CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Kanak2 lelaki berusia 3 tahun maut tertinggal dlm kereta. Wajah arwah nampak san

[Copy link]
Post time 18-3-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-3-2021 04:47 PM
Kalo dah libat lupe payahhhh.. dpn mata punnn tak nmpk.. sian kat kuarga arwah dan pgtua ni mau hi ...

ai reply 1 komen tu sebab salahkan makayah arwah.Aiols rasa dia tak baca info dari depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 18-3-2021 05:29 PM
ai reply 1 komen tu sebab salahkan makayah arwah.Aiols rasa dia tak baca info dari depan

Biar je laa dia. Adekala nulis lagi laju dr otak.. koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 05:38 PM | Show all posts
anony-mous replied at 17-3-2021 06:27 PM
I suka ada 1 komen dkt fb tu

Klau ibu bapa yg buat ckp kesilapan, alpa, x sengaja, tp kena tang g ...

Aku baru nak tanya.. Sebelum ni banyak dah kes macam ni tapi melibatkan ibu bapa.. Rasa macam tak kena tangkap pun.. Kalau orang luar kena tangkap pulak.. Adakah hanya ditangkap kalau melibatkan orang luar?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 05:44 PM | Show all posts
nurshima replied at 18-3-2021 10:54 AM
Berlaku misscommunication rasanya ni,  pengetua ingat cikgu dah ambil habis budak dlm kereta,  cikgu ...

aku setuju dengan komen ni.. bab lupa & cuai macam ni, kat sapa2 pun boleh terjadi.. Banyak kot kes macam ni yang terjadi dengan ibu bapa sendiri.. Anak sendiri pun boleh lupa ni kan pulak anak orang.. Doa sajalah tak jadi kat family kita..

kalau kita jenis cek hari2 pun, kalau dah kata nak TERlupa tu, jadi jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 05:56 PM | Show all posts
sepatutnya masa covid ni kena ambil rekod suhu dan daftar nama..sekolah ni dah cuai dalam my sejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan budak tu terjaga sbb rasa panas sangat, oksigen pun dah makin kurang.
Pastu dia nangis2 ketuk tingkap pintu segala tp takda sapa pun bukak.
Dia nangis lagi meraung2..sampai hilang tenaga dan semakin lemah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 17-3-2021 08:22 PM
Tapi kalau bukak cermin masa parking, kau tak takut ke lipas, cicak, masuk dalam kereta. Tgh2 ko d ...

Beter lipas masuk dlm sluo drpd benda xdiingini terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-3-2021 01:36 PM
Bagus idea ni. Nak tiru.

Jgn bukak besor2 sudah nanti org yg masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 07:10 PM | Show all posts
Allahuakbar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2021 07:11 PM | Show all posts
Kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta alami strok haba

https://www.utusan.com.my/nasion ... a-alami-strok-haba/

Oleh OTHMAN YAHAYA
18 Mac 2021, 5:55 pm



SUNGAI PETANI:  Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang maut selepas dipercayai tertinggal selama empat jam di dalam kereta milik pengetua sebuah  tadika di Taman Ria di sini Selasa lalu disahkan mengalami strok haba.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil bedah siasat terhadap Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam mendapati terdapat simptom strok haba pada mangsa.

“Ketika ditemui pada pukul12.15 tengahari semalam, mangsa masih hidup tetapi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan lemah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Keadaan cuaca panas yang melampau pada ketika ini dengan tiada ruang udara yang sempurna di dalam kereta menyebabkan mangsa mengalami strok haba,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, beberapa sampel pada badan manga telah diambil untuk dianalisa di makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian anak bongsu daripada dua beradik itu.

“Siasatan masih diteruskan daripada pelbagai sudut termasuk merakamkan keterangan semua guru di tadika itu tetapi sehingga kini kejadian itu dipercayai akibat kecuaian dan bukan sebab lain,” ujarnya.

Semalam seorang kanak-kanak berusia tiga tahun m meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta kira-kira empat jam oleh pengetua tadikanya di Taman Ria, di sini.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja oleh pengetua terbabit kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Mangsa ditinggalkan dari pukul 8 pagi hingga pukul 12.15 tengah hari dan kejadian hanya disedari selepas pengetua itu mahu menghantarnya pulang. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ciktiekus replied at 18-3-2021 06:38 PM
Beter lipas masuk dlm sluo drpd benda xdiingini terjadi

Lipas masuk dlm seluar, kau terkejut masa driving, pulas stereng, eksiden plak mati. Kalau ada penumpang plak, habis. Langgar plak org lain. Tragedi lg besar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 17-3-2021 05:29 PM
Aik dlm kete pengetua kn?

