CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Claudia_Lestat

Perihal Anak Angkat - Contoh Surat Akuan di page 15 [MERGED]

  [Copy link]
Post time 29-8-2007 11:23 AM | Show all posts

Reply #167 notiey's post

Notiey,

Dari apa yg baldu tahu, masalah dia suka hantuk kepalatu takde kena mengena dgn background dia tapi kesian dia sbb dibezakanatas kesalahan org lain. Ni sebhgn dr penerangan dari pakar kanak2mengenai tabiat hantuk kepala tu:

Sumber: http://mypermatahati.com/

Hentak kepala (Head banging)

Apabilaanak kita mula mengamalkan tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risaudan bimbang mungkinkah ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Duapuluh peratus daripada kanak-kanak yang sihat melalui tabiat iniseketika. Lazimnya, umur bermula setahun setengah dan berakhir secaraspontan menjelang umur empat tahun.

Lelaki adalah tiga kalilebih kerap memperoleh tabiat ini daripada perempuan. Kanak-kanak yangberusia lebih empat tahun dan masih mempunyai tabiat ini haruslahdibawa menjalani pemeriksaan lanjut.

Selalunya, kanak-kanakmeninggalkan tabiat ini dengan sendiri ketika membesar tetapi kitaboleh cuba mempercepatkan proses ini dengan mengamalkan cara sambillewa bila ia berlaku.

Tabiat ini menjadi satu cara kanak-kanak憁engugut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 05:03 PM | Show all posts

Reply #170 baldu_biru's post

thanks baldu biru saya betul pendapat dr tu....bila saya lihat kepala dia tak de pun lebam sebab hantukkan tapi bila dia tampar dahi dia tu ada biru kehijauan....sekarang saya dah malas bawa jumpa bomoh atau sesiapa...nak lihat perubahan dia sehingga umur dia 4 thn nanti....tapi saya dah berbincang dengan suami nak temukan dia dengan ibu kandungnya.....sebenar nya dia sekarang dah punya 2 orang adik...lagi pun dulu dia" dirampas "dari ibu kandungnya ...tapi takut juga nanti dia nak ambil balik
sayang woi......dah bela dari kecil..korang rasa patut ke tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 06:58 PM | Show all posts

Reply #157 nthewinneris's post

kalau dah tak muhrim semuanya terbatas. Agama adalah perkara yang mesti di utamakan, bukan sekadar anak angkat saja. Kalau dah tak faham agama tu, kdg2 depan sepupu pun dok bukak aurat, dpn abag ipar pun dok buka aurat, sembahyang pun selamba je tinggal. aliya paham sangat perasaan org yg di uji dengan ujian tidak ada zuriat sendiri ni. ambiklah anak angkat dan didiklah dia dengan ISLAM, dlm ms yg sama didik dia tentang batasan muammalat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by notiey at 29-8-2007 05:03 PM
thanks baldu biru saya betul pendapat dr tu....bila saya lihat kepala dia tak de pun lebam sebab hantukkan tapi bila dia tampar dahi dia tu ada biru kehijauan....sekarang saya dah malas bawa jump ...

Salam... anak saya sekarang berumur 4 bulah lebih.. itupun dah sayang sangat ngan dia... inikan pulak dah bertahun..
tapi...hati saya masih tersentuh ketika birth mother anak saya memberikan seorang bayi comel yg berumur 1 hari kepada saya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 10:34 AM | Show all posts
Hai semua,

saya nak tanya pada sape2 yang pernah menyusukan anak angkat. Boleh tak susu ibu yg di perah/pam dibancuh dan di campurkan dgn  susu formula. sebab susu yang saya berjaya kumpul terlalu sedikit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:20 PM | Show all posts
tak boleh rasanya... cube jumpe doktor utk tambahkan  lagi kandungan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2007 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by notiey at 29-8-2007 05:03 PM
thanks baldu biru saya betul pendapat dr tu....bila saya lihat kepala dia tak de pun lebam sebab hantukkan tapi bila dia tampar dahi dia tu ada biru kehijauan....sekarang saya dah malas bawa jump ...

sedangkan jadi mak bapak angkat tak sanggup nak pisah... ini plak jumpe mak kandung die.. takde masalah pulak tu, kite nak bagi excuse tak nak serah... kalo die buat tuntutan mahkamah balik pun die akan dapat... kecuali la ko boleh kawtim ngan die.. kate kite jage, die nak datang melawat boley je ( but ngan kawalan kite la )
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 02:44 PM | Show all posts
pelik jugakkan kenapa dia suka pukul kepala dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by baby_nurin at 23-2-2007 01:57 PM
tapi jgn jadi cam org kampong aku ( sebelah umah je )...
dia nie cikgu, ngajar kat penang.. kawen dah lama tapi tak der anak....


amik anak angkat.... kebetulan ader sorang pompuan anak  ...

sama kes ngan aku punya adik

tak pasa2l diorang tuntut balik

anak ambik balik duit pun sapu

memang beruk siku
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 01:56 PM | Show all posts

Reply #170 baldu_biru's post

I pun pernah terbaca pasal budak suka hantuk kepala ni...

yang i baca tu dalam majalah pasal kisah keluarga Nurjannah... yang ada anak seramai 13 org.... anak yg no.4 kembar 4 org lelaki semuanya... gambar dalam majalah tu tunjuk gambar 4 anak kembarnya semuanya ada bonjol kat kapala... dalam kes ni memang betullah kut budak2 cuba menagih lebih perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:05 PM | Show all posts
Bahaya jugak ye kanak-kanak yang suka hantukkan kepala nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 05:32 PM | Show all posts
kalau ader yang tak kisah dengan status,kesihatan dan fizikal anak tersbut mungkin ade yang boleh direkemekan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 11:18 AM | Show all posts

