CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

[Copy link]
Post time 18-5-2009 08:30 AM | Show all posts
best....muzium shah alam x penah pi ke?heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 09:04 AM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

muzium nagara pn msuk free jgk.... xnk msuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 11:39 AM | Show all posts
kat mane muzium ni?
ari ni je ke free?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 04:39 PM | Show all posts
melaka dah cantik mcm ni eh skrg?

wahhh










Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 05:25 PM | Show all posts

Balas #31 Syd\ catat

malam cantik kalau naik bot.. kalau siang ok le gak... tapi better gi malam....best
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 11:44 PM | Show all posts
Ee,..cantiknya. Dulu jln2 dah cantik, skarang ni makin cantik lagi ye. Bangganya..

Oh ye, mahal x nak bayar naik bot tu? Currently, Satu kepala berapa ringgit eh utk dewasa? RM 10 eh? Kalau nak naik satu family, dengan mak ayah sume..ade harga tertentu ke?

[ Last edited by  aurelia at 20-5-2009 23:49 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2009 10:21 AM | Show all posts
Promosi Sukma XIII Melaka 2010 bermula Julai ini

MELAKA 26 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 11:15 PM | Show all posts
Melaka Rancang Perkenal Perkhidmatan Teksi Air

MELAKA, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan Melaka merancang memperkenalkan perkhidmatan bot penumpang dikenali "water taxi" di Sungai Melaka dan di laut persisir pantai negeri ini sebelum akhir tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata bot penumpang yang sesuai digunakan ialah muatan maksimum 16 penumpang dan berkelajuan maksimum 45 knot.

"Apabila terlaksana kelak, ia akan menyediakan perkhidmatan dari Melaka Sentral ke dataran Sungai Melaka dan dari muara Sungai Melaka ke Pelabuhan Sungai Linggi dan Pelabuhan Sungai Rambai," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Sungai Melaka di sini, malam ini.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob merasmikan pesta berkenaan yang turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian masyarakat berbilang kaum di negeri ini, serta pertunjukan bunga api.

Mohd Ali berkata cadangan memperkenalkan "water taxi" sebagaimana yang disediakan di Britain dan New Zealand, bertujuan mempelbagaikan aktiviti di Sungai Melaka, sebatang sungai yang dulunya jijik dipandang kerana tercemar dengan sisa kumbahan dan sampah tetapi kini menjadi kebanggaan negeri.

Beliau berkata setakat ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka menyediakan 25 buah bot penumpang bagi perkhidmatan "Melaka River Cruise" untuk membawa pengunjung meninjau keindahan pembangunan di sepanjang 4.5 kilometer dari Taman Rempah Ratus hingga ke muara sungai itu.

Pada tahun lepas, seramai 350,000 orang menaiki "Melaka River Cruise" iaitu meningkat tujuh kali ganda berbanding tahun 2007 dan pada tahun ini disasarkan seramai 600,000 orang, katanya.

Mohd Ali berkata kerajaan Melaka dengan bantuan kerajaan Persekutuan memperuntukan lebih RM321 juta untuk membangun dan memperindahkan sungai Melaka.

"Kita ingin mengembalikan semula kegemilangan Sungai Melaka dan Negeri Melaka ini daripada gelaran 'Sleepy hollow' kepada 'Venice of the East' sebagaimana pada abad ke-15 dulu," katanya.

Empat puluh acara melibatkan aktiviti sukan air, persembahan dan hiburan, serta kempen kesedaran diatur bagi memeriahkan Pesta Sungai Melaka 2009 yang akan berlangsung selama sembilan hari bermula hari ini di empat lokasi utama iaitu Taman Rempah Ratus, Padang Nyiru, Dataran Sungai Melaka dan Muara Sungai Melaka.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 07:59 PM | Show all posts
Pulau Pinang mahu periksa stadium Sukma Melaka

GEORGETOWN: Pulau Pinang akan menarik diri daripada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka tahun depan, jika mendapati stadium dan kompleks sukan di negeri itu tidak selamat digunakan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata beliau akan mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri, Ong Kok Fooi supaya memeriksa untuk memastikan keadaan stadium di Melaka selamat dan tidak mendatang bahaya kepada atlit yang bertanding.

"Tindakan ini bukan satu ugutan atau usaha memboikot kejohanan itu tetapi untuk mendapat kepastian mengenai tahap keselamatan atlit dan pegawai sukan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, hampir 60 peratus struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu runtuh walaupun ianya baru setahun dirasmikan.

Stadium berharga RM270 juta itu menjadi gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukma 2008 yang dianjurkan oleh Terengganu.

Di Melaka, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata Kompleks Stadium Hang Jebat di Krubong, yang akan menjadi lokasi utama bagi acara pembukaan dan sukan olahraga Sukma nanti, adalah kukuh dan sudahpun digunakan sejak September 2004 bagi beberapa acara sukan antarabangsa.

"Insyallah, stadium ini sudah digunakan sejak lima tahun lalu dan masih berdiri kukuh untuk Melaka bersedia selaku penganjur Sukma tahun depan," katanya.

Mengulas sektor pelancongan di negeri itu, Mohd Ali berkata, Melaka akan memperkenalkan satu lagi produk pelancongan di negeri itu pada 1 Julai dengan dengan membawa pelancong menaiki helikopter sekitar kawasan pelancongan di Bandar Hilir selama 10 hingga 15 minit.

