CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JulietTheOrange

Ditutup Pintu Jodoh

 Close [Copy link]
Post time 6-10-2010 03:02 PM | Show all posts
tumpang lalu sambil menadah tangan ....ya allah aku redha ngan segalanya.....i've done all but till now masih tiada tanda apa apa...segala usaha to the maxima punah macam tu je...mungkin atas pembalasan dosa dosa saya...usia meningkat semakin hari, orang menghina jangan cakapla ramai juga.....ya allah ya tuhanku....sekiranya di takdirkan aku ni hidup keseorangan hanya yang aku mahu adalah kekuatan yang kau berikan pada diriku untuk mengharungi hidup keseorang ini....amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 11:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnaa at 6-10-2010 23:08

aku ni ada gak mak aku bawak jumpa tukang yang boleh buat ubat, ramai gakla.. 3 kali gak aku mandi bunga. tapi paling penting masalahnya dalam hati aku ada sifat tak percaya ngan mende2 ni.. mungkin sbb tu tak menjadi, huhuhu.. camne nak buat bagi percaya?.. but tukang2 yang berubat tu takde lak cakap ada orang buat tolak jodoh kat aku.. cuma bila tentang keje diaorg kata aku ada ramai yang dengki, mana saja aku pergi mesti ada yang dengki..hmm, pening gak pikir but apa nak buat.. Pasal jodoh, most of them cakap, aku sendiri tak bersungguh2 nak berkahwin, kejap2 nak, kejap2 tak nak.. tapi mslshnya aku tak pernah lak kapel ngan sape2, kawan lelaki tu mmg terbatas kat yang berkawan biasa je & diaorg pon mmg macam takdak ati langsung kat aku.. huh, camne tu? yg aku bekenan pon takdak lak hint2 nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:37 PM | Show all posts
oh ya dulu ada aku bertekak ngan sorang makcik ni, then dia kata patotla sampai skrg tak kawen lagi, tapi masa tu aku muda lagi, so aku kata saya muda lagi (masa tu 23 kot), buat per saya nak kawen lagi... tetibe skrg saya ingat cite tu... tetibe rasa macam orang buat aku.. tapi takde lak yang pengubat2 tu kata apa2 pasal tu, so takdak la kot yer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:37 PM | Show all posts
Kejap nak kejap tak nak tu orang sebut penyakit ngambang la tu tapi bukan sihir itu soal hati dan perasaan. Ubat dia kene tgk filem Soal Hati - Era Fazira dgn Afdlin.

Pada saya bukan percaya dan yakin pada tok bomoh tapi percaya dan yakin pada Allah. Dia benda subjektif sgt, ade setengah orang kata ooi ini dah syirik yakin pada bomoh. Dia bila kita g berubat biasanya dalam hati kita biasanya ckp "Mintak doa sembuhlah penyakit aku ya Allah bila berubat dengan org itu ini."

Kalau kata "Aku sgt2 yakin dengan bomoh triang - contoh aje - gerenti segala masalah aku setel." Kata2 sebegini baru leh membawa syirik. Bukan jatuh syirik lagi.

Mandilah bunga secara sendiri2 tak yah jumpe bomoh pun takper. Beli bunga 7 jenis di pasar, malam mandi. Memang khasiat semulajadi bunga begitu, yg jumpe bomoh tujuan die nak hembus2 jer. Kalau reti hembus sendiri bacalah doa2, Fatihah dan Al-Ikhlas ker. Sendiri kita bentuk permohonan tak perlu pakai perantara lagi. Begitulah kisahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:49 PM | Show all posts
Kejap nak kejap tak nak tu orang sebut penyakit ngambang la tu  tapi bukan sihir itu soal hati  ...
te_peng Post at 6-10-2010 23:37


thank youuuu for ur explanation & petua
saya pon percaya mandi bunga tu ada kaitan dengan aura bunga tu nak naikkan seri...
tapi tulah tak nampak lak kaitan dapat jodoh ngan kaitan bunga.

oo penyakit ngambang... ada gak jenis penyakit camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 11:28 AM | Show all posts
Reply 45# kupia


Salam,

Saya selalu bermimpi seolah2 hampir jatuh bangunan dan yg terbaru ialah saya naik lift dan tekan tingkat unit saya, tetapi lift tersebut naik terus ke bumbung, apabila pintu lift terbuka dan saya mahu keluar, saya lihat tiada lantai, hampir terjatuh tetapi sempat berpaut lepas tu terus terbangun.  Hendak kata saya tidak bertemu jodoh, saya telah berkahwin hampir setahun lebih.

Baru2 ini, ketika asben tiada dirumah, masa tu waktu hampir magrib, saya boleh terdengar bunyi batu kecil dibalingkan ke tingkap bilik, hairan sebab unit rumah saya tingkat 13 bukan rumah teres.  Selurh Badan terasa letih yang teramat sangat, pelik bukan buat kerja buruh kasar.  Kepala sakit pun selalu juga.

