|
best...best...best![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
next pls!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
fizz...blm ada n3 lagi ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
belum ada n3 lagi ker!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
blom ade n3 ker???
huhu....xsbr rse nyer nk tggu n3 baru...
camner lah dieorg tu kat gaza yer. |
|
|
|
|
|
|
|
Macammana dia boleh ada kat sini???Apa dia buat kat sini? Dia ingat ini rombongan cik Kiah ke Terengganu membeli kain batik dan keropok lekor???Sudahlah bawak bagasi pink! Agaknya dia dah salah naik kapal terbang kot….
Farid mengurut dagunya yang bersih persis lelaki Arab mengurut janggut. Musykil dia sejak melihat Diana tadi. Tempat duduk Diana Cuma selang sebaris darinya. Tapi, takkan dia tak pandai membaca???Sah2 lah kapal terbang ni pergi ke Mesir.Tapi, kalau aku tak tanya dia, sampai ke Mesir pulak nanti! Lagi haru…
Isk! Farid merenung kearah Diana yang berada di depannya. Apa patut aku buat??? Tiba2 Diana menoleh ke belakang, tempat Farid berada. Namun, apabila melihat Farid yang memandangnya, cepat2 Diana memandang ke depan.
Farid tersenyum simpul. Hmm…mungkin dia nak pergi melancong ke Mesir kot….Farid terangguk2, membuat andaian sendiri. Tiba2 dunianya dirasakan indah. Hmmm…Farid memejamkan matanya, mahu tidur. Bibirnya menguntum senyum. |
|
|
|
|
|
|
|
Allamakatakk!!!Dia nampak ke aku pandang dia tadi??? Ngaa….Diana mengetap giginya. Hancur!!! Macammana dia boleh ada kat sini? Bukan dia dah balik kampung? Dia nak kemana? Ada sedara mara kat Mesirkah? Atau…dia salah naik kapal terbang???Tak mungkin kebetulan dia dan aku menuju satu destinasi yang sama. Tak logic ah!
Diana menggeleng2kan kepalanya. Tidak! Tidak! Tidak!
“Diana..awak okey ke? Pening?” soal Sofiah di sebelahnya tiba2. Ops! Ada orang sebelah aku. Lupa pulak…
“Err…leher saya lenguh..tu yang saya menggeleng macam ni tu…” Diana menggeleng2kan kepalanya kembali. Pura2. Sofiah senyum.
“Kalau pening, saya ada ubat tahan muntah,” kata Sofiah lagi.
“Ya. Sure! Kalau saya pening, saya mintak,” Diana senyum lagi. Sofiah menyambung kembali membaca majalah di tangannya. Diana menarik nafas panjang. Dunia…terang, menjadi gelita….oh…Diana mula pening. Penerbangan Emirates terus membelah awan menuju destinasinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Long Hanafi dan seorang lelaki yang dipanggil Haji Kadir menghampiri seorang lelaki yang berkopiah hitam dan berbaju melayu biru laut. Peliknya, lelaki tadi, berkain sarung sahaja, berbanding lelaki lain yang memakai seluar.
“Itulah Ustaz Khalid. Masih tak berubah dia…masih sama..suka memakai kain sarung kemana2 pun…” Sofiah bersuara perlahan disebelahnya sambil tersenyum. Diana meletakkan bagasinya ke tanah kering yang berwarna kemerah-merahan. Cuaca panas kering menyebabkan tekaknya haus. Namun, dia tidak berani bersuara.
Menjejakkan kaki ke bumi Mesir buat kali pertama, pelbagai perasaan bertandang dibenaknya. Namun, baru dia hendak menghayati keunikan alam yang berbeza dari bumi Malaysia, pemandangannya terbantut sebaik terlihat kelibat Farid.
Aduh! Farid…kenapalah dia sebahagian dari kumpulan ini?? Kiranya tadi Farid akan menuju destinasi sendiri sebaik tiba di lapangan terbang, tetapi, tiba2 barulah Diana mendapat tahu yang Farid adalah sebahagian dari kumpulan mereka sebaik ternampak Dasuki bersama Farid bersuara seseuatu kepada Pak Long Hanafi.
Hmm..biarlah!!! Diana sudah malas hendak memikirkan tentang Farid.
“Mari Diana..” Sofiah sudah menjinjing bagasinya sambil mengajak Diana masuk ke sebuah rumah yang dibina dari batu pasir. Kawasan tersebut, tidak jauh dari Pekan Al-Arish yang akan menghubungkan mereka ke Rafah.
