu digunakan oleh kaum muslimah untuk keluar masuk surau.

Tengah rancak mereka berborak, tiba2 Abe Deli ni perasan satu kain putih laju meluru ke arah mereka. Semua dah cuak! Ada pulak hantu terlepas time bulan puasa ni. Kain tuh makin laju.Masing2 standby nak lari. Sekali….

“Woi Noni!awak rupanya!ingatkan hantu!huh!buat cuak je!” tempik Nohan.

Masing2 tarik nafas lega dan terus menyengih sebab masing2 tau diri mereka cuak sebenarnya. Tapi ada benda tak kena. Di bawah cahaya lampu samar2 dari surau, expression muka Noni nampak takut. Nohan pun perasan,lalu di tanya, “Awak ni kenapa?macam nampak hantu je?hehehe”

“Tak…ttt…tak der apa2…”jawab Noni.

Abe Deli pelik sebab suara Noni terkertar-ketar,tergerak pulak hati dia nak jenguk ke arah jalan trek tadi.
Mata Abe Deli terbeliak! Dia tak percaya! Tak kan la bulan puasa ada “benda” ni?!

Terkejut Ade Beli bukan kepalang! Di tepi pokok buluh tuh sekujur tubuh putih seperti orang dah dikafankan tengah berdiri!

‘Wei, Pocong!wei!kat pokok buluh!”teriak Abe Deli.

Semua terkejut dan toleh ke arah pokok buluh tu! Dah nampak pocong tu takkan la nak duduk situ lagi ye dak? Masing2 melarikan diri. Ada yang pecut naik moto dan ada lari berkaki ayam menuju ke tempat selamat. Apa la sgt sandal Reebok berharga rm90 tu dari kena sampuk dek hantu.huhu.

.Sekian.
@Ipo @bottombikini @miemiecha @pin0t @aksaradhia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2017 04:44 PM | Show all posts
Enjois uolls! Harap2 citer ni dapat la lepaskan rindu korang di bod ni.
Have a good weekend!

Next week, In sha Allah ada cerita lagi.

Stay tuned!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 05:06 PM | Show all posts
Fienomenology replied at 6-1-2017 04:29 PM
As salam,
Ada yang dah tak sabarkan?hehehehe.
Terimala entry pertama 2017!

wah dah update.. tq...
ok, citer pocong tu scary...
bulan puasa, syaitan je yang dirantai..jin tak..

menurut mitos, pokok buluh adalah salah satu pokok yang hantu suka bertenggek/berada selain pokok ciku, pokok langsuyar etc
tapi kalau pontianak dia tak kira pokok apa pun....bebas je hinggap kat mana2 pokok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2017 05:36 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-1-2017 05:06 PM
wah dah update.. tq...
ok, citer pocong tu scary...
bulan puasa, syaitan je yang dirant ...

Kan hakak!tak semua kena rantai.huhu.
agak2 cik ponti dia bertenggek kat "pokok orang2" tak?


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 12:22 PM | Show all posts
Edited by mrsav at 9-1-2017 12:27 PM

pocong tu scary
berani betul cik noni lalu dpn pocong tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak kisah pasal USJ 4?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 09:21 AM | Show all posts
evlinne replied at 8-1-2017 04:52 PM
Ada tak kisah pasal USJ 4?

USJ 4 takder tapi USJ 3 ada.hehehe...
Wait for the upcoming stories.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2017 07:45 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:37 AM | Show all posts
Fienomenology replied at 6-1-2017 04:29 PM
As salam,
Ada yang dah tak sabarkan?hehehehe.
Terimala entry pertama 2017!

tq abamfie..


part reebok tu kelakar..
santai je abam fie cite,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:35 AM | Show all posts

heh.you're welcome.

Hidup ni tak bole terlalu serius.cukupla tekanan hidup dari cukai2 yang berlambak.
Maka kita disini perlu rilex dan santau.eh,silap!...santai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 11:08 AM | Show all posts
Fienomenology replied at 10-1-2017 10:35 AM
heh.you're welcome.

Hidup ni tak bole terlalu serius.cukupla tekanan hidup dari cukai2 yang ber ...

yep.. betui..

karipap jgn lupa abam fie..

kalau santau, iols dlu larik g darul syifaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2017 03:52 PM | Show all posts
Hahaha.
Mai sini dtg brickfields. Ada stall jual karipap baek punya.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:52 PM | Show all posts
Fienomenology replied at 6-1-2017 04:29 PM
As salam,
Ada yang dah tak sabarkan?hehehehe.
Terimala entry pertama 2017!

Best citer TT... santai membaca....

