Originally posted by boolatz at 16-12-2008 02:21 PM
boolatz nak tanya something blh x?
ada saper2 blh terang kan apa maksud mutta'ah?
boolatz pening dgn kawan nie terang kan
queen tlg gugle kn jekk
Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas isterinyayang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri danbukan kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai Mutaah:
“ Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan olehsuaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orangyang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah : 241) Dalam ayat yang lain pula Allah swt menyatakan:
“Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamusebelum kamu bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwinuntuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberiansaguhati) kepada mereka iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dansuami yang miskin menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurutyang patut lagi menjadi satu kewajiban atas orang-orang yang mahu berbuatkebajikan”.
(Surah Al-Baqarah : 236) Firman Allah swt :
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuanyang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalahkamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkanmasanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka danlepaskan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya”.
(Surah Al-Ahzab : 49) Mutaah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-barang atau wangsesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadarmengenai Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan danpersetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahansuami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkankemampuan suami. Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.)Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan binAli bin Abi Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikanisterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai Mutaah. Peguam iu berhujah pihakyang kena tuntut (suami) seorang yang berkemampuan. Yang Arif Kadi Besarselangor (pada masa itu) telah merujuk surah Al-Ahzab ayat 49 dan memutuskanpihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut Mutaah sebanyak RM25,200sebagaimana yang dituntutnya. Apa yang nyata berdasarkan kes ini, walaupun seseorang wanita itu mempunyaipendapatan yang baik, ia tetap menuntut haknya kerana perceraian itu ataskehendak suami. Dalam Islam pemberian Mutaah ini bertujuan: Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami. Oleh itu apabilaada pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagaimodal untk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai. Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri. Pada kebiasaaannyaterdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang diceraikan keranaada sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian Mutaah itu bermakna perceraianitu bukan berpunca dari bekas isteri. Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan sebagai penghargaansuami terhadap isteri atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.
|