Lagi satu, dalam masa sebulan dua ni, macam tidak boleh tengok muka asben, asyik nak marah aje, walhal tak tahu marah apa.  Rasanya hal remeh temeh yang tidak dimasuk akal.  Macam menyampah aje tengok muka asben.

Dua minggu ni baru perangai dan perasaan berbalik ke keadaan asal, ini disbbkan asben suruh amalkan sebelum tido baca bismilah 21x, surah al ikhlas 3x, alfatihah 1x, 3 qul 3x dan last sekali doa tido.  Seminggu sekali asben akan azan/qamat rumah.  Saya tak pasti sama ada saya memang kena gangguan atau saka keturunan (Menurut org2 tua, dlm keturunan kami memang ada, baru2 ni benda tu datang cari dan nak melekat kat ayah, tp ayah bertindak pantas buangkan benda tu).

Pendapat anda?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2010 11:38 AM | Show all posts
Reply 77# tasha76


Salam Tasha,

Benar ke asben Tasya mengalami keadaan jantung berdebar? sbb lately ni pun asben saya pun macam tu jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 12:39 AM | Show all posts
kenape manusia suka dengi dgn manusia yg lain??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2010 10:04 AM | Show all posts
Kadang2 benda mcm ni jadi sebab sikap manusia tu sendiri..Aku ade mengitu satu ceramah tentang larangan tidur selepas asar.. Lebih2 lagi kepada wanita.. Sebabnya ada satu jin yang akan datang menggigit peha wanita yg gemar tidur selepas asar.. Dan lama kelamaan jin tersebut akan jatuh hati kepada wanita tesebut..Bila jin jatuh hati kepada manusia akibatnye lebih parah daripada manusia jatuh hati kepada manusia..Cemburu jin ni lebih parah.. Kalau wanita yg suka tidur lps asar tu cube tengok peha kalian or mane2 bahagian lain la,mesti ade biru2 mcm lebam..tu jin la gigit tu,bukan husband kalian ye..hehehe..

Satu lagi, wanita wanita jangan la suka bersiar-siar di luar waktu petang2 menjelang senja@maghrib lebih lagi tanpa menutup aurat dengan sempurna.. dan kalau mandi tu pakai la kain basahan.. Jangan la mandi tanpa seurat benang melitupi.. Kadang2 ada jin yg akan jatuh hati.. Bila die jatuh hati kt manusia die akan halang manusia lain utk mendekati.. Tu la yg terjadi bile seorang wanita ni tiada sape yg masuk meminang atau tidak berkekalan dengannya.. Jin ni akan mengaburi pandangan manusia lain utk melihat wanita ini..Wanita ini akan kelihatan tidak menarik pada mata manusia lain.. Jin ini akan berbuat ape sahaja untuk memastikan wanita yg dicintainya tidak didekati atau dimiliki manusia lain..

Kalau aku salah betulkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 10:07 AM | Show all posts
satu lagi akibat tidur lepas asar..manusia akan beransur hilang akalnya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 10:57 AM | Show all posts
Reply  kupia
Salam,

Saya selalu bermimpi seolah2 hampir jatuh bangunan dan yg terbaru ialah saya naik lift dan tekan tingkat unit saya, tetapi lift tersebut naik terus ke bumbung, apabila pintu lift terbuka dan saya mahu keluar, saya lihat tiada lantai, hampir terjatuh tetapi sempat berpaut lepas tu terus terbangun.  Hendak kata saya tidak bertemu jodoh, saya telah berkahwin hampir setahun lebih.

Baru2 ini, ketika asben tiada dirumah, masa tu waktu hampir magrib, saya boleh terdengar bunyi batu kecil dibalingkan ke tingkap bilik, hairan sebab unit rumah saya tingkat 13 bukan rumah teres.  Selurh Badan terasa letih yang teramat sangat, pelik bukan buat kerja buruh kasar.  Kepala sakit pun selalu juga.

Lagi satu, dalam masa sebulan dua ni, macam tidak boleh tengok muka asben, asyik nak marah aje, walhal tak tahu marah apa.  Rasanya hal remeh temeh yang tidak dimasuk akal.  Macam menyampah aje tengok muka asben.

Dua minggu ni baru perangai dan perasaan berbalik ke keadaan asal, ini disbbkan asben suruh amalkan sebelum tido baca bismilah 21x, surah al ikhlas 3x, alfatihah 1x, 3 qul 3x dan last sekali doa tido.  Seminggu sekali asben akan azan/qamat rumah.  Saya tak pasti sama ada saya memang kena gangguan atau saka keturunan (Menurut org2 tua, dlm keturunan kami memang ada, baru2 ni benda tu datang cari dan nak melekat kat ayah, tp ayah bertindak pantas buangkan benda tu).

Pendapat anda?
girlpower Post at 7-10-2010 11:28


Maaf saya tak perasan ada pos yang quote pada saya... terlepas pandang...