TT sekoalah padang laut yer? hehehe
skolah tu sensasi sebab dulu mana-2 sekolah berdekatan dalam subang tu ditransfer student dorang paling ganas dok situ... mau nye x terkenal..
lain-2 kisah seram subang jaya xde TT?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2017 08:58 AM | Show all posts
kurga replied at 12-1-2017 01:52 PM
Best citer TT... santai membaca....

TT sekoalah padang laut yer? hehehe

Haah. Sekolah Padang Laut batch '99.Laju je tangkap,mesti budak subang ni.Senior aku dulu mmg penyangak gaduh dalam compound sekolah berpisah tiada.
Setakat polis dtg sekolah dah lali.
Ada satu kisah kat sekolah SU.nnt aku citer.



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:19 AM | Show all posts
Edited by kurga at 13-1-2017 11:21 AM
Fienomenology replied at 13-1-2017 08:58 AM
Haah. Sekolah Padang Laut batch '99.Laju je tangkap,mesti budak subang ni.Senior aku dulu mmg ...

aah... aku budak subang gak.. tp bukan pure subang jaya... tp skolah kat situ 5 tahun penuh... aku ss14 bro...sama gak skolah wanted dulu.. siap ade budak bwk jip langgar pagar skolah.. kalau bro nah dengar la.. sebab aku 98' last kat ss14 tu.. so, far area ss14 xde dengar citer scary.. sekolah SU ade ye bro... x sabaq ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2017 06:01 PM | Show all posts
Edited by Fienomenology at 17-1-2017 10:36 AM

Story 6: The Hauntings of USJ 6

Story 6a:  School Party


Insiden ni berlaku pada Ad* di waktu petang. Ye, petang as in 3.00 p.m! Si Ad ni baru balik dari SS15 (kalau tak silap) and nak balik ke rumah. Dulu public transport ada hanya Metrobus and Intrakota, oleh kerana nak saving duit dia pun menapak. Rumah dia ni terletak di USJ 9, so memang jauh la kalau berjalan.

*Salah sorang member aku yang pegi Lady’s Templar.pls refer my previous post.

So dia decide nak amek short cut dan lalu USJ 6. Di USJ 6 ni ada sebuah sekolah rendah yang terletak ditepi jalan utama which is also connected to the short cut/internal road. So si Ad ni memang kena lalu depan sekolah ni.

Bila tiba di sekolah tu, dia terdengar bunyi riuh rendah macam tengah ada keraimaian and ia datang dari sekolah. Ad pelik, ada apa kat sekolah time2 cuti sekolah ni?
Dia cuba jenguk 2 dari luar pagar sekolah, bunyi tuh datang dari kantin sekolah.

Sekali bila dia pandang terkejut dia bukan kepalang! Kantin tuh penuh dengan hantu and jembalang*! Ad diam seribu lalu membeku sebentar. Tiba-tiba suasana yang riuh jadi terdiam, lepas tu kesemua entiti2 tuh pandang ke arah Ad! Ada yang bertaring panjang, ada yang takder muka, ada yang tinggi lampai. Pendek kata semua jenis pun ada la!

*Ad tak specify apa jenis hantu/jembalang yang ada ptg tu.

Tiba2 hantu tuh jerit “HOI!” Dengan perasaan takut, maka Ad bertukar jadi The Flash dan bukak langkah seribu ke rumahnya. Ad tak toleh belakang, tapi dia dengar macam ada bunyi kelibat kain kat belakang dia masa nak melepasi kawasan sekolah. Macam biasa, lepas tuh dia demam seminggu. Huhu.

.End.


Story 6b:The Field of 6(66)
Intro:
Kebanyakkan Housing Development akan allocate 10% dari keseluruhan tapak untuk kawasan hijau. Kawasan hijau ni sama ada akan di jadikan taman permainan/rekreasi or just a landscape area. USJ 6 tidak dikecualikan. Mcm USJ 2, USJ 6 pun ada 3 buah padang. Tapi yang paling besar terletak di depan rumah member baik aku, si Fuzz.

i) Pada satu malam, bff Nadia (adik Fuzz) Azmyra, datang bertandang untuk melepak.Lepas dinner, dalam pukul 10-11pm mcm tu, Si     Azmyra* ni nak berangkat balik.Nadia and maknya pun cadang nak hantar la Azmyra ni balik sampai ke gate depan.

*Azmyra ni pun lemah semangat gak.ada satu cerita menarik dari dia.

Baru bukak pintu kayu, mata mereka terbeliak sebab terkejut dengan penampakkan seorang cik pon bertenggek di atas pokok depan rumah!
Macam dah tau2 je mereka nak keluar rumah time tu.
Pontianak tuh pun meleparkan senyuman sambil mengilai! Si Nadia and Azmyra ketakutan sampai menangis and berpeluk2kan.

Mak si Fuzz tak duduk berdiam je. Dia beranikan diri dan menengking ke cik pon tu!

