seek1u This user has been deleted
|
memula tgk..cam ko tak percaya je myville... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok melodi tadi, ada citer pasal konsert search nih. perghhh... memang gempak la. tapi kid tu bila kena tanya cam malu-malu je... kena kenan kucing ke hapa kid nih..dah tua-tua pun malu lagi. lola mengaku minum tongkat ali 2 minggu berturut-turut utk prepare konsert. yazid, ada riak kecewa+sebak+sedih masa dia jawab soklan. pintu hati dia memang dah tertutup utk search. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by greykoala at 2004-2-13 03:44 PM:
alamak! rockestra? aku tak minat la, sebab aku dah dengar metallica punya rockestra tu, aku tak suka sangat bila dah bercampur aduk ni. kalau ochestra on its own bole gak appreciate.:cool:
apa-a ...
term 'campur-aduk' tu aku rasa tak seswai sangat. ianya lebey kpd mengharmonikan muzik rock & orkestra. tapi cam spoil lak rasa bila rock & orkestra masing-masing nak tunjuk dominan. ini arranger dia kena pandai la. lagu search banyak yg best aku rasa kalo pakai orkestra. antaranya, mentari merah di ufuk timur, pawana, panggung khayalan etc. |
|
|
|
|
|
|
|
coba sapa2 buat rough estimate berapa Search dapat drpd konsert nih? minus sewa stadium, fee semua prosedur (permit, cukai hiburan etc) & logistik yang lain? aku rasa dibagikan lima orang - sorang paling busuk-busuk pun dapat RM 6K ye tak? |
|
|
|
|
|
|
|
:: - Konsert Search di awalkan sehari - ::
Konsert Search 2004 diawalkan sehari
PENGANJUR Konsert Search 2004 memohon maaf di atas kesilapan memilih tarikh 1 Mei untuk menjayakan konsert besar-besaran kumpulan berkenaan di Pulau Pinang.
Menyedari kesilapan itu dan menghormati tarikh sambutan Maulidur Rasul, konsert ini diawalkan kepada 30 April.
``Kesilapan yang berlaku tidak disengajakan. Kami memohon maaf kepada semua pihak.
``Justeru kami memilih tarikh baru untuk konsert yang bakal berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang ini iaitu sehari lebih awal,'' jelas Pengarah Konsert, Jalil Ngah.
Menurut Jalil, penganjur juga melahirkan rasa terima kasih kepada pihak-pihak yang membuat bantahan awal sebelum konsert ini berlangsung.
``Keperihatinan semua pihak yang sedari awal membuat bantahan, memberi peluang kepada kami untuk memilih tarikh baru,'' katanya.
Konsert ini dianjurkan oleh Koperasi Pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai dan AVXS Sdn. Bhd.
Bagaimanapun menurut Jalil, peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana mereka boleh menggunakannya pada tarikh baru konsert ini berlangsung.
``Mereka yang tidak dapat hadir pada tarikh baru ini pula boleh memulangkan semula tiket dan mendapatkan kembali wang mereka di kaunter stadium berkenaan atau di kaunter tiket di mana mereka membelinya sebelum ini,'' kata Jalil lagi.
Menyentuh mengenai sambutan konsert berkenaan, Jalil menjelaskan lebih separuh tiket daripada 30,000 keping sudah terjual.
Harga tiket konsert ini cuma RM20 tetapi peminat perlu membeli awal kerana mereka yang membeli pada malam konsert berlangsung akan dikenakan bayaran RM25
Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kumpulan Search
kumpulan Search yg femes ngan lagu Isabella, Fenomena n byk lagi
Amy n the geng rambut panjang ......
masa dulu2 tahun 80an minat gak kumpulan Search sebb lagu diorg mmg besh ...
ada sesapa nak share ur opinion or info ttg kumpulan Search nih ......
nak cite pasal suka duka kumpulan Search pun boleh ...... sapa die hard fans Search amat dialukan utk contribute .....