“Ya..”Diana angguk sambil menjinjing bagasinya masuk ke rumah itu. Langkah Sofiah diikutinya sahaja.
“Inilah asrama tempat para sukarelawan berteduh sebelum memasuki Gaza. Hendah masuk ke Gaza bukan mudah, mungkin mengambil masa beberapa hari sehingga pengawal2 di sempadan Mesir tu benarkan kita masuk,” kata Sofiah sambil membuka sebuah pintu bilik.
Bilik itu kecil sahaja. Cuma ada dua buah katil dua tingkat yang Diana rasa usianya sudah lebih berbelas tahun. Besinya juga sudah berkarat.
“Hmm..duduklah. Mujurlah kita berdua saja muslimat. Sekurang2nya, tak perlu tidur di lantai. Musim lalu, ada 7 orang muslimat dari Jabatan Perdana Menteri ikut. Katil ni, kami buat tempat letak barang saja. Semua tidur kat lantai..” tutur Sofiah lagi.
Diana angguk saja tanpa suara. Becok pulak mulut budak Sofiah ni. Diana merenung lantai bilik itu. Kosong. Tiada tikar getah mahupun sebarang alas.
“Tak sejuk ke? Tak ada tikar..” soal Diana. Sofiah senyum simpul.
“Tak ada. Tapi, kalau Di hendak, kita boleh guna daun tamar yang telah dikeringkan sebagai alas…kat belakang rumah banyak..” kata Sofiah. Tangannya ligat mengemaskan bagasinya.
“Bila kita akan ke Gaza?” soal Diana. |
|
|
|
|
|
|
|
“Tak tahu lagi. Bergantung kepada keadaan..” balas Sofiah.
“Tak tahu? Tapi, kita datang ke sini, untuk ke Gaza. We are not going to stuck here right?” ujar Diana lagi.
“Macam Sofi cakap tadi, sebelum ke Gaza, kita mesti melalui pintu sempadan Rafah. Pengawal di situ, menukar polisinya hampir setiap hari. Jika kita bernasib baik, kita dapat masuk ke gaza dalam masa terdekat…” ujar Sofiah.
“Tapi, ini bukan kali pertama kita menghantar bantuan kemanusiaan bukan? Apakah pengawal2 sempadan ataupun pihak kerajaan Mesir masih tidak mengiktiraf kehadiran kita? Kita bukan seludup senjata ke Gaza,” Diana seakan tidak berpuas hati.
“Betul. Semua itu akan terserah kepada Tuhan saja. Walau beratus kali kita datang pun, belum tentu kita akan dilayan sama seperti biasa. Kita berdoa sajalah, mudah-mudahan Tuhan menolong kita. Selagi kita ada Ustaz Ghani bersama, Insya-Allah, kita akan dapat masuk dalam waktu terdekat,” tutur Sofiah.
“Ustaz Ghani? Siapa dia?” soal Diana lagi.
“Dia merupakan mantan persatuan ulamak Malaysia. Dia fasih berbahasa Arab dan dialek2 Arab yang lain, dia sudah berada di sempadan ini selama 8 tahun. Beliau amat disegani di sini. Insya-Allah, lepas maghrib nanti, kita berpeluang mendengar tazkirah darinya. Diana boleh sembahyang tak?” soal Sofiah lagi.
“Aaa?? Ya..boleh..” gugup Diana menjawab. Banyak yang ingin diketahuinya. Tapi, melihat Sofiah yang sibuk berkemas, Diana membantutkan hasratnya untuk bertanya lagi. Esok masih ada… |
|
|
|
|
|
|
|
Tazkirah dari Ustaz Ghani benar2 menyentuh kalbu Diana hingga terbawa di dalam solat Isyaknya. Astaghfirullh…tengah sembahyang pun fikiran aku masih memikirkan hal dunia… Diana menggeleng2kan kepalanya. Ruang dewan yang dijadikan surau sudah mula lengang. Semua isi rumah sudah mula berkumpul di dewan makan.
“Mari Diana..kita perlu menolong menyediakan kuah..” kata Sofiah. Diana bingkas menyarung selendangnya yang dililit di kepalanya. Tak ubah seperti gadis Arab berselendang. Telekung sembahyangnya ditinggalkan saja di surau.
Mereka bergegas ke dewan makan. Sebaik tiba, Pak Long Hanafi menghampiri Diana.
“Penat lagi?” soal Pak Long Hanafi sambil tersenyum. Diana duduk di sebuah bangku. Pak Long turut duduk.