Maksud aku sebelum ni kan byk kes yg parents tertinggal anak sendiri dlm kereta sampai mati tapi sekor pun xde yg pernah kena reman atau kena dakwa.. tetiba pengetua ni plak yg kena.. padahal kes yg sama cuai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 17-3-2021 06:29 PM
Apo uols masuk2 terus komen x baca artikel?

Aku baca aku paham.. cuma ayat aku maybe tak terang.. maksud aku kes2 lama yg parents tertinggal anak dlm kereta sampai mati xde sekor pun yg kena reman dan dakwa.. tapi pengetua ni plak kena reman.. dimanakah keadilan utk pengetua???
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 17-3-2021 07:58 PM
Apoo..mana buleh banding kecuaian bisnes dengan keluarga sendiri

Umpama bapak lenyek anak kat p ...

Cuai tetap cuai.. xkira la family kaa bisnes kaa.. kalu mcm tu senang la parents yg benci anak tiri pastu saja2 tinggalkan anak tiri dlm kereta sampai mati pastu ckp tak sengaja.. padahal mmg niat nak membunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mogey replied at 18-3-2021 08:24 PM
Aku baca aku paham.. cuma ayat aku maybe tak terang.. maksud aku kes2 lama yg parents tertinggal a ...

Oh sama mcm apa i tanya jgk. Klau kena dkt parent ckp cuai, tang pengetua jd penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-3-2021 08:32 PM
Oh sama mcm apa i tanya jgk. Klau kena dkt parent ckp cuai, tang pengetua jd penjenayah

Exactly! Bagi aku bila dah melibatkan nyawa xkira la family kaa org luar kaa patut semua kena dakwa.. pastu pepandai ko la buktikan dlm court yg ko xsengaja tertinggal.. biar hakim yg decide ko cuai ke tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 10:02 PM | Show all posts
walaupun tak ada kena mengena dengan berita ni, tapi aku nasihatkan lah jangan fully tinted cermin kereta...aku tak cakap kereta pengetua tu tinted, tapi ni sebagai peringatan saja lah...

benda ni aku pernah tulis dalam tered dulu2...kalau fully tinted, orang luar tak nampak apa jadi kot lah ada yang tertinggal anak ke, kena culik ke dll..tapi ada pulak poremer tu kata benda jarang jadi lah, kulit aku gelap lah, entah hapa-hapa...benda jarang jadi pun, kalau kita boleh selamatkan nyawa 1 manusia pun itu dah cukup berbaloi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
cikpah27 replied at 18-3-2021 05:44 PM
aku setuju dengan komen ni.. bab lupa & cuai macam ni, kat sapa2 pun boleh terjadi.. Banyak kot ke ...

Ni betul so x patut pengetua tu didakwa. Kena pilih slh 1. If kes mcm ni decide x sengaja, cuai, then xperlu ada akta. If decide bersalah, smua patut kena include ibu bapa. Tp jelas di sini tadika ni jenis x ambik kisah ank murid. Kedatangan x ambik
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah utk famili arwah..cuma tulah kdg2 wlpn kite dh berjaga2 beringat2 ..benda kalau nk jadi,jadi jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mogey replied at 18-3-2021 08:22 PM
Maksud aku sebelum ni kan byk kes yg parents tertinggal anak sendiri dlm kereta sampai mati tapi s ...

Oh gitu.. ak slh phm ap ko tulis hehee tp ak pn penah weh teros tuju opis pdhl mmg rutin ak hntr anak ke pengasuh. Sampai parking aku pelik nape dia ad dlm kete seat belakang dok diam je. Bila ak tanya eh nape adik ad kt blkg ni dia gelak2 adoiiii kancil je pon weiii.. Mmg lambat jdnya ritu sbb ne pusing hntr. Mujur la  anak ak xmati.. tp mmg hari tu otak ak byk pikir psl keje. Ak bkn nk bela tp boleh jd pada sesiapa pun. Yg ak nk argue, apa sop tadika ni dr aspek kehadiran. Xbuat ikut yg spttnya kot!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.068693 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list