Katanya, kerajaan negeri akan meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam untuk memulakan perkhidmatan itu yang akan diusahakan oleh Kumpulan Casa Del Rio yang diterajui usahawan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang sedang membina sebuah hotel mewah bertaraf enam bintang, "Casa Del Rio", di muara Sungai Melaka. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 10:38 AM | Show all posts

Hard Rock Cafe di Melaka 2010

Sentral: Hard Rock Cafe di Melaka 2010   
Oleh Nasir Abd Wahab
[email protected]                              


MELAKA:Hard Rock Cafe di Melaka. Ia akan menjadi kenyataan tahun depan selepas pemegang lesen rangkaian restoran antarabangsa itu meluluskan pembinaannya di sini sekali gus melengkapkan pelaburan RM120 juta oleh kumpulan Casa Del Rio (M) Sdn Bhd yang sedang membangunkan hotel butik dan apartmen berhampiran Dataran Sungai Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kerajaan negeri gembira kerana kehadiran Hard Rock Cafe di bandar raya ini akan membantu mempopularkan lagi Melaka sebagai destinasi percutian dan kota berhibur sebaris kota antarabangsa lain.

"Kita menerima baik kelulusan itu dan berterima kasih kepada Hard Rock Cafe yang sudi menjadikan Melaka sebagai rangkaian terbaru restoran mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 10:51 AM | Show all posts
wow!!! best nyerr!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 11:25 AM | Show all posts
buat datuk ALI,
nak buat pe pun kita x kisah, agar melaka maju. tp! jalan mau kasi upgrade la. ni tiap coti, org2 melaka pun takut keluar rumah. jam sampai subuh shafei tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 11:29 AM | Show all posts
elokkan dulu jalan2 kat melaka nunnnnn
baru sebut pasal pembangunan binaan bagai
dh la jalan sempit segala

nih tak, jalan siap bleh jadik kolam tuuuu yg kat krubong tu
sib baik la takde jiwa melayang
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 11:48 AM | Show all posts
wow .. ni yg bertentang ngan tmn tema tu eh .. yg dkt roti canai lauk asam pemes kt kota laksamane tu .. iskk ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 12:50 PM | Show all posts
betul tu...
jalan2 tu betulkan

ni tayem cuti asyik kena berkurung jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 01:42 PM | Show all posts
Ape le nak bangge sangat dgn HRC ni.....just a place to eat with alcholic drinks served. Hai..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2009 11:56 AM | Show all posts
buat elok2 aaa.... jgn kasi runtuh itu stadium...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2009 12:09 PM | Show all posts
Kemudahan Sukan Di Melaka Akan Diaudit Sebelum Sukma Ke-13 - Shabery

JITRA, 6 Jun (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mendapatkan laporan audit berhubung keselamatan stadium dan kompleks sukan daripada kerajaan negeri Melaka sebelum penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 tahun depan.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian akan meneliti laporan audit daripada pengurusan gelanggang sukan di negeri itu walaupun kompleks dan stadium berkenaan telah lama digunakan termasuk menganjurkan beberapa acara sukan peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, pengauditan itu adalah garis panduan baru yang diperkenalkan oleh KBS bagi memastikan kemudahan penganjuran sebarang sukan terutama peringkat kebangsaan yang diiktiraf kementerian itu adalah selamat dan tidak berbahaya kepada atlet yang bertanding.

"Selepas ini, KBS akan sentiasa mendapatkan laporan audit daripada setiap stadium dan kompleks sukan termasuk aspek keselamatan, kebersihan serta keselesaan kemudahan yang disediakan.

"Kementerian juga mengingatkan mereka (pihak pengurusan) supaya sentiasa buat audit dan siapkan kemudahan berasaskan piawaian tertentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah, di sini malam tadi.

Rabu lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dilaporkan berkata negeri itu akan menarik diri daripada Sukma di Melaka tahun depan jika mendapati stadium dan kompleks sukan di negeri itu tidak selamat digunakan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Kompleks Stadium Hang Jebat di Kerubong, yang akan menjadi gelanggang utama bagi acara pembukaan dan sukan olahraga Sukma nanti adalah kukuh dan telahpun digunakan sejak September 2004 bagi beberapa acara sukan antarabangsa.

Isu berkenaan timbul selepas bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu runtuh walaupun ia baru setahun dirasmikan.

Stadium berharga RM270 juta itu menjadi gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukma 2008 yang dianjurkan oleh Terengganu.

Terdahulu, pada majlis berkenaan Shabery menyampaikan Anugerah Tokoh Jasa Belia kepada Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Datuk Ahmad Zaini Japar (kategori lelaki) dan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (kategori wanita).

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2009 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by masuco at 5-6-2009 11:25
buat datuk ALI,
nak buat pe pun kita x kisah, agar melaka maju. tp! jalan mau kasi upgrade la. ni tiap coti, org2 melaka pun takut keluar rumah. jam sampai subuh shafei tuh!


betul betul betul..time2 cuti haku aleh nak kemana2 exp banda hilir terutamanya..jammed gila baban..tok ali kena buat sumthing la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2009 04:27 PM | Show all posts
Saya hari hari lalu area banda hilir dan ujong pasir tu amik adik2 skolah situ. Hari weekdays pun during peak hours dah jammed sesak bagai. Inikan weekend lagi. Adoiyaii.

Upgrade lah dulu sistem jln kat melaka tu specially kawasan tourist. Sesak nak giler weh. Parking pun limited. Asyik bangunkan tempat jer. Jln dan parking tak consider lansung. Haihh

At the end of the day, x jadi nak keluar sabtu ahad. huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 1.172331 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list