“Entahlah pak Long. Tak tau nak cakap…”lemah suara Diana. Pak Long Hanafi senyum.
“Tak apalah..Di duduk2lah di sini dulu. Biasa2kan diri dengan keadaan di sini. Kalau ada apa2 masalah, bagitau pak long…” kata Pak Long Hanafi. Diana senyum, lantas angguk.
“Oh ya..satu lagi. 6 orang pelajar lelaki tu, dari universiti Di. Takkan Di tak kenal mereka?” soal Pak Long Hanafi sambil mengunjukkan kea rah 6 orang lelaki yang sedang mengatur pinggan di meja makan yang diperbuat dari kayu. Malam itu, suasana di dewan makan itu tak ubah seperti malam more di bulan puasa.
“Taklah kenal semua…Cuma 2-3 orang je yang Di kenal. Yang lain tu, mungkin kursus lain. Tak pernah nampak..” Diana melirik kea rah Farid yang sedang mengagihkan roti gandum kepada semua orang.
Pak Long Hanafi senyum. Bahu Diana ditepuk.
“Marilah kita makan…Hidangan dah siap tu..” Pak Long Hanafi sudah bangun. Diana turut bangun membuntuti Pak Longnya. Pak Long Hanafi menghampiri rakan2nya yang terdiri daripada Ustaz Khalid, Ustaz Ghani dan lain2nya. Mereka berborak mesra sambil kadang2 diselangi dengan bahasa Arab. |
|
|
|
|
|
|
|
Diana menarik nafas panjang. Mana pulak Sofiah ni. Diana duduk sahaja di meja yang berhampiran dengan dapur. Roti gandum di pinggan di renung. Ada daging kambing bakar bersos tomato di tepi roti gandum itu.
“Nak kuah?” soal Sofiah tiba2. Sofiah muncul bersama seperiuk kecil kuah berwarna kuning pekat. Barangkali dal. Pantas Diana menggeleng. Dia kurang berselera malam itu. Sofiah senyum lalu berlalu ke dapur untuk menyimpan periuk. Diana mengutis roti di depannya.
“Haii…keringnya makan…” entah dari mana, dia di sapa Farid. Farid duduk di sebelahnya. Di sebelah Farid, seorang teman dari fakulti yang sama di universiti dulu, tetapi tak diketahui namanya.
“Aku tak suka kuah..” balas Diana acuh tak acuh…
“Patutlah hati kau pun kering…” Farid masih menyumbat roti ke dalam mulutnya. Diana memandang pinggan Farid yang penuh berisi kuah dal tadi. Tomato puri juga kelihatan banyak di pinggannya.
Diana merenung Farid. Tengah makan pun sempat megutuk aku? Hmmhhh…Diana diam saja.
“Tapi aku hairanlah. Macammana orang hati kering macam kau, boleh sampai ke Rafah ni?” Farid memandang Diana serius. Diana menarik nafas. Ini sudah lebih!!!
“Yelah…aku pun hairan jugak…macammana orang yang otak dia masuk air ni... boleh ada kat sini…” balas Diana sinis. Farid tersenyum sinis. Otak aku masuk air???
Sofiah datang, menghampiri Diana untuk makan. Sofiah senyum kepada mereka yang berada di meja itu.
“Kawan kamu Diana?” soal Sofiah yang perasan akan perbualan Diana dan Farid sebentar tadi. Farid memandang Diana. Diana diam sejenak.
“Entah! Otak dia masuk air sebab makan kuah banyak sangat. So, dia tanya Di apa patut dia buat….” Gumam Diana. Sofiah yang tidak faham, senyum sahaja sambil meneruskan makannya.
Farid merenung ke wajah Diana. Diana memandang Farid. Tiba2 Farid menjegilkan matanya kea rah Diana. Wekk..Diana menjelirkan lidahnya sedikit kea rah Farid. Mampuslah kau Farid!!! |
|
|
|
|
|
|
|
thanks fizziany 4 d n3
jom ramai2 masuk gaza...hantar bantuan kemanusiaan |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih fizz,klu blh nak n3 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya
cinta berputik di gaza
huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
more n3 pls....![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cintaku bertaut di bumi Palestin....![](static/image/smiley/default/smile.gif)
NEXT Fizz |
|
|
|
|
|
|
|
wah...best3...........hehehhe.......
tp nak lg.......... |
|
|
|
|
|
|
|
fizz...n3 untuk minum petang |
|
|
|
|
|
|
|
NAK LG YERR...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|