|
Masalah Pengangguran Graduan -- Latest: Graduan Lemah Minda -
[Copy link]
|
|
Reply #9 mesmerize's post
mmg la company2 skang ni bnyk yg cr pekerja.
tp mostly cr2 pekerja pun dorang pilih2 jgk.
x la main rembat asal ada degree je masuk.
ada tapisan2 tertentu gaks..
x caya tanya hr..
pd aku la yg pernah jd graduan menganggur.
punca utama menjadi penganggur ialah kerana hilang arah tuju slps tamat bljr.
dorang still confius dgn kerjaya n x tau nak ikut laluan mana sbb x de org yg leh bg nasihat kat dorang.
nak harap parents/sedara mara rmi yg akan bg nasihat yg general cthnya kerja je la apa2 pun, janji kerja.tp dlm hati pengaggur kerja apa tu kerja apa?blh ke aku buat kerja ni?
thats y aku rs yg sebenarnya graduan menganggur ni x perlu sgt skim latihan graduan atau yg sama waktu dengannya.tp memerlukan nasihat/motivate drp org yg btl.tu jerk la pendapat aku. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kualiti siswazah pon main peranan sama.
sebabnye, setiap kampeni kompem la xnak main serkap jarang je
asal leh hire pekerja, dah leh goyang kaki..
sepatutnya dua-dua pihak kene main peranan masing-masing..
kalo betul-betul kampeni nak gune pekerja, why not wat satu pakatan ke
pastu masuk g bagi ceramah kat sume pusat pengajian tinggi
sambil tu tetapkan ape kriteria yang dorang nak..wat standard piawaian
baru la students akan paham...komunikasi dua hala pon penting jugak
antara pihak kampeni ngan pihak universiti/ students.
kalo permintaan dan penawaran tak balance, camne nak hire..
just my 2 yen. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 orang_letrik's post
agak2 ko kalo company besar yg ada modal n untung juta2 ada ms x nak pegi universiti jumpa menteri pengajian tinggi, jumpa naib cancellor, isi borang tu borang ni n mcm2 lg kerenah birokrasi utk buat ceramah kpd student tentang situasi pekerjaan hari ni.
buang ms jerk.kalo dah x de sgt pekerja berkualiti kat msia ni baik dia import pekerja asing jerk.actually pentadbiran pendidikan tinggi negara kita dan pihak universiti perlu main peranan yg lebih utk mengatasi masalah ni.
mcm lah baru hari ni dpt info yg kualiti graduan kita kurang kualiti.
knp x de apa2 tindakan utk mengatasi masalah ni?
asyik2 nak tegakkan benang yg basah.
pastu salahkan student sbb x de inisiatif utk majukan diri sendiri.
kalo semua student bagus n ada inisiatif sendiri baik x payah ada mcm2 pegawai kat universiti n kpt.buang duit rakyat je hired dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 mahujadiguru's post
o, ok..
moga ko jadi cikgu yg baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal Penganggur 210 juta
Petikan dari kosmo,
GENEVA - Ketua Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Juan Somaviasemalam memberi amaran bahawa krisis kewangan bakal mencatatkan rekodpengangguran global paling tinggi di mana seramai 20 juta pekerja lagidijangka kehilangan pekerjaan menjelang hujung 2009.
Pertubuhan itu menganggarkan kadar pengangguran global akan meningkat daripada 190 juta pada 2007 ke 210 juta pada lewat 2009.
Somavia berkata, buat pertama kalinya dalam sejarah jumlah pengangguran di seluruh dunia melepasi 210 juta orang.
Menurutnya, populasi pekerja miskin yang memperoleh kurang AS$1(RM3.52) sehari mungkin meningkat kepada 40 juta orang dan mereka yangmemperoleh pendapatan AS$2 (RM7) sehari juga meningkat melebihi 100juta orang.
Bagaimanapun, Somavia berkata, jangkaan itu mungkin tidak tepatsekiranya kesan-kesan keadaan ekonomi sekarang yang semakin menghampirikemelesetan tidak ditangani segera.
Sebelum ini, beribu-ribu pekerja telah kehilangan pekerjaan di Wall Street, Amerika Syarikat (AS).
Keadaan itu berlaku kerana, beberapa pusat kewangan lain apabilabeberapa buah bank muflis atau terpaksa bergabung akibat krisisberkenaan.