[ Last edited by fly_in_d_sky on 27-5-2004 at 02:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Aku minat gilossss Search masa bebudak dulu.Tak la fanatik tapi OK la. Kena pulak la ni aku jadi sedara Amy by marriage (aku kawin dua pupu dia) hehehe.
Dulu ada M. Nasir cerita perkembangan Search kat BiPop Berita Minggu tapi entah ke mana tah aku simpan paper cutting tu.
Anggota asaalll Search (tarak album) cuma gigs kat kelab aje
Yazid (drums) Hillary Ang (lead guitar) Nasir (bass) Zainal (vocal)
Lepas Zainal ni keluar dan diganti Amy (Fewwwiiittttt) Hillary dengan Nasir pun keluar diganti Man Kidal dan Yan...Nordin pula join sebagai second guitar
Buat album Cinta Buatan Malaysia (1985)
Soon, Man Kidal dengan Yan keluar utk tubuh Lefthanded, Hillary dengan Nasir masuk balik.
Tahun 1987, Hillary dengan Nordin buat hal, kena tangkap posession ganja tapi aku dah lupa kena tindakan apa (ke lepas camtu)
Tahun 1988, Hillary keluar diganti dengan bekas lead guitar Gersang, Kid adik Nordin
tahun bila aku tak ingat,97?98? nasir keluar, Yan masuk balik, lepas Yan keluar balik, Nasir masuk semula
Lepas tu Fauzi pulak masuk...lepas tu Amy keluar Jadi Solo...untuk album Bikin Wilayah, Awie dipanggil utk jadi vocal. Last, Moq jadi vocal dan lead diambil Shah (ex-Slam)
Lagu fave aku....boleh kata 90% lagu dalam album2 depa, tapi lepas 'Rampage' dah tak masuk sangat le..... |
|
|
|
|
|
|
|
oOooOOOooo....aku mmg minat search...nantila aku citer.nak kuar beli album spider nih...
pakar psl kumpulan search ni tak lain tak bukan sedara izzidude |
|
|
|
|
|
|
|
byknyer kuar masuk ahli Search ......
nampaknyer tuah Search kat Amy ....... :cak: :cak: :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
aku membesar dengan dengan lagu lagu mereka...especially album album mereka yang lama la. |
|
|
|
|
|
|
|
masa album double trouble tu yan masuk balik search...apa jadik lak dgn nasir masa tuh..pastu yan kuar,nasir masuk balik...ding dong ar diorang nih
kalo dihimpun org yg penah & sedang jadik anggota search ni,bole buat koir pancaragam... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 27-5-2004 16:22:
masa album double trouble tu yan masuk balik search...apa jadik lak dgn nasir masa tuh..pastu yan kuar,nasir masuk balik...ding dong ar diorang nih
kalo dihimpun org yg penah & sedang jadik ...
sama lak cam kumpulan Ukays/U.ks..
search ni abang aku memang minat giler..aku dengar jugaklah...yg agak slow tu bolehla masuk..aku suka album GEMA D T J..yg ada lagu CINTAKU HILANG BISANYA, ANDAI DAPAT KUUNDURKAN MASA(betul ke tajuk ni?)..aku suka...
satu jer album search aku beli sendiri iaitu album BIKIN WILAYAH..itupun sebab kekuatan lagu NURNILAM SARI..masak giler awie taknak nyanyi lagu tu semi final JL..klu tak sah2 lagu ni boleh beat PURNAMA MERINDU..hehehe..awie takleh nyanyi live lagu tu kot..
album wings banyak aku beli..suka MUS sebenonya...tapi album may tak beli..boley? |
|
|
|
|
|
|
|
iscol, senaraikanlah album2 SEACH..dr awal sampai habis..klu album wings pun ok gak... |
|
|
|
|
|
|
|
minat gaks ngan lagu2 deme nih...
masa amy search wat persembahan kat kolej aku...