Dengan satu atau dua tanda-tanda kita tak boleh pasti samada benar atau tidak ada gangguan.  Perhatikan tanda-tanda lain yang lebih positif.  Kebanyakan rumahtangga gagal jika tidak melepasi 10 tahun pertama dan banyak yang tidak percaya dan tidak menyangka gangguan syaitan dan iblis adalah punca utama perceraian.

Amalan sebelum tidur dan azan/qamat seminggu sekali tidak mencukupi untuk mengatasi masalah gangguan sihir (amalan ini baik untuk sesiapa yang belum terlibat dengan sebarang gangguan sihir).  Amalan sebelum tidur malam sebaik-baiknya mengikut petunjuk sunnah seperti apa yang diajar oleh Rausulullah saw.  Ambil wuduk sebelum tidur, baca 3 qul pada tapak tangan dan sapu pada muka dan badan, baca ruqyah jibril (doa perlindungan), baca ayat kursi, kalau terjaga dari mimpi yang menakutkan tu ludah 3 kali sebelah kiri (ludah isyarat sahaja jangan ludah betul2)...

Gangguan dan hasutan iblis dari luar berlaku pada semua orang.  Yang ditakuti dan paling bahaya adalah gangguan sihir dari dalam badan sendiri.  Saya tidak berapa setuju dengan istilah "SAKA"... kerana gangguan saka ni sebenarnya bentuk gangguan dia lain dari gangguan sihir.  Kedua-dia pihak akan diganggu isteri dan suami.  Dengan tiba-tiba isteri benci tengok suami dan suami benci tengok isteri TANPA SEBAB munasabah...  (kalau belum kawin kita benci tengok orang lain dan orang lain pun benci tengok kita)... kalau dengar laungan azan atau dengar bacaan quran perasaan tu jadi marah tak selesa dan cuba menjauhkan diri....  mengantuk nak tidur lepas asar dan waktu maghrib, malas solat, malas jaga kebersihan diri antara tanda-tanda utama...

kalau sudah terlibat dengan gangguan sihir samada dihantar oleh orang yang hasad atau jin asyik yang jatuh cinta, susah jadinya... cari perawat Islam yang betul2 mengamalkan rawatan Quran... yang paling utama diri sendiri bangun melawan, banyakkan solat sunat malam, banyak baca quran, banyak mohon doa perlindungan... kena tekun sabar dan istiqomah kerana mungkin makan masa yang panjang untuk sembuh...

Wallahu'alam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 11:07 AM | Show all posts
emm susah jugak kan kalo wujudnye manusia macam nie..kalo ditolak cinta pikir la secara matang maybe tak de jodoh la kan, emm lain la kalo seseorang perempuan yg menolak cintanye tue menghina die & memalukan die maybe ade sebab la jugak die sihirkan...tapi kalo kite tolak cinta secara baik, elok2 nape la nak myihir bagai...susah2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 12:33 PM | Show all posts
i selalu jugak mimpi kena patuk ular ni tapi sampai skrg takde pun org masuk minang...  

mas ...
bettyboops Post at 27-2-2008 16:58


huhuhu..... sebijik macam mak aku.....  abah aku cool jek... bila orang sibuk2 tanya, dia kata ada jodoh tuh.... antara cepat & lambat jek lar....... tolong lar rekomenkan satu..... harharhahr.... hamek ko buat org2 yang sibuk2 tanya tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 12:51 PM | Show all posts
thread yg sangat berguna...  terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 05:44 PM | Show all posts
Ada sesapa yang pernah kaco ngan jin asyik?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 01:23 PM | Show all posts
hai..nak share..my cousin lebih kurang gak cam ni kes nya...lepas putus tunang..asal ada ja lelaki suka kat dia..tiba2 terus berubah dan langsng taknak layan cousin sy ni..hampr setahun  gak dia cmni..last2 jumpa ustaz la..yg tau pasal hal2 gini kan.rupa-rupa badan dia ni di tangkal sampai 5 tangkal..supaya takde mana lelaki suka kat dia ni.....lama juga dia berubat, sekarng tgk pn dah ok dah..kadang2 pikir..kejam gak org buat cam ni kan..tapi ni la manusia kalau ikutkan nafsu..tak dpt dah bezakan mana yg baik dan buruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2010 02:24 PM | Show all posts
p/s  apapun jgn tggl satu waktu pun solat n rajin baca Quran...(nasihat utk diri sendiri sama)
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 08:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by ciklahcute at 29-4-2011 08:39

TT...macamana skrg...dah ok tak?
slalu jumpa dok merayau kat thread org je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2011 08:41 AM | Show all posts
Reply 238# ciklahcute

adeh..clah upkan balik thread ni
merayau rumah org la..meriah sket
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply 239# JulietTheOrange


    hahaha... biar kena tmbat sikit anak dara sorg nih...!! bese nih....
   kisah benar lg best dr yg ngarut2 kat tv tuh....lebih dekat di hati gitew...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060410 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list