Bagaimanapun, ILO memberi amaran situasi itu bakal berlaku kepadapekerja biasa selepas beberapa sektor termasuk pembinaan, automotif,pelancongan, perkhidmatan dan hartanah terjejas akibat krisis kewangantersebut. - AFP
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
210 juta orang banyak tu ...... cam neerrr lah esok...anak2 kiter ya ..... ada keje tak dia org nie ....
[ Last edited by fauzana7 at 21-10-2008 11:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
betul tuh..
skrg ni keje apa yg dioffer terima je...
ambik xperience dulu..
mcm pretty pas 2 week prctical abis dpt intvw keje..
tp keje tu jus SPM qualification..
company tu tau pretty ada degree even blum convo lg..
tp pretty timer je utk xperience..
tp next month pretty dah dpt keje baru yg staraf ngan degree..hehe
so ni last month la keje kat company ni..huhu
sedih plak |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon tgh mencari keje ni
br abes praktikal jugek sblm raya tu
aku nak cr keje utk pengalaman je |
|
|
|
|
|
|
|
a great article for us to ponder -
Mahasiswa lemah minda
Oleh Suliati Asri
DULU pembabitan dunia politik dijadikan punca pelajar institut pengajian tinggi (IPT) memperoleh keputusan corot dalam pelajaran selain tidak berdaya saing.
Kini, timbul pula isu pelajar kita terutama di IPT lemah minda bukan disebabkan mereka berpolitik, tetapi malas sehingga pengetahuan am mereka turut lemah.
Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Tinjauan dan temu duga yang dilakukan mendapati pelajar IPT begitu lemah pengetahuan am dan tidak mengikuti perkembangan isu semasa.
Selain itu, kebanyakan pelajar IPT hanya membaca dan mengharapkan nota yang diberikan pensyarah dan malas membuat rujukan terutama buku berbahasa Inggeris.
Mungkin kalau dilihat dari satu sudut, pendedahan itu ada kebenaran. Mana tidaknya, pelajar kini lebih cenderung menghabiskan masa berseronok dengan pelbagai aktiviti terutama hiburan.
Kebanyakan mereka ini juga hanya belajar serta membaca buku apabila ada ujian atau peperiksaan.
Namun, bagaimana pula dengan pencapaian pelajar kita yang saban hari, bulan dan tahun meraih anugerah dan pengiktirafan peringkat antarabangsa?
Adakah pencapaian itu semua tidak cukup untuk menunjukkan pelajar IPT mempunyai daya asing yang tinggi dan mempunyai minda yang bijak?
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata pihaknya menyangkal pendedahan itu dan tidak bersetuju dengan apa yang dibahaskan.
Menurutnya, memang tidak dapat dinafikan ada segelintir pelajar IPT yang mempunyai sikap malas tetapi tidak semua dan pendedahan ini diibaratkan sebagai mewakili semua pelajar IPT.
"Amat tidak adil kenyataan yang diberikan Datuk Tajuddin kerana bukan semua pelajar bersikap sedemikian dan pendedahan itu mengguris hati pelajar IPT.
"Jika pelajar IPT lemah mindanya, bagaimana sesetengah mereka diberikan anugerah dekan, anugerah diraja atau apa-apa anugerah di majlis konvokesyen yang diadakan setiap tahun," katanya.
Menurutnya, pelajar kini bukan seperti pelajar yang dulu. Kini, mereka lebih berfikiran jauh dan sentiasa inginkan pembaharuan dalam pemikiran mereka.
"Keupayaan minda pelajar IPT kini lebih maju dan mereka mampu menghasilkan yang terbaik. Buktinya, hasil kerja dan idea mereka diterima di peringkat antarabangsa.
"Sebagai contoh, pertandingan mencipta robot, satelit, mesin perindustrian dan banyak lagi. Mereka bukan saja mendapat pengiktirafan dalam negara tetapi juga di luar negara.
"Ini juga sedikit sebanyak menarik pelajar dari luar negara untuk belajar di negara ini," katanya.
Selain itu juga, pelajar IPT dalam jurusan kedoktoran, kejuruteraan, multimedia dan jurusan lain yang memerlukan pelajar banyak berfikir mereka sentiasa mempunyai idea yang bernas serta menghasilkan produk dan hasil kerja yang bermutu.
Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran juga kini lebih banyak mengadakan pelbagai program memberi peluang kepada pelajar terutama pelajar IPT yang mampu menjana minda mereka serta memberi peluang untuk mereka mencungkil bakat dalam pelbagai bidang.
Semua itu dilaku dan dianjurkan bagi memberi pengetahuan serta menggalakkan pelajar berfikir lebih jauh serta boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.
Oleh yang demikian, kenyataan pelajar IPT malas dan lemah minda adalah tidak wajar dan ini cukup mengguris hati pelajar.
"Kita sepatutnya memberi galakan kepada pelajar kita untuk berfikir lebih kreatif dan menimba ilmu yang lebih dari apa yang diberikan di bilik kuliah, bukannya menjatuhkan semangat mereka untuk belajar," katanya.
Sementara itu, Pemangku Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad, turut tidak bersetuju dengan pendedahan itu kerana tidak semua pelajar yang mempunyai sifat sedemikian disebabkan mereka kini mencari ilmu dengan berhutang.
"Pelajar kini bukan menimba ilmu dengan percuma sebaliknya kebanyakan mereka terpaksa berhutang dengan mana-mana tabung pendidikan terutama pelajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
"Jadi, pastinya mereka ada semangat yang lebih tinggi untuk mencapai kecemerlangan agar memperoleh kerjaya yang baik selepas menghabiskan pengajian," katanya.
Menurutnya, isu pelajar hanya bergantung kepada nota pensyarah itu sebenarnya tidak seharusnya menjadi punca pelajar dilabelkan sebagai malas.
"Pelajar yang lemah mindanya mungkin tidak punya teknik pembelajaran yang betul dan ini menyebabkan mereka dianggap tidak berpengetahuan. Selain itu juga, tahap penerimaan mereka juga perlu dilihat.
"Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya memberikan teknik belajar yang terbaik dan sentiasa memastikan pelajarnya tidak ketinggalan," katanya.
****************************************************************************
bila lemah minda.. tak ada initiative nak growth...
tu yang jadi masalah ramai yang unemployed
meskipun ada ijazah segala ---
ijazah saja tak cukup untuk berkembang maju dalam
career dan kecemerlangan dan kejayaan hidup
experience tu penting.. strong mind tu penting juga -
kena ada sokmo usaha untuk meninggikan dan
banyakkan knowledge -- tak ada istilah dalam
kamus pelajar 'comfort zone' cuz you won't go
anywhere with that kind of attitude - |
|
|
|
|
|
|
|
...gunakan otak kiri dan kanan semaksimum mungkin.. |
|
|
|
|
|
|
|
10,000 menganggur
Lebih 10,000 menganggur
KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 1 Januari tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan semalam.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata lebih banyak pekerja dijangka hilang pekerjaan dalam tempoh terdekat apabila semakin banyak syarikat, terutama yang bergiat dalam sektor pembuatan, menghadapi masalah untuk terus beroperasi.
Sejajar dengan itu, beliau merayu kepada kerajaan supaya menyalurkan dengan segera peruntukan melalui pakej rangsangan ekonomi kedua bagi membolehkan syarikat mengetahui dengan jelas kedudukan masing-masing.
Bulan lepas, kerajaan menyalurkan pakej rangsangan ekonomi melibatkan RM7 bilion dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyalurkan pakej kedua tidak lama lagi.
Katanya, kemelesetan ekonomi yang berlaku kali ini juga lebih kritikal kerana hampir 600,000 pencari kerja baru di negara ini membanjiri pasaran kerja setiap tahun.
Beliau berkata mereka terdiri daripada lepasan universiti, pemegang diploma, pekerja mahir dan kumpulan yang baru meninggalkan bangku sekolah.
ref: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ra&pg=ne_08.htm
|
|
|
|
|
|
|
|
masak jwb nyer
nak byr ptprn lg jenuh ... |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg masih tak bekerja...baik korg rancang utk berbisness....kena caranya,lebih kaya dr org2 yg makan gaji |
|
|
|
|
|
|
|
fiuh..jgn la aku termasuk dalam list 100000 tu..
nauzubillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 overload\ catat
jom bisnes..aku dah mulakan.... sementara nak sambung blajo bulan 5 nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|