Reply #150 Aliya_Ilyana's post

Hello Aliya,

Ada dengar orang nak bagi anak tapi Kak Melah ingat biarlah dulu Aliya 18 bulan kahwin tu very early.... sabar lah enjoy marriage life.... tapi pergi le tengok doktor untuk kepastian.... tentul lega bila doktor kata everything okay kalau tak okay boleh usaha cara lain... so relak lah dik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 04:58 PM | Show all posts

Reply #141 salina4033's post

Duit boleh dicari dik... anak ni kalau dah dapat ambil je... tu rezeki kita.... Jadi pun 3500 ni murah gila... kalau kita mengandung nak pergi appointment doktor kena bayar... tambang minyak, ubat, scan, ujian darah dan macam macam lagi ... akhirnya lagi mahal dari 3500.... dan anak angkat tu kan anak kita juga so 3500 is nothinglah.... dan you tak de susah susah muntah muntah dan tak leh tidor... tak de kena darah tinggi, tak de stretch mark... tak kena bawak hulu hilir 9 bulan penat tau... he he he.  Ingat gitu je... 3500 is nothing boleh simpan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 09:25 AM | Show all posts

Reply #188 Kakmelah's post

tgh tunggu kak Melah muncul.. munculla dikau hai kak Melah... balas PM ku
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 04:18 PM | Show all posts
hmm...ramai dah yang berjaya menjadi parents hasil pertolongan & info kawan2 seforum ni...moga usaha korunk diberkati tuhan..amin~

cuma nak tahu pada sesapa yg boleh tolong clarify kan....adakah kewaja ni mengambil kira pendapatan minimum couple yg nak ambil anak angkat?

katakan couple tu xde anak...dan dlm masa yg sama gaji pon bukan la besa sekadar cukup nak menyara anak sorg dua...adakah couple2 mcm ni akan di katakan x layak ambil anak angkat???

for those yg care to xplain..thanks in advance ya~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2007 02:15 PM | Show all posts
knape ni ummi25? kenapa caci maki camtu? awk ni islam ke? ape masalah sebenarnye ni? selalu dpt benda2 ni.. tp tak tau ape puncanya... bole citer sket???
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by urda1iluv at 15-10-2007 11:30 AM
teringin nak ada anak angkat...tp taktaw mana nak cari...



dari Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor:

:: Perkhidmatan Anak Pelihara ::

S. Bagaimanakah caranya untuk memohon anak pelihara melalui JKM?
J. Pemohon boleh memohon samada melalui surat, faks, telefon, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin. Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumenyang diperlukan seperti:
- surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
- Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
- Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan

S. Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak pelihara?
J. Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap di Malaysia.

S. Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
J. Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

S. Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak pelihara tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?
J. Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.




http://jkm.selangor.gov.my/soalan_lazim.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by sharaz94 at 27-9-2007 02:55 PM
Saya pun cam teringin utk ambil anak angkat. Saya dah 13 thn kawen dan ada 4 org HERO. Teringin nak cari anak angkat perempuan. Ada sesiapa leh bantu.


Dari Lamanweb Rasmi JKM Selangor


:: Perkhidmatan Permohonan Mendapatkan Anak Angkat ::

S. Berapa lama pemohon boleh mendapatkan anak angkat/anak pelihara?
J. Segala permohonan baru akan diletakkan dalam senarai menunggu setelah segala maklumat dan syarat ditetapkan dipatuhi. Tiada tempoh masa tertentu kerana ia bergantung kepada jumlah kanak-kanak di Insitusi Jabatan.

S. Adakah pemohon anak angkat/anak pelihara daripada Institusi JKMM yang berjaya boleh memilih budak yang akan diserahkan kepada mereka?
J. Pemohon yang berjaya tidak boleh memilih bayi dari paras rupa fizikal, tetapi boleh memilih dari segi umur dan jantina.

S. Jika didapati budak tersebut tidak sesuai dengan kita, bolehkah keluarga angkat memulangkan budak tersebut kepada JKMM dan menggantikannya dengan budak yang lain?
J. Tidak boleh. Tawaran hanya diberikan sekali sahaja. Anak angkat akan diambil kembali sekiranya JKMM mendapati terdapat unsur-unsur pengabaian dan penderaan.

S. Adakah satu kesalahan memilihara anak angkat tanpa membuat pendaftaran/memaklumkan kepada JKMM?
J. Pengambilan anak angkat walaupun secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKMM mengikut sek.30, Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.

S. Berapa lamakah pengesahan taraf anak angkat/anak pelihara bagi permohonan yang berjaya memperolehinya?
J. Sekiranya pemohon adalah bukan Islam, Akta Pengangkatan 1952 boleh digunapakai untuk pengesahan buat anak angkat selepas 3 bulan menjaga anak tersebut. Bagi keluarga Islam, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 perlu digunapakai dan kanak-kanak perlu di bawah jagaan 1 bulan daripada 2 tahun.


http://jkm.selangor.gov.my/soalan_lazim.htm
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 12:21 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. .. hari ini dah pergi mendaftar di JKM....
Harap2 ada rezeki nanti.. InsyaAllah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.287673 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list