aku ingat kan dia miming...sebab suara dia sebijik cam dlm kaset..
tapi rupanya idak...dia tak miming...live siottt...
power lagi suara diaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KoSe at 27-5-2004 04:44 PM:
iscol, senaraikanlah album2 SEACH..dr awal sampai habis..klu album wings pun ok gak...
ni pasal Search ajer .....
nak kumpulan Wings .......
nanti Fly wat ....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KoSe at 2004-5-27 04:40 PM:
sama lak cam kumpulan Ukays/U.ks..
search ni abang aku memang minat giler..aku dengar jugaklah...yg agak slow tu bolehla masuk..aku suka album GEMA D T J..yg ada lagu CINTAKU HILANG BISANYA, ...
masa awie tanak masuk juara lagu tu m.nasir marah sungguh...yela, lagu tu kan dia punya aura lain macam sket bagi m.nasir...kalo masuk mungkin bole kalahkan purnama merindu...ishhh...awie..awie:agr: tp menurut sumber2 tertentu,awie tak bole bawak lagu nurnilam sari ni live.bila pikir2 rasanya btol gak.susah nak bawak lagu ni.lagi satu lagu bayangan baiduri.itupun tak masuk gak tuh...geram tul
topik search ni aku penah bukak dulu,acehand pun tak silap aku penah bukak.kalo nak list la album search ni (dulu pun dah list dah)
1985 - cinta buatan malaysia
1986 - langit & bumi
1987 - mentari merah di ufuk timur
1989 - fenomena
1990 - karisma
1992 - rampage (album 1st search jadik penerbit)
1992 - double trouble
1994 - terbaik
1995 - gema di timur jauh (aku paling suka album nih)
1996 - rock n roll pie (scorpion buat 2 lagu)
1998 - double trouble 2 (album last dgn amy,camner lagu yale-yale pun bole ada:stp
1999 - selepas banjir (album tutup buku) |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat search ni psl abang aku pun minat dia.tp umur abang aku dgn aku jauh beza sket,jadik dia dptla rasa zaman rock kapak tu.dia simpan sumer album2 search tuh.aku mana la tau apa2 masa tuh...
2,3 tahun ni rajin la aku mengumpul album2 search ni balik.abang aku punya dulu ntah mana pegi,tak reti jaga btol...w/pun aku rasa cam ketinggalan zaman lak minat diorg ni tp tak salah rasanya menghargai muzik diorg
takleh dinafikan antara sbb aku minat search ialah psl lagu m.nasir.tp lagu2 yg seach cipta sendiri pun best.pastu sore amy tu aku minat bebeno.mmg asli & tulus la sore dia.
mutakhir psl search ni aku beli vcd konsert diorang kt stadium merdeka tuh...mmg takleh dinafikan sore amy mmg power.mcm takde beza dgn album.tp geram sikit psl m-cat tak letak 2 lagu - langit dan bumi & serigala segalanya.lagu tu la yg aku nak dengar.ini balik2 isabella,fantasia bulan madu,gadisku....tp lagu pawana tu mmg power siyut... |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
hehhe..
mmg banyak aku nak citer..tp aku nak tgk dulu perkembangan thread ni..rasa aku
tak lama kat page 1 ni.. |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Originally posted by alphawolf at 27-5-2004 11:19 AM:
Anggota asaalll Search (tarak album) cuma gigs kat kelab aje
Yazid (drums) Hillary Ang (lead guitar) Nasir (bass) Zainal (vocal)
masa zaman ni..search selalu buat show kat uncle don kat pj.. |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Originally posted by alphawolf at 27-5-2004 11:19 AM:
Tahun 1987, Hillary dengan Nordin buat hal, kena tangkap posession ganja tapi aku dah lupa kena tindakan apa (ke lepas camtu)
kes ni drop camtu je..takde prima facie utk dakwa dowang |
|
|
|
|
|
|
| |
|