“Woi!Pegi dari sini!Ko jangan kacau anak2 dara aku!ko nak apa hah?” tempik si Mak nya. Lalu dilaungkan azan sekuat-kuatnya.

Pontianak tuh pun senyum sinis lalu beredar dari pandangan. Malam tu, Azmyra tido di rumah Nadia malam tu.

……………………………………………………

Pada malam yang sama tapi pada waktu yang lain,lebih kurang pkul 12+am mcm tu, member aku si Zax ni datang bertandang ke rumah Fuzz. Katanya nak mintak tolong s iFuzz ni buat keje2 grafik untuk assignment kolej dia. Dah sampai depan rumah,si Zax text:

“Ak dh kat bwh.Jom sapkok sebat luuzz”kata Zax.
“K.sat lg ak trun.”jwb Fuzz.*

*again bahasa text messaging.

Bila Fuzz dah keluar dari rumah untuk merafak sembah si Zax, maka melepet la diaorang di depan kete Zax. Sebagai warm up, mereka pun memulakan sesi berasap.Nikmat rokok free dari Zax masih tak bole kalahkan rokok gudang garam dalam hati kecil Fuzz berkata.

Tengah melayan rokok tuh, tiba-tiba Zax bersuara, “Wei Fuzz,jom la gerak masuk.Malas la nak start keje lambat2”

“Aler,rilex ar dulu. Habiskan sebatang ni.panjang lagi ni,tak sampai setengah batang ni!”kata Fuzz balik.

Zax diam. Dia isap rokok dan sedut secepat dan sedalam yang boleh. Tak habis sebatang dia dah buang rokoknya.*

*Dulu rokok murah.sekotak baru RM7-8.setakat sebatang tak habis tu mmg normal.skrg ni kalo bole putung rokok tu pun nak dihisap sekali.

Fuzz rilex. Dia pun ikutkan ajer memandangkan dia jenis budak yang ‘go with the flow’. Maka menujulah mereka ke dalam rumah and sambung assignment Zax.

Keesokkan harinya, masa mereka mengeteh, si Zax bukak la cerita*. Zax berkata“Ko ingat tak last night,masa kita isap rokok depan rumah ko?”

*Ni salah satu perangai Zax yang aku hangin. Dia akan citer insiden tu 2-3 hari kemudian. Aku tau sebab aku dah penah kena dengan dia masa pegi Highland Tower!cipet ko Zax. Bab Highland Tower ni aku citer kemudian hari.

“Hah!ingat.ape cer?”tanya Fuzz.

“Masa kita isap rokok tuh. Betul2 atas kepala aku, ada kain putih!Duk mengibas je atas angin! tuh pasal aku ajak ko masuk awal.”kata Zax lagi.

“Apesal ko tak sound awal?bagi la bahasa isyarat ke?morse code ke?kehkehkeh”jawab Fuzz lagi.

“Aku bukan bisu la cib*i!Hahaha!”seloroh Zax.

Balik dari minum, masa berada di rumah, Fuzz pun cerita la kat mak dia pasal insiden Zax. Mak dia pun cerita “ Sebelum Zax kena,mama dengan Nadia dah kena dulu.Pokok yang kat depan ni kan?pokok yang sama la tu.”

“errkk…!” terkesima Fuzz bila dia dengar mak dia cakap macam tu.huhu.

.End.

ii) Dalam banyak cerita padang USJ 6, aku rasa citer Abel ni insiden paling menarik. Dulu2, padang ni memang port budak2 '6 untuk melepak malam. Port mereka adalah wakaf kayu di tengah2 padang.Wakaf ni pulak dikelilingi pokok2 redang yang lebat foliage nya,maka agak terselindung dari mata penduduk lain. Mcm2 aktiviti berlaku di sini, dari acara terbang ke London sampai lah ke membelah langit ke-7*. Di sebabkan aktiviti sebegini, maka hampir setiap malam mereka ni melepak di port ni.

*Aku tak perlu specified aktiviti apa.aku jaga aib rakan2 sebab kisah silam gelapmereka tak perlu diungkit.harap maaf.tq.

Salah sorang member diaorang ni nama dia Abel. Abel akan lepak di padang tiap2 malam, tak penah missed! Tapi pada suatu malam, Abel tak bole datang melepak ke port mcm biasa sebab ada hal katanya. So, mereka pun meneruskan acara tanpa Abel. Pada lewat malam yang sama, masa tgh tido dirumahnya, tiba2 Abel dikejutkan kerana kesejukan.

