CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cyclops_psycho

Grand Slam : French Open 2008

 Close [Copy link]
Post time 6-6-2008 08:41 AM | Show all posts
Safina kini selangkah gapai impian besar

Pemain Russia layak ke final bertemu pilihan kedua Ivanovic untuk penentuan mahkota


PARIS: Dinara Safina kini hanya selangkah lagi untuk mengikut jejak abangnya, Marat Safin menjadi juara Grand Slam.

Mempamerkan semangat bangkit daripada ketinggalan pada dua perlawanan terdahulu, Safina mara ke perlawanan akhir Terbuka Perancis dengan menewaskan rakan senegara dari Russia, Svetlana Kuznetsova 6-3, 6-2 , malam tadi.

Ia adalah perlawanan akhir kejohanan utama pertama buat pemain berusia 22 tahun itu, abangnya, Marat yang juga bekas pemain nombor satu dunia menjuarai Terbuka AS 2000 dan Terbuka Australia 2005.

"Saya melakukan untuknya dan juga diri saya sendiri," kata Safina.

Lawannya, esok adalah pilihan kedua, Ana Ivanovic yang turut melangkah ke final Grand Slamselepas menewaskan pilihan ketiga Jelena Jankovic, 6-4.3-6,6-4.

Safina, pilihan ke-13 hampir kalah ketika berdepan pilihan utama, Maria Sharapova di pusingan keempat dan pilihan ketujuh, Elena Dementieva di peringkat suku akhir tetapi berjaya bangkit.

Kuznetsova, juara Terbuka AS 2004, kelihatan gementar dan tidak kelihatan seperti pemain pilihan keempat ketika dia gagal mempamerkan pukulan mantap di gelanggang.

"Ia amat teruk, saya berasa tidak baik di luar sana. Saya berasa seperti gagal memberi saingan kepadanya kerana saya terpaksa melawan diri saya sendiri, " kata Kuznetsova.

Sementara itu, Gael Monfils, ditunjangi sokongan padu penyokong sendiri, dan Novak Djokovic, pemain terbaik dunia tahun ini, kini merancang untuk memusnahkan harapan Roger Federer dan Rafael Nadal pada separuh akhir tenis Terbuka Perancis, hari ini.
Monfils, bukan pilihan dengan corak permainan sukar diramal, adalah pemain Perancis pertama layak ke separuh akhir di Roland Garros dalam tempoh tujuh tahun. - AP


aku nak sangat ivanovic menang..  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 10:02 AM | Show all posts
biarlah safina menang, dengan rentetan usahanya tu, dia layak untuk bergelar juara. Pasti sungguh hampa, sudah mara sampai ke final dengan mengalahkan Maria, Elena dan Svetlana... alih alih kalah di halangan terakhir.
Kalau dia menang tahun ni, tahun 2013 baru dia menang lagi satu GS, ikut cam abangnya..5 tahun sekali
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 10:24 AM | Show all posts
kecewa aku.. kuzzie n JJ kalah.. uurm.. so, utk final..harapan aku skrng hanya nadal seorang.. huhuhhuuhu..

suke aku tgk JJ tendang bola.. tension agaknye..

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:02 AM | Show all posts

Reply #223 cadburylady's post

JJ ni selalu beraksi ala ala model......apatah lagi tatkala membuat slide dan terkangkang
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:03 AM | Show all posts

Reply #221 amazed's post

aku nak Dinara menangla....x berbaloi x menang...sebab amat gigih sebelum ni...rugila tewas final. Mungkin ini GS final baginya...sebab aku takut dia x konsisten..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:38 AM | Show all posts
aku nak safina menang....sbb dah on form giler..kasi je kt dier....

kalo ana menang..nanti gap maria ngn ana jauh...

tp xpe..lepas wimbledon..maria naik balik no 1.... ana jatuh balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2008 12:06 PM | Show all posts
Harap2 Nadal tewaskan dgn kencang djoker...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 12:10 PM | Show all posts
Reply  #225 harisbee's post

aku menjangkakan saingan sengit antara Ana n Dinara.. oleh kerana kuzzie x dapat nk g final.. aku vote utk Ana.. huhuhuhuhu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 12:26 PM | Show all posts

Reply #226 payrol's post

x pe la payrol.. bg Ana menang.. bg la die rase dapt jadi No1.. Maria dah slalu.. huhuhuhuh... Go ANa.. Go..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 05:12 PM | Show all posts
boleh ke safina singkirkan kuzz?

soalan cepu emas
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 05:12 PM | Show all posts
aku nak sangat safina menang kat clay ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 05:13 PM | Show all posts
safina tgh top skrg ni...

biar dia bakar sikit semangat abang dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 05:45 PM | Show all posts

Reply #230 akughi's post

die dah singkirkan kuzz la masa semifinal smlm.. huhuhuhuhuhu
x kira.. aku vote for Ana jugak.. go ana..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 06:07 PM | Show all posts

Reply #233 cadburylady's post

hehehehhe aku ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 06:08 PM | Show all posts
ok payrol...

kt pakat pakat pegang tangan

sokong safina...

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 08:54 PM | Show all posts
nadal tgh menitik djoker sekang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 10:09 PM | Show all posts

Reply #236 harisbee's post

hehehe.....bior le nadal mng...

aku x suke si joker tuh...arrogant glerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 01:55 AM | Show all posts
tahniah federer...tahniah nadal ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 06:05 AM | Show all posts
Hari ni, adakah Dinara akan mengikut jejak langkah abangnya? Atau adakah wanita pujaan kerana kejelitaannya akan menang?

Ahad pulak, adakah Nadal akan celebrate kemenangannya dgn berbaring di atas gelanggang? Adakah dia akan juga meninggalkan kesan2 airliurnya pada trofi kemenangan sebab aksi tipikalnya yg suka gigit trofi bila beraksi didepan kamera wartawan?

Adakah juga..... Federer mengatakan, This is the sweetest moment in my life??
I prefer the latter... plus with Federer berbaring di atas gelanggang tu selepas match point. Navy blue plus red clay....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 06:40 AM | Show all posts
Siapa baca ruangan kolum tennis nukilan Jon Wertheim dekat www.si.com ?

Mcm idiot je dia nie... embarassing American. analisis dia tambah2 lagi dgn preview dia utk matches sume pelik2.
kolum Peter Bodo dekat TENNIS.com pun kira oklah drpd Wertheim nie, walaupun kadang2 Peter Bodo ni lebih kurang mcm nama dia jugak.:@ :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053587 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list