Dia celikkan mata dan pandang sekeliling bilik, confirmed bukan aircond sebab bilik dia takder aircond. Di pandang ke arah tingkap, terbukak rupanya!
“Bila masa pulak aku bukak tingkap ni?”bisik hati Abel.
Abel pun bangun and tutup tingkap dan terus sambung balik tido. Tetiba2, dia terasa macam ada kain lalu di atas muka dia. Dibuka matanya, takder apa2. Kali kedua benda yang sama,dia bukak mata sekali lagi and takder apa.

Abel pelik and budget ni mainan tido.mamai la katakan. Bila dia lelap mata kali ketiga, benda sama jadi. Abel dah bengang! Dia nekad nak tengok apa yang kacau tido dia. Sekali dia pusing and bukak mata…ya ampun!
entiti tuh terapung betul depan muka dia!

Abel kaku.tak bole nak menjerit. Jangan kata nak baca ayat suci, nak kelip matapun tak bole! Terpaksa dia tenung muka hantu tu. Menurut diskripsi Abel,hantu tu perempuan and muka dia sebijik macam pakai corpse paint bak ahli2 band blackmetal*!

*Ala….yang muka cat putih and hitam tuh la.Mcm si Gaahl and Dani Filth. Gugelada. Kebetulan pulak Abel ni dengar lagu2 Black Metal.huhu.

Abel ketakutan dan pada masa yang sama, hantu tu pun mendekatkan lagi mukanya ke Abel, diukirkan senyuman lalu berbisik; “Kenapa malam ni abang tak datang padang?” Berderau darah Abel dengar suara hantu tu.

“TIDAAAAAKKK!PERRGIII DARI AKUUU!! Abel menjerit!
Terkejut satu rumah! Parents Abel terjah masuk bilik dia dan nampak Abel dah meracau2 macam orang kena hysteria. Keadaan kelam kabut. Last2, Abel dapat di tenangkan. Tak tido dia malam tu.

Keesokan harinya, Abel citer hal yang terjadi kat parents dia. A few days later,Abel dibawa berubat. Lepas insiden tuh, Abel dah jarang datang ke padang. Yela, takut “girlfren” datang muncul tiba2. kuikuikui.
Moral of the story: Lain kali jangan melepak lama2 sampai awal pagi dipadang. Kan dah ada ‘benda’ yang suka kat kita.huhu.

.End.

Extra Incident

iii)  Insiden ni terjadi pada suatu malam,bila bapa Fuzz tengah pekena rokok sebatang di balkoni rumah dia. Tengah uncle tuh layan feeling, tiba2 depan mata dia, ternampak sepasang kaki yang amat tinggi melangkah padang tersebut. Kemudian, kaki tersebut melangkah apartment sebelah padang tersebut. Dengan tenangnya uncle tuh terus sedut rokoknya lalu berbisik “hantu galah rupanya…”

iv) Yang ni di alami oleh Fuzz sendiri,banyak kali dia nampak ada bebola api terbang merentasi padang. Tuju2 tuh akan terbang dari tempat yang sama, melalui padang dan ke arah rumah yang sama tiap2malam Jumaat. Ada satu malam tuh banyak gila tuju2 tu lalu padang tu sampai nampak macam pesta mercun. Zaman moden pun nak main santau lagi.haish!

v) Berbalik pada budak Azmyra tadi. Diani dulu ada habit untuk berbasikal malam2 di area rumah dia. Dia ni duduk kat USJ 3, bersebelahan dengan ladang kelapa sawit. So suatu malam ni, dia berbasikal la seperti biasa. Tengah berkayuh tu dia terdengar seekor kucing mengiau.
Being a cat person, dia pun pegi la ke arah kucing tuh dengan harapan nak membelai ia. Sampai ke kucing, dia pun angkat kucing sekali dia tengok kucing tu takder mata! Bukan pasal kucing tu buta tapi mmg flat licin kat bahagian mata kucing tu!
Azmyra apa lagi,dicampak kucing tu and terus jadi poket roket girl balik kerumah.Sejak tuh terus dibuang habitnya tuh.huhu.

p/s: Aku sekali kan citer Azmyra ni sebab dia related dengan adik Fuzz.
.SEKIAN.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting stories... Zaman i skolah dulu memang agak famous skolah 'padang laut' tu. Tapi i bkn budak subang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 09:52 AM | Show all posts
Pontianak tuh pun senyum sinis lalu beredar dari pandangan.
Haahaa...macam mana agaknya rupa pontianak yang senyum sinis tu..
akak pernah terserempak pontianak senyum perlahan-lahan sampai ke telinga dengan darah meleleh kat mulut dik..
tapi macam biasalah..time tu tak sedar yang itu adalah hantu..dah mamai kan..

Yang kisah Abel tu menyeramkan

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-1-2017 09:52 AM
Haahaa...macam mana agaknya rupa pontianak yang senyum sinis tu..
akak pernah terserempak pontian ...

Kak ipo dgn cik ponti berpisah tiada  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060094 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list